Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, October 19, 2021

ajaran wahabi

AJARAN WAHABI.

1. Beriktiqod/berpegang/meyakini bahawa ALLAH berada di langit. (fahaman Ahlus sunnah wal jamaah berpegang bahawa ALLAH wujud tanpa bertempat) 

2. Memahami al quran dan hadis dengan zahir sahaja

3. Memusuhi fahaman ASWJ Asyairah dan Maturidiah

4. Suka membidaahkan amalan khilafiah

5. Bagi mereka, bidaah adalah bidaah dholalah sahaja. Tidak ada bidaah hasanah.

6. Mensyirikkan tawassul, tabarruk, istighasah, ziarah kubur, qasidah dsb

7. Menolak hadis dhaif

8. Menolak majlis maulid. Mengatakan maulid bidaah, tahlil bidaah, talkin bidaah, solat terawih 20 rakaat bidaah, wirid beramai-ramai bidaah, bacaan yasin malam jumaat bidaah dsb

9. Memusuhi para habaib (habib-habib) 

10. Memusuhi orang sufi ( org yg bersih hati ) dan orang soleh

11. Menuduh ASWJ sebagai syiah

12. Suka mendakwa diri pengikut salaf dengan slogan kembali ke manhaj salaf tapi berakidah ALLAH di langit

13. Menolak takwil

14. Menolak ulama dengan alasan kembali kepada al quran dan hadis (sedangkan para ulama lebih faham al quran dan hadis daripada kita semua) 

15. Menuduh orang yang ziarah kubur sebagai penyembah kubur

16. Mensyirikkan orang yang memakai logo capal

17. Suka melabel orang yang berfahaman ASWJ dengan label capaliyun, kuburiyyun, ahli bidaah, ahli syirik dsb

18. Tidak mengaku mereka berfahaman wahabi. Bila dikata wahabi, mereka akan tanya "wahabi tu apa", "wahabi tu sebenarnya takda, hanya fitnah dan propaganda belaka"

19. Suka merujuk kepada syeikh usaimin, syeikh albani, syeikh bin baz, imam ibnu taimiah dan lain-lain

20. Mengatakan menyambut maulid rasul sebagai dosa besar dan sesat

21. Tidak suka kepada pengajian pondok dan pesantren 

21. Menolak sebahagian besar ulama2 Tasauf seperti imam alghazali dan menyesatkannya

22. Merendah rendahkan alim ulama terdahulu seperti imam syafie dan ulama yang mengikut abu hassan asyaari dan maa tureedi 

23. Selalu mengguna kitab2 karangan mazhab yg 4 untuk membuat hujjah padahal mereka tidak ikut pun.

24. Suka membuat perkara kontroversi agar org ramai jadi keliru, seperti doa qunut, tahlil dan talqeen padahal ulama pondok dan pesanten dah lama bersepakat akan hukumnya, mereka menggunakan logik aqal bagi mempengaruhi org ramai... apabila org ramai keliru mudahlah bagi mereka menarik anak2 muda ikut faham mereka.

25. Menerakan kan ibu bapa Nabi saw !😡😡 

26. Memperdayakan org ramai agar jangan percaya kepada wali2 dan karamah2 wali

27.  Menolak barokah daripada orang soleh dan ulama 

Banyak lagi ciri-ciri mereka. Tapi cukuplah sedikit ini sebagai panduan untuk kita berhati-hati. Jika ada ciri-ciri di atas, maka jauhilah sekalipun mereka membawa dalil daripada Al Quran dan Hadis untuk membenarkan fahaman mereka.

Fahaman wahabi ni bahaya,ia menyebabkan umat saling berbalah, memusuhi ulama, lebih teruk lagi ia merosakkan akidah, menyamakan ALLAH dengan makhluk Jangan sampai terpengaruh Jangan risau, kita pun ada dalil Sekali pandang, seakan-akan mereka yang betul sebab itu ramai yang terpengaruh Tapi jika diperhalusi, maka fahaman mereka itu sangat radikal Dan menyimpang
Fahaman ASWAJA
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219980117593908&id=1251877796


No comments: