Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, April 26, 2022

memandang rendah pada orang lain

Imam Al Shirazi bercerita; pernah sekali aku berjaga malam bersama bapaku sedangkan semua orang lain sedang tidur.

Aku berkata pada bapaku; “Takkan lah tiada seorang pun sanggup bangun malam bertahajjud?”

Bapaku menjawab “Lebih baiklah kau terus tidur daripada kau memandang rendah pada orang lain.”

Umar bin Abdul Aziz berkata; kita hidup pada zaman dimana kewarakan itu bukanlah hanya dengan bersolat dan berpuasa. Tetapi dengan menahan diri dari berkata buruk tentang orang lain. Kerana seseorang yang bersusah payah membuat pahala dengan berpuasa serta bersolat sepanjang malam mendapati dirinya muflis pada hari kebangkitan; jika dia gagal mengawal lidahnya.

- Syeikh Waleed Basyouni
#ramadhan2022

No comments: