Menurut imam Bajuri ketika menghuraikan matan qasidah Busairi yang ke 53 :
" Dan setiap mukjizat yang didatangkan oleh segala para rasul terhadap umat mereka tidak akkan sampai kepada mereka kecuali dari mukjizat nabi Muhammad saw, atau dari nur Muhammad yang mana ianya ( nur Muhammad ) asal segala sesuatu. Maka langit, bumi, syurga , neraka, mukjizat segala para nabi dari nur Muhammad .....
Dan dimaksudkan dengan nur Muhammad adalah mukjizat nabi, dan dinamakan nur ( cahaya ) sebagai nur kerana dengan cahaya itu memberi petunjuk.
Dan sah juga maksud nur itu sebagai nur al Muhammadi yang mana ianya asal bagi segala makhluk kesemuanya.........
..... Kerana kami katakan dia ( Muhammad saw ) mendahuli atas segala para nabi dari sudut nur Muhammadi ."
# Intaha : Syarah Burdah Busiri
No comments:
Post a Comment