Faedah Tujuh Ayat Kifayah..
1- Barangsiapa membacanya 3x ketika hendak tidur dengan niat ingin bertemu dengan Nabi insya Allah dengan izin Allah berhasil. (Dengan syarat tempat yang bersih, pakaian yang bersih serta dalam keadaan berwuduk)
2- Barangsiapa baca diatas orang yang sedang sakit sebanyak 7x kemudian meniup pada tubuh badan orang yang sakit itu, nescaya sembuh atau meringankan derita kesakitannya, dengan izin Allah..
3- Barangsiapa yang ditimpa kesusahan ataupun apa² musibah, keluh kesah, dukacita atau apa² bala yang menimpa , bacalah 70x insya Allah.. Allah Taala akan melepaskannya daripada ujian yang tersebut.
4- Barangsiapa yang ingin kesenangan kehidupannya maka bacalah setiap kali selepas sembahyang fardu sebanyak 70x.. Insya Allah.. Allah permudahkan urusannya.
5- Barangsiapa yang hendak bertemu dengan pembesar², orang yang berjawatan tinggi maka bacalah 17x insya Allah dipermudahkan dan dimuliakan akan dia.
6- Barangsiapa yang bertemu dengan musuh atau orang yang jahat bacalah 4x ketika berhadapan dengannya.. Insya Allah.. Allah Taala lemahkan sifat kejahatan musuh dan orang jahat yang tersebut itu.
Intaha Kitab Tib Ar Ruhani Lil Jismi Insani bagi Syeikh Mahmud Ibrahim serta dengan ijazah..
No comments:
Post a Comment