Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, May 16, 2020

Walaupun ulama Salaf sering dikaitkan sebagai golongan yang tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat

*Takwilan Salaf Terhadap Nas-Nas Sifat Mutashabihat Walaupun ulama Salaf sering dikaitkan sebagai golongan yang tidak mentakwilkan nas-nas sifat mutashabihat, namun terdapat juga sebilangan daripada mereka melakukan pentakwilan menurut metod takwil tafsili yang digunakan oleh Khalaf. Antaranya ialah takwil Sayyidina Ibn Abbas (r.a) (m. 68H) terhadap perkataan kursi (kerusi) (Al-Quran 2: 255) sebagai ilmu Allah (s.w.t) (Al-Tabari, 2005). Selain itu, ja’a (datang) Tuhan (Al-Quran 89: 22) ditakwil sebagai perintah dan kepastian Allah(s.w.t) oleh Sayyidina Ibn Abbas (r.a) (m. 68H) dan Imam Hasan Al-Basri (m. 110H) (Al-Nasafi, T.th; Al-Baghawi, 1411H), manakala Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) mentakwilkan sebagai datang nya pahala dari Tuhan(IbnKathir,1998). Imam Ibn Mubarak (m. 237H) dan Imam Ibn Jarir Al-Tabari (m. 310H) pula mentakwilkan istiwa (bersemayam) (Al-Quran 2: 29; 20: 5) sebagai memiliki dan menguasai,bukan bergerak dan berpindah (Ibn Mubarak, 1985; Al-Tabari, 2005) dan Ibn Hazm (m. 456H) mentakwilkan sebagai perbuatan menyempurnakan penciptaan yang dilakukan oleh Allah(s.w.t) diArasy (Ibn Hazm, 1996). Uyun (beberapa mata) (Al-Quran 11: 37) ditakwil sebagai penglihatan dan pandangan Allah(s.w.t) oleh Sayyidina Ibn Abbas (r.a) (m. 68H),ImamAl-Baghdadi (m. 429H) dan Imam Al-Juwayni (m. 478H) (Al-Baghawi, 1411H; Al-Baghdadi, 1928; Al-Juwayni, 1950). Yad (tangan) (Al-Quran 48: 10; 51: 47) ditakwil sebagai kekuatan dan kekuasaan Allah (s.w.t) olehSayyidina IbnAbbas (r.a) (m. 68H), Imam Al-Ashari (m. 330H) dan Imam Al-Juwayni (m. 478H) (Al-Qurtubi, 2006; Al-Razi, 1981; Al-Juwayni, 1950). Selain itu, nur (cahaya) (Al-Quran24: 35) turut ditakwil olehSayyidina Ibn Abbas (r.a) (m. 68H) sebagai Allah (s.w.t) yang menunjukkan penduduk langit dan bumi (Al-Tabari, 2005). Wajh(wajah) (Al-Quran 55: 27; 28: 88; 2: 115) ditakwil oleh Sayyidina Ibn Abbas (r.a) (m. 68H),ImamAl-Baghdadi (m. 429H) dan Imam Al-Juwayni (m. 478H) sebagai wujud dan zat Allah (s.w.t) (Al-Qurtubi, 2006; Al-Baghdadi, 1928; Al-Juwayni, 1950), manakala Imam Sufyan Al-Thawri (m. 187H) mentakwilkan sebagai mencari keredhaan Allah (s.w.t) dari amalan soleh (Al-Asqalani, 2001), sedangkan Imam Al-Shafie (m. 204H) mentakwilkan sebagai Allah (s.w.t) mengetahui sesiapa yang memandang kepada-Nya (Al-Bayhaqi, 2005) dan Imam Al-Bukhari (m. 256H) pula mentakwilkan sebagai milik atau kerajaan Allah (s.w.t) (Al-Asqalani, 2001). Manakala nafs (nafas) Allah (s.w.t) (Al-Bayhaqi, 2005) ditakwil oleh Imam Ibn Qutaybah (m. 276H) sebagai pertolongandaripadaAllah (s.w.t) (Ibn Qutaybah, Perkataan saq(betis)(Al-Quran68:42)ditakwil sebagai kesusahan yang sangat berat oleh Sayyidina IbnAbbas (r.a) (m. 68H) (Al-Tabari, 2005) dan Imam Al-Jawhari (m. 393H) pula mentakwilkan sebagai kekuatan (Al-Jawhari, 2007).Selain itu,Imam Mujahid(m.103H) dan Imam Al-Suddi (m. 245H) mentakwilkan janb (sebelah)Allah(s.w.t)(Al-Quran39: 56)sebagai perintah Allah (s.w.t) (Al-Tabari, 2005). Imam Malik binAnas (m. 179H) turut mentakwilkan nuzl (turun) Tuhan pada waktu tengah malam (Al-Bukhari (1145), 2005) sebagai turunnya perintah-Nya, bukan Tuhan bergerak dan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain (Al-Dhahabi, 1996). Imam Al-Bukhari (m. 256H) pula mentakwilkan dahk (tertawa) Allah(s.w.t)(Al-Bukhari (2826), 2005) sebagai rahmat Allah (s.w.t) (Al-Bayhaqi, 2005). Demikian beberapa contoh takwilan yang pernah diketengahkan oleh ulama generasi Salaf sehingga tahun 500 Hijrah mengikut metod takwil tafsili yang menjadi ikutan kebanyakan ulama Khalaf. Ini jelas membuktikan bahawa walaupun golongan Salaf berpegang dengan metod tafwid atau takwil ijmali,dalam kalangan mereka ada yang menggunakan metod takwil tafsili sebagai salah satu cara untuk menjelaskan dan menafsirkan pengertian nas-nas sifat mutashabihat.Ini bermakna,metodtakwil yang diterima pakai oleh Khalaf bukan suatu metod yang baru atau bertentangan dengan metod yang dipegang oleh Salaf. Sebaliknya, metod takwil yang dipraktikkan oleh Khalaf merupakan suatu kesinambungan dan pelengkap dalam aliran pemikiran Islam sepertimana pernah diketengahkan dahulunya oleh sesetengah para Salaf yang muktabar.*

*nah ulama2 yang takwil...hang pulak tanak takwil konon kononnya beriman daripada depa lahhh...hebat oooo...kaedah pun hang blur...*

No comments: