KEBENARAN DAN FAKTA.
Golongan yang benar–benar mengikut landasan agama Allah hanyalah Ahlus Sunnah Wa al-Jamaah.
Ahlus Sunnah Wa al- Jamaah adalah golongan mejoriti umat Nabi Muhammad.
Mereka adalah para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam dasar-dasar aqidah,iaitu enam perkara penting yang menjadi rukun iman sebagaimana disebutkan dalam hadith jibril.
Rasulullah bersabda dalam hadith tersebut :
Mafhumnya:
"Iman adalah bahawa engkau beriman (yakin) kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul- rasul-Nya, hari kiamat, serta qadar (ketentuan)-Nya yang baik dan yang buruk" (H.R. al-Bukhari dan Muslim).
Mejoriti umat Muhammad tersebut yang paling afdhal adalah mereka yang hidup pada abad tiga ratus tahun pertama hijriyah, mereka adalah yang dimaksudkan dalam sabdaan Rasulullah Salla Allahu 'Alayhi Wa Sallam :
ُُّ Mafhumnya :
"Sebaik-baik kurun adalah kurunku (dimana aku hidup dan sahabatku), kemudian kurun setelahnya (masa tabi'in), kemudian kurun setelahnya (tabi' at-Tabi'in)" (H.R. at- Tirmizi di dalam Sunannya).
Menurut al-Hafiz Abu al-Qasim ibn 'Asakir di dalam kitabnya Tabyiin Kazib Al-Muftari dan lain-lain yang dimaksudkan dengan di dalam hadith di atas adalah seratus tahun.
Mereka juga adalah umat yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam Sunannya dan selainnya :
Mafhumnya: "Aku wasiatkan kepada kamu semua (agar selalu mengikuti) sahabat-sahabatku kemudian yang mengikuti mereka, kemudian orang-orang yang mengikuti (orang-orang yang mengikuti) sahabatku".
Dalam hadith lain Rasulullah bersabda :
Mafhumnya : "Hendaklah kamu selalu berpegang teguh pada(aqidah) mejoriti umat, dan janganlah kamu semua bercerai- berai (dari akidah mejoriti umat tersebut), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang bersendirian (menyisihkan diri dari akidah jemaah) dan dia lebih menjauhi dirinya daripada dua orang (mejoriti umat), maka sesiapa yang ingin mendapatkan tempat yang lapang di syurga hendaklah dia berpegang teguh pada aqidah al-jama'ah (mejoriti umat Muhammad)".
hadith ini disahihkan oleh al-Hakim, manakala Imam at-Tirmizi berkata :
"hadith ini adalah hasan sahih".
Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya daripada hadith Mu'awiyah yang memberi maksud mejoriti umat Muhammad yang berpegang dengan akidah sejati, Rasululllah bersabda:
ٔMaknanya : "Dan sesungguhnya umat Islam ini akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk syurga, mereka adalah al-jama'ah (mejoriti umat Muhammad)".
Di dalam sesetengah riwayat berbunyi :
Maknanya : “ kesemua masuk neraka melainkan (انسواد العظى).
Lafaz Al-jama'ah dalam hadith pertama ditafsirkan dengan hadis kedua yang warid (انسواد العظى) maknanya;
mejoriti umat nabi Muhammad.
mejoriti umat nabi Muhammad.
Salam Ramadhan Al-mubarak dan selamat bersahur.
No comments:
Post a Comment