Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, May 23, 2020

BILA WAHHABI MENCIPTA HADIS PALSU

BILA WAHHABI MENCIPTA HADIS PALSU

Mohib Khouli membacakan satu hadis (seperti dalam video):

"Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat satu amalan daripada amalan-amalan"

Dia mendakwa hadis tersebut SAHIH. Bahkan dia mendakwa hadis itu daripada SAHIH MUSLIM.

Maka apabila kami merujuk Sahih Muslim, tiada lansung hadis itu. Ini adalah rekaan Si Wahhabi Mohib Khouli. Bahkan pendustaan atas nama Rasulullah dan Imam Muslim.

Suka kami ingatkan suatu hadis:
من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار
"Sesiapa yang berdusta atas nama ku dengan sengaja, maka siapkanlah tempatnya di dalam neraka" (HR Al-Bukhari)

Sesi seterusnya, kami fikir Maulana Fakrurazi yang kononnya mengaji hadis akan membetulkan lafaz atau matan hadis palsu dibaca oleh Mohib Khouli.

Malangnya, mereka berdua bersepakat dalam mendustakan hadis Nabi. Kedua-dua Wahhabi kononnya nak mengajak kepada ajaran Islam sebenar, tetapi bersepakat dalam mengubah hadis Nabi.

Sesiapa yang kenal Wahhabi, akan jijik dengan golongan seperti ini.

Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3758666360872536&id=100001876275514

No comments: