BABI ARAB SAHAJA YANG KOTOR
Berbanding Indonesia, Malaysia masih dikira sebagai bertuah kerana Islam diiktiraf di dalam Perlembagaan. Sedangkan, Indonesia merupakan negara Muslim yang paling ramai di dunia. Umat Islam di sana berjumlah 200 juta daripada 260 juta rakyat Indonesia.
Sekalipun Malaysia bertuah, Guru Mulia Dr. Adian حفظه الله (alumni ISTAC dan sekarang merupakan penyelidik INSIST Indonesia) ada menyebut tentang bimbangan beliau kepada kami.
Katanya, "Saya khuatir apa yang terjadi di Indonesia itu akan berlaku di Malaysia."
Apa yang berlaku pada hari ini ialah— ramai dari kalangan penganut liberalism tidak sedar pun bahawa dia sudah berfikiran liberal. Padahal dia belajar di universiti Islam.
Peratusan kajian dari responden di Indonesia yang didedahkan oleh Dr. Adian, benar-benar menunjuk jumlah mreka yang sedang menganut liberalism tanpa sedar adalah pada tahap yang benar-benar membimbangkan.
Cara fikir penganut ajaran liberalism dan pluralism ialah mereka cuba menafsirkan kembali ayat Al-Qur'an mengikut kerangka waktu ayat semasa ia diturunkan (baca: tafsir ikut hawa nafsu). Antara buku rujukan pengikut pluralism ialah tulisan Prof Charles Kimball yang bertajuk, "When Religion Becomes Evil".
Antara cara fikir mereka ialah:
1. Mereka membenarkan perkahwinan sesama jenis. Seperti yang disebut oleh seorang penganut liberalism, Prof Dr. Siti Musdak Mulia, "Allah hanya pandang taqwa, bukannya orientasi seksual."
2. Wanita zaman Nabi sahaja wajib memakai hijab kerana ketika ayat tentang perintah turun, sedang terjadinya perang. Zaman sekarang sudah tidak ada perang, jadi tidak wajib pakai hijab bagi wanita.
3. Seolah-olah, mereka mahu menyatakan: "Babi yang haram itu hanya ada pada abad yang ke-7. Hanya babi Arab sahaha yang kotor." Jadi kalau menurut cara fikir ini, Al-Quran tidak mengharamkan umatnya makan babi dari Indonesia atau Malaysia.
4. Boleh berkahwin sesama Muslim dan Non-Muslim. Bahkan ini turut diamalkan sendiri oleh seorang pensyarah Usuluddin di Al-Azhar, yang bertindak mengkahwinkan pasangan Islam dan Kristian.
5. Semua agama itu sama sahaja, asalkan buat baik, pasti akan masuk Syurga (pluralism). Oleh itu, Nelson Mandela, Mother Teressa dan Martin Luther pun sepatutnya masuk ke Syurga.
6. Al-Quran itu bukan kitab yang suci ('Holy Scripture'). Ia sama sahaja seperti buku-buku biasa yang lain. Ada dari kalangan pensyarah di Indonesia juga pernah memijak al-Quran secara terbuka di hadapan pelajar untuk membuktikan pernyataannya.
7. Tuhan tidak boleh terlibat dan campur tangan dalam urusan manusia.
Kumpulan mereka bergerak dalam keadaan yang sangat strategik pada hari ini.
Kumpulan Liberalism bergiat melalui dua kaedah:
1. Melalui NGO dan penulisan.
2. Melalui pendidikan (ini sangat bahaya, sebab orang tidak sedar yang dia rupa-rupanya sedang dididik melalui acuan liberalism).
Cabaran umat Islam yang paling besar pada hari ini ialah, kita sedang berhadapan dengan golongan yang tidak menganggap Al-Qur'an sebagai satu sumber ilmu.
Anak muda harus aktif dalam media sosial. Ini tegasan daripada Dr. Adian kepada seluruh pemuda. Ini kerana liberalism, pluralism, LGBT telah berjaya dinormalisasikan melalui dua wahana. Iaitu, media sosial dan industri perfileman.
Tegas beliau lagi, anak muda juga memerlukan program yang serius bagi melahirkan 100 ribu lagi orang seperti Dr. Zuhdi Marzuki (sekarang merupakan Rektor KUIZM).
Sekarang, kita sedang berada di dalam perang ilmu. Ini ialah perang pemikiran.
Wallahua'lam
Kampung Padang Abi,
18 Safar 1440/
27 Oktober 2018
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216793511250741&id=1251877796
No comments:
Post a Comment