Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 28, 2020

SESIAPA YANG BERTAWASUL MAKA DIA KAFIR

SESIAPA YANG BERTAWASUL MAKA DIA KAFIR

Ini adalah surat Muhammad bin Abdul Wahhab kepada Ulama Hijaz (Mekah dan Madinah) di zamannya, ketika mana menjawab soalan daripada Syeikh Al-Sobah.

Ana ambil daripada kitab “Haqiqatu Dakwah Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab” oleh Al-Syaikh Abdul Rahman bin Hammad Al-Amr (ulama Arab Saudi), cetakan Darul ‘Ashimah, Cet. Pertama, tahun 1422 (2001), halaman 80.

Surat ini mengandungi beberapa isi yang dapat disimpulkan sebagai berikut:

1. Sesiapa yang bertawasul dengan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, maka mereka kafir.

2. Sesiapa yang bertawasul dengan orang soleh, walaupun mereka juga berzikir kepada Allah, maka mereka juga kafir.

3. Tidak sekali-kali akan bermuamalah dengan orang-orang yang bertawasul dengan orang-orang soleh, kerana mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

4. Orang berbuat demikian (bertawasul) adalah kufur dan akan dimasukkan ke dalam neraka oleh Allah ta’ala.

Sekian kalam.

PENJELASAN:

Di sini, ana ingin memetik beberapa riwayat hadis yang menjelaskan bahawa bolehnya bertawasul dengan orang soleh sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia:

Pertama: Riwayat al-Thabrani

Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab al-Mu'jam al Kabir dan al-Ausath dalam hadis yang sangat panjang daripada Anas, bahawa ketika Fatimah binti Asad bin Hasyim (Ibu Sayyidina Ali) wafat, maka Rasulullah turut menggali makam untuknya dan Rasulullah masuk ke dalam liang lahadnya lalu merebahkan diri di dalam liang tersebut dan baginda berdoa:

‎أَللهُ الَّذِيْ يُحْيِىْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوْتُ اِغْفِرْ لِأُمِّيْ فَاطِمَةَ بِنْتِ أَسَدٍ وَلَقِّنْهَا حُجَّتَهَا وَوَسِّعْ عَلَيْهَا مَدْخَلَهَا بِحَقِّ نَبِيِّكَ وَالْأَنْبِيَاءِ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِيْ فَإِنَّكَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ )رواه الطبراني وابو نعيم فى حلية الأولياء عن انس)

Maksudnya: “Allah yang menghidupkan dan mematikan. Allah maha hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku, Fatimah binti Asad, tuntunlah hujjahnya dan lapangkan kuburnya, dengan haq Nabi-Mu dan para Nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkau Zat yang paling mengasihi”. (HR al-Thabrani dan Abu Nuaim daripada Anas).

Ahli hadis al-Hafiz al-Haithami mengomentari hadis tersebut:

‎رَوَاهُ الطَّبْرَانِيُّ فِي الْكَبِيْرِ وَالْاَوْسَطِ وَفِيْهَ رَوْحُ بْنُ صَلاَحٍ وَثَّقَهُ ابْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ وَفِيْهِ ضُعْفٌ، وَبَقِيَّةُ رِجَالِهِ رِجَالُ الصَّحِيْحِ (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد ۹/۲۱۰)

Maksudnya: “Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dan al-Ausath, salah satu perawinya adalah Rauh bin Shalah, ia dinilai terpercaya oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim, tetapi ia dhaif, sedangkan yang lain adalah perawi-perawi sahih”. (Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid).

Kedua: Riwayat Ibnu Hibban

‎عَلَّمَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيْقَ t أَنْ يَقُوْلَ اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّكَ وَإِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمُوْسٰى نَجِيِّكَ وَعِيْسٰى كَلِمَتِكَ وَرُوْحِكَ وَبِتَوْرَاةِ مُوْسٰى وَإِنْجِيْلِ عِيْسٰى وَزَبُوْرِ دَاوُدَ وَفُرْقَانِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم وَعَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ ..... الْحَدِيْثَ

Maksudnya: “Rasulullah mengajarkan doa kepada Abu Bakar al-Shiddiq: Ya Allah. Saya meminta kepada-Mu dengan Muhammad Nabi-Mu, Ibrahim kekasih-Mu, Musa yang Engkau selamatkan, Isa kalimat dan yang Engkau tiupkan ruh-Mu, dan dengan Taurat Musa, Injil Isa, Zabur Dawud dan al-Quran Muhammad. Semoga Allah memberi selawat dan salam kepada semuanya….”.

Hadis ini dikutip oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya', dan al-Hafiz Zainuddin al-Iraqi mengomentari status hadis di atas:

‎فِي الدُّعَاءِ لِحِفْظِ الْقُرْآنِ رَوَاهُ أَبُوْ الشَّيْخِ ابْنُ حِبَّانَ فِي كِتَابِ الثَّوَابِ مِنْ رِوَايَةِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ هَارُوْنَ بْنِ عَبْثَرَةَ عَنْ أَبِيْهِ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ إِنِّيْ أَتَعَلَّمُ الْقُرْآنَ وَيَنْفَلِتُ مِنِّيْ فَذَكَرَهُ وَعَبْدُ الْمَلِكِ وَأَبُوْهُ ضَعِيْفَانِ وَهُوَ مُنْقَطِعٌ بَيْنَ هَارُوْنَ وَأَبِيْ بَكْرٍ (تخريج أحاديث الإحياء ۳/۳۹)

Maksudnya: “Hadis tersebut adalah doa untuk menghafaz Al- Quran, diriwayatkan oleh Abu Syaikh Ibnu Hibban dalam kitab al-Thawab daripada Abdul Malik bin Harun bin ‘Abtharah, dari bapanya bahawa Abu Bakar datang kepada Nabi untuk mempelajari Al Quran…. Abdul Malik dan bapanya adalah dhaif, dan hadis ini terputus antara Harun dan Abu Bakar" (Takhrij Ahadis al-Ihya’)

Ketiga: Riwayat al-Hakim

‎عَنْ عُثْمَانَ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّ رَجُلاً ضَرِيْرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ عَلِّمْنِيْ دُعَاءً أَدْعُوْ بِهِ يَرُدُّ اللهُ عَلَيَّ بَصَرِيْ، فَقَالَ لَهُ قُلِ اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ يَا مُحَمَّدُ إِنِّيْ قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلٰى رَبِّيْ أَللّٰهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ وَشَفِّعْنِيْ فِيْ نَفْسِيْ فَدَعَا بِهٰذَا الدُّعَاءِ فَقَامَ وَقَدْ أَبْصَرَ

Maksudnya: “Daripada Usman bin Hunaif: “Suatu hari seorang yang buta datang kepada Rasulullah berkata: “Wahai Rasulullah, ajarkan saya sebuah doa yang akan saya baca agar Allah mengembalikan penglihatan saya”. Rasulullah berkata: “Bacalah doa (ertinya): “Ya Allah sesungguhnya aku meminta-Mu dan menghadap kepada-Mu melalui Nabi-Mu yang penuh kasih sayang, wahai Muhammad sesungguhnya aku menghadap kepadamu dan minta Tuhanmu melaluimu agar dibukakan mataku, Ya Allah berilah ia syafaat untukku dan berilah aku syafaat. Kemudian ia berdoa dengan doa tersebut, ia berdiri dan telah dapat melihat”. (HR. Hakim dalam al-Mustadrak).

Beliau menyatakan bahawa hadis ini adalah shahih dari segi sanad walaupun Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak meriwayatkan dalam kitabnya. Imam Zahabi menyatakatan bahawa hadis ini adalah shahih, demikian juga Imam Tirmizi dalam kitab Sunannya bab Daa'wat menyatakan bahawa hadis ini adalah hasan shahih gharib.

Keempat: Riwayat al-Darimi

‎حَدَّثَنَا أَبُوْ النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا سَعِيْدُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَالِكٍ النُّكْرِي حَدَّثَنَا أَوْسُ بْنُ عَبْدِ اللهِ قُحِطَ أَهْلُ الْمَدِيْنَةِ قَحْطاً شَدِيْداً، فَشَكَوْا إِلَى عَائِشَةَ فَقَالَتْ انْظُرُوْا قَبْرَ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم فَاجْعَلُوْا مِنْهُ كِوًى إِلَى السَّمَاءِ حَتَّى لَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ السَّمَاءِ سَقْفٌ. قَالَ فَفَعَلُوْا فَمُطِرْنَا مَطَراً حَتَّى نَبَتَ الْعُشْبُ وَسَمِنَتِ الْإِبِلُ حَتَّى تَفَتَّقَتْ مِنَ الشَّحْمِ فَسُمِّىَ عَامَ الْفَتْقِ )رواه الدارمي(

Maksudnya: “Daripada Aus bin Abdullah: “Suatu hari kota Madinah mengalami kemarau panjang, lalu datanglah penduduk Madinah kepada Aisyah (isteri Rasulullah) mengadu tentang kesulitan tersebut, lalu Aisyah berkata: “Lihatlah kubur Nabi Muhammad lalu bukalah sehingga tidak ada lagi atap yang menutupinya dan langit terlihat langsung”, lantas mereka pun melakukan itu kemudian turunlah hujan lebat sehingga rumput-rumput tumbuh dan unta pun gemuk, maka disebutlah itu tahun gemuk”. (HR. Imam Darimi)

Kitab Musnad as-Shahabah menjelaskan status athar di atas sebagai berikut:

‎قَالَ الشَّيْخُ حُسَيْنٌ أَسَدٌ رِجَالُهُ ثِقَاتٌ وَهُوَ مَوْقُوْفٌ عَلَى عَائِشَةَ )مسند الصحابة في الكتب التسعة ۱۳/۷۶)

Maksudnya: “Syaikh Husain berkata: “Perawinya adalah orang-orang terpercaya”. Riwayat tersebut bersumber daripada Aisyah”. (Musnad al-Shahabat)

Kelima: Riwayat Ibnu Sa’d

‎قَالَ صلى الله عليه وسلم حَيَاتِي خَيْرٌ وَمَمَاتِيْ خَيْرٌ لَكُمْ فَإِذَا أَنَا مُتُّ كَانَتْ وَفَاتِيْ خَيْرًا لَكُمْ تُعْرَضُ عَلَيَّ أَعْمَالُكُمْ فَإِنْ رَأَيْتُ خَيْرًا حَمِدْتُ اللهَ تَعَالٰى وَإِنْ رَأَيْتُ شَرًّا اِسْتَغْفَرْتُ لَكُمْ )رواه ابن سعد عن بكر بن عبد الله مرسلا(

Maksudnya: “Rasulullah bersabda: “Hidupku lebih baik dan matiku juga lebih baik bagi kamu. Jika aku wafat maka kematianku lebih baik bagi kamu. Amal-amal kamu diperlihatkan kepadaku. Jika aku melihat amal baik, maka aku memuji kepada Allah. Dan jika aku melihat amal buruk, maka aku mintakan ampunan bagimu kepada Allah”. (HR. Ibnu Sa’d dari Bakar bin Abdullah secara mursal)

Berkaitan penilaian hadis ini al-Munawi berkata:

‎وَرَوَاهُ الْبَزَّارُ مِنْ حَدِيْثِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ الْهَيْثَمِي وَرِجَالُهُ رِجَالُ الصَّحِيْحِ )فيض القدير شرح الجامع الصغير ۳/۵۳۲)

Maksudnya: “Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar dari Ibnu Mas’ud. Al-Haithami berkata: “Perawinya adalah perawi-perawi yang sahih”. (Faidl al-Qadir Syarah al-Jami’ al-Shaghir)

Demikianlah ana bawakan 5 riwayat hadis serta athar mengenai bolehnya bertawasul dengan orang soleh sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Walaupun sebahagian hadis ini dha’if, namun tetap diperbolehkan untuk diamalkan.

Hatta jika kita lihat sebahagian nash, Ibnu Taimiyah sendiri bertawasul dalam doanya:

‎رَوَى ابْنُ أَبِي الدُّنْيَا فِيْ كِتَابِ مُجَابِي الدُّعَاءِ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُوْ هَاشِمٍ سَمِعْتُ كَثِيْرَ بْنَ مُحَمَّدِ بْنِ كَثِيْرِ بْنِ رِفَاعَةَ يَقُوْلُ جَاءَ رَجُلٌ إلَى عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ سَعِيْدِ بْنِ أَبْجَرَ فَجَسَّ بَطْنَهُ فَقَالَ بِكَ دَاءٌ لَا يَبْرَأُ. قَالَ مَا هُوَ؟ قَالَ الدُّبَيْلَةُ. قَالَ فَتَحَوَّلَ الرَّجُلُ فَقَالَ اللهَ اللهَ اللهَ رَبِّيْ لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا اللّٰهُمَّ إنِّيْ أَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ صلى الله عليه وسلم تَسْلِيْمًا يَا مُحَمَّدُ إنِّيْ أَتَوَجَّهُ بِكَ إِلَى رَبِّكَ وَرَبِّيْ يَرْحَمُنِيْ مِمَّا بِيْ. قَالَ فَجَسَّ بَطْنَهُ فَقَالَ قَدْ بَرِئَتْ مَا بِكَ عِلَّةٌ. قُلْتُ فَهَذَا الدُّعَاءُ وَنَحْوُهُ قَدْ رُوِيَ أَنَّهُ دَعَا بِهِ السَّلَفُ وَنُقِلَ عَنْ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فِيْ مَنْسَكِ الْمَرْوَذِيِّ التَّوَسُّلُ بِالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي الدُّعَاءِ وَنَهَى عَنْهُ آخَرُوْنَ )مجموع الفتاوى ۱/۲۶۴ وقاعدة جليلة في التوسل والوسيلة ۲/۱۹۹(

Maksudnya: “Ibnu Abi al-Dunya meriwayatkan dari Kathir bin Muhammad, Ada seorang lelaki datang kepada Abdul Malik bin Said bin Abjar. Abdul Malik memegang perutnya dan berkata: “Kamu mengidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan”. Lelaki itu bertanya: “Penyakit apa?” Ia menjawab: “Penyakit dubailah (seperti tumor dalam perut)”. Kemudian lelaki tersebut berpaling dan berdoa: “Allah Allah Allah.. Tuhanku, tiada suatu apapun yang yang menyekutuinya. Ya Allah, saya menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu. Muhammad Nabi yang rahmah. Wahai Muhammad saya menghadap pada Tuhan-Mu dengan-Mu (agar) Tuhanku menyembuhkan penyakitku”. Lalu Abdul Malik memegang lagi perutnya dan ia berkata: “Penyakitmu telah sembuh”. Saya (Ibnu Taimiyah) berkata: “Doa seperti ini diriwayatkan telah dibaca oleh ulama salaf, dan diriwayatkan dari Ahmad bin Hanbal dalam al-Mansak al-Marwadzi bahawa beliau bertawassul dengan Rasulullah dalam doanya. Namun ulama yang lain melarang tawassul”. (Majmu' al-Fatawa, dan al-Tawassul wa al-Wasilah)

Maka suka untuk ana akhiri penulisan ini dengan suatu ayat Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 154:

‎وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ
Maksudnya: “Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka tetap hidup, akan tetapi kamu yang tidak menyedarinya”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=255077262244397&id=100032263745178

Wallahu a’lam.
Hj Nasir Al-Bakri
Pondok Mahabbatul Ummah
Ipoh, Perak

No comments: