Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 14, 2020

Bab Mencari-cari takwil

DAN MUHKAMAT MELALUI TAFSIR AYAT 7, DARI SURAH AL IMRAN (WASAT, EDISI NO. 19/FEBRUARY 2018)


  1. Mencari-cari takwil.

Takwil yang membawa kepada kesesatan dan kekeliruan adalah dilarang oleh Allah taala, seperti mengaitkan ayat-ayat mutasyabihatdengan makna-makna yang bertentangan dengan apa yang telah Allah taala nafikan dari zat, sifat dan perbuatanNya Yang Maha Suci sebagaimana dalam firmanNya, “Allah tidak serupa sesuatu dan Dia adalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (surah Al-Syura: 11)

Adapun takwil yang selaras dengan bahasa Arab dan prinsip mensucikan Allah taala dari penyerupaan dengan makhlukNya diharuskan dan ia digunapakai secara meluas oleh para ulama ASWJ.

Kalau tidak, kita akan menghukumkan semua takwil itu haram dan menyesatkan dan ini pasti bercanggah dengan doa Rasulullah s.a.w untuk Sayyidina Abdullah bin Abbas r.a., “Ya Allah, fahamkanlah dia dalam agama dan ajarilah dia takwil.”

Selain itu, jika semua takwil itu sesat nescaya Allah taala tidak akan menyandarkannya kepada ZatNya, sebagaimana firmanNya, “Dan tiada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah.”

Imam Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya (4/13) menulis;

“Adapun firman Allah taala, ‘Adapun orang orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk timbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya.’ Maka Syeikh kami Abu Al-Abbas berkata, “Orang yang mengikut yang mutasyabihat tidak terlepas dari tujuan hendak meragukan apa yang terdapat dalam Al-Quran dan menyesatkan orang ramai seperti yang dilakukan oleh kaum zindiq dan golongan Qaramitah (kelompok Syiah) yang mencacatkan Al-Quran, atau kerana mereka beriktikad dengan yang zahir ayat-ayat mutasyabihat seperti apa yang dilakukan oleh golongan mujassimah yang mengumpulkan apa-apa yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah yang zahirnya adalah jisim. Sehingga mereka beriktikad bahawa Allah taala berjisim, berbentuk tubuh badan yang ada wajah, mata, tangan, lembung, kaki dan jari.”

https://wasatonline.wordpress.com/2018/02/01/memahami-mutasyabihat-dan-muhkamat-melalui-tafsir-ayat-7-dari-surah-al-imran-wasat-edisi-no-19-february-2018/


No comments: