Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, May 22, 2020

DEBAT MUJASSIMAH vs AHLU SUNNAH TENTANG ALLAH TIDAK BERTEMPAT

DEBAT MUJASSIMAH vs AHLU SUNNAH TENTANG ALLAH TIDAK BERTEMPAT

AHLU SUNNAH SAYS:
Meski arasy itu besar tetaplah ia memakan ruang.Mustahil Allah itu satu ruang dengan arasy..so  mustahil lah Allah di atas arasy.Apa kepala hotak ko berjambul apa?

 MUJASSIMAH SAYS:
Mustahil bila ko tamsilkn serupa ngn ade pd mahkluk..

Tamsilan itu yg totally pbuatan bodo bila dh tau tuhan x myerupai ngn sgala ssuatu ( mahkluk )

AHLU SUNNAH SAYS:
Sebenarnya bila Allah mengatakan Dia tidak menyerupai makhluk maka itu sebenarnya kerana Dia hendak memberitahu kita bahawa Dia bukan makhluk.Cuba ko fikir.Boleh atau tidak Tuhan ada anak?Jawabnya mustahil.Boleh atau tidak Tuhan mencipta tuhan lain.Jawabnya mustahil.Boleh atau tidak Tuhan membebaskan kita daripada menjadi hambaNya.Jawabnya mustahil.Boleh atau tidak Tuhan mencipta makhluk yg tidak berjirim ,tidak berjisim ,tidak bertempat ,tidak mempunyai pihak kiri kanan depan belakang,atas bawah.Jawabnya mustahil.Maknanya semua tu adalah sifat wajib bagi makhluk.Setiap sifat yg wajib bagi makhluk adalah mustahil menjadi sifat Tuhan.Kalau wajib makhluk bertempat di atas atau di bawah maka mustahil Tuhan juga seperti makhluk bertempat di atas atau di bawah.Kalau ko kata Allah di atas arasy bukan bererti bertempat maknanya ko gila sebab ko menafikan perkara yg sudah sangat jelas bahawa di atas arasy adalah menunjukkan kepada tempat.Kecuali kalau ko takwilkan di atas arasy itu dengan menguasai arasy.Barulah jadi tidak mustahil.Sebab tu Allah kata ayat ayat nya ada yg mutasyabihat dan yg mutasyabihat itu berkehendak kepada takwil.

MUJASSIMAH SAYS:
Dh klu ko dh mgaku yg tuhan tu bukan mahkluk n x serupa ngn mahkluk.  ....
Abis apsal ko tamsilkn pkataan ayt sifat sprt yg ade pd mahkluk?..
X nmpk bodo ke tu?

AHLU SUNNAH SAYS:
Bila Tuhan tak sama dengan makhluk tapi dalam masa yg sama Dia dikatakan bertempat maknanya di situ ada tanaqudh bertentangan antara pangkal dengan ujung.Tidak sama makhluk bererti tidak bertempat.Alih alih bertempat.Bukan kah itu suatu tanaqudh.Kontradiksi.Apa kata kalau orang kafir bawak hujjah ni utk membatalkan Al Quran dengan alasan Al Quran ada kontradiksi.Ko nak jawap apa?Sebab tu Allah dah cakap dah bahawa kalamnya ada yg mutasyabihat yg perlu kepada takwil

MUJASSIMAH SAYS:
Tuhan kata dia xserupa / x sbanding tp pd ayt yg sama dia mgatakn yg dia mlihat mdwngar..
Itu mnunjukkn kfahaman " x serupa / x sbanding " bukan la kfahaman " bsalahan ssuatu " sprt yg ko cuba twrapkn pd pjelasan pd sifat " tempat"..
Masalahnye dr mana kfahaman " bsalahan ssuatu " tu dtg..
Bila ayt 42:11 mnunjukn kfahaman " x serupa / x sbanding " pd ciri kafiat dgn cth pd sifat mdengar n mlihat?Klu ko terapkn kefahaman " bsalahan ssuatu " sprt yg ko terapkn pd sifat " tempat " pd 42:11...
Maka ayt tu totally mjd kontradik hujung n pangkal..
Mcmana boleh bsalahan ssuatu tp sama pd ciri sifat?

AHLU SUNNAH SAYS:
Sebab tu aku tanya tadi boleh tak Allah menjadikan makluk yg tidak bertempat tidak ada pihak kiri kanan depan belakang atas bawah?Jawabnya mustahil.Maknanya sifat bertempat berpihak dan berarah itu adalah sifat wajib bagi makhluk.Jika Allah pun ada tempat dan arah maknanya Allah pun makhluk.Kan aku dah kata tadi bila Allah kata Dia tidak serupa makhluk maknanya Allah nak beritahu kita bahawa Dia bukan makhluk.

MUJASSIMAH SAYS:
1- dr mana dtg kfahaman " bsalahan ssuatu " bila ayt 42:11 mnunjukkn kfahaman " x seeupa / sbanding " dgn cth kfahaman pd pyerupaan pd ciri sifat mdengar mlihat ttp bbeza pd ciri kafiat..?

(AHLU SUNNAH TIDAK MELANJUTKAN KERANA TIDAK ADA HUJJAH BARU DARI WAHHABI SEBALIKNYA MENGULANG ULANG SOALAN YG SEBENARNYA TELAH TERJAWAB DENGAN JELAS)

No comments: