MENGENAL PERBEZAAN KAEDAH BERINTERAKSI DENGAN Al-MUTASYABIHAH
DAN MAZHAB DALAM AQIDAH
Al-Mutasyabihah adalah suatu ayat al-Quran atau Hadis yang mendatangkan kesamaran kerana mempunyai beberapa makna.
Menurut Syeikh Manna' Al-Qathan, definisi Al-Mutasyabihah ialah:
والمتشابه : ما احتمل أوجها
"Al-Mutasyabih: Perkara yang difahami dengan beberapa makna"
* Maka dapat kita fahami, Al-Mutasyabihah ada beberapa makna yang menimbulkan kesamaran kerana kadang-kadang makna sesuai pada konteks, ada juga yang sangat tidak sesuai.
= = = = = = = = =
MAZHAB DALAM AQIDAH
Dalam usaha memahami Al-Mutasyabihah, muncul beberapa fahaman atau mazhab yang masyhur di dalam aqidah antaranya:
a) Salafussoleh
b) Al-Asyairah Wal Maturidiah
c) Hasyawiyyah
d) Karamiyyah
e) Muktazilah
f) Jahmiyyah
g) Al-Wahhabiyyah
Oleh kerana penamaan fahaman berbeza maka sudah tentu kaedah juga berbeza-beza.
a) Salafussoleh = Tafwidh
(mensucikan Allah daripada keserupaan dengan makhluk & serah makna kepada Allah taala)
b) Al-Asyairah Wal Maturidiah = Takwil
(mensucikan Allah daripada keserupaan dengan makhluk & memilih makna yang sesuai dinisbahkan kepada Allah daripada makna-makna yang terkandung bagi sesuatu Al-Mutasyabihah secara zhonni)
c) Hasyawiyyah = Tathbit
(menetapkan makna zahir bagi Al-Mutasyabihah yang tidak layak dinisbahkan kepada Allah yang mendatangkan tajsim 'menjisimkan Allah' dan tasybih 'keserupaan Allah dengan makhluk')
d) Karamiyyah = Tathbit
(menetapkan makna zahir bagi Al-Mutasyabihah yang tidak layak dinisbahkan kepada Allah yang mendatangkan tajsim 'menjisimkan Allah' dan tasybih 'keserupaan Allah dengan makhluk')
e) Muktazilah = Tathil
(mengingkari Al-Mutasyabihah & memilih makna yang sesuai dinisbahkan kepada Allah daripada makna-makna yang terkandung bagi sesuatu Al-Mutasyabihah secara qathie)
f) Jahmiyyah = Tabdil
(mengingkari Al-Mutasyabihah & menukar lafaz Al-Quran dengan yang sesuai dinisbahkan kepada Allah secara qathie)
g) Al-Wahhabiyyah = Tathbit
(menetapkan makna zahir bagi Al-Mutasyabihah yang tidak layak dinisbahkan kepada Allah yang mendatangkan tajsim 'menjisimkan Allah' dan tasybih 'keserupaan Allah dengan makhluk')
= = = = = = = = =
PERUMPAMAAN
Berdasarkan penjelasan di atas, maka ada tiga pecahan yang disusun berdasarkan kesamaan manhaj iaitu:
a) Salafussoleh
b) Al-Asyairah Wal Maturidiah
c) Muktazilah & Jahmiyyah
d) Hasyawiyyah & Karamiyyah & Al-Wahhabiyyah
Perumpamaan bagi empat pecahan ini ialah seperti berikut:
a) Salafussoleh
2 + 2 = 4
b) Al-Asyairah Wal Maturidiah
2 x 2 = 4
c) Muktazilah & Jahmiyyah
2 - 2 = 4
d) Hasyawiyyah & Karamiyyah & Al-Wahhabiyyah
2 + 2 - 2 x 0 = 100,000
= = = = = = = = =
PENJELASAN PERUMPAMAAN
Salafussoleh
2 + 2 = 4
Al-Asyairah Wal Maturidiah
2 x 2 = 4
i) Walaupun terdapat sedikit perbezaan kaedah di antara golongan Salafussoleh (tafwidh) dengan Al-Asyairah Wal Maturidiah (takwil), namun kaedah dan hasil mereka adalah betul.
ii) Kaedah dan hasil mereka diakui (ijmak) sejak berkurun lamanya. Begitu juga golongan Al-Asyairah Wal Maturidiah tidak pernah membantah kaedah Tafwidh Salafussoleh kerana kaedah ini diutamakan dalam kitab-kitab mereka.
iii) Takwilan Al-Asya'irah mengandungi ciri-ciri berikut:
√ mensucikan Allah daripada sebarang keserupaaan dengan makhluk
√ memilih makna yang layak bagi Allah daripada makna-makna yang terkandung bagi sesuatu Al-Mutasyabihah.
• Contoh: Perkataan Yadd terkandung makna Jarihah (anggota) dan juga makna Qudrah (kekuasaan).
• Maka Al-Asya'irah memilih makna yang layak dinisbah kepada Allah iaitu Qudrah dengan dalil dan hujjah.
• Dapat kita fahami, takwilan Al-Asya'irah adalah pada makna-makna yang terkandung bagi sesuatu Al-Mutasyabihah, BUKAN menukar lafaz Al-Quran.
√ Takwilan Al-Asya'irah hanya di atas jalan Zhonni BUKAN Qathie yang akan menyebabkan berlaku pengubahan Al-Quran.
- - - - - - - - - - -
Muktazilah & Jahmiyyah
2 - 2 = 4
i) Bagi kedua-dua golongan ini, walaupun hasil mereka kadang-kadang sama dengan Al-Asya'irah, namun kaedah mereka jelas salah.
ii) Mereka ditentang dan disesatkan oleh ulama
No comments:
Post a Comment