Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, May 25, 2020

Fitnah ketika nazak

NAZAK... SAAT HAMPIR MENINGGAL DUNIA

Dalam konteks ajaran Islam, saat kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila datang waktu kematiannya. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan merasai kematian, sesuai dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan di dunia ini  (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya ) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

                                                                                                                                  Surah ali-Imran 3: (185)

Nazak

Nazak adalah saat terakhir seseorang yang akan menempuhi alam kematian. Nazak adalah ibarat sesuatu yang menyakitkan roh sehingga tidak meninggalkan satu bahagian pun dari roh yang tidak merasai kesakitan. Kepedihan di waktu nazak menyerang roh dan seluruh bahagiannya, kerana roh itulah yang dicabut dan ditarik dari setiap urat dan sendi jasad, iaitu bermula dari kepala hingga ke hujung kaki. Bencana kematian itu terbahagi kepada tiga perkara. Pertama, kerasnya nazak. Kedua, akan melihat rupa malaikat maut dan ketiga keluarnya roh serta akan rasa ketakutan di dalam hati. Detik-detik akhir menjelang kematian dinamakan sakaratul maut. Sakarat diertikan sebagai  mabuk. Sakaratul maut adalah peringkat ujian yang paling hebat dan ia juga amat dahsyat  sehingga menyebabkan seseorang itu bagaikan rasa mabuk disamping kesakitan yang amat dahsyat. Ianya tetap dihadapi oleh sesiapa sahaja di saat kematiannya hampir tiba sama ada orang yang beriman atau tidak beriman.

Keadaan ketika nazak

a)      Tanda orang mukmin meninggal dunia

Antara tanda-tanda kematian ialah tumit akan menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis matanya semakin hilang, kulit muka menjadi tegang dan dahinya berpeluh.

Dari Abi Buraidah al-Aslami, Nabi S.A.W bersabda: “ Orang mukmin mati dengan keluar keringat di dahinya.” ( Hadis Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim ).

Diriwayatkan juga dari Salman Al-Farisi r.a, ia berkata: “ Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “ Perhatikanlah tiga perkara pada mayat di waktu saat kematiannya: jika keluar peluh di dahinya berlinangan air matanya, dan melebar kedua lubang hidungnya, maka itu adalah rahmat dari Allah yang turun kepadanya. Jika ia mendengkur seperti unta yang tercekik, pucat warnanya dan berbuih mulutnya, maka itu adalah seksaan dari Allah yang telah menimpanya”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim).

b)      Sakaratulmaut bagi orang kafir

Bagaimana pula kematian orang yang derhaka ? Allah mengingatkan dengan firmanNya: “Ingatlah bila roh sampai ke kerongkong. Lalu ditanyakan: “Siapa yang dapat memberi penawar? Sedangkan dia yakin itulah tanda kematian. Dan kedahsyatan mati dirasakan bagai bertindih-tindih. Ketika itu kamu dibawa mengadap Tuhanmu. Padahal dia tidak menerima baik ajaran Allah dan tidak pula melakukan solat.” (Surah al-Qiyamah 75: 26-31)

Ketika itu orang yang berdosa akan mengalami sakit yang amat sangat dirasakan seperti berbelitlah betis dengan betis. Nabi Muhammad S.A.W membayangkan malaikat mencabut nyawa orang yang derhaka umpama satu guni yang penuh dengan gandum diletakkan satu cangkuk yang besar lalu direntap cangkuk itu sampai ke bawah lalu terburailah isinya. Begitu kasar dan keras kerja malaikat maut mengambil nyawa terhadap orang yang menderhakai Allah S.W.T.

Apa yang dilihat oleh orang nazak

Iblis dan syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis akan mandatangi manusia sewaktu sakaratul maut.

Menurut al-Qurtubi dalam  Al-Tazkirah yang diriwayatkan dari Nabi S.A.W bahawa di saat seorang hamba yang hampir menemui ajalnya akan datang dua syaitan yang duduk menghampirinya. Satu akan duduk di sebelah kanannya dan satu lagi akan berada di sebelah kirinya. Yang di sebelah kanannya akan menyerupai wajah dan sifat ayahnya. Ia berkata kepadanya: “Dulu aku mengasihi dan menyayangimu. Akan tetapi matilah kamu dalam agama Nasrani, kerana agama tersebut merupakan agama yang terbaik.” Syaitan yang berada di sebelah kirinya akan menyerupai sifat ibunya. Ia berkata kepadanya: “Hai anakku, perutku telah mengandungmu, susu ku telah memberimu minum, dan pahaku telah memangkumu. Akan tetapi matilah kamu dalam agama Yahudi, kerana agama tersebut merupakan agama yang terbaik.”

Manakala menurut Abdul Hasan al-Qasibi di dalam kitabnya Syariah Risalah Ibnu Abi Zaid dan Abu Hamid menyebut maknanya dalam kitab Kasyfu Uluum al-Akhirah, apabila hampirnya  saat-saat getir kematian, seseorang itu akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Ini adalah kerana iblis telah mengarahkan para pengikutnya secara khusus untuk cuba menghasut dan menggoda umat Islam. Mereka mendatangi manusia dan menjelmakan diri mereka meyerupai orang-orang yang dicintai di dunia seperti wajah ayah, ibu, saudara lelaki, saudara perempuan dan sahabat handai.

Selain itu, jika orang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril alaihissalam akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail alaihissalam. Manakala jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail alaihissalam akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Oleh itu, hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia dengan kalimah suci Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW: "Ajarkan oleh kamu ( orang yang masih hidup ) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

********************

Syaitan & Iblis sentiasa mendampingi manusia supaya manusia mengikut segala hasutannya.Tidak kira di mana kita berada,syaitan akan tetap datang untuk menggoda kita. Apabila sudah tergoda,berbagai-bagai maksiat yang kita terlanjur lakukan.Akan tetapi di saat sakaratul maut,iblis tidak datang lagi untuk kita melakukan maksiat,tatapi dia datang untuk menukarkan akidah kita.Walaupun kita bergelar umat islam,namun belum pasti kita dapat mati dalam keadaan Islam.

Rombongan 1
Iblis itu datang dengan pelbagai rupa bentuk yang pelik dan aneh seperti emas,perak,makanan dan minuman yang lazat-lazat.Jika sewaktu hidupnya dia seorang yang tamak haloba pada barang-barang tersebut,maka akan disogokkan segala keperluan itu hingga nyawanya bercerai daripada tubuh. Dia mati dalam keadaan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 2
Iblis itu datang menyerupai rupa binatang yang ditakuti manusia seperti harimau,ular,singa atau kala jengking yang berbisa,maka dia meraung ketakutan semasa itu. Di waktu itu tercabutlah nyawanya.

Rombongan 3
Iblis itu datang menyerupai binatang yang menjadi minat kepada bakal si mati. Kalau dia berminat kepada burung,maka akan datang iblis itu menyerupai burung.Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu, matilah dia dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah.

Rombongan 4
Iblis menjelma dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati. Maka, semasa itu ,dia berusaha untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu.Apabila sampai waktu maut itu,matilah dia dalam keadaan fasik dan munafik.

Rombongan 5
Iblis menjelmakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu.Contohnya, ibunya membawa makanan dan minuman yang sangat diharapkan orang yang dalam Sakaratul Maut.Lalu dia menghulurkan tangan untuk mencapai makanan dan minuman tersebut.Maka jika dia sudi menerimanya dengan tanpa berfikir panjang, ketika itu matilah dia dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6
Iblis menjelmakan dirinya sebagai ulama’-ulama’ yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata,”wahai muridku, lama sudah kami menunggumu. Pelbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sakit di sini. Oleh itu, kami bawakan doktor dan bomoh bersama-sama ubat untukmu”.

Lalu dia minum ubat tersebut, penyakit itu hilang dan kemudian penyakit itu datang lagi. Lalu iblis yang menyerupai ulama’ berkata” kali ini kami datang untuk memberi nasihat agar kamu mati di dalam keadaan baik,tahukah kamu bagaimana hakikat Allah? Orang yang dalam sakaratul maut menyatakan dia tidak tahu.

Iblis itu mula memasang perangkapnya dengan berkata” ketahuilah ,aku ini adalah seorang ulama yang hebat ,aku baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah memperolehi syurga yang paling tinggi.Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalu kamu ingin mengetahui Zat Allah, hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Si bakal mati memandang ke kanan dan ke kiri, terpersonalah dia melihat sanak saudaranya berada dalam kesenagan syurga.kemudian dia berkata” Bagaimanakah Zat Allah ?” Iblis itu merasa gembira kerana perangkapnya sudah mengena lalu berkata”Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis ,maka si bakal mati itu dapat melihat satu benda yang sangat besar ,seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Iblis berkata” Itulah dia Zat Allah yang patut kamu sembah”. Si bakal mati peun berkata” Wahai guruku ,bukankah ini benda yang benar-benar besar, tapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda ini ada di kirinya dan kanannya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai atas dan bawahnya,mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk , sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain dari yang kita ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini”.
Dalam keadaan masih ragu-ragu, malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah orang itu dalam kekafiran dan kekal di dalam neraka.

Rombongan 7
Iblis terdiri dari 72 barisan(menyerupai iktikad rasulullah bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 barisan). Satu puak sahaja yang benar(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi kumpulan termasuk ke neraka kerana kesesatan.iblis mengacau dan mengaggu si bakal mati dengan 72 macam godaan dan setiap satunya berlainan.

Hanya dengan kalimah “Laa ilaaha illallah” dapat menyelamatkan si bakal mati daripada 7 rombongan iblis laknatullah. Banyakkan lah berdoa supaya kita terselamat dan masih kekal sebagai umat islam di ambang sakaratul maut.

Hadis Rasulullah menerangkan ,”Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut”.

No comments: