"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Wahai orang yang berselimut!. [2] Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), [3] Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, [4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). [6]Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. "
(Surah al-Muzammil ayat 1-6)
No comments:
Post a Comment