Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, August 29, 2015

TANDA-TANDA ORANG ARIF BILLAH


TANDA-TANDA ORANG ARIF BILLAH
Seperti kata guruku, tanda-tanda orang Arifbillah (Wali Allah) itu adalah;
1. Apabila kita duduk dengannya kita akan mendapat ilmu makrifat.
2. Apabila kita bersalaman dan berdakapan dengannya kita akan memperolehi limpahan rohani.
3. Apabila kita memandang dirinya akan terus mengingatkan kita kepada Wujud Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4. Apabila kita mendengar perkataannya, kata-katanya itu dapat mengikis keaiban-keaiban seperti sombong, riak, takabur, ujub, hasad dengki dan marah dari perasaan dan hati kita yang terdalam.
5. Apabila sering bersamanya kita akan dapat merasakan ketenangan dan keberkatan cahaya yang keluar dari dirinya.
6. Apabila ada orang lain yang cuba memusuhi dan menyakitinya, diri kita juga akan sama terasa sakit dan dimusuhi.
7. Apabila kita berjauhan dengannya kita akan terasa begitu rindu dengannya dan segera ingin bertemu.
8. Apabila kita tiada bersamanya pada suatu ketika, kita akan merasa alam hidup kita ini sunyi dan kekosongan tanpanya.
9. Arifbillah itu tidak suka mencela atau menghina ilmu-ilmu yang terdapat pada orang-orang sufi yang Haq.
10. Arifbillah itu termasuk golongan Auliya’ Allah, namun tidak semua Auliya’ Allah itu adalah kalangan ulamak. Arifbillah atau Auliya’ Allah itu boleh jadi seperti orang biasa dalam kedudukan masyarakat kita yang tidak ada pangkat dan harta, dan sedikit sahaja orang mengenalinya, ada yang suka hidup memencilkan diri dan dipinggirkan keluarga serta masyarakat.
11. Arifbillah atau Auliya’ Allah adalah terlalu sedikit jumlahnya yang ada di dunia ini berbanding ulamak yang jumlahnya terlalu ramai dan mudah dikenali.
12. Pada kebiasaannya, tanda-tanda seorang itu Arifbillah atau Auliya’ Allah bahwa dirinya sering menerima pelbagai ujian dari masyarakat awam yang tidak mengenali martabat kemuliaannya yang tersangat hampir di sisi Allah dan sebagai kekasih Allah (Habibullah). Masyarakat awam sering melemparkan kutukan dan kata-kata yang kesat, tuduhan dan fitnah, mengejek dan memperlikan ajaran-ajarannya serta kebaikan-kebaikan yang dilakukannya di jalan Allah.
13. Sesiapa yang memuliakan Arifbillah, Allah juga akan memuliakannya meskipun ia seorang ahli maksiat. Sesiapa yang memusuhi Arifbillah, Allah juga akan memusuhinya meskipun ia seorang ahli ibadat.
Fikir2...renung2..

Friday, August 28, 2015

Hadith berkaitan Ilmu

ini beberapa intisari majlis Ilmu yg dihadiri

Hadith berkaitan Ilmu

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ سَيُقْبَضُ وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ حَتَّى يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي فَرِيضَةٍ لَا يَجِدَانِ أَحَدًا يَفْصِلُ بَيْنَهُمَا.
 (الدارمي والدارقطني)
Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;  pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".

(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
(أبو داود وابن ماجه)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa pergi ke masjid untuk mempelajari ilmu dan kebaikan atau mengajarkan orang lain akan mendapat ganjaran haji yang sempurna".
(HR Tabrani)

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Siapa yang ingin melihat orang yang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid-murid(pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap-tiap huruf yang dipelajari dan tiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk tiap langkah satu kota di syurga, dan tiap ia berjalan dimintakan ampunan oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat bahkan mereka berkata: Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka".
(Hadith riwayat Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)

Dari Abu Said'al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Amal yang utama di atas bumi ini tiga: Penuntut ilmu,jihad dan usaha kerja, kerana penuntut ilmu itu kekasih Allah, dan pejuang jihad waliyullah dan yang usaha pekerjaan siddiqullah(orang yang bersungguh-sungguh membenarkan kepada Allah)".
(Hadith diriwayatkan Abu Laith al-Samarqandi dalam Tanbih al-Ghafilin)

Sabda Nabi Muhamad s.a.w yang bermaksud :
" Jadilah kamu sebagai seorang ulama' atau penuntut ilmu atau mendengar majlis ilmu atau kasih kepada ilmu. Janganlah kamu termasuk golongan yang kelima nescaya kamu akan binasa."-

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani)

Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".
(HR Tabrani)

Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :
" Kelebihan para ulama' berbanding dengan ahli ibadah, ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling rendah kedudukkannya dikalangan kamu."
Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama."
- Riwayat al-Tabrani, Kanz al-Ummal (28736), 145/10, Jami'al-Ahadith (14774)

hadis 02Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda:
"Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia
menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti
dengan rantai daripada api neraka".

 (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka".
(HR Ibn Majah)

Dari Abu Hurairah r.a dan Abu Said Al-Khudri r.a keduanya bersaksi bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidaklah satu kelompok yang duduk mengingati Allah kecuali para malaikat menaungi mereka dengan sayap-sayapnya, dan rahmat Allah meliputi mereka, sakinah turun ke atas mereka dan Allah menyebut mereka dalam majlis para malaikat".
(HR Muslim)

Tidaklah duduk suatu kaum untuk berzikir kepada Allah kecuali malaikat menaungi mereka, rahmat meliputi mereka dan turun ketenangan atas mereka, serta Allah sebut mereka pada orang yang ada disisiNya".
(HR Muslim, at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Apabila kalian melewati kebun syurga maka masuklah kalian. Ada yang bertanya "Apakah kebun syurga itu" Baginda menjawab "Kumpulan Zikir". Dalam riwayat lain "Majlis Zikir".
(HR at-Tirmidzi)

Sheikh Nurudin al-Marbu al-Banjari
Penjelasan tentang zikir

Dari Safwan bin Assal Al-Muradi r.a. meriwayatkan satu ketika aku datang menemui baginda Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada di dalam masjid duduk bersandar di atas cadar merah,lantas aku berkata:"Ya Rasulullah SAW sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu."

Nabi menjawab: "Selamat datang bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayap-sayapnya bagi mereka yang menuntut ilmu, kemudian berkumpul bertumpuk-tumpuk antara satu sama lain, hinggalah ke langit dunia.Mereka melakukannya kerana cintanya kepada orang yang menuntut ilmu."
(HR Tabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sekali melihat wajah orang berilmu, adalah lebih aku suka daripada beribadat selama satu tahun, rajin berpuasa dan mendirikan sembahyang malam. Ini kerana, sudah tentu orang yang berilmu yang mahu mengajarkannya".

Sunday, August 23, 2015

LARANGAN MENGHINA ORANG YANG MELAKUKAN DOSA

LARANGAN MENGHINA ORANG YANG MELAKUKAN DOSA
وعن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” من عير أخاه بذنب، لم يمت حتى يعمله .” أخرجه الترمذي و حسنه، وسنده منقطع.
Daripada Mu’az bin Jabal r.anhu, beliau berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:
‘ Sesiapa menghina saudaranya yang melakukan dosa, maka Allah akan mematikannya sebelum dia melakukan perbuatan yang sama dengan orang itu.”
( Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan menurutnya hadis ini hasan sedangkan sanadnya pula munqathi’: 1544 )
Muslim yang baik adalah apabila dia melihat saudaranya melakukan seuatu kesalahan, maka dia menutupi aibnya dan menasihatinya. Janganlah menghinanya ataupun berasa bangga kerana terhindar dari perkara yang dia lakukan.
Apabila kita menghinanya, maka Allah SWT akan membalas dengan menimpakan bala ( kesalahan yang serupa ) sebagai amaran bahawa keselamatan daripada aib hanyalah semata-mata disebabkan taufik daripada Allah, bukan kerana kehendak manusia.

Kenali Syeikh Daud Fatoni

Kenal ulama terkemuka


Wednesday, August 19, 2015

Sesiapa Yang Memenuhi Ajakan Allah SWT Akan Memperolehi Semua Kebaikan




Sesiapa Yang Memenuhi Ajakan Allah SWT Akan Memperolehi Semua Kebaikan.
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Saidina Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah SWT. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Berdasarkan kata-kata Saidina Abu Bakar r.a terdapat enam persimpangan :
Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama,
Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat
Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,
Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat
Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.
Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,
Huraiannya :
Pertama : Iblis berdiri dihadapanmu. Iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama.
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Wahai Iblis, terangkan kepadaku siapakah golongn umatku yang menjadi kawan baikmu?"
Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah, ada sepuluh golongan yang menjadi sahabat karibku antaranya :
1.Imam (pemerentah) yang zalim.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Saudagar yang khianat (menipu dalam perniagaan).
4.Peminum arak.
5.Tukang fitnah (ini termasuk semua jenis manusia tidak kira apa pangkat dan darjatnya sekalipun).
6.Pelacur.
7.Pemakan harta anak yatim.
8.Umatmu yang mempermudahkan solat (tidak melaksanakan solat dengan sempurna dan sering meninggalkan solat).
9.Manusia yang engan membayar zakat.
10.Orang yang banyak berangan-angan (malas bekerja mencari rezeki). "
Kedua : Jiwa disebelah kananmu. Jiwa mengajakmu ke arah maksiat.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Apabila jiwa sakit kerana fujur (membawa kepada kesesatan dan suka kepada maksiat) disebabkan oleh gangguan-gangguan jiwa yang telah berlarut-larut sehingga mencapai puncaknya tanpa suatu penyelesaian secara wajar atau hilangnya keseimbangan mental secara menyeluruh, akibat suasana lingkungan yang sangat menekan, jiwa yang sakit, jiwa yang kotor, ketegangan batin dan sebagainya.Maka jiwa yang sakit ini boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan dan boleh membahayakan diri dan nyawanya.
Ketiga : Nafsu disebelah kirimu. Nafsu mengajakmu memenuhi syahwat,
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Nafsu Ammarah Bissu' adalah nafsu yang sangat berbahaya apabila melekat pada diri seseorang manusia sebab ia suka mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof ayat 53)
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, “Siapa yang cuba nak menghalang tindakan ku akan menanggung akibatnya!”. Nafsu lebih cenderung untuk memenuhi syahwat.
Nafsu amarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, melakukan zina, tidak beradab, tidak berperi kemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran.
Keempat : Dunia di sebelah belakangmu. Dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat
Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Firman-Nya yang bermaksud, “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
(Surah An-Naaziat ayat 37-39)
Merenungkan ayat-ayat al-Quran yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia). Dunia hanyalah tipu daya, permainaan dan kesia-siaan belaka. Allah SWT mencela orang-orang yang mengutamakan kehidupan dunia yang fana ini daripada kehidupan akhirat. Jika dunia yang dikejar maka akan hilanglah akhiratnya.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Katakanlah (Wahai Muhammad), sesungguhnya kesenangan dunia itu hanyalah sementara sedangkan akhirat jualah yang lebih baik bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Nisa ayat 77)
Kelima : semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Anggota tubuh manusia suka kepada maksiat dan melakukan noda dan dosa apabila tidak didorong dengan iman dan takwa kepada Allah SWT. Terutama lidah dan kemaluan manusia.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW besabda maksudnya : “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya.” (Hadis riwayat Tarmizi)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Keenam: Sedangkan Allah SWT di atasmu. Dan Tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunan-Nya,
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah SWT, maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Sungguh orang yang beriman dan beramal soleh untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai tempat tinggal” (Surah al-Kahfi ayat 107)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga 'Adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut terhadap Tuhannya." (Surah al-Bayyinah ayat 7-8)
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama patuh dan tunduk kepada Allah SWT laksnakan perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya nescaya kita akan terselamat di dunia dan akhirat. Jauhi lima perkara yang boleh menjauhkan kita daripada kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat iaitu godaan iblis dan syaitan, jiwa yang fujur (membawa kesesatan dan maksiat), hawa nafsu syahwat yang dituruti, dunia yang melalaikan dan menipu dan anggota badan yang cenderung kepada maksiat. Sekiranya kita berjaya mengatasi lima perkara ini dan sentiasa kembali kepada ajakan Allah SWT maka pasti kita akan mendapat kejayaan yang besar iaitu memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.


Monday, August 17, 2015

13 Kisah Rasulullah SAW Yang Wajib Anda Ketahui

Y Rasuulallah.." addrikni"
13 Kisah Rasulullah SAW Yang Wajib Anda Ketahui
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W. menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda S.A.W. menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.”
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.
4) Pernah Baginda S.A.W. pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi S.A.W. bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya Baginda S.A.W. sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah S.A.W. menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi S.A.W. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”
6) Pernah Baginda S.A.W. bersabda, “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika Baginda S.A.W. menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda S.A.W. antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”
“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T. dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W. menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda S.A.W., Baginda S.A.W. masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah Baginda S.A.W. terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Thursday, August 13, 2015

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR

HADIS-HADIS MENGENAI SOLAT SUNAT FAJAR
Daripada Aisyah RAha daripada Nabi SAW, bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
“Dua rakaat (sebelum solat) fajar (subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725)
Daripada Aisyah RAha dia berkata:
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ
“Nabi SAW tidak pernah sanagt tekun mengerjakan suatu solat sunnah sebagaimana tekunnya baginda mengerjakan solat dua raka’at fajar”. (HR. Al-Bukhari no. 1169)
Hafshah Umul Mukminin RAha dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ الْأَذَانِ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ وَبَدَا الصُّبْحُ رَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تُقَامَ الصَّلَاةُ
“Jika muazzin selesai azan solat subuh (kedua) dan subuhpun telah nampak, Rasulullah SAW melakukan solat dua rakaat yang ringan sebelum solat ditegakkan.” (HR. Muslim no. 723)
Daripada Qais bin Amr RA dia berkata:
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ رَجُلًا يُصَلِّي بَعْدَ صَلَاةِ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَلَاةُ الصُّبْحِ رَكْعَتَانِ. فَقَالَ الرَّجُلُ: إِنِّي لَمْ أَكُنْ صَلَّيْتُ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ قَبْلَهُمَا فَصَلَّيْتُهُمَا الْآنَ. فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Suatu ketika Rasulullah SAW pernah melihat seorang lelaki yang mengerjakan solat dua rakaat lagi setelah solat subuh. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Solat subuh itu hanya dua raka’at.” Lelaki itu menjawab, “Sesungguhnya aku belum mengerjakan solat (sunnah) dua raka’at yang seharusnya dikerjakan sebelumnya, kerana itu aku mengerjakannya sekarang ini.” Maka Rasulullah SAW diam.” (HR. Abu Daud no. 1267 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Al-Misykah: 1/329)
Dan diamnya Nabi SAW menunjukkan persetujuan baginda terhadapnya.
PENJELASAN RINGKAS:
Selain dari keutamaan solat sunnah fajar yang tersebut dalam kedua hadis Aisyah di atas, ada beberapa masalah lain yang diisyaratkan dalam dalil-dalil di atas:
1. Solat sunnah fajar ini dikerjakan setelah azan kedua dan sebelum iqamah dikumandangkan. Ini ditunjukkan secara tegas oleh hadis Hafshah di atas.
2. Bolehnya mengqadha’ solat sunnah sebelum subuh ini setelah dilaksanakannya solat subuh. Dengan catatan bahawa dia memang tidak berkesempatan atau ada uzur sehingga dia tidak mengerjakannya sebelum subuh. Adapun jika dia tiada uzur ketika meninggalkannya, atau dia berkesempatan mengerjakannya sebelum subuh tapi dia tidak mengerjakannya, maka dia tidak diperbolehkan mengqadha’nya setelah solat subuh.
3. Dalam mengqadha’, boleh terus dikerjakan setelah solat subuh sebagaimana hadis Qais bin Amr di atas, dan boleh juga dikerjakan setelah berlalunya waktu terlarang solat, iaitu setelah matahari agak meninggi.
4. Hendaknya seorang alim, ketika dia melihat ada orang yang mengerjakan amalan yang zahiriahnya keliru atau tidak sesuai dengan apa yang diketahui selama ini, maka hendaknya dia memperjelas terlebih dahulu alasan orang tersebut mengerjakannya, agar dia tidak keliru dalam mengingkari.
6. Diamnya Nabi SAW termasuk sunnah baginda yang boleh dijadikan sebagai dasar hukum penetapan syariat.
CARA SOLAT SUNAT FAJAR
Daripada Aisyah RAha dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ إِذَا سَمِعَ الْأَذَانَ وَيُخَفِّفُهُمَا
“Jika Rasulullah SAW selesai mendengar azan (subuh), maka baginda solat dua rakaat fajar dengan meringankan (raka’at) keduanya.” (HR. Muslim no. 724)
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ فِي رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
“Dalam dua raka’at fajar, Rasulullah SAW membaca ‘QULYA AYYUHAL KAFIRUN’ dan ‘QUL HUWALLAHU AHAD’.” (HR. Muslim no. 726)
Daripada Abdullah bin Abbas RAha dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْرَأُ فِي رَكْعَتَيْ الْفَجْرِ فِي الْأُولَى مِنْهُمَا: قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا, الْآيَةَ الَّتِي فِي الْبَقَرَةِ وَفِي الْآخِرَةِ مِنْهُمَا: آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
“Dalam dua raka’at fajar, tepatnya di raka’at pertama, Rasulullah SAW membaca, “Katakanlah, kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami,” ayat yang terdapat dalam surah Al-Baqarah (ayat 136) dan pada rakaat terakhir membaca, “Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah bahawa kami orang-orang muslim.” (QS. Ali Imran 52) (HR. Muslim no. 727)
PENJELASAN RINGKAS
Antara sunnah Rasulullah SAW adalah mengerjakan solat sunnah 2 rakaat ini secara ringan, maksudnya bacaan surah dan zikir-zikir di dalamnya tidak dipanjangkan. Kerana Nabi SAW hanya membaca surah-surah yang sangat pendek sebagaimana dalam hadis Abu Hurairah di atas, bahkan baginda juga pernah membaca beberapa ayat yang pendek sebagaimana dalam hadis Ibnu Abbas di atas.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=350975388253611&id=118351798182639

Sunday, August 9, 2015

Tentang Keagungan Ilmu

Tentang Keagungan Ilmu

Dalam Surat Al-Baqarah" Allah SWT berfirman :
"Dan Dia - Allah yang mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman : "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar". Mereka menjawab : "Maha Suci Engkau ! Tidak ada yang kami ketahui selain apa yang engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maja Bijaksana".

Diriwayatkan bahwa rasulullah saw. bersabda :
Yang paling selamat di antara kamu dari adzab dan kesengsaraan hari Qiamat, ialah yang terbanyak membaca shalawat untukku.

Oleh Abuhurairah diriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda :
Barangsiapa menempuh jalan menuntut ilmu, Allah menunjukkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sampai-sampai ikan di laut pada memintakan ampun bagi orang alim. Dan sesungguhnya ulama itu adalah pewaris-pewaris para nabi.

Diriwayatkan oleh Abu Dhar bahwa Rasulullah saw. bersabda :
Bahwasanya perjalananmu untuk belajar satu bab dari kitab Allah lebih baik bagimu dari pada bersembahyang seratus rakaat, dan perjalananmu untuk mengajar suatu bab dari Ilmu - diamalkan ilmu itu atau tidak - lebih baik bagimu dari sembahyang seribu rakaat. Dan barangsiapa mempelajari suatu bab dari ilmu untuk diajarkan kepada orang lain akan diberikan pahala tujuhpuluh nabi. Barangsiapa duduk didepan seorang alim barang sejam - dua jam, mendengar dari padanya sepatah - dua patah, makan bersama sesuap - dua suap dan atau jalan bersama selangkah dua langkah akan dikaruniai Allah dua syurga, tiap syurga sebesar dunia ini dua kali.

Diriwayatkan oleh Sayidina Ali r.a. bahwa Rasulullah bersabda :

Saya telah menanya Jibril tentang para ulama yang di jawab : Bahwa mereka adalah pelita umatku di dunia dan di akhirat, bahagialah bagi mereka yang mengenal mereka dan celakalah bagi yang mengingkari atau membenci mereka.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda : Barangsiapa bersembahyang Jemaah dan duduk mendengarkan Pengajian ilmu, mendengarkan firman Allah kemudian diamalkannya, ia akan dikaruniai oleh Allah dengan enam macam karunia : Rizqi yang halal, terhindar dari siksa kubur, menerima kitabnya (catatan amalnya) dengan tangan Kanannya, melewati jembatan Shirath secepat kilat, berkumpul bersama para nabi di Padang Masyar dan dibangunkan oleh Allah sebuah rumah di syurga yang terbuat dari yaqut merah dan mempunyai empat puluh pintu".

Berkata Ibnu Abbas ra. : Bahwasanya kedudukan para ulama adalah lebih tinggi dari orang-orang Mu'min dengan tujuh ratus derajat, antara tiap dua sama derajat perjalanan lima ratus tahun.
Dikatakan bahwa ilmu itu lebih afdol dari amal karena lima perkara : 
  • Pertama ilmu tanpa amal bisa terjadi tetapi amal tanpa ilmu tidak bisa
  • Ilmu tanpa amal berguna tapi amal tanpa ilmu tidak 
  • amal itu lazim (mesti) dan ilmu adalah penerang sebagai pelita
  • Tingkat ilmu ulama adalah tingkat nabi-nabi, sebagai mana sabda Rasulullah saw. : Ulama-ulama umatku adalah seperti nabi-nabi Bani Israel.
  • Ilmu adalah sifatnya Allah sedang amal adalah sifatnya Hamba Allah dan sifat Allah tentu lebih Afdol dari sifat hambanya.
Menurut Ibnu Abbas r.a. Bahwa nabi Sulaiman a.s. telah memilih ilmu ketika disuruh memilih diantara ilmu dan kerajaan, maka baginya telah dikaruniai Allah ilmu dan kerajaan.
Suatu tanda kemuliaan ilmu, ialah firman Allah kepada Nabi Muhammad saw. : "Katakanlah Hai Muhammad ; Ya Tuhanku tambahkanlah ilmuku"
Diceritakan bahwa Rasulullah pada suatu ketika melihat syaitan berada di pintu mesjid. Rasulullah menanya padanya : Apa yang engkau perbuat di sini hai Iblis? Berkata si Iblis : Saya hendak mengacau sembahyangnya pria itu yang sedang sembahyang tetapi aku takut dari pria yang yang sedang tidur. Kembali bertanya Rasulullah : Kenapa engkau tidak takut dari orang yang sembahyang itu pada hal ia sedang beribadah menghadap Tuhan dan takut dari pada orang yang sedang tidur dan tidak sadar itu. Karena orang yang sedang sembahyang itu adalah orang bodoh yang mudah sekali dikacau, sedang yang tidur adalah orang alim yang sekali waktu-waktu bila ia sadar dari tidurnya dapat menggagalkan usaha merusak dan mengacau saya terhadap orang bodoh itu, jawab si Iblis.
Maka bersabda Rasulullah saw. : Sesungguhnya tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang yang bodoh.

Bersabda Rasulullah saw. Barang siapa hendak menghapalkan ilmu, ia harus melakukan lima perkara : Pertama sembahyang dua rakat di waktu malam, kedua selalu berwudhu, ketiga bertaqwa secara terang-terangan atau sembunyi, keempat makan dan minum untuk bertaqwa dan bukan untuk memenuhi hawa nafsu dan kelima bersiwak  menggosok gigi.
Bersabda Rasulullah saw. : Kebajikan dan kemuliaan dunia dan akhirat menyertai ilmu dan seorang alim lebih afdal dihadapan Allah dari seribu orang syahid.
Dimaksud dengan orang alim dalam hadits ini ialah alim yang mengamalkan ilmunya.
Bersabda Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah s.w.t. telahmenciptakan sebuah kota di bawah Aresynya yang pada pintunya tertulis kata-kata : Barang siapa mengunjungi - berziarah - pada ulama ialah seakan-akan berziarah pada nabi-nabi. Dan Allah s.w.t. lebih menyukai seseorang duduk bersama ulama sejam dari pada beribadah seribu tahun.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan di bawah Aresynya sebuah kota dari cahaya sebesar dunia sepuluh kali, di dalamnya terdapat seribu pohon dari mutiara yaqut, merjan dan lain-lain permata. Daun-daun pohon itu terbuka mekar pada mereka yang bersembahyang jemaah lima waktu dan rajin duduk menghadiri ruang pengajaran ilmu, agar mereka datang duduk bernaung di bawah pohon-pohon permata itu sambil menikmati hidangan dari cahaya yang disuguhkan, penuh dengan segala apa yang lezat dan sedap dirasa oleh selera dan dipandang mata.

Bersabda Rasulullah saw. : Tiada seorang mu'min beduka-cita karena kematian seorang alim kecuali baginya oleh Allah swt. dicatat pahala seribu alim dan seorang syahid.

Bersabda Rasulullah saw. Akan datang suatu masa di mana umatku lari dan menjauhi para Ulama dan ahli figh. Dalam keadaan demikian Allah akan menimpakan tiga bencana atas mereka : Pertama, baroqah akan terangkat dari pencaharian mereka. Kedua, Allah menguasakan di atas mereka suatu pemerintahan yang dzalim. Ketiga mereka akan meninggalkan dunia tanpa iman.

Bersabda Rasulullah saw. : Empat orang akan didatangkan ke pintu syurga pada hari qiamat tanpa mengalami hisab dan menyaksikan adzab : Pertama seorang alim yang telah mengamalkan ilmunya, kedua Haji yang telah melakukan ibadah haji tanpa melakukan perbuatan ma'siat, ketiga seorang syahid yang mati terbunuh dalam peperangan dan keempat dermawan yang telah memperoleh harta halal dan menafkahkannya di jalan Allah tanpa riya. Keempat orang itu berebut memasuki syurga lebih dahulu, maka diutus oleh Allah SWT. Malaikat Jibril untuk mengetengahi, kemudian menanyakan jibril pada si syahid : Apa yang engkah telah perbuat di dunia sehingga kau ingin memasuki syurga lebih dahulu. Di jawab oleh si syahid : Saya telah terbunuh dalam peperangan untuk mencapai ridho Tuhan. Dan dari siapa engkau mengetahui dan mendengar tentang pahala seorang syahid, tanya lagi Jibril. Dari para ulama, jawabnya, kemudian berkatalah jibril : Peliharalah adap kesopanan, janganlah mendahului guru-gurumu. Kepada si haji dan si dermawan Jibril mengajukan pertanyaan serupa, kemudian berkatalah si orang alim : Ya Tuhanku aku tidak memperoleh ilmu kecuali lantaran kabaikan dan kedermawanan si dermawan, maka berfirmanlah Allah SWT. Benarlah apa yang dikatakan oleh orang alim itu, hai malaikat Ridhuan bukakanlah pintu-pintu syurga untuk si dermawan masuk syurga lebih duhulu disusul oleh yang lain.
Bersabda Rasulullah saw. : Kelebihan seorang alim atas seorang yang beribadah seperti kelebihanku di atas orang yang terendah daripada kamu.

Demikianlah maka Allah telah mewahyukan Nabi Ibrahim as. Firman Nya : Aku adalah Maha Mengetahui, maka Aku mencintai orang alim.
Berkatalah Al-Hasan ra. : Pada hari qiamat tinta para ulama ditimbang bersama darah para syuhada, maka lebih beratlah timbangan tinta para ulama dari darah Syuhada.
Bersabda Rasulullah saw. : Jadilah seorang alim atau pelajar penuntut ilmu atau pendengar dan janganlah jadi orang keempat agar tidak binasa.
Rasulullah saw. ditanya : "Amal apakah yang terafdal, wahai Rasulullah ?" Rasulullah menjawab : "Mengenal Allah", Karena amal sedikit akan berguna bila disertai ilmu, tetapi amal banyak yang disertai kebodohan tidak akan berguna, Maka dapat diketahui bahwa ilmu itu lebih mulia dari ibadah, karena seorang hamba harus beribadah dengan disertai ilmu, kalau tidak, maka amalnya tidak berguna laksana abu diterbangkan oleh angin.
Dikatakan bahwa memandang wajah seorang alim adalah ibadah :
Bersabda Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT. malaikat-malaikatnya, penghuni langit dan bumi sampai-sampai semut di dalam lobangnya dan ikan di dalam laut pada berselawat mendo'akan orang yang mengajar orang lain dengan pengajaran yang baik.

Rasulullah saw. Bersabda : "Sesungguhnya Allah swt. Menciptakan bani Adam dengan delapa sifat : Empat diantaranya adalah sifat-sifat penghuni syurga, yaitu wajah yang ramah, lidah yang fasih, hati yang bertaqwa, dan tangan yang murah. Sedang empat yang lain adalah sifat-sifat penghuni neraka, yaitu wajah yang masam, lidah yang kotor, hati yang keras dan tangan yang bakhil.
Bersabda Rasulullah saw. : Hati-hatilah dari tiga orang : Ulama yang lengah, orang-orang fakir yang penjilat dan orang-orang bodoh yang bertasawuf.
Bersabda Rasulullah saw. : Tegaknya dunia dengan empat perkara : Ilmunya para ulama; adilnya para umara (pemerintah), dermawannya para orang kaya dan do'anya orang-orang fakir miskin.

Karena kalau tidak karena ilmunya para ulama binasalah orang-orang yang bodoh dan kalau tidak karena kemurahan hati orang-orang kaya binasalah orang-orang fakir miskin dan kalau tidak karena do'anya orang fakir miskin binasalah orang-orang kaya dan kalau tidak karena adilnya para umara (pemerintah) akan saling bunuh membunuhlah manusia sebagaimana srigala mencaplok kambing.
Bersabda Rasulullah saw. : Barangsiapa yang menafkahkan sedirham bagi orang yang menuntut ilmu maka ia seakan-akan menafkahkan sebesar gunung Uhud emas murni untuk jalan Allah SWT.
Bersabda Rasulullah saw. : Barangsiapa bersembahyang jemaah bersama-sama muslimin empat puluh hari, tidak ketinggalan satu rakaatpun, dicatat oleh Allah SWT. Bebas dari sifat orang munafiq.
Bersabda Rasulullah saw. : Barangsiapa bersembahyang subuh dan duduk berdzikir, diberi oleh Allah tujuhpuluh gedung dari emas dan perak di alam syurga "Firdaus.".
Bersabda Rasulullah saw. : Sesungguhnya perumpamaan sembahyang adalah seumpama suatu sungai yang mengalir di depan rumah salah seorang dari kamu, dalam sungai mana ia bermandi lima kali sehari, adakah tertinggal kotoran pada badannya? Tanya Rasulullah pada sahabatnya. Tidak, kata sahabat. Demikian pulalah sembahyang mencuci semua dosa, kata rasulullah saw.
Demikian sekedar penjelasan tentang Ilmu semoga Allah Merahmati Para Pembaca Blog ini... Amin.. Amin... Ya Robbal 'A Lamiin. Kalau sempat tinggalkanlah pesan Saudara ....

http://mukjizatrasulullah.blogspot.com/2011/06/tentang-keagungan-ilmu.html


CINTAILAH MAJLIS ILMU DAN ULAMA’
Suatu ketika Rasulullah SAW
memasuki masjid Nabawi, disana beliau menemui dua majlis, salah satunya
berkumpul untuk berdoa kepada Allah dan yang lain duduk untuk belajar dan
mengajar. Kemudian beliau SAW bersabda (yang artinya):
“Kedua majlis itu berada
atas kebaikan, (namun) salah satunya lebih utama daripada yang lain, adapun
mereka adalah kelompok yang berdoa dan memohon kepada Allah, jika Allah
berkehendak Dia akan mengabulkan (memberikan) apa yang mereka mohonkan atau jika
Allah mau Dia tidak memberikannya. Dan adapun mereka, kelompok yang belajar dan
mengajar orang yang jahil, (sedang) Aku telah diutus sebagai pendidik (guru),
dan mereka itulah kelompok yang lebih utama”.
Kemudian beliau mendatangi
majlis ilmu tersebut dan duduk bersama mereka (HR. Ibnu Majah dan Ad Darimi
dari Abdullah bin ‘Amr)
Sahabat Anas bin Malik,
khadim (pembantu) Rasulullah SAW menyampaikan bahwa Rasulullah SAW bersabda
(yang artinya):
“Jika kalian melewati
kebun(taman) surga maka bersenang-senanglah (di dalamnya)”, sahabat bertanya,
“Wahai Rasulullah apakah kebun surga itu?”, beliau menjawab: “Perkumpulan
dzikir” (HR. At Tirmidzi)
Dalam riwayat lain, beliau
bersabda: “Majlis-majlis ilmu”.
Dalam hadits yang marfu’
juga disebutkan bahwa Allah SWT memiliki malaikat-malaikat khusus yang bertugas
mencari hilaqudz dzikr (perkumpulan dzikir), dan jika mereka telah
mendapatinya, mereka mengitari majlis tersebut. (HR. Al Bazzar dari Anas bin
Malik)
Dalam menafsirkan maksud
“perkumpulan dzikir” ini hendaknya kita tidak mengartikan sebatas majlis dzikir
semacam tahlilan atau istighotsah saja, tapi majlis dzikir yang disebutkan pada
hadits diatas mencakup semua majlis yang mengingatkan kita kepada Allah, majlis
yang mengenalkan kita kepada syariat Allah, majlis yang memberikan penjelasan,
mana yang halal dan mana yang haram, majlis yang membahas fiqh, bagaimana cara
menjual dan membeli, bagaimana cara sholat, berpuasa, berhaji, menikah dan yang
semacamnya. Demikian disampaikan oleh Al Imam ‘Atho’ bin Abi Rabah RA.
Maka dari itu, majlis
taklim, pengajian-pengajian yang ada saat ini, yang didalamnya diajarkan
syariat islam, itupun masuk dalam kategori “Perkumpulan Dzikir” yang dikatakan
sebagai bagian dari taman-taman surga.
Pada masa Rasulullah, juga
dikisahkan. Tatkala beliau duduk di masjid dengan dikitari beberapa sahabatnya.
Tiba-tiba datang 3 orang, dua orang datang masuk ke majlis sedang satunya pergi
meninggalkan majlis. Dua orang tadi mendekat ke majlis Rasulullah, salahsatunya
melihat ada tempat yang kosong disela-sela majlis, maka dia mengisinya, sedang
yang satunya lagi (karena malu) duduk dibelakang majlis. Manakala usai dari
majlis tersebut. Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):
“Tidakkah akan aku beritakan
kepada kalian perihal tiga orang tadi?, yang satu telah datang kepada Allah,
maka Allah pun mendatanginya, sedang yang lain merasa malu dari Allah, maka
Allah pun malu darinya dan yang lain (ketiga) telah berpaling dari Allah maka
Allah pun berpaling darinya” (HR. Bukhori dan Muslim dari Abi Waqid Al Laitsi
RA)
Rasulullah Saw bersabda
(yang artinya):
“Sesungguhnya Luqman Al
Hakim berwasiat kepada puteranya: Hai anakku, wajib bagimu duduk bersama Ulama
(mendatangi majlis mereka), dan dengarkanlah kalam (pembicaraan) Hukama’ (ahli
hikmah), sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati (kaku) dengan
cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana Allah menghidupkan tanah yang tandus dengan
air hujan” (HR. Ath Thabarani, Al Bazzar dll dari Abu Umamah).
Al Imam Sahl bin Abdillah At
Tusturi berkata:
“Barang siapa ingin melihat
majlis para Nabi maka lihatlah majlis para Ulama’, sebab mereka itulah
pengganti para Rasul pada umat mereka, pewaris ilmu-ilmu mereka. maka majlis
mereka adalah majlis pengganti para Nabi”.
Al Imam Abdullah bin Mas’ud
berkata:
“Orang-orang yang bertaqwa
adalah pemimpin, Al Fuqaha (Ulama) adalah tauladan dan duduk bersama mereka
menambah (kebersihan hati dan kedekatan kepada Allah)”
Sahabat Abdullah bin Umar
berkata:
“Majlis ilmu lebih baik
daripada beribadah 60 tahun”
Sayyiduna Umar bin Khattab
RA berkata:
“Sungguh ada seseorang yang
keluar dari rumahnya dengan memikul dosa sebesar gunung Tihamah, lalu dia
menghadiri majlis ilmu dan mendengarkan nasehat dan wasiat si ‘Alim, dan berkat
itu dia takut kepada Allah dan bertaubat dari dosa-dosanya. Tatkala dia kembali
ke rumahnya, dosa-dosanya telah diampuni. Janganlah kalian meninggalkan majlis
ulama. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sejengkal tanah dibumi yang lebih
mulia dari tanah yang dipakai majlis ilmu”. (Ihya’ Ulumiddin).
Al Imam ‘Atho’ bin Abi Rabah
berkata: “Satu majlis ilmu menggugurkan 70 majlis kelalaian”.
Al Habib Ahmad bin Hasan Al
‘Aththos berkata: “Majlis dakwah dan majlis yang disebut didalamnya orang-orang
soleh, adalah pencuci hati dan penyejuk hati”.
Beliau juga berkata: “Tidaklah
diadakan majlis taklim atau dzikir kecuali Allah keluarkan dari majlis itu
(semacam) awan putih bersih. Kemudian awan itu digiring kepada kaum yang tidak
berbuat amal kebajikan sama sekali, lalu awan itu menurunkan hujan (rahmat dan
barokah) kepada mereka. sehingga mereka tergolong orang yang berbahagia”.
Itulah kemuliaan majlis ilmu
dan dzikir, keberkahan dan rahmat yang turun kepada ahli majlis itu akan
diberikan pula kepada orang lain yang lalai kepada Allah sehingga juga mendapat
percikan barokah dan rahmat tersebut.
Al Habib Abdullah bin Alawi
Al Haddad berkata: “Ketahuilah bahwa berkumpul dengan orang yang baik (soleh)
akan menanam di dalam hati kecintaan pada kebaikan dan membantunya agar mudah
melakukan kebaikan itu. Sebagaimana duduk dan bergaul bersama orang yang jelek
akan menanam dalam hati cinta kejelekan (maksiat) dan membuatnya mudah
melakukan kejelekan itu. Siapa yang bergaul dengan suatu kaum, maka otomatis
akan mencintai mereka. Dan seseorang akan dikumpulkan bersama yang dicintainya di
dunia dan akhirat”.
Al Habib Muhammad bin Zein
bin Smith berkata: “Jangan engkau duduk kecuali bersama orang yang akan
mengingatkanmu kepada Allah dan memberikan semangat kepadamu dalam beribadah,
jika kamu mendapati orang itu maka pegangilah dan dekati dia. Sebab tidak ada yang
lebih bermanfaat bagi hati daripada duduk bersama sholihin”.
Seorang ahli hikmah berkata:
“Siapa yang berkawan dan mencintai orang yang baik (soleh), maka Allah akan
menjadikannya orang yang soleh, sekalipun awalnya dia adalah orang yang jelek (hina).
Dan siapa yang berkawan dengan orang yang jelek, maka Allah akan menjadikannya orang
yang jelek, sekalipun awalnya dia orang yang baik. Dan jika kalian tidak
menjumpai mereka, maka tidak ada yang lebih baik daripada membaca biografi dan
sejarah kehidupan mereka serta mempelajari kitab-kitab mereka”.
Karena itu Al Habib Ahmad
bin Zein Al Habsyi berkata: “Kepahaman adalah cahaya yang memancar dalam hati,
yang tidak akan diberikan kecuali kepada orang yang duduk bersama sholihin atau
mempelajari kitab-kitab mereka”.
Ahli hikmah berkata: “Siapa
yang solat dibelakang orang yang diampuni, maka dia pun akan diampuni oleh
Allah dan siapa yang duduk bersama sholihin, akan bertambah semangatnya dalam
bertaat dan siapa yang duduk dengan ulama maka akan bertambah ilmu dan amalnya”.
Al Imam Muhammad bin Idris Asy
Syafii berkata: “Empat hal ini menambah kecerdasan: tidak banyak berbicara (fudhul),
memakai siwak, bergaul bersama sholihin dan duduk dengan ulama”.
Sumber: Kitab Al Manhaj As
Sawiy Syarh Ushuul Thariqah As Saadah Al Ba ‘Alawi, karya Al ‘Allamah Al Habib
Zein bin Ibrahim Bin Smith RA.
**************************************

Apa faedahnya kita menghadiri majelis haul ?
Maka jawabnya, banyak faedahnya. Pada ghalib (yang nyata)-nya, acara yang dilakukan di dalam majelis haul adalah:
1. Membaca DzikruLlah secara beramai-ramai, seperti biasanya ketika haul Imam Syaikh Abu Bakar bin Salim akan dibacakan Wirdul Sughra, Wirdul kubro Syaikh Abu Bakar bin Salim dan Maulid Adh-Dhiyaul Lami' susunan Al-Habib 'Umar ibn Muhammad ibn hafizh
2. Membaca Yasin atau mengkhatam al-Quran dan pahalanya dihadiahkan kepada shohibul haul.
3. Membaca manaqib shohibul haul,
4. Dapat duduk bersama ulama dan mendengar nasihat dan peringatan daripada mereka5. Membaca petikan dari kitab-kitab karangan shohibul haul, dan banyak lagiiii ........
1. BerdzikruLlah.Kelebihan berdzikruLlah ini sangat banyak.
Bacalah di dalam kitab Fadhilat Dzikir oleh Syeikhkul Hadits Maulana Zakaria al-Kandahlawi. Di dalam kitab tersebut ada dijelaskan lebih dari 70 faedah atau keutamaan dari berdzikir. Di sini kami sampaikan sedikit diantara mengenai fadhilat keutamaannya dan juga menjadi dalil berdzikir secara bersama-sama (jama’ah). 
Di antaranya:إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا. قيل: وما رياض الجنة يارسول الله؟ قال: حلق الذكرArtinya: “Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti”. Mereka bertanya: “Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah (kumpulan) dzikir” (Hadits riwayat at-Tirmidhi)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلملا يقعد قوم يذكوون الله تعالى إلا حفتهم الملا ئكة، وغشيتهم الرحمة، ونزلت عليهم السكينة، وذكرهم الله فيمن عندهArtinya: “Tidaklah suatu kaum duduk berdzikir kepada Allah Ta’ala, melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan akan dilimpahi rahmat serta akan diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah akan menyebut mereka di hadapan para malaikatNya" (Hadits riwayat Muslim)

أن النبي خرج على حلقة من أصحابه فقال: ما يجلسكم؟ قالوا: جلسنا نذكر اللهَ ونحمده. فقال: إنه أتاني جبريل، فأخبرني أنّ الله يباهي بكم الملائكةArtinya: “Bahwa suatu ketika Nabi صلى الله عليه وآله وسلم keluar dan melalui suatu halaqah dari para shahabatnya. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Apakah yang menyebabkan kalian duduk beramai-ramai? Para shahabat رضي الله عنهم menjawab: Kami berdzikir serta memuji Allah. Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Sesungguhnya Jibril عليه السلام telah datang kepadaku dan mengkhabarkan kepadaku bahwasanya Allah Ta’ala membanggakan kalian di hadapan para malaikatNya (Hadits riwayat Muslim)

مامن قوم اجتمعوا يذكرون الله لا يريدون بذلك إلا وجه تعالى إلا ناداهم مناد من السماء: قوموا مغفورا لكم، قد بدلت سيئاتكم حسناتArtinya: “Tidaklah suatu kaum yang berkumpul untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, (yang mana mereka) tidak menginginkan sesuatu kecuali keredhaanNya, melainkan ada suara yang menyeru mereka dari langit: Berdirilah kalian dalam keadaan diampunkan kesalahan kalian, sesungguhnya keburukan yang kalian lakukan telah digantikan dengan kebaikan. (Hadits riwayat Ahmad, ath-Thabarani dan Abu Ya’la)

Keutamaan majelis zikir• Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:Dari Nabi Shallallahu alaihi wassalam, Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkahi lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka senantiasa mencari majelis-majelis zikir. Apabila mereka mendapati satu majelis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila para peserta majelis telah berpencar mereka naik menuju ke langit. Beliau melanjutkan: Lalu Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka: Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang mensucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau. Allah bertanya lagi: Apa yang mereka mohonkan
kepada Aku? Para malaikat itu menjawab: Mereka memohon surga-Mu. Allah bertanya lagi: 


Apakah mereka sudah pernah melihat surga-Ku? Para malaikat itu menjawab: Belum wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Apalagi jika mereka telah melihat surga-Ku? Para malaikat itu berkata lagi: Mereka juga memohon perlindungan kepada-Mu. Allah bertanya: Dari apakah mereka memohon perlindungan-Ku? Para malaikat menjawab: Dari neraka-Mu, wahai Tuhan kami. Allah bertanya: Apakah mereka sudah pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Apalagi seandainya mereka pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat itu melanjutkan: Dan mereka juga memohon ampunan dari-Mu. Beliau bersabda kemudian Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan. Beliau melanjutkan lagi lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan yaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan lewat lalu duduk ikut berzikir bersama mereka. Beliau berkata lalu Allah menjawab : Aku juga telah mengampuninya karena mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara/merugi orang yang ikut duduk bersama mereka. (Shahih Muslim No.4854)
Anjuran untuk ingat (berzikir) kepada Allah Taala•


Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Cukuplah sekadar beberapa hadits untuk menyatakan kelebihan berdzikiruLlah.

2. Mendoakan shohibul haul, bacaan tahlil atau surah yasin atau mengkhatam al-Quran yang mana pahalanya dihadiahkan kepada shohibul haul.

Mengenai menghadiahkan bacaan tahlil, bacaan al-Quran ke mayyit, maka, disisi pendapat jumhur ulama ahlus sunnah wal jamaah, perbuatan ini dianjurkan dan sampai pahala yang dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Persoalan ini sudah sering dibahaskan. Maka kami rasa tidak perlu lagi untuk diperjelaskan.

Hanya ingin mengungkapkan sedikit perkataan ulama tentang perkara tersebut, sebagaimana di dalam terjemahan Ajwibah al-Ghaliyyah karya Habib Zein bin Sumaith: “Tersebut Di dalam kitab al-Majmu’ syarah al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi (15/522): “Berkata Ibn Nahwi di dalam Syarah al-Minhaj: Di dalam mazhab Syafi’i, menurut qaul yang masyhur, pahala bacaan tidak sampai. Tetapi menurut qaul yang mukhtar, sampai pahala apabila dimohonkan kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan tersebut”.Dalam menanggapi qaul yang masyhur tersebut, maka Syaikhul Islam, Syaikh Zakaria al-Anshari mengatakan di dalam kitabnya Fathul Wahhab (2/19):

وماقاله من مشهور المذهب محمول على ماإذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو ثواب قرائته لهArtinya: Apa yang dikatakan sebagai qaul masyhur di dalam mazhab Syafi’i itu dalam pengertian: Jika al-Quran itu dibaca dengan tiada kehadiran orang mati (tidak dibaca di hadapan orang mati) dan tidak meniatkan pahala bacaan itu bagi orang mati.”Maka jika dibaca dengan di niatkan sebagai pahala, Insya Allah layaknya sebuah doa, pasti Allah mengabulkannya.

3. Membaca Manaqib
Perkataan manaqib itu adalah bentuk jamak dari mufrod manqobah, yang di antara artinya adalah cerita kebaikan amal dan akhlak perangai terpuji seseorang. Jadi membaca manaqib, artinya membaca cerita kebaikan amal dan akhlak terpujinya seseorang. Oleh sebab itu kata-kata manaqib hanya khusus bagi orang-orang baik dan mulia. Maka hukumnya juga harus bahkan dianjurkan, kerana manaqib menceritakan teladan yang baik untuk diikuti. Apa faedahnya membaca manaqib dan memperingati orang-orang sholeh?

Maka faedahnya membaca manaqib dan mengingati orang-orang sholeh adalah sepertimana yang tersebut di dalam sebuah hadits riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus daripada Sayyidina Muadz رضي الله عنهذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنةMaksudnya: Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kaffarah (bagi dosa), mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kepada syurga. (menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir dan al-Munawi didalam Faidhul Qadir)

Muhammad bin Yunus رحمه الله تعالى berkata:ما رأيت أنفع للقلب من ذكر الصالحينArtinya: Tiada melihat aku akan sesuatu yang terlebih manfaat bagi hati daripada mengingati riwayat hidup orang-orang sholeh.

Sufyan bin Uyainah رحمه الله تعالى mengatakanعند ذكر الصالحين تنزل الرحمةArtinya: Tatkala menyebut orang-orang sholeh akan bercucuran rahmat.

Imam Junaid al-Baghdadi رحمه الله تعالى pula berkata: Hikayat (kisah orang-orang sholeh) itu adalah merupakan tentera dari tentera-tentera Allah Ta’ala dimana Allah menetapkan hati para auliyaNya dengan kisah-kisah tersebut. Maka ditanyai oleh orang kepada Imam Junaid: Apakah engkau mempunyai asas menyokong katamu itu? Maka beliau menjawab: Dalil atau landasan hukum bagi kenyataannya itu adalah firman Allah [bermaksud]: Dan semua kisah-kisah Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu. (Surah Hud:120).

Imam Abu Hanifah.rhm berkata: Kisah-kisah para ulama dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai daripada banyaknya (masalah) fiqih, kerana kisah-kisah tersebut mengandungi adab-adab dan akhlaq mereka.

Faedahnya lagi, dengan membaca manaqib maka akan menambahkan lagi rasa cinta kita kepada shohibul haul, yang mana Beliau dari kalangan auliya dan sholihin. Maka di dalam sebuah hadits riwayat daripada Abu Dzar رضي الله عنه, dimana beliau berkata: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki mengasihi suatu kaum sedangkan ia tidak mampu ber’amal dengan ‘amalan mereka? Maka baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Engkau, wahai Abu Dzar bersama sesiapa yang engkau kasihi.

Mudah-mudahkan kita digolongkan kedalam golongan auliyaNYA lantaran karena cinta kita kepada mereka. آمين.

Manakala di dalam kitab Jala adh-Dholaam ‘ala ‘Aqidatil Awwam disebutkan: Ketahuilah! Seyogyanya bagi setiap muslim yang menuntut kelebihan dan kebaikan (dari Allah Ta’ala) bahwa dia mencari barakah, nafaahat, maqbulnya doa dan turunnya rahmat pada auliya’ didalam majlis perhimpunan mereka, sama halnya ketika mereka masih hidup atau telah wafat, ketika berada disisi kubur mereka atau ketika berziarah atau ketika menyebut keutamaan mereka dan membaca manaqib mereka.

Di dalam kitab Ainul Adab was Siyasah, halaman 158, disebutkan: Umar bin al-Khattab رضي الله عنه berkata: “Hendaklah kalian mendengar cerita-cerita tentang orang-orang yang memiliki keutamaan, kerana hal itu termasuk dari kemuliaan dan padanya terdapat kedudukan dan kenikmatan bagi jiwa”. Di dalam kitab tersebut juga, mengatakan: Ali bin Abdurrahman bin Hudzail berkata: “Ketahuilah, bahawa membaca kisah-kisah dan sejarah-sejarah tentang orang yang memiliki keutamaan akan memberikan kerehatan (kesenangan) dalam jiwa seseorang. Kisah-kisah tersebut akan melegakan hati serta mengisi kehampaan. Membentuk watak yang penuh semangat dilandasi kebaikan, serta menghilangkan rasa malas”.

4. Duduk bersama ulama, menatap wajah mereka dan mendengar nasihat dari mereka.
Apakah faedahnya? Disebut di dalam kitab Irsyad-ul ‘Ibad oleh asy-Syaikh Utsman bin Shihabuddin al-Funtiani رحمه الله تعالى , pada halaman 4, telah bersabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم:عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطرYakni [artinya] biasakanlah atas diri kamu dengan bersama duduk [dengan] ulama’ yang berbuat ‘amal dengan ‘ilmunya dan menuntut mendengar perkataan auliya Allah yang mempunyai ilmu haqiqat, maka bahwasanya Allah Ta’ala menghidupkan Ia akan hati yang mati dengan nur hikmah, (berkata qaum –sufi) seorang berhimpun bersama-sama ahlullah mendapat ia kelakuan yang mulia dan lagi sebenar memberi manfaat dengan berhimpun bersama-sama mereka itu terlebih memberi manfaat daripada lafaz lidah) maka bahwasanya Allah
menghidupkan Ia akan hati yang buta dengan nur ilmu yang memberi manfaat seperti menghidupkan Ia akan bumi yang mati dengan air hujan.
Asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantani رحمه الله تعالى , di dalam kitabnya Nasho-ihul Ibad fi bayani al-Faadzi al-Munabbihaat 'alal Isti'daadi Li Yaumil Ma'adi pada halaman 4, beliau telah memberi penjelasan bahwa yang dimaksudkan dengan:Ulama’ ialah orang-orang ‘alim yang mengamalkan ilmunyaHukama’ ialah orang-orang yang mengetahui/mengenal zat Allah Ta’ala, yang betul dan tepat dalam perkataan dan perbuatan mereka.Hikmah itu adalah ilmu yang memberi manfaat

Seterusnya asy-Syaikh Nawawi al-Bantani رحمه الله تعالى mengklasifikasikan ulama’ itu kepada 3 bagian:1. Ulama’ yang ‘alim tentang hukum-hukam, mereka adalah ashhab al-fatwa, yakni mempunyai hak untuk memberi fatwa.2. Ulama yang ‘alim [dan arif] akan dzat Allah [ulama ‘tauhid] sahaja . Mereka ini adalah golongan hukama. Bergaul, berdamping dengan mereka menjadikan akhlaq kita terdidik, karena dari hati mereka bersinar cahaya ma’rifatullah dan terbit dari sirr mereka cahaya keagungan Allah.3. Dan ulama yang memiliki kedua-dua sifat diatas, mereka itu kubara’. Maka bergaul dengan ahlullah mendatangkan ahwal yang mulia.

Nadzrah (pandangan) mereka lebih mendatangkan manfaat dari daripada ucapan mereka. Dan barangsiapa yang pandangannya memberi manfaat kepadamu, maka bermanfaatlah kata-katanya, dan barangsiapa yang pandangannya tidak memberi manfaat kepadamu, maka kata-katanya tidak akan mendatangkan manfaat.

Di dalam Kitab Lubabul Hadist, susunan al-Imam al-Hafidz Jalaluddin as-Suyuthi.rhmImam Jalaluddin Abdurrahman Bin Abi Bakar As Syuyuti ( 849 – 911 H ) adalah ulama’ ahli hadits juga Tafsir, yang banyak menyumbangkan karya ilmiahnya kepada ummat Islam, di antaranya Kitab Lubabul Hadits, yang mana kitab tersebut di syarahi (diberi penjelasan) oleh Ulama’ Besar asli Indonesia yang mengajar di Masjidil Haram-Mekkah dan wafat serta dimakamkan di pekuburan Ma’la Mekkah al-Mukarammah, yakni Syekh Muhammad bin Umar An Nawawi al Bantani, dengan judul kitab, “Tanqihul Qoul al hadits”, diterangkangkan bahwa:

1. Nabi Saw. bersabda kepada ibnu Mas'ud r.a : " Hai ibnu Mas'ud, dudukmu sesaat di majlis ilmu tanpa menyentuh pena dan tanpa menulis suatu huruf lebih baik bagimu daripada membebaskan seribu hamba sahaya. Pandangan kepada wajah orang alim lebih baik bagimu daripada menyedekahkan seribu ekor kuda fi sabilillah (dijalan Allah). Ucapan salammu kepada orang alim lebih baik bagimu daripada ibadah seribu tahun."
2. Nabi Saw. bersabda : "Seorang yang faqih dan berhati-¬hati dalam masalah agama (wara’) lebih berat bagi syaitan untuk menggodanya daripada seribu orang yang ahli ibadah dan giat, tetapi bodoh, meskipun berusaha menjauhi yang haram. " Faqih = seseorang yang sangat menguasai ilmu syari’at (Fiqh).

3. Nabi Saw. bersabda : " Kelebihan orang alim di atas ahli ibadah, seperti kelebihan bulan di malam purnama, di atas bintang-bintang lainnya. "

4. Nabi Saw. bersabda : " Barangsiapa pergi, sambil berjalan atau menaiki kendaraan dari tempatnya ke tempat lain untuk belajar ilmu, diampunilah dosa-dosanya yang lalu sebelum ia melangkah. " H.R. Asy-Syirazi dari Aisyah.

5. Dalam riwayat Tirmidzi dan ibnu Majah dari ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda, “Seorang yang faqih lebih berat bagi syaithan untuk menggodanya dari pada seribu ahli ibadah.”
6. Nabi Saw. bersabda : "Muliakanlah para ulama, karena mereka mulia di sisi Allah dan dimuliakan."

7. Nabi Saw. bersabda : " Barangsiapa memandang kepada wajah orang alim dengan pandangan yang menggembirakannya, maka Allah Ta'ala menciptakan dari pandangan itu seorang malaikat yang memohonkan ampun baginya hingga hari Kiamat."

8. Nabi Saw. bersabda : " Barangsiapa menuliskan seorang alim, maka ia telah memuliakan aku. Dan siapa yang memuliakan aku, maka ia telah memuliakan Allah. Dan siapa yang memuliakan Allah, maka tempat tinggalnya adalah surga."

9. Nabi. Saw. bersabda : " Tidurnya orang alim lebih baik daripada ibadahnya orang jahil (yang tidak mengetahui adab-adab ibadahnya).”

10. Nabi Saw. bersabda : " Barangsiapa belajar satu bab ilmu, baik diamalkan atau tidak diamalkannya, maka hal itu; lebih baik dari pada shalat sunnah seribu raka' at. "

11. Dalam suatu riwayat Abu Nu'aim dari Salman: "Tidur dalam keadaan berilmu lebih baik daripada sholat dalam keadaan jahil"

12. Nabi Saw. bersabda : "Barangsiapa menziarahi seorang alim, maka seakan-akan ia menziarahi aku. Dan siapa yang berjabatan tangan dengan seorang alim, maka seakan-akan ia berjabatan denganku. Dan siapa yang duduk dengan seorang alim, maka seakan¬-akan ia duduk denganku di dunia. Dan siapa yang duduk denganku di dunia, maka aku dudukkan dia denganku pada hari kiamat ".

Itulah keutamaan yang Agung, yang dilimpahkan dan dianugerahkan kepada Umat Baginda Nabi Rasulullah SAW mengenai keutamaan ilmu dan para Ulama. Tentu ilmu yang dimaksud tersebut adalah ilmu agama, al-Islam.

Al-'Arifbillah al-Quthb al-Habib Ahmad bin Hasan al-Atthas رضي الله عنه sewaktu beliau berada di kota Tarim pada suatu majelis yang dihadiri oleh banyak orang dari golongan Saadah Bani Alawi dan lainnya. Setelah selesai pembacaan kitab dan qasidah dari pada kalam salaf (para leluhur ahlulbait terdahulu), beliau رضي الله عنه berkata: “Majelis-majelis seperti ini adalah merupakan hidangan bagi arwaah yang bertebaran dan merupakan asroor (rahasia-rahasia) yang berterbangan. Semua yang hadir akan mendapatkan jalan petunjuk. Semua yang hadir akan mendapatkan kenaikan derajat (di sisi-Nya) dan semua akan mendapatkan curahan rahmat. Barakah dari pada majelis ini, oleh Allah akan disampaikan ke perbagai tempat (meliputi berbagai tempat) dan Allah Ta'ala akan menurunkan pada majelis ini berbagai macam kebaikanNya, kemurahanNya, dan pemberianNya. Sebagian yang hadir mendapatkan barakah disebabkan sebagian yang lainnya, dan orang yang
tertolak (ghairu maqbuulin) akan mendapatkan barakah daripada orang-orang yang diterima (almaqbuulin). Majelis ini merupakan suatu tempat yang sangat bagus, bagaikan tanah subur yang dapat menyerap air dan yang dicurahkan diatasnya hujan rahmat.

Selanjutnya beliau رضي الله عنه berkata: Apabila seseorang merasakan hatinya susah atau anggota badannya terasa malas untuk melakukan amal kebajikan, maka lihatlah atau bacalah kalam (ucapan) para salaf, agar hilang perasaan susah dan rasa malas yang ada pada dirinya. Janganlah seseorang memaksakan diri untuk melakukan hal-hal yang tidak mampu untuk dilakukan. Bertakwalah kepada Allah semampumu. Bersyukurlah kepada Allah jika engkau diberi taufiq untuk dapat melakukan amal-amal shaleh.

Selain itu di antara faedah duduk bersama ulama, dapat memandang wajah mereka. Memandang wajah para sholehin ini bukanlah perkara yang sia-sia kerana memandang mereka mendatangkan hal yang positif bagi yang memandangnya. Seperti membangkitkan semangat, untuk meningkatkan amalan kebaikan, tatkala keimanan seseorang sedang turun. Perkara sedemikian pernah dilakukan oleh Abu Ja’far bin Sulaiman, salah seorang murid Hasan Al Bashri رضي الله عنه . Beliau pernah mengatakan,”Jika aku merasakan hatiku sedang dalam keadaan qaswah (keras), maka aku segera pergi untuk memandang wajah Muhammad bin Wasi’ al-Bishri. Maka hal itu mengingatkanku kepada kematian.” (Tarikh al-Islam, 5/109).

Bahkan Imam Malik رضي الله عنه sendiri juga melakukan hal yang sama tatkala merasakan qaswah dalam hati. Beliau menceritakan: “Setiap aku merasakan adanya qaswah dalam hati, maka aku mendatangi Muhammad bin al-Munkadar dan memandangnya. Hal itu dapat memberikan peringatan kepadaku selama beberapa hari.” (Tartib Al Madarik, 2/51-52).

Apakah perbuatan mereka ini mempunyai sandaran? Sudah pasti. Daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما katanya: Dikatakan kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Wahai Rasulullah! Karib(teman) kami (yang kami duduk bersamanya) yang mana satukah yang paling baik? Jawab Baginda صلى الله عليه وآله وسلم : Orang yang apabila kamu melihat kepadanya akan mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kalian dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat (Hadits riwayat Abu Ya’la. Perawinya adalah perawi hadits shahih sebagaimana terdapat di dalam Majma` az-Zawaid).

Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya): Sesungguhnya sebahagian manusia merupakan kunci untuk mengingatkan kepada Allah (Hadits riwayat Ibn Hibban, hadits ini dishahihkan oleh beliau)

Bergaul dengan orang-orang baik dan soleh, akan tertanam di hati kita cinta kepada kebaikan dan tumbuh semangat untuk berbuat baik seperti mereka. Adapun apabila kita bergaul dengan orang-orang fasik, maka gemar berbuat fasik dan lacurlah yang akan tertanam dalam hati kita. Maka dapat disimpulkan, bahwa kepribadian seseorang terprogram secara otomatis sesuai karakter lingkungan pergaulan.

Dalam kitab ‘Awarif, syeikh Umar Syahrawardi berkata, “Persahabatan dengan orang-orang baik memberikan dampak positif yang luar biasa. Sedangkan rasa cinta dan sayang akan memperkokoh persahabatan tersebut.” Seorang ahli hikmah berpendapat bahwa apabila seseorang bertemu sahabatnya, maka terjadi pembauran karakter diantara keduannya. Mereka saling mengisi dan memperkuat kepribadian masing-masing.

Ada sebuah kaidah klasik berbunyi. “Pandangan kepada sesuatu akan mempengaruhi perilaku pihak yang memandang sehingga selaras dengan perilaku pihak yang dipandang”. Seperti apabila kita melihat sesuatu yang mengharukan, maka hati kita terbawa rasa haru lalu menjadi sedih. Demikian juga apabila kita melihat sesuatu yang menggembirakan, maka di hati kita akan muncul rasa senang dan gembira.

Seekor unta liar yang tak dapat dikendalikan akan menjadi patuh dan terkendali apabila dikumpulkan dengan unta-unta yang telah jinak. Bahkan hewan-hewan, tumbuh-tumbuhan dan udara sekalipun berevolusi baik secara fisik maupun karakter sesuai kondisi lingkungan masing-masing.

Rasulullah SAW bersabda, ”Agama seseorang tergantung agama orang yang dicintainya (sahabatnya).” Sebuah kalam bijak menyebutkan bahwa seseorang yang suka bergaul dan berteman dengan orang yang baik, maka akan dijadikan oleh Allah sebagai orang baik sekalipun sebelumnya ia adalah orang jahat. Dan seseorang yang suka bergaul dengan orang fasik, maka ia akan dijadikan sebagai orang yang fasik dan jahat sekalipun sebelumnya ia adalah orang yang baik.

Dalam sebuah hadits shahih Rasulullah SAW ditanya salah satu sahabat,” Wahai Rasulullah! Ada seorang laki-laki mencintai suatu kaum, namun ia bukan termasuk kaum tersebut.” Rasulullah SAW dengan bijak menjawab,” Kamu kelak dikumpulkan bersama orang yang kamu cintai.”

“Quthbul Irsyad” al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad.rhm berkata, “Barang siapa senantiasa duduk bersama dan berkumpul dengan para ulama besar didasari rasa cinta kepada mereka dan keinginan meneladani budi pekerti dan perilaku mereka yang cenderung mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhi kemewahan dunia atau sekedar mengharapkan keberkahan dan doa-doa mereka tanpa adanya niatan untuk meniru perilaku mereka, maka ia akan mendapatkan kebaikan dan berkah yang melimpah.

Seperti tersebut dalam sebuah hadits qudsi yang artinya, ”Merekalah (para ulama besar) segolongan orang yang takkan celaka orang-orang yang duduk berkumpul bersama mereka.” Hanya saja, kebaikan dan keberkahan mereka takkan didapatkan orang-orang yang berkumpul dengan mereka dengan niatan agar ia dikenal orang sebagai orang baik karena sering berkumpul dengan para ulama dan orang soleh, sedangkan ia sendiri sebenarnya adalah orang yang keji dan dhalim.”

Seorang ulama besar tempo dulu pernah berkata,” Sesungguhnya prasangka buruk dan rasa cinta yang murni akan menyatukan orang-orang awam bersama para ulama besar. Dan tidak ada ibadah selain fardlu yang dilaksanakan seorang hamba yang lebih utama dari rasa cinta kepada para wali Allah, karena cinta kepada wali Allah adalah pertanda cintanya kepada Allah.”

Terkadang seorang murid mendapatkan keberkahan dan manfaat yang melimpah dari guru-gurunya sekalipun ia tak mengenal bahkan tak pernah melihat mereka. Hal tersebut dikarenakan rasa cinta yang menggelora, keterikatan yang kuat dan prasangka baik kepada mereka. Sayid Ali bin Abubakar Baalawi berkata,”Seorang murid akan mendapatkan manfaat dari guru-gurunya sekalipun mereka telah meninggal jika ikatan antara murid dan guru sangat kuat di dasari rasa cinta yang murni kepada mereka.”

Al Imam Ali bin Abubakar As-Sakran berkata,”Para ulama tasawuf sejati yang ikhlas kepada Allah dalam setiap amal perbuatanya dan senantiasa berusaha menyempurnakan diri dalam meneladani akhlak Rasulullah SAW adalah para wali pembawa cahaya dan rahasia-rahasia Allah sekaligus sebagai kholifah di muka bumi. Maka beruntunglah orang-orang yang mencintai mereka, mendapatkan berkah mereka dan memperoleh doa kebaikan dari mereka. Apalagi orang-orang yang berusaha berhidmat dan menjadi murid yang senantiasa menerima dan melaksanakan nasehat-nasehat mereka. Padahal, dengan memandang wajah mereka saja, rahmat dan keberkahan akan didapatkan.”

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba, barang siapa memandang salah satu diantara mereka, maka niscaya ia beruntung dan takkan celaka selamanya.” Sedangkan Syeikh Abubakar bin Salim pernah berkata, ”Demikian jika kita memandang salah satu diantara hamba-hamba pilihan Allah tersebut. Adapun pandangan mereka kepada kita, maka itu akan menyampaikan kita kepada derajat yang sangat mulia di sisi-Nya.” Walhasil, dengan mendekati ulama, hidup akan menjadi penuh berkah.

AI-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi Alhaddad ra shohibur rotib pernah melukiskan bagaimana kecintaan dan keterkaitannya beliau dengan para pendahulunya, dengan melantunkan suatu bait syair,
“Itulah kaum-kaum (para salafunas sholihun) yang mereka itu adalah keinginanku dan tempatku berharap di antara sekian banyak hamba Allah
Kecintaanku kepada mereka sungguh telah terbenam di hatiku (merekalah) orang yang berpengetahuan, berhati bersih, dan berakhlak mulia”

Al-Habib Ali bin Isa bin Abdul Qodir Alhaddad mensyarah syair diatas :
Lihatlah kepada anjing Ashabul Kahfi yang telah disebutkan di Al-Qur’an bersama Ashabul Kahfi dan anjing tersebut masuk ke dalam surga bersama mereka. Begitu juga (lihatlah) kulit cover penutup Al-Qur’an ketika bersanding dengan Al-Qur’an maka kulit itu tidak boleh dipegang kecuali dalam keadaan suci. Begitulah cara untuk ingin selalu berdekatan dan berdampingan.

Rasullullah SAW bersabda,“Perumpamaan duduk dengan orang yang sholeh adalah seperti penjual minyak wangi. Kamu bisa mendapat keuntungan dengan menjualnya atau (jika tidak) kamu akan mendapat bau yang harum dari minyak wangi tersebut.”

Berkata As-Syeikh Fadhl ra,“Barangsiapa sholat bermakmum kepada orang yang diampuni, maka ia akan diampuni pula. Barangsiapa yang mewakilkan urusannya kepada orang yang diampuni, maka ia akan diampuni pula. Barangsiapa duduk bersama sholihin, maka bertambah keinginannya untuk berbuat kebaikan.”

Berkata Al-Habib Ahmad bin Zain Alhabsyi ra,“Kepahaman itu cahaya yang bersinar di dalam hati dan tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara duduk bersama orang-orang yang sholeh dan mempelajari kitab-kitab mereka.”

Ketahuilah bahwa sesungguhnya kemanfaatan-kemanfataan itu akan dapat diperoleh dengan cara duduk bersama sholihin dan berakhlak yang baik kepada mereka lahir dan batin. Sesungguhnya paling pentingnya suatu hal itu adalah berakhlak yang baik.

Kembalilah mengingat riwayat-riwayat hidup sholihin, keadaan-keadaan mereka dan perbuatan-perbuatan mereka. Coba bacalah kitab-kitab mereka, perkataan-perkataan mereka, syair-syair mereka, dan kisah-kisah mereka di dalam zuhudnya, di dalam waro’-nya, di dalam qona’ah-nya, di dalam kesendiriannya, di dalam ibadahnya, dan di dalam akhlaknya. Karena dengan mengingat mereka maka rahmat itu akan turun. Sebagaimana yang dikatakan,

“Jika kamu tidak dapat bertemu lagi dengan mereka (sholihin), maka kalam mereka masih dapat menghidupkan hati dan penglihatan ini.”
[Disarikan dari kitab Isyaratul Wajd Syarhu Ahibbatina bin Najd, karangan Al-Habib Ali bin Isa bin Abdul Qodir Alhaddad, hal. 7]

4. Membaca karya-karya atau nasehat, mutiara hikmah dari shohibul haul.
Sebagaimana setiap tahun, para penceramah biasanya akan berceramah, memberikan tausiyah-nasehat mengenai topik yang berkaitan ataupun memetik daripada kitab atau qashidah karya shohibul haul untuk disyarahkan/dijelaskan.

Maka, mengenai membaca kitab mereka ini, Habib ‘ali bin Muhammad al-Habsyi pernah berkata: “Aku wasiatkan agar mengisi semua waktu dengan taat kepada Allah. Menyediakan waktu setiap hari untuk membaca kitab para salaf (ulama Ba’alawi terdahulu) …..” Semoga dengan membacakan sedikit dari sedutan kitab-kitab karangan shohibul haul, mudah-mudahan menjadi sebagai pendorong kepada kita untuk menekuni kitab-kitab karangan mereka yang berharga.

Selain apa yang telah dijelaskan diatas, sungguh sangat banyak faedah keutamaan menghadiri majelis khaul. Semoga kita semua mendapatkan keberkatan dan kemuliaan yang dilimpahkan Allah SWT di dalam majelis haul tersebut, dengan sebab kecintaan-Nya kepada shohibul haul, al-Imam Fakhrul Wujud Syeikh Abu Bakar bin Salim. Dan untuk sebgai perhatian, perkara yang utama yang perlu dijaga adalah NIAT kita dan ADAB kita tatkala menghadiri majelis seperti ini. والله أعلم


***********************************


http://rasoulallah.net/index.php/id/articles/article/21938

Segala puji hanya untuk Allah Ta'ala, shalawat serta salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wa sallam beserta keluarga dan seluruh sahabatnya.
Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi, maka siapa saja yang ingin mendapatkan sesuatu dari warisan kenabian maka hendaklah ia duduk bersama para ulama dan mengambil ilmu dari mereka, dan orang yang mengambil ilmu dari para ulama -yang menelusuri jalan ilmu agama- tentu Allah subhanahu wa ta’ala memudahkan baginya jalan menuju surga.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَبْتَغِي فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ » [ أخرجه أحمد وغيره ]
Siapa yang menelusuri jalan untuk mencari ilmu padanya, niscaya Allah subhanahu wa ta’ala memudahkan baginya jalan menuju surga.”
Dan dalam satu riwayat:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « مَنْ سَلَكَ طَرِيْقَ عِلْمٍ سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ» [ أخرجه أحمد وغيره ]
Siapa yang menelusuri jalan ilmu niscaya Allah subhanahu wa ta’ala memudahkan baginya satu jalan dari jalan jalan surga.[1]
Sesungguhnya mengambil ilmu dari para ulama merupakan jalan ilmu, yaitu jalan yang dilakukan oleh para ulama.
Salman al-Farisi radhiyallahu ‘anhu berkata:
« لاَيَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا بَقِيَ الْأَوَّلُ حَتَّى يَتَعَلَّمَ أَوْ يُعَلِّمَ اْلآخَرَ, فَإِنْ هَلَكَ اْلأَوَّلُ قَبْلَ أَنْ يُعَلِّمَ أَوْ يَتَعَلَّمَ اْلآخَرُ هَلَكَ النَّاسُ »
‘Senantiasa manusia berada dalam kebaikan, selama masih ada generasi pertama sehingga ia mengajar atau generasi berikutnya belajar. Maka jika habis (wafat) generasi pertama sebelum mengajarkan ilmu atau belajar generasi sesudahnya niscaya binasalah manusia.’[2]
Dari Abu Darda` radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
«مَالِي أَرَي عُلَمَاءَكُمْ يَذْهَبُوْنَ وَجُهَّالُكُمْ لَايَتَعَلَّمُوْنَ، فَتَعَلَّمُوْا قَبْلَ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ فَإِنَّ رَفْعَ الْعِلْمِ ذِهَابُ الْعُلَمَاءِ»
 ‘Saya tidak ingin melihat para ulama darimu pergi (wafat), sedangkan orang orang jahil tidak belajar, maka belajarlah kalian sebelum diangkatnya ilmu, karena sesungguhnya diangkatnya ilmu adalah perginya (wafatnya) para ulama.’[3]
Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
«إِنَّ أَحَدًا لاَيُوْلَدُ عَالِماً وَاْلعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ»
 ‘Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang dilahirkan sebagai ulama, dan ilmu diperoleh dengan belajar.’[4]
Dan ketika para salaf sudah memiliki ilmu, semangat mereka sangat besar untuk tetap mengambil ilmu dari para ulama (yang lebih alim).
Abdurrahman bin Mahdy rahimahullah  berkata: ‘Apabila seorang ulama (dari kalangan salaf) bertemu orang yang lebih alim darinya, maka hari itu adalah hari keberuntungannya, ia bertanya dan belajar darinya. Dan apabila bertemu orang yang ingin belajar, ia mengajarkan ilmu dan tawadhu` kepadanya. Dan bila bertemu orang yang sederajat dengannya, ia mudzakarah bersamanya.’[5]
Maimun bin Mihran rahimahullah  berkata: ‘Para ulama adalah orang orang hilang dariku di setiap kota/negeri, dan mereka adalah yang selalu kucari apabila belum kutemukan, dan aku mendapat ketenangan dalam hatiku saat duduk bersama ulama.’[6]
Para sahabat dan tabi’in selalu mendorong agar duduk bersama para ulama  dan tidak berpisah dengan mereka (selalu belajar dari mereka).
Abu Hanifah rahimahullah  berkata: ‘Duduklah bersama orang orang besar (dalam ilmu), bertemanlah dengan para ulama, dan bergabunglah bersama orang orang bijak.’[7]
Abu Darda` radhiyallahu ‘anhu berkata:
«مِنْ فِقْهِ الرَّجُلِ مَمْشَاهُ وَمَدْخَلُهُ وَمَخْرَجُهُ مَعَ أَهْلِ الْعِلْمِ»
 ‘Di antara tanda berilmu-nya seorang laki laki adalah: berjalan, masuk, dan keluarnya bersama para ulama.’[8]
Luqmanul Hakim berkata kepada anaknya: ‘Sabarlah terhadap orang yang berada di atasmu dalam bidang ilmu dan terhadap orang yang di bawahmu, sesungguhnya yang bisa menyusul para ulama hanyalah orang yang sabar dan selalu bersama mereka serta mengambil dari ilmu mereka dalam kesantunan.’[9]
Ibnu Majah al-Qazwiny rahimahullah  berkata: ‘Yahya bin Ma’inrahimahullah  datang kepada Ahmad bin Hanbal rahimahullah , maka tatkala ia berada di sampingnya, tiba tiba imam asy-Syafi’irahimahullah  lewat bertunggangan baghal, maka Ahmad melompat seraya memberi salam dan mengikutinya. Lalu ia terlambat (balik ke tempatnya), sedangkan Yahya duduk (menunggunya), maka tatkala ia datang, Yahya berkata: ‘Wahai Abu Abdillah, kenapa? Ia menjawab: ‘Tinggalkanlah hal ini darimu, jika engkau menghendaki ilmu maka jangan engkau lepaskan ekor baghal (nama binatang).’[10]
Salafus shaleh telah memberikan contoh yang luar biasa dalam kesungguhan menuntut ilmu dan berusaha mengambil langsung dari para ulama. Hal itu dibuktikan dalam riwayat mereka yang dipaparkan oleh al-Baghdady dan yang lainnya dalam membicarakan perjalanan para ulama dalam mencari hadits. Sungguh di antara mereka ada yang melakukan perjalanan jauh dan tujuannya hanya ingin mendengar satu hadits dari hadits hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan salah seorang dari mereka tidak mengetahui seseorang yang lebih alim darinya kecuali ia berusaha mengambil langsung darinya dan melakukan perjalanan jauh mendatangi. Di antara para ulama sahabat ada yang berkata: ‘Jikalau aku mengetahui seseorang yang lebih alim dariku terhadap Kitabullah (al-Qur`an) yang bisa didatangi lewat tunggangan unta niscaya aku mendatanginya.’[11]
Sesungguhnya ilmu syar’i adalah ilmu yang diambil dengan cara talaqqy (mendengar dari para ulama), maka tidak bermanfaat hanya mengambil dari kitab kitab saja. Bahkan, hanya mengambil dari kitab kitab saja merupakan salah satu bencana, demikian pula berkumpulnya para pemuda dan penuntut ilmu dalam berdiskusi (atas sejenisnya) tanpa mengambil dari ulama.
Asy-Syafi’i rahimahullah  berkata dalam masalah ini: ‘Siapa mempelajari fiqih dari kitab kitab niscaya ia menyia nyiakan hukum hukum.’[12]
Sebagian salaf berkata: ‘Di antara musibah terbesar adalah berguru kepada lembaran kertas (buku/kitab).’[13] Maksudnya: mengambil dan belajar dari lembaran lembaran kertas.
Ditanyakan kepada Abu Hanifah rahimahullah : Di dalam masjid ada kumpulan orang yang berdiskusi dalam masalah fiqih. Ia berkata: ‘Apakah mereka mempunyai guru? Mereka menjawab: Tidak. Ia berkata: Mereka tidak bisa faham untuk selamanya.’[14]
Sesungguhnya yang terpenting adalah bahwa manusia memahami bahwa mereka harus mendatangi para ulama, bukan ulama yang berdiri di hadapan manusia dan berkata: ‘Saya seorang ulama, oleh karena itu ikutilah saya.’ Seharusnya, masyarakatlah yang berkewajiban bila melihat seorang ulama agar mengedepankan mereka dan mengambil ilmu darinya, karena termasuk kebiasaan para ulama Islam sepanjang sejarah sikap saling menolak memberi fatwa dan tidak ingin terkemuka. Mereka tidak suka mengangkat bendera di atas kepala mereka, tidak meminta masyarakat agar mengikuti mereka, mereka hanya meminta agar semua orang mengikuti sunnah pemimpin para rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam.[15]
Ibnu Abi Laila rahimahullah  berkata: ‘Saya pernah bertemu 120 orang kaum Anshar dari generasi sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, salah seorang dari mereka ditanya tentang satu masalah, maka ia menyerahkannya kepada yang ini (orang lain), dan ini kepada ini (orang lain) hingga kembali kepada yang pertama.’ Dan dalam satu riwayat: ‘Tidak ada seorang pun dari mereka yng menyampaikan satu hadits atau ditanya tentang hal itu, kecuali ia ingin agar yang lain yang melakukannya, dan tidak memberi fatwa tentang sesuatu kecuali ia ingin agar saudaranya yang memberi fatwa.’[16]
Dan ketika dikatakan kepada ‘Alqamah rahimahullah  ketika Abdullah wafat: ‘Andaikan engkau mau duduk untuk mengajar.’ Ia menjawab: ‘Apakah kalian ingin agar kakiku diinjak.’[17]
Dari A’masy rahimahullah, ia berkata: ‘Kami berusaha membujuk Ibrahim agar ia mau duduk di tiang (untuk mengajar), namun ia menolak.’[18]
Bahwa termasuk sifat ulama salaf dan pengikut mereka adalah sedikit bicara, jika engkau melihat seorang ulama duduk di satu majelis dan ia tidak berbicara, maka tunggulah pembicaraannya niscaya engkau beruntung, dan janganlah engkau jadikan ucapan bagi orang orang bodoh dan sejenis mereka, maka mereka sesat dan menyesatkan.
Al-Hasan al-Bashry rahimahullah  berkata: ‘Sesungguhnya seorang laki laki duduk bersama orang banyak, mereka menganggapnya bodoh, padahal ia tidak bodoh, sesungguhnya ia adalah seorang muslim yang faqih.’[19]
Dengan semua ini, jelas sekali bahwa manusia harus mendatangi ulama, mengedepankan mereka, mendengarkan dan mengambil ilmu dari mereka. Yang penting di sini adalah menjelaskan kewajiban bersungguh sungguh mengambil ilmu dari sumber yang dipercaya dalam agama dan ilmunya ‘Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka perhatikanlah dari mana engkau mengambil agamamu.’[20]



[1] HR. Ahmad 2/325, ad-Darimy 1/83, Abu Daud 3641, semuanya dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. At-Tirmidzy 2684, Ibnu Majah 223, al-Bukhari tanpa sanad 1/25.
[2] HR. Ad-Darimy 1/78.
[3] HR. Ad-Darimy 1/78.
[4] Abu Khaitsamah, kitabul ilmi, hal 28.
[5] HR. Ar-Ramahrumuzhi, al-Muhadditsul Fashil, hal 206.
[6] Ibnu Abdil Barr, Jami’ Bayan ilmu wa Fadhlih, 1/49.
[7] Ibnu Abdil Barr, Jami’ Bayan ilmu wa Fadhlih, 1/126
[8] Ibnu Abdil Barr, Jami’ Bayan ilmu wa Fadhlih, 1/127
[9] Ibnu Abdil Barr, Jami’ Bayan ilmu wa Fadhlih, 1/107
[10] HR. Al-Baihaqi dalam ‘Manaqib asy-Syafi’i’ 2/252 dan adz-Dzahaby menyebutkannya dalam Siyar 10/86.
[11] Dia adalah Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu. Atsar ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam shahihnya 6/102.
[12] Lihat: Ibnu Jama’ah dalam ‘Tadzkiratus Sami’, hal 87.
[13] Lihat: Ibnu Jama’ah dalam ‘Tadzkiratus Sami’, hal 87.
[14] Ibnu Abdil Barr, Jami’ Bayan Ilmi wa Fadhlih, 1/139.
[15] Lihat: Nashir bin Abdul Karim al-Aql, Ulama adalah para da’i hal. 12.
[16] Diriwayatkan oleh ibnu Khaitsamah dalam ‘Kitabul ilmi’ hal 21, ad-Darimy 1/49 no. 137.
[17] HR. Ad-Darimy 1/109.
[18] HR. Ad-Darimy 1/108.
[19] Diriwayatkan oleh ibnu Khaitsamah dalam ‘Kitabul ilmi’ hal 20.
[20] HR. Muslim dalam muqaddiman Shahih-nya 1/14, dari Muhammad bin Sirin rahimahullah.