Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, December 30, 2015

Tok kenali

Tok Kenali. Ulama hebat. Diceritakan...kadangkala, perbuatannya atau perkataannya ...menghairankan dan jadi kegemparan masyarakat. Sesungguhnya...itulah beza org awam dan ulama. Mereka 700 darjat bezanya dgn kita... Kehairanan itulah bukti.. akal kita yg tak mampu mencapai utk mengetahui cerita sebenar...

Sunday, December 20, 2015

Lihatlah tika ini, ulama tradisi mengalami "proses kehilangan" tanpa diganti

Lihatlah tika ini, ulama tradisi mengalami "proses kehilangan" tanpa diganti !

Ulama rujukan saya ialah guru pondok di nusantara, di malaysia yg berpegang kpd mazhab yg 4 , bukan org yg tiada dikenali ramai, lebih lebih lagi ulama baru timbul, tambahan pula yg berpegang kuat dengan syeikh mohd abdul wahab, al albaani, ibnu taimiah dsb.... saya lebih selesa dengan  ulama turath, ulama yg berpegang dengan mazhab yg 4, yg berpegang dengan assya'irah dan maa turideee . 

Saya belajar di pondok yg berpegang dgn mazhab syafei... itulah pegangan saya, pegangan guru guru saya yg terdahulu.... , kami pun punya hujjah.... jangan risau dengan pegangan kami, kami ada hujjah nak bersoal jawab di depan Tuhan nanti....

Yg sedang hilang sekarang ialah ulama turath, ulama pondok tradisional... yg sedang berkembang sekarang ialah fahaman wahabiy.... jangan bimbang tuan.... agenja tuan dan mazhab tuan akan berkembang juga setelah dimatikan ulama ulama dan timbulnnya org org muda lagi baru yg akan membawa fahaman baru, fatwa baru....

Bukankah Nabi ada sebut yg ilmu akan diangkat ke langit, ulama akan dimatikan dan akan ada org muda muda yg membawa fatwa yg mengelirukan..... masa kami org pondok , turath, ulama tradisi akan berlalu... sabar lah.... selagi ada ulama turath dan pondok2, fahaman baru susah nak masuk... tapi bila  ulama ini, pondok 2 ini mula hilang sengat, maka fahaman yg sedang tuan perjuangkan akan berjaya dikembangkan.

Apa yg saya tahu, fahaman wahabiyy ini telah mula menyerang tanah melayu dan indonesia sejak tahu  70an lagi. Tapi masa itu ulama tradisi dan pondok masih kuat, maka fahaman yg yg tuan sdg perjuangkan ini susah nak masuk. Selepas 70an, ramai ulama dah mula meninggal, maka sudah banyak fahaman wahabiyy berjaya diserap masuk.

Tuan jangan gundah.... fahaman wahabiyy akan berjaya juga setelah ulama ulama tradisisi semua meninggal. Cuma yg tinggal para ustaz yg cuma mengaji 3 - 4 untuk mengambil ijazah dan pulang membawa gelaran doktor dan mufti atau sebagainya...... masa itu maka apa yg keluar dari mulut  nabi akan betul betul terjadi.....

Tuan tunggulah saat itu,,, bersabarlah .. tika sampai saat itu, tuan rayakan kejayaan kumpulan tuan..... 

Lihatlah tika ini, ulama tradisi mengalami "proses kehilangan" tanpa diganti !
Semua ulama turath yg meninggal TIDAK DIGANTI !

Bersabarlah !

Apabila engkau mendengar beberapa ucapan dari ahli Tashawuf dan ahlul kamal yang mana secara zahir tidak sesuai

dalam kitab Umdatussalik dijelaskan:

إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرها ليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم. .

“Apabila engkau mendengar beberapa ucapan dari ahli Tashawuf dan ahlul kamal yang mana secara zahir tidak sesuai dengan syariat Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan, maka bertawaquflah (berdiamlah/jangan berkomentar) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan memberi kesimpulan yang buruk. Karena sebagian dari pada kalimah atau perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya dari pada isi al Quran al Karim, dan haditsnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”

Saturday, December 19, 2015

Sesungguhnya Allah tidak menghimpun ummatku di atas kesesatan

Rasulullah bersabda:

“إِنَّ اللهَ لَا يُجْمِعُ أُمَّةِ عَلَى ضَلَالَةٍ وَيَدُ اللهِ مَعَ الجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ”

“Sesungguhnya Allah tidak menghimpun ummatku di atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama jama’ah. Barangsiapa yang menyelewengkan, maka ia menyeleweng ke neraka“. (HR. Tirmidzi: 2168).

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari XII/37 menukil perkataan Imam Thabari rahimahullah yang menyatakan: “Berkata kaum (iaitu para ulama), bahawa jama’ah adalah as-sawadul a’dzam (majoriti kaum muslim)“

Rasulullah bersabda “Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Oleh kerana itu, apabila kamu melihat terjadi perselisihan, maka IKUTILAH as-sawad al a’dzam (majoriti kaum muslim).” (HR.Ibnu Majah, Abdullah bin Hamid, at Tabrani, al Lalika’i, Abu Nu’aim. Menurut Al Hafidz As Suyuthi dalam Jamius Shoghir, ini adalah hadith Sohih)

Maksudnya, tetaplah mengikuti Al-Jamaah atau as-sawad al a’dzam (majoriti kaum muslim) walaupun kamu hanya seorang diri di suatu tempat yang terpisah. Hindarilah firqah iaitu orang-orang yang mengikuti kefahaman seseorang ulama yang telah keluar (kharaja) dari kefahaman majoriti kaum muslim (as-sawad al a’dzam).

Dari Ibnu Sirin dari Abi Mas’ud, bahawa beliau mewasiatkan kepada orang yang bertanya kepadanya ketika ‘Uthman dibunuh, untuk berpegang teguh pada Jama’ah, kerana Allah tidak akan mengumpulkan umat Muhammad SAW dalam kesesatan.

Friday, December 18, 2015

Antara ciri² Syiah adalah suka memaki hamun ulamak ahli sunnah

Antara ciri² Syiah adalah suka memaki hamun ulamak ahli sunnah..

Hati hati dengan Syiah yg bertopengkan ahli sunnah....mereka berusaha memecahbelahkan kesatuan umat Islam melalui politik secara tidak sedar...
Lihatlah apa yg berlaku di Syria apabila mereka menguasai pemerintahan..

Kelebihan baca surah alkahfi

Sahabat semua..malam ini malam jumaat..dan esok jom baca surah alKahfi ya..

Yang selalu amal baca surah Yaasin..teruskan amalan mulia itu..

Baca juga surah alMulk ya..

#BerehBoh

Ini adalah kisah seorang yang inkar terhadap keistimewaan karya Al-Imam Al-Ghazali

Ini adalah kisah seorang yang inkar terhadap keistimewaan karya Al-Imam Al-Ghazali sekaligus peringatan bagi kita agar senantiasa memahami karya Ulama yang Dekat Dengan Allah ta'ala.

ﺫﻛﺮﺍﻟﺸﻴﺦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻠـﻪ ﺑﻦ ﺃﺳﻌﺪ ﺍﻟﻴﺎﻓﻌﻲ ﺭﺣﻤﺔ ﻟﻠـﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﻥ ﺍﻟﻔﻘﻴﻪ ﺍﻟﻌﻼﻣﺔ ﻗﻄﺐ
ﺍﻟﻴﻤﻦ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺍﻟﺤﻀﺮﻣﻲ ﺛﻢ ﺍﻟﻴﻤﻨﻲ ﺳﺌﻞ ﻋﻦ ﺗﺼﺎﻧﻴﻒ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻓﻘﺎﻝ ﻣﻦ ﺟﻤﻠﺔ ﺟﻮﺍﺑﻪ : ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻠـﻪ ﺳﻴﺪ ﺍﻷﻧﺒـﻴﺎﺀ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﺇﺩﺭﻳﺲ
ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺳﻴﺪ ﺍﻷﺋﻤﺔ ﻭﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻣﺤﻤﺪ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﺳﻴﺪ ﺍﻟﻤﺼﻨﻔﻴﻦ.

Syaikh Abdullah bin As'ad Al-Yafi' Rahmatullah alaih berkata: seorang wali qutub yaman yg faqih adalah Syekh Isma'il bin Muhammad Al-Hadlromy, kemudian di tanyakan kpd faqih dari yaman tentang beberapa karya Imam Ghozali, maka di jawab oleh beliau (Syaikh Isma’il bin Muhammad Al-Hadlromy) : Muhammad bin Abdullah (Rasulullah) adalah sayyidil anbiya', dan Muhammad bin Idris As-Syafi'I (Imam Syafi'i) adalah sayyidil a’immah, dan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghozali adalah sayyidil Mushonnifin.

ﻭﺫﻛﺮ ﺍﻟﻴﺎﻓﻌﻲ ﺃﻳﻀﺎً ﺃﻥ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻜﺒـﻴﺮ ﺃﺑﺎ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﺍﻟﻔﻘﻴﻪ
ﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺭ ﺍﻟﻤﻐﺮﺑـﻲ ﻛﺎﻥ ﺑﺎﻟﻎ ﻓﻲ ﺍﻹﻧﻜﺎﺭ ﻋﻠﻰ ﻛﺘﺎﺏ ﺇﺣﻴﺎﺀ ﻋﻠﻮﻡ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻭﻛﺎﻥ
ﻣﻄﺎﻋﺎً ﻣﺴﻤﻮﻉ ﺍﻟﻜﻠﻤﺔ، ﻓﺄﻣﺮ ﺑﺠﻤﻊ ﻣﺎ ﻇﻔﺮ ﺑﻪ ﻣﻦ ﻧﺴﺦ ﺍﻹﺣﻴﺎﺀ ﻭﻫﻢ ﺑﺈﺣﺮﺍﻗﻬﺎ
ﻓﻲ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ

Dan Imam Al-Yafi'i juga mengatakan, bahwasanya Imam besar Abul Hasan Ali bin Hirzihim, seorang Faqih yang terkenal di Maghribi (maroko) dia dulu sangat mengingkari kitab Ihya ulumuddin, dan beliau adalah orang yang ditaati dan di dengar ucapannya. kemudian beliau memerintahkan untuk mengumpulkan semua yang didapat daripada naskah kitab Ihya dan ingin membakarnya di masjid jami' pada hari jum'at.

ﻓﺮﺃﻯ ﻟﻴﻠﺔ ﺗﻠﻚ ﺍﻟﺠﻤﻌﺔ ﻛﺄﻧﻪ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺠﺎﻣﻊ ﻓﺈﺫﺍ ﻫﻮ ﺑﺎﻟﻨﺒـﻲ ﻓﻴﻪ ﻭﻣﻌﻪ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ
ﻭﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠـﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﻭﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻗﺎﺋﻢ ﺑـﻴﻦ ﻳﺪﻱ ﺍﻟﻨﺒـﻲ ؛ ﻓﻠﻤﺎ ﺃﻗﺒﻞ ﺍﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ : ﻫﺬﺍ ﺧﺼﻤﻲ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠـﻪ ﻓﺈﻥ ﻛﺎﻥ ﺍﻷﻣﺮ ﻛﻤﺎ ﺯﻋﻢ
ﺗﺒﺖ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠـﻪ، ﻭﺇﻥ ﻛﺎﻥ ﺷﻴﺌﺎً ﺣﺼﻞ ﻟﻲ ﻣﻦ ﺑﺮﻛﺘﻚ ﻭﺍﺗﺒﺎﻉ ﺳﻨﺘﻚ ﻓﺨﺬ ﻟﻲ
ﺣﻘﻲ ﻣﻦ ﺧﺼﻤﻲ،

Kemudian pada malam jum'atnya beliau bermimpi seakan-akan masuk kedalam masjid jami', ternyata didalam masjid itu ada Nabi saw. dan bersama Nabi Sayyidina Abu bakar dan Umar Radhiyallahu anhuma, serta Imam Ghozaly berdiri di hadapan Nabi saw. ketika Ibnu hirzihim menghadap, Imam ghozali berkata: ini musuhku Ya Rasulullah, jika perkara yg terjadi sebagaimana yang dia sangka, maka aku bertaubat kepada Allah, dan jika sesuatu yang aku dapat itu dari keberkahanmu dan mengikuti sunnahmu, maka ambilkanlah untuku haqku dari musuhku ini.

ﺛﻢ ﻧﺎﻭﻝ ﺍﻟﻨﺒـﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻹﺣﻴﺎﺀ، ﻓﺘﺼﻔﺤﻪ ﺍﻟﻨﺒـﻲ ﻭﺭﻗﺔ ﻭﺭﻗﺔ ﻣﻦ ﺃﻭﻟـﻪ ﺇﻟﻰ ﺁﺧﺮﻩ، ﺛﻢ ﻗﺎﻝ : ﻭﺍﻟﻠـﻪ ﺇﻥ ﻫﺬﺍ ﻟﺸﻲﺀ ﺣﺴﻦ، ﺛﻢ ﻧﺎﻭﻟـﻪ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠـﻪ ﻋﻨﻪ، ﻓﻨﻈﺮ ﻓﻴﻪ ﻓﺎﺳﺘﺠﺎﺩﻩ . ﺛﻢ ﻗﺎﻝ : ﻧﻌﻢ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﺑﻌﺜﻚ ﺑﺎﻟﺤﻖ ﺇﻧﻪ ﻟﺸﻲﺀ ﺣﺴﻦ، ﺛﻢ ﻧﺎﻭﻟـﻪ
ﺍﻟﻔﺎﺭﻭﻕ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠـﻪ ﻋﻨﻪ، ﻓﻨﻈﺮ ﻓﻴﻪ ﻭﺃﺛﻨﻰ ﻋﻠﻴﻪ ﻛﻤﺎ ﻗﺎﻝ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ،

Kemudian diberikan kepada Nabi kitab Ihya, lalu Nabi membukanya selembar demi selembar dari awal kitab hingga akhir, kemudian Nabi bersabda: demi Allah sesungguhnya ini sesuatu (kitab) yang bagus, kemudian diberikan kepada Ash-Shiddiq ra. Maka beliau melihatnya dan menganggap baik kitab tersebut, kemudian beliau berkata: Benar, Demi Dzat yang mengutusmu dengan haq, sesungguhnya ini sesuatu (kitab) yang baik, kemudian diberikan kepada Sayyidina Umar ra. dan beliau melihat isi kitab itu, dan beliaupun memuji kitab itu sebagaimana yang dikatakan oleh Ash-Shiddiq.

ﻓﺄﻣﺮ ﺍﻟﻨﺒـﻲ ﺑﺘﺠﺮﻳﺪ ﺍﻟﻔﻘﻴﻪ ﻋﻠﻲ ﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﻋﻦ ﺍﻟﻘﻤﻴﺺ ﻭﺃﻥ ﻳﻀﺮﺏ ﻭﻳﺤﺪ ﺣﺪ ﺍﻟﻤﻔﺘﺮﻱ، ﻓﺠﺮﺩ ﻭﺿﺮﺏ . ﻓﻠﻤﺎ ﺿﺮﺏ ﺧﻤﺴﺔ ﺃﺳﻮﺍﻁ ﺗﺸﻔﻊ ﻓﻴﻪ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻭﻗﺎﻝ : ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﻟﻌﻠﻪ ﻇﻦ ﻓﻴﻪ ﺧﻼﻑ ﺳﻨﺘﻚ ﻓﺄﺧﻄﺄ ﻓﻲ ﻇﻨﻪ، ﻓﺮﺿﻲ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻭﻗﺒﻞ ﺷﻔﺎﻋﺔ ﺍﻟﺼﺪﻳﻖ،

Maka Nabi memerintahkan untuk mencabuk faqih Ali Ibnu hirzihim di atas gamis, dan dicambuk serta di had dengan hadnya pembuat kebohongan, Lalu beliaupun di cambuk dan dipukul. ketika telah dicambuk lima kali, Sayidina Abu bakar memintakan ma'af untuknya, dan beliau berkata: Ya Rasulullah, mungkin dia menyangka apa yang ada didalam kitab Ihya menyalahi sunnahmu, kemudian dia salah didalam sangkaannya, dan Imam ghozali menerima, maka Rasulullah pun menerima permintaan maafnya Ash-Shiddiq.

ﺛﻢ ﺍﺳﺘﻴﻘﻆ ﺍﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﻭﺃﺛﺮ ﺍﻟﺴﻴﺎﻁ ﻓﻲ ﻇﻬﺮﻩ، ﻭﺃﻋﻠﻢ ﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﻭﺗﺎﺏ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻦ ﺇﻧﻜﺎﺭﻩ ﻋﻠﻰ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﻐﺰﺍﻟﻲ ﻭﺍﺳﺘﻐﻔﺮ، ﻭﻟﻜﻨﻪ ﺑﻘﻲ ﻣﺪﺓ ﻃﻮﻳﻠﺔ ﻣﺘﺄﻟﻤﺎً ﻣﻦ ﺃﺛﺮ
ﺍﻟﺴﻴﺎﻁ ﻭﻫﻮ ﻳﺘﻀﺮﻉ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻭﻳﺘﺸﻔﻊ ﺑﺮﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ، ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﺭﺃﻯ
ﺍﻟﻨﺒـﻲ ﺩﺧﻞ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻣﺴﺢ ﺑـﻴﺪﻩ ﺍﻟﻜﺮﻳﻤﺔ ﻋﻠﻰ ﻇﻬﺮﻩ ﻓﻌﻮﻓﻲ ﻭﺷﻔﻲ ﺑﺈﺫﻥ ﺍﻟﻠﻪ
ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﺛﻢ ﻻﺯﻡ ﻣﻄﺎﻟﻌﺔ ﺇﺣﻴﺎﺀ ﻋﻠﻮﻡ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﻓﻔﺘﺢ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﻧﺎﻝ ﺍﻟﻤﻌﺮﻓﺔ ﺑﺎﻟﻠﻪ،
ﻭﺻﺎﺭ ﻣﻦ ﺃﻛﺎﺑﺮ ﺍﻟﻤﺸﺎﻳﺦ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺍﻟﺒﺎﻃﻦ ﻭﺍﻟﻈﺎﻫﺮ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.

Kemudian Bangunlah Ibnu hirzihim sedang bekas cambukan masih ada dipunggungnya, lalu beliau memberitahukan teman-temannya (mengenai mimpi tsb) dan bertaubat kepada Allah atas pengingkarannya kepada Imam Ghozali dan beristighfar, akan tetapi masih tersisah rasa sakit cambuk tersebut dalam waktu yang lama, dan dia terus memohon kepada Allah dan meminta syafa'at kepada Rasulullah, hingga beliau bermimpi Nabi, dan mengusap punggung Ibnu hirzihim dengan tangan beliau yang mulia, kemudian beliau sembuh dengan izin Allah, kemudian beliau selalu melazimkan mempelajari kitab Ihya ulumuddin, maka Allah membukakan (hijab/ilmu) untuknya dan mendapatkan karunia ma'rifat billah, maka jadilah beliau Pembesar Ulama, Ahli ilmu bathin dan Dhohir. semoga Allah merahmatinya.

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻴﺎﻓﻌﻲ : ﺭﻭﻳﻨﺎ ﺫﻟﻚ ﺑﺎﻷﺳﺎﻧﻴﺪ ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﺔ ﻓﺄﺧﺒﺮﻧﻲ ﺑﺬﻟﻚ ﻭﻟﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻦ ﻭﻟﻲ
ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻦ ﻭﻟﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻦ ﻭﻟﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻟﻜﺒـﻴﺮ ﺍﻟﻘﻄﺐ ﺷﻬﺎﺏ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ
ﺍﻟﻤﻴﻠﻖ ﺍﻟﺸﺎﺫﻟﻲ، ﻋﻦ ﺷﻴﺨﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻟﻜﺒـﻴﺮ ﺍﻟﻌﺎﺭﻑ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻳﺎﻗﻮﺕ ﺍﻟﺸﺎﺫﻟﻲ، ﻋﻦ
ﺷﻴﺨﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺍﻟﻜﺒـﻴﺮ ﺍﻟﻌﺎﺭﻑ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺃﺑـﻲ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﺍﻟﻤﺮﺳﻲ، ﻋﻦ ﺷﻴﺨﻪ ﺍﻟﺸﻴﺦ
ﺍﻟﻜﺒـﻴﺮ ﺷﻴﺦ ﺍﻟﺸﻴﻮﺥ ﺃﺑـﻲ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﺍﻟﺸﺎﺫﻟﻲ ﻗﺪﺱ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﺭﻭﺍﺣﻬﻢ ﻭﻛﺎﻥ ﻣﻌﺎﺻﺮﺍً ﻻﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﻗﺎﻝ : ﻭﻗﺎﻝ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺃﺑﻮ ﺍﻟﺤﺴﻦ ﺍﻟﺸﺎﺫﻟﻲ : ﻭﻟﻘﺪ ﻣﺎﺕ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﺃﺑﻮ
ﺍﻟﺤﺴﻦ ﺍﺑﻦ ﺣﺮﺯﻫﻢ ﺭﺣﻤﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﻮﻡ ﻣﺎﺕ ﻭﺃﺛﺮ ﺍﻟﺴﻴﺎﻁ ﻇﺎﻫﺮ ﻋﻠﻰ ﻇﻬﺮﻩ.

Dan Imam al-yafi'i berkata: telah meriwayatkan kepada kami cerita ini dengan sanad yang sohih, dan telah mengabarkan kepadaku mengenai hal ini Wali Allah dari Wali Allah dari Wali Allah Asy-syeikh Al-Kabir Al-Quthub Syihabuddin Ahmad bin Al-maliiq Asy-Syadzili, dari gurunya Syaikh Kabir Al-Arif Billah Yaquut Asy-Syadzili, dari gurunya As-Syaikh Al-Arif billah Abil Abbas Al-Mursiy, dari gurunya As-Syaikh Kabir, gurunya para guru Abil Hasan Asy-Syadziliy: dan telah meninggal Asy-Syaikh Abul Hasan ibnu Hirzihim Rahimahullah, sedangkan di hari wafatnya bekas cambuk masih nampak dipunggungnya.

Sumber : ﻛﺘﺎﺏ ﺗﻌﺮﻳﻒ ﺍﻷﺣﻴﺎﺀ ﺑﻔﻀﺎﺋﻞ ﺍﻻﺣﻴﺎ

8 Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit

8 Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
��الرمان
delima
��الروب
yogurt
��الثوم
bawang putih
��البصل
bawang besar
��الشاي الأخضر
teh hijau
��الشوفان
oat
��القرع
labu
��البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan:
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
Empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan-kawan dan orang yang anda kasihi..

Wednesday, December 16, 2015

Lawan Wahabi Link dan Group

Waspadalah! Jangan Mau Seumur Hidup Jadi Penjahat Besar Bagi Ummat Islam !


Waspadalah! Jangan Mau Seumur Hidup Jadi Penjahat Besar Bagi Ummat Islam!
Sebagai seorang Muslim, maukah anda menjadi Penjahat Besar bagi ummat Islam? Pastinya anda tidak mau kan ? Tapi secara tidak sedar selama ini mungkin anda sudah termasuk bahagian dari Penjahat-penjahat Besar terhadap Ummat Islam. Cobalah teliti apakah anda termasuk orang yang punya hobby mempermasalahkan amal-amal solih Ummat Islam ? Misalnya, apakah anda termasuk yang gemar membuat tohmahan muslimin yang sedang baca surat Yasin di malam jum’at sebagai Ahli Bid’ah sesat dan masuk neraka ?
Banyak isu-isu bid’ah yang disebarkan di tengah ummat Islam yang kesemuanya menimbulkan fitnah terhadap Umat Islam dan ajaran Islam. Gara-gara itu yang mubah jadi haram bahkan yang halal pun jadi haram, inilah fitnah kepada Islam dan sekaligus menjadi kejahatan terbesar. Pernyataan ini bukan main main, sebab yang mengatakan demikian adalah Rasulullah Saw.
Mari kita simak dan hayati perkataan Rasul Saw berikut ini….
قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَعْظَمَ
الْمُسْلِمِينَ جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ
مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw :
“Sebesar-besar kejahatan muslimin (pada muslim lainnya) adalah yang mempermasalahkan suatu hal yang tidak diharamkan, namun menjadi haram sebab ia mempermasalahkannya (Shahih Bukhari)
Setelah mengetahui ucapan Rasulullah Saw seperti itu … masih maukah anda seumur hidup jadi penjahat besar bagi Ummat Islam ?
Haram Itu Dosa dan Bid’ah itu Tidak Selalu Haram
Berdasar pada hadis Sohih di atas sangat jelas, bahwa mempermasalahkan amalan muslimin yang tidak haram dikatakan haram itu adalah kejahatan terbesar. Itu Nabi Saw yang mengatakannya. Tahlilan, Maulid, Dzikir Berjama’ah, Yasinan, sesungguhnya adalah amal-amal solih kaum muslimin, tetapi karena dipermasalahkan membuatnya menjadi haram (dosa bagi pengamalnya).
Kaitannya dengan itu, dalam melancarkan missi dakwahnya Kaum Wahabi sangat gemar mempermasalahkan Tahlilan yang tidak haram dikatakan haram (pengertian bid’ah menurut Wahabi adalah: berdosa jika melakukan hal bid’ah. Ini artinya tidak lain adalah haram). Maulid Nabi tidak haram dikatakan haram, Tawassul dengan Nabi Saw tidak haram dikatakan haram bahkan pelaku Tawassul dikatakan Musyrik oleh kaum Wahabi. Kenapa Kaum Wahabi hobby berbuat demikian, tidakkah mereka telah melakukan kejahatan terbesar kepada Ummat Islam menurut pandangan Nabi saw ?
Bagi yang merasa pengikut Wahabi mari kita semak kembali dan renungkan sedalam-dalamnya hadis yang mulia ini agar sembuh dari Maksiat Kejahatan Terbesar Bagi Kaum Muslimin:
قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَعْظَمَ الْمُسْلِمِينَ جُرْمًا مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ فَحُرِّمَ مِنْ
أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw :
“Sebesar-besar kejahatan muslimin (pada muslim lainnya) adalah yang mempermasalahkan suatu hal yang tidak diharamkan, namun menjadi haram sebab ia mempermasalahkannya (Sahih Bukhari)
Dari penjelasan analisa singkat di atas dapat kita katakan bahwa setiap yang haram itu dosa akan tetapi bid’ah itu tidak selalu haram. Semoga kita selamat dari pengaruh fitnah Islam, dan yang selama ini sudah terlanjur jadi Tukang Fitnah Islam semoga sadar dan tidak enggan bertaubat. Wallohu a’lam….
Banyak sekarang yang muncul seperti ini, yang mengharamkan maulid, yang mengharamkan nisfu sya’ban, yang mengharamkan isra mi’raj. Hal ini tidak diharamkan tapi karena dipermasalahkan hingga menjadi haram, padahal semuanya adalah syi’ar :
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
“barangsiapa yang membesarkan syiar-syiar Allah, sungguh itu bentuk ketaqwaan hati.” (QS Alhajj 32)
Di sinilah kita memahami bahwa keagungan-keagungan syiar di masa ghaflahnya umat sangat diperlukan, kalau zaman dulu sudah kuat imannya muslimin-muslimat itu, tapi zaman sekarang di mana ditemukan menyerukan Nama Allah, di mana kumpulan-kumpulan dzikir, lihat kumpulan- kumpulan dosa, perbuatan-perbuatan dosa, lihat luluh lantah dan hancurnya umat Muhammad Saw paling besar.
Umat Muhammad Saw sekarang ini betul-betul menyayat hati Sang Nabi keadaannya, siapa yang berdzikir ? Siapa yang mengingat Allah ? Siapa lagi yang mau peduli di malam nisfu sya’ban, Sang Nabi bermunajat. Siapa lagi yang mau baca surat yasin, qalbul qur’an jantungnya alqur’an, siapa yang mau menghidupkan sunnah-sunnahnya Rasul makin hari makin tidak dikenal. Justru perkumpulan seperti inilah yang mesti dimakmurkan, mereka yang tidak suka semoga diberi hidayah, amin.

Bolehkah seseorang itu bercita-cita untuk menjadi wali Allah

Para Wali Allah

"Seseorang itu jika didalam luh mahfuz, namanya mungkin sudah tercatit sebagai wali Allah سبحانه وتعالى. Akan tetapi, kita melihat secara zahirnya orang itu adalah ahli maksiat. Dia tidak solat, ibadahnya kurang sedekah nya kurang buat yang wajib saja yang sunat tinggal. Jika dia menghadapi masalah didalam hidupnya, seperti rezekinya tidak cukup, hidup serba kekurangan, ditimpa penyakit dan sebagainya."

"Ketahuilah Allah سبحانه وتعالى ingin menghapuskan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya. Atau menjadikkannya sebagai wali Allah سبحانه وتعالى. Jika dia dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى dan namanya tertulis didalam luh mahfuz sebagai wali Allah سبحانه وتعالى orang-orang soleh. Menjadi antara orang-orang yang terpilih."

"Soalan ditanya. Bolehkah seseorang itu bercita-cita untuk menjadi wali Allah سبحانه وتعالى? Menjadi Antara Kekasih Allah سبحانه وتعالى? Maka hukumnya, boleh. Bahkan, itulah cita-cita yang sepatutnya ada didalam hati seorang mukmin. Ianya tidak mustahil. Antara syarat untuk menjadi Wali Allah سبحانه وتعالى adalah dia mesti mempunyai ilmu."

"Untuk menjadi wali Allah سبحانه وتعالى dia mesti orang yang berilmu. Tidak mungkin seorang wali Allah, itu dia tidak berilmu. Ulama mengatakan, Mustahil seorang wali Allah itu dia adalah orang orang yang jahil. Jika dia jahil, dan Allah menginginkannya untuk menjadi wali-Nya. Maka, Allah سبحانه وتعالى akan mengurniakan dia ilmu dan barulah dia dapat menjadi wali Allah سبحانه وتعالى. Ilmu itu yang akan memacunya dalam perjalanan menuju kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Kita tidak mungkin boleh menjadi nabi, pintu kenabian sudah ditutup, pintu kerasulan sudah ditutup. Apa yang boleh kita niatkan kita cita-citakan adalah menjadi wali Allah سبحانه وتعالى. Seseorang yang berazam dan beramal dengan ilmunya untuk menuju kepada Allah swt dan mencapai maqam yang tinggi disisi Allah سبحانه وتعالى."

"Ianya adalah suatu yang terpuji dalam agama. Antara sifat wali Allah سبحانه وتعالى, apabila dia sudah mencapai maqam yang tinggi disisi Allah didalam hatinya tiada kotoran dan maksiat. Malah perkara-perkara yang makruh pon akan ditinggalkan, dijauhi olehnya. Para Wali Allah سبحانه وتعالى, orang orang soleh ini apabila dia terlupa melakukan perkara yang harus pon maka dia akan istighfar kepada Allah سبحانه وتعالى. "

"Bahkan, perkara yang harus itu apabila dia terlupa untuk niatkan dengan niat yang baik dia merasa rugi dengan masa yang berlalu itu tanpa diniatkan dgn niat yang baik dan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dia merasa rugi dan takut masa yang berlalu itu akan ditanya oleh Allah سبحانه وتعالى nanti. Maka, Setiap niat yang baik itu meningkatkan maqam seseorang manusia disisi Allah سبحانه وتعالى. Menjadi dikalangan orang orang soleh wali Allah سبحانه وتعالى."

"Dan kita mencintai wali-wali Allah. Kerana Allah mencintai mereka. Dan kita menziarahi kubur para wali Allah ini. Wali Allah سبحانه وتعالى mereka sebenarnya tidak mati, bahkan hidup di alam kubur malah dijamin dan diberikan rezki oleh Allah سبحانه وتعالى, jangan menganggap kita menziarahi orang yang sudah meninggal, mati begitu sahaja."

"Benar mereka sudah meninggalkan dunia. Akan tetapi dunia kita yang hakiki adalah di akhirat sana, selama-lamanya. Itu impian mereka, impian wali Allah سبحانه وتعالى. Dunia kita ini yang masih dalam igauan, dalam mimpi, dalam dunia yang sentiasa dilalaikan dan ditipu. Dan para wali Allah memahami hakikat ini."

"Dan golongan As-Salihin itu adalah perilaku mereka yang baik menurut Allah سبحانه وتعالى mereka ini orang yang baik dan berhak mendapat redha Allah dan mendapat pujian daripada Allah. Mereka adalah wali-wali Allah سبحانه وتعالى. Orang-orang soleh itu adalah orang-orang yang melaksanakan hak-hak Allah dan hak para hamba-Nya."

"Kita menilai seseorang itu dia adalah orang soleh dengan kita melihat mereka dengan kita bersangka baik dengan mereka. Berdasarkan istiqamah mereka kepada agama, mengajak orang kepada kebaikan, tidak melanggar perintah Allah سبحانه وتعالى."

"Bahkan yang makruh pon cuba ditinggalkan. Didatangkan juga mereka dengan adab dan sunnah rasulullah ﷺ. Berdasarkan penilaian itu, kita nilai dia adalah orang yang soleh. Kita sangka baik."

"Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi orang soleh dengan seorang diri. Dia berkata, aku tak perlu berdamping dengan mereka. Aku boleh menjadi soleh seorang diri. Tidak mungkin seseorang itu ingin menjadi soleh jika dia tidak berdamping dengan orang soleh. "

"Dia tidak bergaul tidak rapat dengan orang soleh. Kerana orang-orang soleh itu mereka berdamping dengan orang orang soleh sebelum mereka. Begitu juga sebelum mereka berdamping dengan orang soleh sebelum mereka. Sehinggalah sampai kepada para sahabat berdamping dengan penghulu orang soleh Rasulullah ﷺ."

"Agama itu bergantung kepada siapa yang kita bergaul, kita berdamping kita bersahabat. Maka sentiasalah bersuhbah bersama dengan orang soleh. Jika tidak mampu seminggu sekali. Sekali, sekala. Kalau boleh sentiasa letakkan diri kita didalam majlis mereka."

"Supaya dapat menghidupkan hati kita yang mati. Melembutkan hati yang keras. Mencahayakan hati yang gelap. Bergaul dengan orang soleh dapat menghidupkan hati. Daripada orang yang jahat menjadi orang yang baik. Kerana orang solihin ini mereka mahir dalam bab hati. Mentarbiah hati. Melembutkan hati-hati manusia."

"Imam As-Syafie rah. Pernah berkata; "Aku mencintai orang-orang soleh walaupon aku bukan daripada kalangan mereka." Dan aku berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى moga-moga aku digolongkan bersama-sama dengan mereka. Ini imam mazhab. Ulamak. Apatah lagi kita. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى golongkan kita bersama-sama dengan wali Allah orang-orang soleh."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.

Wallahualam

via: Raudhatul Muhibbin

Gambar: Majlis Ilmu Shaykh Hisham di Rumah Dato' Abu Hasan

Tuesday, December 15, 2015

Salman Ali membela Dr Aidh Al Qarni dan kemudian mendokong ajaran tajsim tan tasybih


Salman Ali membela Dr Aidh Al Qarni dan kemudian mendokong ajaran tajsim tan tasybih.
1. Untuk pengetahuan, Dr Aidh Al Qarni mengkafirkan umat Islam dengan gelaran kuburiyyun (penyembah kubur) dan anti kepada Ahli Sufi.
2. Rujuk twitter Dr Aidh al Qarni di bawah (print screen) dan ini terjemahannya. Sumber di sini :
terjemahan...Dr Aidh : Wahai pendakwah2 islam, tinggalkan perselisihan dan perbincangan mendalam mengenai isu furu', datanglah (ke malaysia) untuk memurnikan akidah, di sini akidah hancur di tangan kuburiyun & orang2 sufi
Muhammad as-Saggaf : Bahkan seluruh dunia menentang pandangan kamu yang bersifat takfir ini wahai syaikh Qarni, alangkah baik kalau syaikh Qarni tidak mengganggu umat-umat islam, tidak ada yang lebih bahaya kepada mereka daripada pandangan beliau ini
Bin Talal : Ya syaikh Muhammad, maksud sebenar syaikh Qarni itu ditujukan kepada orang2 yang ghuluw dan pengamal khurafat bukan insan-insan berfahaman sederhana seperti kalian, dan kalian telah memberi manfaat kepada umat melalui siri Fattabiouni
Muhammad as-Saggaf : Aku kenal Malaysia dulu dan sekarang, dan gambaran syaikh Qarni mengenai (akidah muslimin) Malaysia tidak tepat/tidak sahih
Buku Dr Aidh Al Qarni yang berisikan pengkafiran, buktinya :
3. Salafussoleh memuji dan mengiktiraf tasawwuf, ahli sufi dan tak mudah mengkafirkan umat Islam.
4. Tak payah mengaku ikut Al Quran dan As Sunnah tapi mengkafir, mensyirik dan membid'ah sesatkan majoriti ulamak dan umat Islam tanpa hak. Itu bukan Sunnah Nabi mahupun salafussoleh, itu sunnah Wahhabi.
5. Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
P/S : Salman Ali selitkan juga ajaran mujassimah dan musyabbihah dalam pos-posnya yang terbaharu. Orang awam ingat itulah ajaran salafussoleh. Padahal itulah ajaran Wahhabi yang cenderung kepada Mujassimah dan Musyabbihah.

hukum kerana kritik wahabi penjara 10 tahun dan 1000 sebatan


Bh 14 Nov ms38 hukum kerana kritik wahabi : penjara 10 tahun dan 1000 sebatan.
1000 rotan tuuu bukan bida'ah kaaaa ???
ada ka hukum 1000 rotan kerana kritik wahabi ???
SEKARANG SIAPA KERJAKAN BIDA'AH ??




Video Penuh penjelasan daripada habib Ali mengenai isu2 yang berbangkit dan tarikat yang diamalkan oleh golongan habib



Memang wahhabi mempunyai dendam kesumat untuk menghapuskan dakwah Habaib Ahlus Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia, nusantara dan seluruh dunia.

https://www.facebook.com/CintaRasul.TVAH/videos/649731451826738/?pnref=story

27,319 Views
MALAM CINTA RASUL
April 17
Assalamualaikum, Video Penuh penjelasan daripada habib Ali mengenai isu2 yang berbangkit dan tarikat yang diamalkan oleh golongan habib.

ISU KHALWAT Asri Wahhabi Tipu Teks Imam Al-Ghazaliy

Sebelum ini MAZA langgar fatwa sendiri bahkan mengkafirkan umat Islam yang berkabung.
Sekarang selewengkan Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Imam al Ghazali pula untuk halalkan khalwat ??
Menjawab Kebatilan DR MAZA added 2 new photos.
MAZA SELEWENG KITAB IHYA' UNTUK 'HALALKAN' KHALWAT
Dahulu dia juga yang mengajar orang awam untuk kritik kitab Ihya' Ulumiddin yang disusun oleh ulamak besar dalam Mazhab Asy Syafie iaitu hujjatul Islam Imam Al Ghazzali.
Sekarang disebabkan terdesak dan dangkal kerana tidak memahami dan tidak amanah mengambil teks dalam kitab Ihya' Ulumiddin, maka dia pergunakan sebahagian teks untuk 'menghalalkan' khalwat pulak. Padahal hakikatnya huraian di kitab berkenaan bukan sebagaimana pengkhianatan yang dilakukan MAZA.
Penjelasan sebenar ada di sini :
ISU KHALWAT..
Asri Wahhabi Tipu Teks Imam Al-Ghazaliy.
1- Asri Wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali apabila menukilkan kenyataan Imam Ghazali pada kes Hisbah (Team Rasmi Pencegah Mungkar) secara tidak amanah hanya demi menampakkan kononnya Imam Ghazali sepertinya melarang Hisbah menangkap khalwat atau mencegah maksiat.
2- Sebenarnya dalam Kitab Ihya Ulumuddin jilid 3 mukasurat 28 tu yg dinukilkan oleh Asri Wahhabi secara tidak amanah..hakikatnya Imam Ghazali menyebut begini:
"Maka ketahuilah sesungguhnya sesiapa menutup pintu rumahnya dan terhalang dengan dindingnya maka tidak harus (keatas Hisbah) masuk kedalam tanpa izinnya untuk mengetahui maksiat KECUALI ianya zahir berlaku dalam rumahnya secara jelas diketahui orang di luar rumah SEPERTI suara seruling dan gitar yang kedengaran menembusi dinding dari luar rumah. Maka barangsiapa yang mendengarnya harus baginya (hisbah) masuk ke rumah dan memecahkan alat muzik itu". Tamat.
Jelas Imam Ghazali disitu tak berikan contoh pada isu tangkap khalwat tetapi memberi contoh pada keadaan Hisbah menahan orang yang main muzik yang haram. Keduanya pula jelas Imam Ghazali bagitau jika diketahui didalamnya ada maksiat maka diharuskan penguat kuasa masuk untuk tindakan.
Tapi Asri Wahabi konar kut lain dan kaitkan terus dgn isu tangkap khalwat dan jika ya pun.. Imam Ghazali dah bagi pengecualian disitu bahawa ia dibolehkan keatas Pencegah Maksiat masuk bila ada zahir maksiat itu didengari.
3- Yang disebut oleh Imam Ghazali pada isu khalwat adalah begini:
"Maka maksiat itu ada 3 keadaan..yang ke 3 Apabila kemungkaran itu dianggap akan dilakukan..SEPERTI berkhalwat dengan wanita asing...
Dan berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah itu..adalah WAJIB dicegah. -MS 27 (rujuk gambar).
Maka jelas pada isu Khalwat imam Ghazali membenarkan Penguat Kuasa mengambil tindakan.
Dan terakhir..
pada M/S 33 Imam Ghazali sebut..
"Jika Penguat Kuasa diberitahu oleh 2 lelaki atau seorang lelaki yang adil memaklumkan bahawa didalam rumah si fulan itu bahawa sifulan itu minum arak atau sedang bersiap untuk minum arak maka PenguatKuasa boleh masuk rumahnya TANPA IZIN untuk mencegah kemungkaran".
Dengan ini jelaslah bahawa Asri wahhabi berbohong keatas Imam Ghazali dgn dakwaan kononnya imam ghazali seperti dia tak benarkan Hisbah mencegah kemungkaran walaupun telah mencukupi syarat.
Dasar wahhabi memang begitu menipu keatas kesemua teks ulama Islam demi mengaburi mata masyarakat hanya krn nafsu serakah syaitonnya.
MOHON SEBARKAN AGAR UMAT ISLAM TAK TERTIPU DENGAN PENYELEWENGAN ASRI ZAINAL ABIDIN TERHADAP KITAB ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH !. TQ