Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, December 15, 2015

Salman Ali membela Dr Aidh Al Qarni dan kemudian mendokong ajaran tajsim tan tasybih


Salman Ali membela Dr Aidh Al Qarni dan kemudian mendokong ajaran tajsim tan tasybih.
1. Untuk pengetahuan, Dr Aidh Al Qarni mengkafirkan umat Islam dengan gelaran kuburiyyun (penyembah kubur) dan anti kepada Ahli Sufi.
2. Rujuk twitter Dr Aidh al Qarni di bawah (print screen) dan ini terjemahannya. Sumber di sini :
terjemahan...Dr Aidh : Wahai pendakwah2 islam, tinggalkan perselisihan dan perbincangan mendalam mengenai isu furu', datanglah (ke malaysia) untuk memurnikan akidah, di sini akidah hancur di tangan kuburiyun & orang2 sufi
Muhammad as-Saggaf : Bahkan seluruh dunia menentang pandangan kamu yang bersifat takfir ini wahai syaikh Qarni, alangkah baik kalau syaikh Qarni tidak mengganggu umat-umat islam, tidak ada yang lebih bahaya kepada mereka daripada pandangan beliau ini
Bin Talal : Ya syaikh Muhammad, maksud sebenar syaikh Qarni itu ditujukan kepada orang2 yang ghuluw dan pengamal khurafat bukan insan-insan berfahaman sederhana seperti kalian, dan kalian telah memberi manfaat kepada umat melalui siri Fattabiouni
Muhammad as-Saggaf : Aku kenal Malaysia dulu dan sekarang, dan gambaran syaikh Qarni mengenai (akidah muslimin) Malaysia tidak tepat/tidak sahih
Buku Dr Aidh Al Qarni yang berisikan pengkafiran, buktinya :
3. Salafussoleh memuji dan mengiktiraf tasawwuf, ahli sufi dan tak mudah mengkafirkan umat Islam.
4. Tak payah mengaku ikut Al Quran dan As Sunnah tapi mengkafir, mensyirik dan membid'ah sesatkan majoriti ulamak dan umat Islam tanpa hak. Itu bukan Sunnah Nabi mahupun salafussoleh, itu sunnah Wahhabi.
5. Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "
Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :
Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.
(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).
Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
P/S : Salman Ali selitkan juga ajaran mujassimah dan musyabbihah dalam pos-posnya yang terbaharu. Orang awam ingat itulah ajaran salafussoleh. Padahal itulah ajaran Wahhabi yang cenderung kepada Mujassimah dan Musyabbihah.

No comments: