Kitab Munyatul Musolli adalah sebuah kitab yang telah sekian lama digunakan dalam pembelajaran fiqh solat terutamanya di sekitar Nusantara. Kitab ini hasil karangan seorang ulama yang berasal dari Pattani, Sheikh Daud Abdullah Al-Fattani.
Kitab ini dinamakan "Minyatul Musolli" [مِنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Boleh juga dibaca "Munyatul Musolli" [مُنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Kalimah "minyah" [مِنْيَةُ] ialah kalimah mufrad atau 'singular', jamak [مِنَن] atau [مُنَن] dengan membawa maksud 'orang yang amat berkehendak' ataupun 'sesuatu yang amat dikehendaki'. Ringkasnya, ia dibaca dengan maksud ‘Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang’.
Kitab ini dikategorikan sebagai salah satu kitab asas yang diajar di sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang terletak di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Malahan, kitab ini juga menjadi teks rujukan kelas takmir dan kuliah-kuliah di masjid dan surau seluruh tanah air.
Bercerita tentang kitab ini, asas penulisan kitab tertumpu kepada membicarakan ibadah solat yang merupakan rukun Islam yang dilakukan lima kali sehari. Secara amnya, kesemua aspek ibadah solat, baik dari asas rukun dan syaratnya serta tentang kelebihan solat ada diterangkan didalam kitab ini.
KITAB MUNYATUL MUSOLLI
Pengenalan Kitab
Kitab ini dinamakan dengan Munyat Al-Musalli yang memberi erti kehendak orangorang
yang bersembahyang iaitu mereka yang bersembahyang pasti memerlukan ilmu
pengetahuan yang terkandung di dalam kitab ini. Sebahagian pengkaji pula
menterjemahkannya sebagai " Cita-cita orang yang bersembahyang "13
.
Sejarah Penulisan
Menurut Wan Mohd Saghir, Syeikh Daud Al-Fatani mengarang kitab ini atas
permintaan seorang sultan yang datang menunaikan ibadah haji di tanah suci. Namun
maklumat berkenaan sultan tersebut tidak dapat diperincikan. Dalam semua cetakan
Munyatul Musalli hanya cetakan Matbaah al-Miriyyah pada tahun 1330 H (1911)
sahaja yang terungkap secebis maklumat berkenaan dengan perkara itu. Malah
maklumat tersebut adalah catatan yang ditulis oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad
Zain Al-Fatani yang mana beliaulah pentashih pertama kitab tersebut. Beliau
mendengar maklumat ini daripada bapanya Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa AlFatani
yang mana beliau adalah anak murid Syeikh Daud sendiri.
Menurutnya lagi, bahawa Syeikh Daud mengarang kitab ini tanpa menggunakan
sebarang rujukan dihadapnnya, semuanya ditulis berdasarkan ilmu pengetahuan yang
terkandung di dalam dirinya. Perkara ini menyebabkan sultan yang meminta beliau
mengarang kitab ini berasa ragu-ragu terhadapnya. Atas keraguan inilah maka Syeikh
Daud mula mengarang kitab ini tanpa menggunakan lampu dan qalam. Menurut Wan
Mohd Saghir lagi, Syeikh Daud hanya menggunakan jarinya menulis kitab ini di
samping jari jemarinya bercahaya menjadi penyuluh buatnya ketika menulis kitab
tersebut.
Mendengarkan peristiwa ini sultan tersebut tidak berani lagi untuk meragui
tindakan yang dilakukan oleh syeikh.15
Ketika menulis kitab ini, Syeikh Daud telah menambah dipenghujung kitabnya satu
bab khas yang berkaitan dengan nasihat serta tunjuk ajar yang berfaedah buat sultan
serta raja-raja yang memerintah. Tindakan ini barangkali dilakukan oleh Syeikh Daud
adalah kerana orang yang memintanya mengarang kitab ini adalah salah seorang
daripada sultan-sultan melayu. Maka amat munasabahlah disisipkan sekali nasihat
serta tunjuk ajar buat mereka yang menjadi pemerintah supaya mereka menepati ciriciri
pemerintah yang dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. Sisipan ini dinamakan
sebagai "Tatmim Al-Faedah" iaitu 'menyempurnakan faedah', atau dalam erti kata lain
setelah mereka mendapat faedah daripada mempelajari kitab Munyatul Musalli maka
bagi menyempurnakan lagi faedah serta manfaatnya maka eloklah dipelajari sekali
beberapa nasihat daripada hadith dan athar tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang
disayangi oleh Allah dan rasulNya..
No comments:
Post a Comment