Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, October 12, 2022

ust rifae

Hari ini 12 Oktober 2022 genap dua tahun Tuan Guru Hj Muhammad Rifae' Yaakob kembali ke pangkuan Penciptanya. 








Almarhum Tuan Guru dilahirkan di Kampung Padang, Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lanai kemudian Almarhum melanjutkan pelajarannya ke Pondok Lanai dan mendapat didikan penuh dari Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Selain itu, Tuan Guru juga pernah menuntut ilmu di Pondok Tok Jong, Patani.

Almarhum Tuan Guru pernah berkhidmat sebagai guru di Pondok Lanai selama 20 tahun. Selepas kewafatan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Almarhum telah membuka pondok pengajiannya sendiri yang diberi nama Madrasah Zuhdiah yang terletak di Kampung Charok Salang, Parit Panjang, Baling, Kedah pada tahun 1997.

Semasa hayat, kelibat Almarhum mudah dilihat di majlis-majlis muzakarah, himpunan dan pertemuan Tuan-Tuan Guru Pondok Kedah serta sangat dikenali sebagai seorang yang merendah diri. Komitmen Almarhum dengan Majlis Guru Pondok Hesa begitu tinggi.

Kemuncak pengiktirafan keilmuan Almarhum apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah pada tahun 2019.

Pelita ummah ini terpadam apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia pada 12 Oktober 2020 ketika berusia 59 tahun. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang, kubur yang sama dengan para Syuhada' Memali.

Semoga Almarhum Tuan Guru sentiasa dicucuri rahmat Allah dan dikumpulkan bersama para Anbiya' dan Solihin.

No comments: