Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 7, 2020

Aku salafi bukan wahabi

Pemalu Nak Ngaku Wahabi : Aku bukan Wahabi. Aku Salafi.

ASWJ : Siapa ulama yang kamu jadikan rujukan ?

Pemalu Nak Ngaku Wahabi : Ulama rujukan aku,Syaikhul Hadith Asri Yusof,  MAZA, RORA, Halim, Ayaq Acaq, Asrie Sobrie, Fadlan Othman, Syeikh Al Albani, Abdul Aziz Ben Baaz, Sholih Uthaimin, Mohamad Abdol Wahab An Najd, Ibnu Taimiyah.

ASWJ : HEHEHE. Bro, Len kali pergi MENGAJI. Satu pun ulama rujukan kamu TIDAK DALAM KATEGORI SALAF. Kau tahu tak salaf itu apa ?

Pemalu Nak Ngaku Wahabi : Salaf itu Salaf lah. Orang yang ikut Al Quran dan Sunnah sahaja. Tak ikut Imam Mazhab.

ASWJ : HEHEHE (lagi). Bro, Kalau nak ikut Al Quran dan Sunnah sahaja, apasal kau pergi ikut Self claimed Syaikhul Hadith Asri Yusof, MAZA, RORA, Halim Ayaq Acaq, Asrie Sobrie Takfiri, Fadlan Othman, Syeikh Al Albani, Abdul Aziz Ben Baaz, Sholih Uthaimin, Mohamad Abdol Wahab An Najd, Ibnu Taimiyah ?

Pemalu Nak Ngaku Wahabi : Sebab mereka bawa ilmu Salaf.

ASWJ : HEHEHE (lagi sekali). Bro nampak sangat kau pun tak tahu Salaf tu apa.

FYI, Salaf ialah orang yang hidup sekitar 300 tahun dari zaman kehidupan Rasulullah ﷺ. Mereka lihat bagaimana para sahabat yang diredhai ALLAH beribadah. Mereka lihat bagaimana anak-anak para sahabat yang diredhai ALLAH beribadah. Mereka lihat bagaimana cucu-cucu para sahabat yang diredhai ALLAH beribadah. PASTINYA, cucu-cucu para sahabat didididi oleh anak para sahabat. Anak para sahabat dididik oleh para sahabat. dan para sahabat yang diredhai ALLAH dididik oleh Rasulullah ﷺ. Lalu mereka berijtihad dengan apa yang mereka pelajari dan mereka lihat. Maka jadilah mazhab Maliki oleh Imam Malik rahimahullah, mazhab Hanafi oleh Imam Abu Hanifah rahimahullah, mazhab Syafi'e oleh Imam Syafie dan mazhab Hanbali oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

KESEMUA Imam mazhab adalah orang Salaf yang disebutkan dalam hadith kerana mereka hidup sekitar 300 tahun dari zaman Rasulullah ﷺ.

Pendekata, orang yang ikut imam mazhab inilah sebenarnya SALAF ASLI YANG ORI. Bukannya orang yang menolak mazhab. Orang yang menolak mazhab adalah SALAFI JADIAN.

Ada pun. Ulama rujukan kamu, Self claimed Syaikhul Hadith Asri Yusof, MAZA, RORA, Halim Ayaq Acaq, Asrie Sobrie, Fadlan Othman, Syeikh Al Albani, Abdul Aziz Ben Baaz, Sholih Uthaimin, Mohamad Abdol Wahab An Najd, Ibnu Taimiyah. Mereka BUKAN SALAFI sebab mereka hidup diluar tempoh 300 tahun dari zaman Rasulullah ﷺ.

Ulama paling tua yang kamu rujuk ialah Ibnu Taimiyah. Ibnu Taimiyah sendiri hidup 700 tahun dari zaman Rasulullah ﷺ. Dan dia sendiri TIDAK melihat cara Rasulullah ﷺ.beribadah. TIDAK melihat cara para sahabat yang direhai ALLAH beribadah. Dan TIDAK melihat cara anak-anak serta cucu-cucu para sahabat yang diredhai ALLAH beribadah. BERBANDING dengan Imam Mazhab.

Jadi MANA BUKTI kamu itu Salafi ? Melainkan kamu adalah Salafi Jadian. Hehehehe

Sebab itu berbeza cara Imam Mazhab dengan cara Salafi Jadian.

Cara Imam Mazhab, mementingkan sanad dalam menuntut ilmu. Agar AUTHENTICITY ilmu itu terjaga dan terpelihara.

Salafi Jadian, anti mazhab, anti sanad. maka sebab itu Tukang Repair Jam seperti Al Albani yang tidak pernah belajar hadith pun dilantik jadi ulama pakar hadith. Tak ada bukti Albani belajar hadith.

Berbanding Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Al Baihaqi, Imam Ibnu Hajar Al Asqalani, Imam Ibnu Hajar Al Haytami dan banyak lagi, mereka semua bermazhab Syafie. Boleh rujuk Kitab Tazkrah Al Huffaz oleh Imam Az Zahabi yang menyatakan Imam-imam Hadith ini bermazhab Syafie.

Kalau Imam Bukhari dan Imam Muslim pun bermazhab dengan mazhab Syafie. KAMU TU SIAPA ? Kalau buat PhD pun setakat 10% dari chapter muqaddimah dalam iilmu Hadith. BUKAN keseluruhan ilmu Hadith. Tu yang hanya tahu satu jalan riwayat hadith. Come on laaaa. Sahabat Rasulullah  ﷺ  ada 124,000 orang. Takkan satu hadith tu ada satu jalan sahaja. Mana pergi lagi 123,999 sahabat ? Mereka semua menyampaikan apa yang dari Rasulullah ﷺ walaupun satu ayat. Keluarlah dari tempurung kelapa tu. Jangan buat malu atas nama ulama Hadith. Kamu tu walau ada PhD, kamu tu BUKAN ulama Hadith pun. Sekadar pemegang PhD dalam 10% chapter Muqaddimah Ilmu Hadith.

Satu yang tak boleh belah. Bila Salafi Jadian ngaku, konon nak amal Hadith Sahih SAHAJA. Rupa-rupanya, dalam berfatwa persentuhan kulit antara bukan mahram, Salafi Jadian guna Hadith Daif. Bila dah kantoi guna Hadith Daif, membuktikan dia jahil status hadith, dia cakap, ini ada ruang khilaf. Alahai, hadith daif mana boleh guna buat fatwa bhai.

Kalau Imam Besar ilmu Hadith iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Al Baihaqi dan lain-lain bermazhab, kamu yang jahil murakab, kalau tidak bermazhab aku yakin kau akan sesat menonong. MALAH ulama-ulama Hadith terkini antaranya ulama Hadith dari Keluarga Al GHUMARI bermazhab Maliki. Tidak ada seorang pun dari kalangan yang ngaku Salafi setanding ilmu hadith mereka. Begitu juga ulama hadith dari kalangan keluarga Al Kandahlawi bermazhab Hanafi. Tidak ada seorang pun dari kalangan Salafi yang setanding ilmu hadith mereka. Lebih-lebih lagi kamu yang ada PhD tapi jahil murakab qiraat dan riwayat TIDAK setanding keluarga Al Ghumari dan Al Kandahlawi. Kamu tu sebenarnya, TAK TAHU MALU. Hehehe

Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah menyatakan, untuk berijtihad berfatwa, seseorang itu hendaklah MENGHAFAL SEKURANG-KURANGNYA 400,000 hadith beserta sanad dan matan.

Ada seorang Salafi Jadian, memfitnah Imam Thobari meriwayatkan hadith palsu. Pendekata, dia cakap, Imam Thobari itu sudah menempah tempat duduk di dalam neraka. Imam Thobari itu menghafal ratusan ribu hadith beserta sanad dan matan. Kamu, Salafi Jadian yang kurang ajar, kamu sendiri mengaku TIDAK HAFAL hadith dan tidak bersanad. Layakkah kamu hendak kritik Imam Thobari ? Jangan tunjukkan diri kamu itu Bodoh Tapi Konpiden. Setakat kamu nak tayang PhD sebagai passport untuk menerakakan orang.  Zaman Rasulullah ﷺ, TAK ADA PHD. PhD ni bida’ah. Sebab tu jaga sikit adab kamu. Jangan sampai nanti anak anak kecil pun akan panggil kamu badigol kerana ilang rasa hormat.

Salafi Jadian, juga yang mengkafirkan ulama-ulama dan umat Islam atas perkara khilafiyah sebagaimana Asri Sobri. Salafi Jadian juga mengkafirkan orang yang berselawat sebagaimana MAZA mengkafirkan orang yang berselawat Syifa sedangkan ulama Hadith muktabar termasuklah di zaman ini seperti Syeikh Wahbah Zuhaili rahimahullah sendiri mengamalkan selawat Syifa. Nak bandingkan MAZA dengan Syeikh Wahbah Zuhaili ? Ampun maaf. TAK LAYAK. MAZA ni tukang fitnah. Dah kalah saman kerana memfitnah pun, masih buat perangai fitnah sana-sini. Baca Al Quran pun tak bertul qiraat. Buat malu. Dah lah buat fitnah, KONON nak amal hadith sahih sahaja, rupa-rupanya guna hadith daif untuk buat fatwa. Ngaku pakar hadith tapi rupa-rupanya tak kenal status hadis sampai hadith daif pun digunakan untuk buat fatwa. Memalukan.

Malah Salafi Jadian suka Self Claimed jadi Syaikhul Hadith. TAPI, PHOBIA dengan darah keturunan Rasulullah ﷺ dengan mengatakan keturunan Rasulullah ﷺ adalah Syiah. Hanya semata-mata termakan fitnah Syiah yang memuja Sayyidina Ali karamallahu wajhah. Bodoh. KONON pakar hadith, rupa-rupanya HANYA tahu SATU jalan riwayat dan qiraat. Jalan-jalan riwayat atau qiraat yang lain dia tak tahu. Maka sebab itu, bila Syiah kata Saiyidina Ali karamallahu wajhah itu Syiah, dia pun percaya. Bila dia cakap Syiah adalah keturunan Rasulullah ﷺ. TERBUKTI dua perkara.

Pertama : Dia sebenarnya JAHIL riwayat Hadith. Dia HANYA tahu SATU jalan riwayat. Dan dia sangka dia sahaja yang betul, yang lain salah belaka. Susah kalau orang perasan atau syok sendiri ni. Sebab tu perangai dia dengan Halim Hassan Ayaq Acaq sama saja. Rupa pun lebih kurang sama, serabut macam kaler ayaq longkang. Sanggup fitnah, ilmu tasawuf itu ilmu bida'ah sebab zaman Rasulullah ﷺ tak ada istilah tasauf. Kalau macam itu, Ilmu Tajwid yang disusun pada hujung tahun 300 Hijrah itu pun ilmu bida'ah pada kamu. Ilmu Qiraat yang selesai disusun oleh Imam Ibnu Solah pada tahun 400 Hijrah itu pun Ilmu bida'ah. Malah ilmu Hadith yang disusun oleh Imam Bukhari rahimahullah juga ilmu bida'ah. Sebab zaman Rasululah ﷺ tak ada istilah ilmu tajwid, ilmu qiraat dan ilmu hadith.

Maka sebab itu ramai Wahabi aka Salafi Jadian aka Future Terrorist jahil murakab ilmu tajwid, ilmu qiraat dan ilmu hadith. Baca Al Quran tak betul. Qiraat tak betul. Hendak nilai hadith pun tak betul dan terhad kepada HANYA satu jalan riwayat.

Kedua : Dia tak belajar Ilmu Tauhid sehingga tak kenal kat mana kesesatan aqidah Syiah walau dia mengaku dia mengkaji Syiah. ENtah apa yang dia kaji dia sendiri tak tahu.

Syiah itu sesat BUKAN sebab Syiah itu keturunan Rasulullah ﷺ. Syiah itu sesat antaranya adalah :
1. Mengkafirkan sahabat Rasulullah ﷺ kecuali Salman Al Farisi.
2. Mengubah ayat Al Quran.
3. Membuat hadith palsu.
4. Menyatakan Malaikat Jibril tersalah hantar wahyu. Sepatutnya Kenabian terakhir adalah milik Saiyidina Ali bin Abu Talib, bukan Sayidina Muhammad Bin Abdullah ﷺ.
5. Menghalalkan darah umat Islam yang tidak berfahaman Syiah. Ini sama dengan ajaran Ibnu Taimiyah dan Mohamad Abdol Wahab An Najdi. Ada ditulis di dalam kitab-kitab mereka dan menjadi pegangan pengganas ISIS dan DAESH.

Apa yang layak kat Salafi Jadian ini hanyalah title Maulana Hadith Mee Segera. Yang jadi mangsa ialah orang yang berguru dengannya. Kesian. Kena kencing dan kena perbodoh hidup-hidup.

Gitu gak. Ada Salafi Jadian dengan bangga kutuk orang yg azan dan iqamah bayi atas alasan bida'ah. Selamba dia cakap, Rasulullah tak buat. Tapi, ada Hadith riwayat Ahmad yang menyatakan adalan amalan begitu. Ada juga diriwayatkan dalam kitab Imam Nawawi. Antara Imam Ahmad dan Imam Nawawi, bandingkan dengan si Salafi Jadian yang jahil murakab, aku ikut Imam Ahmad dan Imam Nawawi. Kau tu sapa? Kulup pun baru kerat, kau ikut ajelah ulama muktabar bukannya nak berlagak mengalahkan Imam Mujtahid.

Malulah sikit. Dah tua bangka, perangai ngalahkan Upin dan Ipin. Hehehe

Kalau kamu tak mahu ikut mazhab. Nasihat aku :

1. Ukurlah baju dibadan sendiri. Kamu dah hafal Al Quran ? Kalau belum hafal Al Quran, Layakkah kamu menolak Imam mazhab yang bukan sekadar hafal Al Quran, hafal sekurang-kurangnya 400,000 hadith beserta sanad dan matan, menguasai 17 cabang ilmu untuk mentafsirkan Al Quran dan Hadith. Jika baca Al Quran dan qiraat tak betul, apa jaminan kamu faham makna tersirat dalam Al Quran dan Hadith ?

2. Kita tidak pernah melihat Ahlus SUnnah Wal Jamaah membida'ahkan, mensyirikkan, mengkafirkan, menyesatkan dan menerakakan orang atas perkara khilafiyah. Jadi kamu yang mengaku salaf, apabila membida'ahkan, mensyirikkan, mengkafirkan, menyesatkan dan menerakakan orang atas perkara khilafiyah, akuilah hakikatnya kamu BUKAN Salaf. Tetapi SALAFI JADIAN.

3. Banyak keburukan, kebobrokan dan kegoblokan ajaran tokoh-tokoh Salafi Jadian dalam tulisan ini. Kamu masih hendak jadi Salafi Jadian sambil menipu diri  sendiri KONON kamu itu Salafi Asli ? Bodohlah kalau macam tu. Kamu belum kembali kepada fitrah. Sebab fitrah manusia tak mahu menipu lebih lebih lagi fitrah manusia tak mahu menipu diri sendiri.

Aku recap. Kalau hendak ikut SALAF, itulah dia manhaj Imam Mazhab. Kamu tak mahu ikut imam mazhab, kamulah Salafi Jadian. Jadi jangan malu-malu hendak mengaku Wahabi. Full Stop. Hehehe

FB Muhammad Taiko

No comments: