## Golongan yang sibuk membicarakan nas mutasyabihat ##
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=290892728086710&id=100014979545247
Berkata imam Qurtubi dalam kitab At Tizkar :
Mereka yang sibuk membicarakan nas mutasyabihat terbahagi kepada empat golongan ;
1. Mereka yang mengumpulkan nas mutashabihat bertujuan menimbulkan syak pada Al Qur'an , dan menyesatkan masyarakat awam, seperti yang dilakukan oleh ahli zindik,qaramithah.
2. Mereka yang mengumpulkan nas tersebut kerana iktiqad mereka kepada zahir nas mutashabihat, sebagaimana yang dilakukan golongan mujassimah. Mereka menghimpunkan segala nas mutashabihat dari Al-Quran dan As-Sunnah yang pada zahirnya membawa makna yang menjisimkan Tuhan. Lalu mereka mengiktiqatkan Tuhan itu jisim yang berjisim, rupa yang berupa, zat yang berwajah, dan lainnya seperti tangan, mata, pihak dan jari. Maha suci Allah dari perkara tersebut.
3. Golongan yang menyatakan takwilan dan menerangkan maksud makna nas mutashabihat.
4. Golongan ( yang banyak mempersoalkan ayat mutashabihat ) seperti kisah subaigh yang menghujani soalan pada Saidina Umar r.a.
Hukum hal golongan tersebut ;
1. Golongan pertama, tiada syak lagi jatuh kekufuran, dan mereka dihukum bunuh tanpa di dahului arahan bertaubat.
2. Golongan kedua pula, menurut pendapat yang sahih, mereka juga jatuh kufur kerana tiada bezanya antara mereka dan penyembah berhala dan gambar. Namun mereka di dahului dgn arahan bertaubat. Jika mereka ingkar dengan arahan tersebut maka di hukum bunuh seperti hukum orang murtad.
3. Golongan ketiga pula dibenarkan berdasarkan khilaf terhadap hukum mentakwilkan nas mutashabihat.
Sebagaimana diketahui, mazhab salaf meninggalkan pentakwilan pada nas mutashabihat, namun dalam masa yang sama mereka secara pasti beryaqinan kemustahilan makna zahir nas tersebut. Lalu mereka berkata " perlalukanlah ia ( naa mutasyabihat ) sebagainya ia datang )".
Sebahagian mereka pula memperlakukan nas tersebut kepada makna yang sah pada amalan lisan arab tanpa menganggapnya sebagai pasti ( yaqin ).
4. Golongan keempat pula, mereka yang terlalu banyak mempersoalkan nas mutashabihat, lalu mereka ini sewajarnya diberikan pengajaran sebagaimana yang dilakukan Saidina Umar kepada subaigh.
( Tindakan Umar ini kerana mendisiplinkan masyarakat mengenai nas mutashabihat agar tidak timbul perkara-perkara bid'ah yang lain dalam aqidah.).
Intaha bil talkhis
Imam Al Qurtubi
At Tizkar Fi Afdholil Azkar
Ms 309-310
----------------------------------------
Kesimpulan :
1. Golongan mujassimah sedaya upaya memperbesar nas mutashabihat ( lantaran itu menghukumkan sesat orang yang menjauhi perbicaraan nas tersebut).
2. Tujuan golongan mujassimah menghimpunkan segala nas mutashabihat atas dasar penerimaan makna zahir yang membawa kepada penyamaan Tuhan dengan makhluk.
3. Mengambil nas mutashabihat bertujuan menimbulkan syak dan fitnah pada masyarakat tidak dibenarkan.
4. Keharusan mentakwilkan nas mutashabihat yang bersesuaian dengan penggunaan bahasa Arab yang sahih.
5. Salaf ummah mwntafwidkan ( menyerahkan makna Murad nas mutashabihat ) pada Allah , serta mereka menafikan makna Haqiqi nas mutashabihat. Zahir makna nas merupakan suatu kemustahilan pada Tuhan.
6. Para pemerintah perlu mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang menimbulkan fitnah pada masyarakat dalam masalah nas mutashabihat.
Wallahua'lam bis sawab wa ilaihil marjiu wal maab
--------------
Abu Rushda
عبد الرشيد الماليزي
No comments:
Post a Comment