Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, January 6, 2015

Hukum Kenduri Arwah Haram ?

Hukum Kenduri Arwah Haram ?

Oleh : Ustaz Mohammad Elias b Abdul Jalil. Tenaga pengajar di Pondok Diniah Bakriah Terusan Limbat Pasir Tumbuh Kota Baharu Kelantan
Jawapan dari persoalan yang dibangkitkan.
وعليكم السلام
الحمد لله Masih ada umat islam yang yang mengambil berat apa yang dilakukan orang islam yang lain, semoga kita tidak termasuk dalam sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang perkerjaan orang-orang islam tidaklah dia tergolong daripada mereka (yakni bukanlah dia muslim yang sempurna).
Saudara ku menyangka baik dengan perbuatan yang tidak nyata maksiat yang dilakukan oleh umat islam, itu adalah lebih baik.
Kita tidak mengetahui apa yang di dalam hati umat islam yang mengadakan kenduri arwah, adakah mereka beranggapan perkara itu wajib atau tidak, selagi mereka tidak menyatakan dengan lidah mereka bahawa perkara itu wajib.
Jika ada sebahagian mereka mengatakan wajib jangan kita berangapan semua muslim begitu.
Setahu saya tidak ada fatwa yang menghukumkan wajib kenduri arwah.
Orang islam di Malaysia bersunguh-sunguh melakukan kenduri arwah di sebabkan mereka hendak menolong keluarga yang telah mati dengan bersedekah, bacaan Al-Quran, zikir dan tahlil yang mana pahalanya di hadiakan kepada si mati dan mereka tidak mahu tergolong dalam sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم, “من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم” , kerana lafas المسلمين lafas jamak yang masuk ال membawa makna umum jadi maknanya umum orang islam samaada yang hidup, yang telah mati, kecil, dewasa, lelaki, perempuan dan lainnya.
Mereka yang hendak melakukan kenduri arwah dengan harapan dapat menolong orang yang dikasih tidak berangapan perkara itu membebankan.
Persoalan kenduri arwah yang di buat dengan menentukan masa.
Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa الحاوي للفتاوي
قال الامام أحمد بن حنبل رضى الله عنه فى كتاب الزهد له : . حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس)من كبار التابعين(: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا أي الصحابة يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.
Imam Ahmad Hambal telah meriwayat di dalam kitab Zuhdi daripada Hasyim bin Qasim daripada Ashja’ie daripada Sufian telah berkata, Thawus (Setengah daripada tabien yang besar) telah berkata sesunguh orang yang mati dicuba dan diuji (dengan soal kubur) di dalam kubur mereka selama tujuh hari, adalah sahabat-sahabat Nabiصلى الله عليه وسلم suka bahawa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut.
Imam Rafie (Mujtahid Fatwa Mazhab Syafie) berkata didalam Syarah Musnad tentang hadis Thawus:
مثل هذا اللفظ يراد به أنه كان مشهورا فى ذلك العهد من غير نكير . فقول طاوس ذلك فكانوا يستحبون : ان حمل على الرفع كما هو القول الأول كان ذلك من تتمة الحديث المرسل ويكون الحديث اشتمل على امرين: احدهما أصل اعتقادى وهو فتنة الموتى سبعة ايام. والثانى حكم شرعى فرعى وهو استحباب التصدق والاطعام عنهم تلك الأيام السبعة . كما استحباب سؤال التثبيت بعد الدفن ساعة ويكون مجموع الأمرين مرسل الاسناد لاطلاق التابعى له وعدم تسمية الصحابى الذى بلغه ذلك فيكون مقبولا عند من يقبل المرسل مطلقا . و عند من يقبله يشرط الاعتضاد لمجيئه عن مجاهد, وعن عبيد بن عمير . وحينئذ فلا خلاف بين الأئمة فى الاحتجاج بهذا المرسل.
Perkara yang seumpama lafaz ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahawa perkara ini (beri makan) masyhur berlaku pada demikian masa (yakni masa para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus yang tersebut : “فكانوا يستحبون ertinya maka adalah mereka menyukai”. Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu (hadis yang di angkat kepada Nabi)’ sebagaimana pendapat yang pertama, nescaya adalah yang demikian menyempurnakan hadis mursal (hadis yang gugur sahabat).
Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara:
Pertamanya ; Asal I’tiqad (beriman). Yaitu fitnah kubur bagi mayat-mayat dalam masa 7 hari.
Keduanya; Cabang hukum syara; yaitu sunat bersedekah dan menjamu makanan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayat) selama 7 hari selepas kematian. Himpunan dua sebab tersebut menjadikannya sanad hadis ini mursal, kerana ditujukan kalimat Tabi’en kepada Thawus, dan tidak menyebut nama sahabat yang telah memberitakan kepadanya berita tersebut. Maka jadilah ia boleh diterima disisi mereka yang menerima Hadis Mursal sebagai hujjah secara mutlaq dan boleh terima juga disisi mereka yang mensyaratkan terdapat penguat-penguat (untuk diterima sesuatu hadis mursal) kerana adanya hadis Mujahid dan Ubaid bin Umair yang menguatkan hadis Thawus. Maka ketika itu tiada perselisihan pendapat dikalangan para imam untuk berhujjah dengan Hadis Mursal (Thawus) ini.
وقد تقرر أن الحديث الضعيف والمرسل والمنقطع والمعضل والموقوف يعمل بها فى فضائل الأعمال اجماعا.
Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahawa hadis-hadis Dhaif, Mursal, Munqothi’, Mu’dhal dan Mauwquf diamalkan dengannya pada fadilat amal (berdalilkan) atas dasar ijmak.
Imam Sayuti berkata tentang hadis Thawus ini:
فالحديث مقبول ويحتج به لأن الامر دائر بين أن يكون متصلا وبين أن يكون مرسلا.
Maka hadis Thawus tersebut Maqbul( diterima disisi ulamak hadis ) dan dibuat hujjah dengannya, kerana perkara itu beredar diantara bahawa dihukumkan muttasil (berhubung sanad) dan antara mursal (tidak menyebut sahabat di dalam sanad).
Hadis Thawus ini ada di sebut di dalam kitab الديباج لعبد الرحمن بن ابي بكر أبو الفضل السيوطي dan صفوة الصفوة لعبد الرمن بن علي بن محمد أبو الفرج .
Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa الحاوي للفتاوي ada menyebut riwayat daripada Ibnu Jurair daripada Haris bin Abi Haris daripada Ubaid bin Amir berkata:
“يفتن رجلان مؤمن ومنافق فأما المؤمن فيتن سبعا وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا”
Diuji dua orang lelaki (dengan soal kubur) salah seorang daripadanya mukmin dan seorang lagi munafik. Adapun lelaki yang mukmin itu diuji selama tujuh hari manakala munafik diuji selama empat puluh hari
Tentang hadis Rasulullah menyuruh buat makanan untuk ahli Jafar
اصنعوا لآل جعفر طعاما فقد جاءهم ما يشغلهم
Buatlah makanan untuk keluarga Jafar sesunguhnya mereka didatanggi oleh perkara yang menyibukan (yakni musibah kematian)
Dalam hadis ini tidak ada melarang berbuat makanan dan menjemput orang ramai ke jamuan di rumah keluarga si mati tetapi di dalam sebuah hadis lain ada melarang dari berbuat yang demikian itu iaitu hadis Jarir:
عن جرير رضى الله عنه كنا نعد الإجتماع الى أهل الميت وصنعهم الطعام من النياحة
Diriwayat dari Jabir رضى الله عنه “adalah kami (para sahabat) mengira bahawa berhimpun di rumah si mati dan mereka itu (keluarga si mati ) menyediakan jamuan, termasuk di dalam niyahah (meratap serta menyebut kebaikkan mayat)”.
Ada pula sebuah hadis dimana Rasulullah menerima jemputan keluarga si mati
عن عاصم بن كليب عن رجل من الأصارقال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فى جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصى الحافر يقول أوسع من قبل رجليه اوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعى امرأته فجأ وجىء بالطعام فوضع بين يديه ووضع القوم فأكلوا ورسول الله صلى الله وسلم يلوك لقمة فى…..
Riwayat dari Asim bin Kulib daripada seorang lelaki Ansar (sahabat) dia berkata, “keluar kami serta Rasullah S.A.W pada suatu jenazah, maka melihat aku akan Rasulullah S.A.W di atas kubur sedang berpesan akan yang menggali kubur, perluas olehmu akan pihak kaki, perluas olehmu daripada pihak kepalanya. Maka takala kembali daripada kubur itu, berhadap akan Rasulullah oleh orang yang menjemput daripada pihak perempuan si mati itu, yakni isteri si mati itu. Maka datang Nabi صلى الله عليه وسلم dan didatang dengan makanan, maka dihantar dihadapan Nabi صلى الله عليه وسلم dan menghantar oleh Sahabat maka makan oleh mereka itu. Dan Rasulullah makan akan satu suap”….. (Hadith Sahih Riwayat Abu Daud)
Maka hadis ini, menunjuk ia harus ahli mayat membuat makanan dan seru (panggil) manusia memakannya
Maka zahirnya berlawan antara hadis Ashim dan hadis Jarir ini, maka kaedah (usul fiqah) [ Apabila berlawan dua dalil, wajib dihimpun jika mungkin berhimpun], maka disini boleh dihimpun, maka hadis Ashim itu ditanggungkan atas barang yang dibuat tidak kerana adat. Bahkan dibuat kerana niat hadiah pahalanya kepada si mati. Dan yang ditegah pada hadis Jarir itu, jika buat kerana adat.
Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfah “Bermula wajah dibilangkannya (hadis Jarir) daripada Niyahah itu, barang yang ada padanya, daripada bersangat-sangatan beramat- amati dengan pekerjaan kerunsingan dan dukacita” .
Maka ini illat (sebab) tidak ada pada kebanyakan orang Malaysia, dan apabila tidak ada illat tidak ada hukum. Kerana kata ulamak, الحكم يدور بدور العلة “ Bermula hukum itu berkeliling ia serta illatnya, maka murad dengan hukum disini ialah makruh berhimpun dan buat kenduri di rumah si mati”.
Penutup:
Fatwa Majlis Islam Johor, Fatwa Majlis Islam Berunai, Fatwa Majlis Agama Islam Fathoni menyatakan keharusan melakukan kenduri arwah dirumah si mati.
Ada di antara fatwa menyatakan keharusan membuat jamuan atau kenduri arwah mestilah menuruti syarat-syarat nya. Para Ulamak berdalil hadis Thowus رضى الله عنه seorang pembesar Tabi’en menunjjukan amalan kenduri arwah telah berlaku semenjak zaman Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم lagi.
Selain itu , terdapatnya keharusan mengadakan jamuan di rumah si mayat kerana tetamu yang berkunjung dari jauh.
Jika mengadakan sesuatu jamuan atau kenduri akan menambahkan kesedihan maka makruh mengadakan kenduri atau untuk mengadakan upacara Niayahah ( meratap kematian ) yang diharamkan maka haram majlis jamuan dan kenduri diadakan.
mengadakan kenduri arwah dengan perbelanjaannya dari harta pusaka si mati yang sebahagian dari perwarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka haram. Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain dari pusaka simati misal nya duit gaji anak / waris simati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan harta yang begitu. والله اعلم

No comments: