Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, April 18, 2015

Kelebihan Ilmu dan Ulama

Jom berkongsi hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama'

Rasulullah S.A.W. kepada Ibnu Mas'ud r.a. : "Wahai Ibnu Mas'ud, kamu berada sesaat didalam majlis ilmu, sedangkan kamu tidak menyentuh pena, kamu tidak menulis satu huruf pun, adalah terlebih baik bagi kamu drpd membebaskan seribu orang hamba, dan kamu melihat wajah orang berilmu adalah terlebih baik bagi kamu drpd bersedekah seribu kuda perang pada jalan Allah S.W.T., dan kamu memberi salam kepada orang yg berilmu adalah terlebih baik drpd orang yang beribadat seribu tahun.




Rasulullah S.A.W. : "Seorang yang faqih lagi bersifat wara' adalah lebih ditakuti oleh syaitan drpd seribu orang yg beribadat bersungguh2, tapi jahil dan melakukan perkara2 syubhat."

Rasulullah S A.W. bersabda. : "Kelebihan orang yg berilmu ke atas org yg beribadat seperti kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang2."

Sabda Nabi S.A W. : "Sesiapa yg mengembara kerana utk belajar suatu ilmu akan diampunkan dosa baginya sebelum dia melangkah."



Sabda Nabi S.A.W. : "Hormatilah Ulama', kerana mereka disisi Allah S.W.T. adalah pilihan-pilihan Allah S.W.T. yg diberikan kemuliaan."

Rasulullah S.A.W. bersabda. : "Sesiapa melihat wajah org yg berilmu dgn sekali pandang saja, dia suka dgn pandangan tersebut maka Allah S.W.T. mencipta drpd pandangan tersebut satu Malaikat yg meminta ampun baginya hingga hari Qiamat."



Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa memuliakan org berilmu maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku, sesiapa memuliakan maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T., dan sesiapa memuliakan Allah S.W.T. maka tempatnya adalah di Syurga."

Rasulullah S.A.W. : "Tidur org berilmu lebih baik drpd ibadat org  yg jahil."


Sabda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yg belajar satu bab drpd ilmu dan dia beramal dengannya atau tidak beramal dengannya, adalah lebih baik drpd dia bersembahyang sunat seribu rakaat."

Rasulullah S A.W. : "Sesiapa menziarahi org yg berilmu seolah2 dia menziarahiku, sesiapa berjabat tangan dgn org berilmu seolah2 dia berjabat tangan dgn ku, sesiapa duduk bersama org berilmu seolah2 dia duduk bersamaku semasa di dunia, dan sesiapa yg duduk bersamaku semasa di dunia, aku akan memberi peluang utk duduk bersamaku pd hari Qiamat."



Pengajaran Hadis :

1- Orang berilmu dan org yg jahil amat berbeza dj antara satu sama lain kerana org berilmu mempunyai hubungan yg hampir kpd Allah S.W.T. sedangkan org jahil tidak tahu menghampirkan diri mereka kpd Allah S.W.T.

2- Orang berilmu dihormati kawan dan lawan. Setiap kata2nya menjadi pedoman yg bermakna buat semua org2 jahil.

3- Orang berilmu dapat menerangi kegelapan jahiliah sehingga mampu menggoncang dunia dgn kalimah sucinya.

http://www.alcselayang.com/2013/12/kelebihan-ilmu-dan-ulama.html

No comments: