Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
(Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)
Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:
Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam:
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan
dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah
Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan
oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000
Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-
1)- Kekuatan wali.
Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah:
“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.
Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah:
“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.
Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa
yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun.
Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga
harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah
merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.
Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah.
Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada.
Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk
Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada
masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan
malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu
tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.
Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh.
Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada
melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di
akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.
Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”
2)- Kuasa Mutlak Khalifah
“Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa
yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian
keemasan…Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang
harus menerima apa yang dia telah tentukan…”
Sheikh Muhammad Sheikh Nazim
3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb
Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul
arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala
hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum
Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa yang ta’at
kepada Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap keadaan/saat adalah
keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah sessi yang baru. Keadaan/saat
hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi apabila keadaan/saat dikumpul mereka
menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian,
waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas,
waktu sekarang dan waktu yang akan datang.
Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau,
waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi
bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan
bumi sekeliling matahari. Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka
terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu,
yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.
Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau
waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan
kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan
tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki
suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah
berkerja keras.
Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang
dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila
mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita
manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia
waktu bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu
sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan
pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.
Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian
yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah”
kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat
tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.
Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), kesemuanya ini
terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka
yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di nodai oleh perasaan bongkak,
megah dan sebaigainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan
sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.
Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang yang
sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.
Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu
daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar
dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak
ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau gauman
harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan
Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim
(qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs),
tetapi mereka telah mengubah cadangan saya.
Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh
yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan
kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih.
Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada
malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan
rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau
berada sekarang.
Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini.
Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah
panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib
bihurmati surah fatihah
4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur).
Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. Dari kiri
maqam Sheikh Muhammad Baha’uddin Shah Naqshband, Sheikh Muhammad Baba as-Samasi,
Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.
5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’
Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di bulan-bulan
lain) . Di sini nabi s.a.w., malaikat Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina,
perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang
sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)
“ Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang
terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa
sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan
membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah.
Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan
kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki
tersebut: “orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan
dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.
Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang
anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang
boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah
mencela perbuatan ayahnya- tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di
tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut
melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering.
Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad
S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini
seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan
memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya.”
Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut.
Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda
bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi
wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan
pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W. Jika Allah mahu menjadi seorang perompak
sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti
menerimanya. Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat
Naqshbandi, kita mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik
daripada kita. Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada
makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang
pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-Nya.
Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik
daripada mereka. Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah
adalah wali ataupun tidak. Siapa yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu
memandang tinggi kepada orang lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan
diri sendiri. Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan
bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar
as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’
tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak
akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan
seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah
memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia
boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan
mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut
dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan
sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya,
mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki
tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari
masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi
S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang
pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan
apabila melihat cara rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri
baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan
menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah
perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat).
Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau
berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali
daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua
kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan
memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku.
Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan
sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang
terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri
baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak
sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah.
Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan
tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.”
Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu,
dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang telah
berlaku”
Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang
sebenarnya berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau
bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan
kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan
Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang
telah dilakukannya semasa hayatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan
sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri
meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai
Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah
dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku
bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai
Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu.
Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia
melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam
kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini
adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab
adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadan adalah bulan
umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “aku tidak kisah dengan bulan Nabi
S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan
duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia
telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang
berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan
seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga
pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang
tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di
dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun,
apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan
membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk
makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan
berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan
kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.
Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat
penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab.
Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih
seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi.
Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa
tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya
pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini
datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah.
Bergantung kepada niat masing-masing.
Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu
telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga.
Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun
untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada
ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai
banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah
jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.*** tapi jangan kerana satu yg sesat ni, kita nak bantai semua tariqat itu sesat pula ..... kena ukur dan nilai lah .... nilai dengan ilmu tauhid
sebab ilmu tauhid saja yg boleh ukur sesat ke tidak.
ngaji bagi khatam kitab tuhfatu rraghibeen (kitab kecik jawi ).. insyaAllah ... dlm tu semua ada dan cukuplah dengan kitab tu menjadi panduan kepada kita firqah yg mana sesat atau tidak....***
No comments:
Post a Comment