Umpama org yang banyak beristighfar (bertaubat dari dosa dosa ) ialah seperti orang yang sentiasa membersihkan cermin tingkap di rumahnya. Segala Cahaya dan dari luar dapat memasuki rumah tanpa halangan.
Penghuni rumah ( Hati dan aqal ) dapat memandang keluar tanpa halangan . Ia dapat melihat segala keindahan Alam yang Allah jadikan. Dari situlah Ia dapat mengenal Allah hasil dari cahaya ( Nuur ) yg dipancarkan dari luar sana.
Banyak bertaubat juga umpama orang yang punyai stimulus penyerap Vitamin yang berfungsi menyerap segala zat makanan dengan mudah.
- Segala ajaran agama, nasihat dan tazkirah akan mudah diterima oleh hati dan aqal bagi mereka yang bertaubat.
Berbanding mereka yang tidak dan kurang bertaubat, segala ajaran dan nasihat TIDAK DAPAT MASUK KE DALAM HATI DAN AQAL !
TAUBAT - ITULAH PUNCA SEGALA !
No comments:
Post a Comment