Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, May 1, 2015

Ada segelintir yang bertaraf PHD menghina kitab karangan ulama kita

- Syeikh Daud Al-Fathoni menguasai - 46 jenis Ilmu
- Syeikh Arsyad Al-Banjari menguasai - 36 jenis Ilmu
- Syeikh Ahmad Al-Fathoni menguasai - 43 jenis Ilmu
Mereka mengarang ratusan kitab jawi, dengan rujukan kitab arab muktabar. Seperti dlm kitab Bughayatul Tullab karangan Syeikh Daud Al-Fathoni, Beliau banyak merujukkan dalam kitab Tuhfah.
Dlm kitab Sairus Salikin kitab karangan Syeikh Abdul Somad Al-Pelembangi, Beliau merujuk pada Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Hujjatul Islam Imam Al- Ghazali.
Namun yang amat menyedihkan bagi kita, Ada segelintir yang bertaraf PHD menghina kitab karangan ulama kita. Mengatakan kitab jawi ini tidak lengkap. Tiada di datangkan hadith dan sebagainya.
Perlu kita faham, dalam membicarakan Ilmu Fiqih, ulama memudahkan kita untuk memahami isi kitab, bahkan kalau kita tilik sebahagian besar kitab arab sekalipun, musonnif tidak mendatang hadith. Namun begitu rujuknya ulama adalah berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias juga.
Bersalahan dalam Ilmu usuluddin/ tauhid, Maka dalam membicarakan ilmu itu berhajat kepada Nas-Nas, yakni dalil Naqli' dan Aqli'. Sebab itu perlu mengerti dalam membicara sesuatu Ilmu.
Berbeza pendapat dan pandangan itu biasa, Namun raikan lah perbezaan itu dengan beradab dan berakhlak. jangan menghina mahupun mencerca ulama yang Amilin. Kerana debu di kakinya belum tentu dapat kita tandingi.
jika zaman ini, tilik kepada tiga orang tokoh ulama nusantara,
Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni
Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Sik, Kedah
Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari
Semoga kita lebih beradap dengan Ulama', Ilmunya menerang Ummah.

No comments: