Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, November 13, 2016

BENARKAH MAZHAB SYAFEI BYK BERSANDARKAN HADIS DHAIF??


BENARKAH MAZHAB SYAFEI BYK BERSANDARKAN HADIS DHAIF??
1. Asas dlm mazhab syafei ialah tidak menjadikan hadis dhaif sebagai hujah dlm hukum hakam.
2. Kadang2 satu2 hadis berbeza penilaiannya menurut ahli2 hadis. Bahkan saya pernah menjumpai beberapa hadis yg ulama hadis berbeza sehingga 4 pandangan (sahih, hasan, dhaif dan palsu).
3. Apabila kita menjumpai seseorg tokoh menghukum dhaif sesuatu hadis, sdgkan ia diamalkan oleh mana2 mazhab, janganlah terlalu cepat menghukum mazhab sebagai salah. Ini kerana setiap mazhab muktabar ada ribuan MUHADDITH.
4. Kemungkinan mmg hadis tersebut dhaif, tetapi ia hya sebagai penyokong (isti'nas) kpd hujah2 yg lain spt qias dsb.
5. Kemungkinan juga jalur riwayat yg kita jumpai tersebut sememangnya dhaif tetapi di sana ada lagi riwayat2 yg lain yg menyokongnya atau melalui jalur periwayatan yg sahih.
6. Saya mencadangkan kpd sesiapa yg ingin melihat hujah2 mazhab syafei, sekurg2nya hendaklah merujuk kitab ASSUNAN ALKUBRA IMAM ALBAIHAQI. Di sana byk hujah2 dan dalil2 mazhab syafei. Sbgai contoh: Imam baihaqi menukilkan 22 hadis ttg bacaan bismillah secara jahr. Adanya hadis sahih dan dhaif dlm bab tersebut.
7. Khilaf mazhab adalah disudut TARJIH iaitu penilaian hujah yg mana lebih kuat, bukannya TASWIB iaitu penilaian yg mana betul.
Alfaqir ila Allah
Khairul azmi ismail
13.12.16

No comments: