Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, November 11, 2016

Pengikut wahabi tiruan tafseer al quran

Sejujurnya saya lihat, bila saya terbaca komen-komen pengikut Dr Rozaimi di page beliau. Saya takut dan berdebar hati untuk membacanya. Kerana komen-komen yang agak melampau dan keterlaluan.Saya tak mampu menghabiskan bacaan komen tersebut. Perasaan saya sangat sedih.
Print screen di bawah antara contoh komen yang bagi saya agak melampau. Ini komen yang di ambil daripada page Dr Rozaimi mengenai hurai beliau terhadap "baca bismillah secara jahar (kuat)"
Komen yang di bawah ini kata, "Jika Imam Syafie masih hidup, Pasti dia akan delete kata-kata dia yang suruh baca bismillah tu"..Allahu..
Komen yang di bawah ini juga kata, "Imam Syafie tak tahu kot Hadith tu dhoif", Allahu.. Seriau saya baca. Berdiri bulu roma..
Sedangkan baca bismillah secara jahar di dalam solat itu adalah khilaf Ulama' Muktabar. Dalam Mazhab Syafie wajib baca Bismillah kerana ia termasuk dlm surah Al-Fatihah di sisi pandangan Mazhab Syafie. Jadi benda khilaf tak perlu untuk kita merendahkan pandangan mana-mana Mazhab.
Boleh dia kata Imam Syafie tak tahu Hadith. Sedangkan Imam Syafie itu Imam Mujtahid. Bukan Imam kampung. Inilah suatu kebiadapan kepada Ulama, bagi saya orang ini adalah orang yang sangat jahil dan jahat adab dengan Ulama.
Kebiadapan ini lahir daripada guru yang mereka ikuti. Kerana guru mereka itu juga sering kali merendah-rendahkan Ulama2. Tuan-Puan boleh nilai sendiri akhlak orang yang kononnya mengaku ikut Sunnah.


No comments: