Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, July 11, 2017

Hukum Doa Secara Berjemaah

Hukum Doa Secara Berjemaah

Selalu diamalkan olih umat Islam di negara kita apabila selesai dari satu majlis atau pertemuan samada di masjid, surau, pejabat atau dimana sahaja seorang akan membaca doa dan yang lainnya akan mengaminkan doa tersebut. Adakah amalan ini sunnah yang dianjurkan atau pun bidaah yang dilarang?
Berikut adalah antara hadith yang berkaitan..

1. Hadith Nafi’ r.a.

عَنْ نَافِعٍ قَالَ كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا جَلَسَ مَجْلِسًا لَمْ يَقُمْ حَتَّى يَدْعُوَ لِجُلَسَائِهِ بِهَذِهِ الْكَلِمَاتِ وَقَالَ : قَلَّمَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُومُ مِنْ مَجْلِسٍ حَتَّى يَدْعُوَ بِِهَؤُلاَءِ الدَّعَواتِ : اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُولُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا ، اللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بأسْمَاعِنا ، وَأَبْصَارِنَا ، وقُوَّتِنَا مَا أحْيَيْتَنَا ، وَاجْعَلْهُ الوارثَ مِنَّا ، وَاجْعَلْ ثَأرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا ، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا ، وَلاَ تَجْعَلْ مُصيبَتَنَا فِي دِينِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا. رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حديث حسن.

Artinya : “Daripada Nafi’ ra beliau berkata: “Adalah Ibnu Umar ra apabila hadir dalam satu majlis, maka beliau tidak meninggalkan majlis sebelum berdoa bagi mereka yang duduk bersama dengan doa berikut ini, dan beliau berkata: “Jarang sekali Rasulullah saw meninggalkan majlis yang dihadiri olih baginda sebelum berdoa dengan doa berikut : “Ya Allah, berikanlah kami bahagian dari sifat takut kepada Mu yang dapat menghalangi kami dari perbuatan dosa kepada Mu, dari ketaatan kepada Mu yang akan menyampaikan kami kepada syurga Mu, dari keyakinan yang akan meringankan musibah duniawi kepada kami. Bantulah kami menghadapi mereka yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan musibah kami berkenaan dengan agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita2 terbesar kami, dan puncak pengetahuan kami. Dan janganlah Engkau jadikan pemimpin kami orang yang tidak mengasihi kami.” (Hadith Tirmidzi dan Nasaa’i ).

2) Hadith Zaid bin Tsabit r.a.

عَنْ قَيْسٍ الْمَدَنِيِّ أَنَّ رَجُلاً جَاءَ زَيْدَ بْنِ ثَابِتٍ فَسَأَلَ عَنْ شَيْءٍ فَقَالَ لَهُ زَيْدٌ : عَلَيْكَ بِأَبِيْ هُرَيْرَةَ فَبَيْنَا أَناَ وَأَبُوْ هُرَيْرَةَ وَفُلاَنٌ فِي الْمَسْجِدِ نَدْعُوْ وَنَذْكُرُ رَبَّنَا عَزَّ وَجَلَّ إِذْ خَرَجَ إِلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى جَلَسَ إِلَيْنَا فَسَكَتْنَا فَقَالَ : عُوْدُوْا لِلَّذِيْ كُنْتُمْ فِيْهِ. فَقَالَ زَيْدٌ : فَدَعَوْتُ أَنَا وَصَاحِبِيْ قَبْلَ أَبِيْ هُرَيْرَةَ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُؤَمِّنُ عَلىَ دُعَائِنَا ثُمَّ دَعَا أَبُوْ هُرَيْرَةَ فَقَالَ: اَللّهُمَّ إِنِّيْ سَائِلُكَ بِمِثْلِ مَا سَأَلَكَ صَاحِبَايَ وَأَسْأَلُكَ عِلْمًا لاَ يُنْسَى. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آَمِيْن فَقُلْنَا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَنَحْنُ نَسْأَلُ اللهَ عِلْمًا لاَ يُنْسَى فَقَالَ سَبَقَكُمَا بِهَا الْغُلاَمُ الدَّوْسِيُّ رواه والنسائي في الكبرى والطبراني في الأوسط وصححه الحاكم

artinya : Dari Qais Al-Madani, bahwasanya seorang laki-laki telah datang kepada Zaid bin Tsabit r.a. lalu menanyakan tentang sesuatu. Maka Zaid r.a. berkata kepadanya : “Kamu bolih tanyakan kepada Abu Hurairah saja. Karena ketika aku, Abu Hurairah dan si fulan berada di Masjid, kami berdoa dan berzikir kepada Allah ‘azza wajalla, tiba-tiba keluar Rasulullah saw kepada kami sampai duduk bersama kami, lalu kami pun diam. Maka baginda bersabda : “Kembalilah pada apa yang kamu lakukan.” Zaid r.a. berkata: “Lalu aku dan temanku berdoa sebelum Abu Hurairah, dan Nabi saw membaca amin atas doa kami itu. Kemudian Abu Hurairah berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu seperti yang dimohonkan oleh kedua temanku. Dan aku memohon kepada Mu ilmu pengetahuan yang tidak akan dilupakan.” Lalu Rasulullah saw berkata : “Amin.” Lalu kami berkata: “Wahai Rasulallah, kami juga memohon ilmu pengetahuan yang tidak akan dilupakan.” Lalu baginda berkata: “Kalian telah didahului oleh laki-laki suku Daus (yakni Abu Hurairah) itu”. (Hadith Nasaa’i dan Thabarani ).

3) Hadith Habib bin Maslamah r.a.

عَنْ حَبِيْبِ بْنِ مَسْلَمَةَ الْفِهْرِيِّ وَكَانَ مُجَابَ الدَّعْوَةِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: لاَ يَجْتَمِعُ قَوْمٌ مُسْلِمُوْنَ يَدْعُوْ بَعْضُهُمْ وَيُؤَمِّنُ بَعْضُهُمْ إِلاَّ اسْتَجَابَ اللهُ دُعَاءَهُمْ. رواه الطبراني في الكبير وصخخه الحاكم

Artinya : “Dari Habib bin Maslamah Al-Fihri r.a. beliau salah seorang yang dikabulkan doanya, berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah berkumpul suatu kaum Muslimin, lalu sebahagian mereka berdoa, dan sebahagian yang lainnya mengucapkan amin, kecuali Allah pasti mengabulkan doa mereka.” (Hadith Thabarani )

4) Hadith Ibnu ‘Abbas r.a.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: اَلدَّاعِيْ وَالْمُؤَمِّنُ فِي اْلأَجْرِ شَرِيْكَانِ. رواه الديلمي في مسند الفردوس بسند ضعيف.

Artinya :“Dari Ibn Abbas r.a, berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Orang yang berdoa dan orang yang membaca amin sama-sama mendapat pahala.” (Hadith Ad-Dailami )

5) Hadith Aisyah r.a.

عَنْ عَائِشَة َ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا حَسَدَتْكُمُ الْيَهُوْدُ عَلىَ شَيْءٍ مَا حَسَدُوْكُمْ عَلىَ السَّلاَمِ وَالتَّأْمِيْنِ أخرجه البخاري في الأدب المفرد وأحمد وابن ماجة وإسحاق بن راهوية
Artinya : “Dari ‘Aisyah r.a., dari Nabi saw bersabda: “Orang-orang Yahudi tidak dengki kepada kamu semua melebihi dengki mereka pada ucapan salam dan amin.” (Hadith Bukhari Ahmad , Ibnu Majah dan Ibnu Rahawaih)

Kesimpulan

- Berdoa adalah sunnah yang sangat digalakkan.

- Berdoa selepas selesai majlis atau pertemuan samada pertemuan dimasjid atau surau atau pejabat atau pasar atau dimana sahaja disuruh syarak dan ia juga adalah sunnah Nabi saw dan amalan para sahabat r.a.

- Doa secara berejamaah yaitu seorang berdoa manakala yang lainnya mengaminkan doa tersebut juga adalah sunnah dan berpahala dan disuruh syarak.

- Dibolihkan berdoa apa sahaja yang baik samada dunia atau akhirat.

- Semua doa yang baik bolih dibaca samada ia adalah doa daripada Nabi atau doa sahabat2 atau doa salafussolih atau doa para ulama atau doa yang kita karang sendiri. Doa yang paling afdhal ialah doa Rasulullah saw.

Wallahua’lam

No comments: