Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, July 13, 2017

Pelihara anjing - dr. Zakir Naik

Terdapat Khilaf didalam permasaalahan anjing ini KERANA pengharaman secara MUTLAK keatas haiwan itu TIDAK dinyatakan dengan Jelas sama ada didalam Al-Quran mahupun Hadis. MALAH didalam Hadis sememangnya Anjing adalah Haiwan peneman buruan umat manusia dahulu.. Termasuk Rasullullah shallallahualaihiwasallam juga. (Rujuk Hadis Bulughul Maram perihal berburu,hadis no 1342) * dibawah)

Para ulama sepakat bahawa tidak boleh memanfaatkan anjing kecuali untuk maksud tertentu seperti sebagai anjing buruan dan anjing penjaga dan selain dari itu yang sama maksudnya adalah tidak dilarang oleh Islam.
Ulama Malikiyah berpendapat bahawa terlarang (makruh) memanfaatkan anjing selain untuk menjaga tanaman, haiwan ternak atau sebagai anjing buruan. Sebagian ulama Malikiyah ada yang menilai bolehnya memelihara anjing untuk selain maksud tadi. (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyyah, 25/124)
Mengenai larangan memelihara anjing terdapat dalam hadis dari Abu Hurairah, dari Nabi shallallahualaihiwasalam, Nabi s.a.w bersabda:

مَنِ اتَّخَذَ كَلْبًا إِلاَّ كَلْبَ مَاشِيَةٍ أَوْ صَيْدٍ أَوْ زَرْعٍ انْتَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ
“Barang siapa memanfaatkan anjing selain anjing untuk menjaga haiwan ternak, anjing (pintar) untuk berburu, atau anjing yang disuruh menjaga tanaman, maka setiap hari pahalanya akan berkurang sebesar satu qiroth”
-HR Muslim no 1575 (Menurut Ath Thibiy, satu qiroth adalah semisal dengan gunung Uhud (Fathul Bari, 3/149).
Dari Ibnu ‘Umar, Rasullullah s.a.w juga bersabda:

مَنِ اقْتَنَى كَلْبًا لَيْسَ بِكَلْبِ مَاشِيَةٍ أَوْ ضَارِيَةٍ ، نَقَصَ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطَانِ
“Barang siapa memanfaatkan anjing, bukan untuk maksud menjaga haiwan ternak atau bukan maksud dilatih sebagai anjing untuk berburu, maka setiap hari pahala amalannya berkurang sebesar dua qiroth.”
-HR Bukhari no 5480 dan Muslim no 1574

Dalam Bulughul Marom disebutkan hadits no 1341 sebagai berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – “مَنِ اتَّخَذَ كَلْباً, إِلَّا كَلْبَ مَاشِيَةٍ, أَوْ صَيْدٍ, أَوْ زَرْعٍ, اِنْتَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ” – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah radhiyallahuanhu, ia berkata, Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda, “Barang siapa memanfaatkan anjing SELAIN sebagai haiwan untuk menjaga haiwan ternak, untuk berburu, maka pahalanya berkurang setiap harinya satu qiroth.”
-HR Bukhari 2322 dan Muslim no 58, 1575 (Muttafaqun ‘alaih)

Secara ringkasnya berdasarkan hadis2 diatas maka boleh difahami bahawa anjing boleh dimanfaatkan dengan perkara2 tertentu seperti menjadi kan anjing tersebut sebagai haiwan berburu, ternakan, ladang dan perkara2 yang bermanfaat lain2nya dengan memberikan anjing itu latihan dan mengajarkannya.Dan ini bertepatan untuk menjelaskan ayat Al-Quran dimana ALLAH azzawajalla berfirman:

أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ
“Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu.”
-Surah Al Maidah Ayat 4
 
Adapun maksud memanfaatkan anjing untuk menjaga umah ianya boleh diambil pendapat yang telah dijelaskan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah, Beliau pernah berkata:

وَإِنْ اقْتَنَاهُ لِحِفْظِ الْبُيُوتِ ، لَمْ يَجُزْ ؛ لِلْخَبَرِ .وَيَحْتَمِلُ الْإِبَاحَةَ .وَهُوَ قَوْلُ أَصْحَابِ الشَّافِعِيِّ ؛ لِأَنَّهُ فِي مَعْنَى الثَّلَاثَةِ ، فَيُقَاسُ عَلَيْهَا .وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ ؛ لِأَنَّ قِيَاسَ غَيْرِ الثَّلَاثَةِ عَلَيْهَا ، يُبِيحُ مَا يَتَنَاوَلُ الْخَبَرُ تَحْرِيمَهُ . قَالَ الْقَاضِي : وَلَيْسَ هُوَ فِي مَعْنَاهَا ، فَقَدْ يَحْتَالُ اللِّصُّ لِإِخْرَاجِهِ بِشَيْءِ يُطْعِمُهُ إيَّاهُ ، ثُمَّ يَسْرِقُ الْمَتَاعَ .
“Maksud tidak boleh itu (anjing digunakan untuk menjaga rumah dari pencurian) adalah menurut pendapat yang kuat berdasarkan maksud hadis (tentang larangan memelihara anjing). Dan memang ada pula ulama yang memahami ianya dibolehkan, Iaitu pendapat ulama Syafi’iyah (Pendapat ulama2 didalam mazhab Syafi'i). Kerana ulama Syafi’iyah menyatakan anjing dengan maksud menjaga rumah termasuk dalam tiga maksud yang dibolehkan, mereka simpulkan dengan cara qiyas (mengaitkan). Namun pendapat pertama yang mengatakan tidak boleh, itu yang lebih tepat. Kerana selain tiga tujuan tadi, tetap dilarang. Al Qodhi mengatakan, “Hadis tersebut tidak mengandung makna bolehnya memelihara anjing untuk tujuan menjaga rumah. Kerana berkemungkinan si pencuri akan melakukan apa sahaja untuk melakukan aktivitinya dengan pelbagai cara untuk mengabui anjing atau mengumpan nya dengan makanan pada anjing tersebut, lalu setelah itu pencuri tadi mengambil barang-barang yang ada di dalam rumah”. (Al Mughni, 4/324)

Walaupun sebagian ulama membolehkan agar anjing boleh dimanfaatkan untuk menjaga rumah,namun itu adalah pendapat yang lemah yang menyelisihi hadis yang telah dikemukakan di atas.

Adapun didalam soal anjing penjaga rumah ini jelas terdapat khilaf dari para ulama dimana berdasarkan hadis2 yang banyak ianya jelas anjing hanya menjadi 'rakan' untuk berburu. DAN pendapat ini menjadi hujah akan lemahnya pendapat agar anjing dibolehkan menjaga rumah. Dan anjing2 yang dijadikan haiwan pembantu buruan juga dijelaskan oleh Rasullullah shallallahualaihiwasallam secara detail akan tatacara nya.Dari ‘Adi bin Hatim radhiyallahuanhu, ia berkata, Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda:

“إِذَا أَرْسَلَتَ كَلْبَكَ فَاذْكُرِ اسْمَ اَللَّهِ, فَإِنْ أَمْسَكَ عَلَيْكَ فَأَدْرَكْتَهُ حَيًّا فَاذْبَحْهُ, وَإِنْ أَدْرَكْتَهُ قَدْ قُتِلَ وَلَمْ يُؤْكَلْ مِنْهُ فَكُلْهُ, وَإِنْ وَجَدْتَ مَعَ كَلْبِكَ كَلْبًا غَيْرَهُ وَقَدْ قُتِلَ فَلَا تَأْكُلْ: فَإِنَّكَ لَا تَدْرِي أَيَّهُمَا قَتَلَهُ, وَإِنْ رَمَيْتَ سَهْمَكَ فَاذْكُرِ اسْمَ اَللَّهِ, فَإِنْ غَابَ عَنْكَ يَوْماً, فَلَمْ تَجِدْ فِيهِ إِلَّا أَثَرَ سَهْمِكَ, فَكُلْ إِنْ شِئْتَ, وَإِنْ وَجَدْتَهُ غَرِيقاً فِي اَلْمَاءِ, فَلَا تَأْكُلْ” – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَهَذَا لَفْظُ مُسْلِمٍ
“Jika engkau ingin melepas anjing (pemburu yang telah dilatih), maka ucapkanlah ‘bismillah’. Jika ia menangkap sesuatu untukmu, lalu engkau mendapati hasil buruan tersebut dalam keadaan hidup, maka sembelihlah. Jika engkau mendapati hasil buruan tersebut dibunuh oleh anjing buruan itu dan ia tidak memakannya, maka makanlah hasil buruan tersebut. Jika engkau mendapati anjingmu bersama anjing lain dan haiwan buruan tersebut sudah ia bunuh, maka janganlah memakannya kerana engkau tidaklah tahu siapa yang membunuh haiwan buruan tersebt.
*(Bulughul Marom perihal berburu,hadis no 1342)

*(Lafaz disahih Muslim/Bukhari)Jika engkau melepas panahmu, maka sebutlah bismillah. Jika ia hilang darimu sehari, lalu engkau tidak dapati padanya kecuali panahmu saja, maka makanlah haiwan buruan tersebut jika engkau mahu. Jika engkau mendapatinya mati tenggelam di air, maka janganlah memakannya.” Muttafaqun ‘alaih, lafazh ini adalah lafazh Muslim. (HR Bukhari no 5484 dan Muslim no 1929).

Adapun adalah satu perkara yang jelas TIDAK dibenarkan anjing memasuki rumah atas keharamannya diambil kira dari perihal batalnya solat sekiranya anjing(hitam) melintasi dihadapan orang yang solat (Rujuk hadis Ahmad dan An Nasa’i) maka dengan larangan agar JANGAN dilintasi oleh Anjing dihadapan ketika sedang solat menunjukkan jawapan bagi haramnya meletakkan anjing dirumah apalagi membelanya sebagai haiwan peliharaan.Hal ini juga terdapat dialam beberapa hadis diantaranya:

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Ibnu Abbas berkata, Aku mendengar (Abu Thalhah) berkata katanya, Aku mendengar Rasulullah shallallahualaihiwasallambersabda: "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing dan gambarnya."
-HR Tirmidzi No 2728 (sahih)

Didalam Hadis lain berbunyi:

حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ أَبِي إِسْحَقَ حَدَّثَنَا مُجَاهِدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَانِي جِبْرِيلُ فَقَالَ إِنِّي كُنْتُ أَتَيْتُكَ الْبَارِحَةَ فَلَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَكُونَ دَخَلْتُ عَلَيْكَ الْبَيْتَ الَّذِي كُنْتَ فِيهِ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ فِي بَابِ الْبَيْتِ تِمْثَالُ الرِّجَالِ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ قِرَامُ سِتْرٍ فِيهِ تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ كَلْبٌ فَمُرْ بِرَأْسِ التِّمْثَالِ الَّذِي بِالْبَابِ فَلْيُقْطَعْ فَلْيُصَيَّرْ كَهَيْئَةِ الشَّجَرَةِ وَمُرْ بِالسِّتْرِ فَلْيُقْطَعْ وَيُجْعَلْ مِنْهُ وِسَادَتَيْنِ مُنْتَبَذَتَيْنِ يُوطَآَنِ وَمُرْ بِالْكَلْبِ فَيُخْرَجْ فَفَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ ذَلِكَ الْكَلْبُ جَرْوًا لِلْحَسَنِ أَوْ الْحُسَيْنِ تَحْتَ نَضَدٍ لَهُ فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَفِي الْبَاب عَنْ عَائِشَةَ وَأَبِي طَلْحَةَ
Jibril datang kepadaku(Rasullullah s.a.w), kemudian dia berkata, Sesungguhnya tadi malam aku datang kepadamu dan tak ada yg menghalangiku (dari) masuk menemuimu dalam rumah yg kamu berada, kecuali kerana (adanya) pada pintu rumah gambar seorang lelaki, dan di dalam rumah ada tabir(langsir) tipis yg bergambar dan ada anjingnya, perintahkan(lah) agar kepala gambar-gambar yg ada di pintu itu diptong dan jadikan seperti bentuk pohon, perintahkan agar tabir itu dipotong kemudian dijadikan dua bantal yg di hamparkan dan di jadikan tempat sandaran serta perintahkan agar anjing itu dikeluarkan dari rumah. Lalu Rasulullah s.a.w melakukannya, anjing itu adlah anak anjing yg di jadikan mainan untuk Hasan dan Husain, kemudian Rasulullah memerintahkan supaya anjing tersebut di keluarkan.
-HR. Tirmidzi No 2730
(Abu Isa berkata; Hadis ini hasan sahih dan dalam bab ini, ada juga hadis dari 'Aisyah & Abu Thalhah)

Moga dengan penjelasan dari dalil2 diatas secara ringkasnya ini dapat memberikan serba sedikit gambaran perihal hukum hakam memelihara anjing. Adapun perbahasan dan dalil2nya amat luas. Disarankan agar pengunjung2 semua boleh merujuk kepada ustaz2 hadis,artikel2 dan tulisan2 selainnya juga.

Wallahuallamm..!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1315718921880512&id=825964334189309

No comments: