Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, February 8, 2018

Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu

"SEORANG ULAMA DARI TANAH BANJAR YANG TERKENAL DENGAN KETINGGIAN ILMUNYA"
Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib, atau yang lebih dikenal dengan nama Syeikh M.Nuruddin Marbu Al-Banjary merupakan seorang Ulama terkenal yg berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
"Kelahiran & Masa Muda Beliau"
Syeikh M. Nuruddin Marbu Al-Banjary dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960 M.
Beliau anak ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama.
Ibunda Beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri, yg mana Ibunda Beliau ini adalah puteri dari seorang tokoh Ulama besar di Kalimantan Selatan.
"Berhijrah ke Tanah Suci Makkah"
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus.
Kemudian pada tahun 1974 Beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam, belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga Beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah.
Pada tahun itu juga (1974) Beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sampai tahun 1982.
Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidilharam dan juga dirumah para Masyaikh.
Pada tahun 1982 Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan peringkat mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah.
Di samping itu juga Beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.
Beliau merupakan murid kesayangan gurunya As-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani .
Dan guru Beliau inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan Beliau.
Syeikh Ismail Utsman Zain banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk Beliau dan sering mengajak Beliau untuk menemani ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah SAW.
Beliau senantiasa mencurahkan segala usaha dan tenaga kepada para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya.
Beliau juga amat gigih belajar, maka tidak mengherankan kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya.
Sebut sahaja Ulama-Ulama yang ada di Mekah khususnya, pasti Beliau pernah berguru dengan mereka.
Siapa yang tidak mengenali tokoh Ulama-Ulama yang harum nama mereka disebut orang semisal :
- Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama'.
- Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya.
- Syaikh Ismail Usman Zein Al-Yamani yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah (guru Beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin).
- Syaikh Abdul Karim Banjar.
- Syaikh Suhaili al-Anfenani.
- As-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki.
- Syaikh Said al-Bakistani.
Dan masih banyak lagi.
"Melanjutkan Menuntut Ilmu Ke Al-Azhar"
Pada tahun 1983 Beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universitas Al-Azhar Asy-Syarif dalam bidang syariah, hingga mendapat gelar sarjana muda.
Kemudian Beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat Al-Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990.
Antara guru-guru Beliau ketika Beliau belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
- Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath.
- Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani.
- Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki.
- Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji.
- Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos.
- Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani.
Dan lain-lain.
Kitab-kitab yang dipelajari Beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang.
Betapa hebat dan beruntungnya umur Beliau dan segala yang diberikan oleh Allah SWT, tidak salah kalau dikatakan ilmu Beliau lebih tua dari umurnya.
"Menjadi Pengajar Diberbagai Tempat"
Setelah beberapa tahun Beliau mendapat kesempatan mengajar berbagai macam kitab, baik di Mesir yg hingga mendapat gelar Al-Azharus stanii (Al-Azhar yg kedua) & di Malaysia, akhirnya pada tahun 2004 Beliau telah menetap & mendirikan satu pondok pesantren di daerah Ciampea, Bogor, dengan nama Ma'had Az-Zein Al-Makky Al-Aly Littafaqquhi Fiddin Wa Tahfizhil Qur'an & memiliki cabangan diberbagai tempat di Nusantara sampai sekarang.
"Kitab-Kitab Karangan Beliau"
Selain dengan kesibukan Beliau mengajar, Beliau juga senantiasa berkontribusi dalam penulisan kitab.
Kitab-kitab susunan Beliau diantaranya :
° الإحاطة بأهم مسائل الحيض والنفاس والاستحاضة
° تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء والمعراج والرد عليها
° المختار من نوادر العرب وطرائفهم
° آدب المصافحة
° من هو المهدى المنتظر؟
° المجال الإقتصاد في الإسلام
° بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
° سفر المرأة (احكامه و آدابه)
° الدرر البهية في إيضاح القواعد الفقهية
° معلومات تهمك
° أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا الأئمة الشافعية
° أحكام العدة في الإسلام
° آراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء
° أدلة بحريم نقل الأعضاء الآدمية
° الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر في الكتاب والسنة
° العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم
° محمد نور الدين مربو البنجاري المكي والأحاديث المسلسة
° الجوهر الحسن من أحاديث سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
° اسمى المطالب من بعض أحاديث سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه
° مراقي الصعود من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
° إفادة العام والخاص من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
° الكواكب الدري من أحاديث سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
° الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمر رضي الله عنهما
° زاد السلك من أحاديث سيدنا أنس بن مالك رضي الله عنه
° الإقتباس من أحاديث سيدنا عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
° فيض الباري حول بعض أحاديث سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
° الردة أسبابها وأحكامها
° توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح للامام النووي
° مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
& masih banyak lagi kitab-kitab susunan serta tahqiqan Beliau.
Mudah-mudahan Allah SWT senantiasa memelihara serta memanjangkan umur Beliau, & mudah-mudahan juga kita semua mendapat manfaat ilmu dari Beliau.
Amiiin ya Rabbal alamiin.

No comments: