Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, February 2, 2018

Serban itu umpama mahkota bagi orang Arab



Terjemahan Kitab Thurath added 2 new photos.Liked
14 hrs ·


Gambar dibawah sebelah atas, ALMARHUM TG HJ ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN.Guru kepada penterjemah kitab dan ana(admin) disebelah bawah.

CopyPaste dr fb Mohammad Reeza.


Serban sudah diketahui umum bahawa ia merupakan pakaian Arab. Perkataan orang Arab yang mashur ;

" Serban itu umpama mahkota bagi orang Arab"

Bahkan terdapat banyak riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah sendiri memakainya,seperti yang disebut dalam al Shamail al Muhammadiah. Rasulullah telah memakai serban hitam ketika Fath Makkah.

Serban Hijaziah

Serban hijazia mempunyai keunikan tersendiri.Warna nya kuning dan terkadang keemasan. Kebiasaanya pada masa kini dipakai pada hari² kebesaran agama seperti Eid atau majlis² perkahwinan. Adapun dahulu ia merupakan pakaian harian masharakat ketika itu.

#Serban_kuning apakah sandarannya?

Diriwayatkan daripada Imam Abu Abdillah al Hakim dalam Mustadraknya ;

Daripada Abd Allah bin Jaafar daripada bapanya berkata;

'Aku melihat Rasulullah saw memakai dua pakaian yang dicelup dengan zaafaran (menjadikannya bewarna kuning),iaitu ridak baginda dan i'mamahnya(serban kepala)'.-Rujuk juga Mukjam Al Kabir, At Tabarani.

Daripada Hisham bin Urwah daripada Abbad Bin Abd Allah bin Zubair berkata;

'Adalah Zubair bin Al Awwam ketika hari peperangan Badar beliau memakai #serban_kuning , turunnya malaikat juga memakai serban kuning (sepertinya keadaan Zubair bin Al awwam)' - Rujuk juga Musannaf Ibn Abi Syaibah.

No comments: