http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/AJARAN%20AKIDAH%20WAHHABIYYAH.pdf
Dalam nota ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan dengan
ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab khususnya yang menyentuh konsep tauhid dan
syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga
beberapa fakta sejarah. Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut
mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta
yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang primer dan juga teks-teks yang
muktabar. Kemudian implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan berdasarkan
kepada pendekatan itu, contoh-contoh sejarah tentangnya dan kemungkinan-kemungkinan
yang boleh timbul akibat daripada perkembangan pendekatan itu.
Kita boleh bermula dengan menyebut pengasasnya sendiri, iaitu Muhammad bin
Abdul Wahhab. Imam Muhammad Abu Zahrah3 di dalam kitabnya Tarikh al-Madhahib alIslamiyyah
ada mengatakan beberapa perkara utama berkaitan dengannya. Aliran
Wahhabiyyah ini muncul dalam negeri Arab, iaitu di kawasan padang pasir. Aliran ini timbul
akibat daripada keadaan masyarakat pada waktu itu yang terlampau memuliakan peribadiperibadi
dan mengambil berkat daripada mereka (menurut pandangan Wahhabiyy). Mereka
pada waktu itu berdamping dengan Allah dengan cara melawat kubur, banyak melakukan
perkara-perkara bid’ah iaitu yang bukan daripada agama (laisat min al-din). Wahhabiyyah
muncul pada waktu itu bertujuan untuk memerangi perkara-perkara tersebut, lalu dihidupkan
mazhab atau aliran pemikiran yang dicetuskan oleh Ibn Taimiyyah.
AJARAN AKIDAH WAHHABIYYAH.pdf
https://drive.google.com/file/d/1sTY21xjazSsMCt8qW3BgOxIVVghs53oz/view?usp=sharing_eil&ts=5b52c467
No comments:
Post a Comment