ORANG MUNAFIK GAGAL SUJUD DIAKHIRAT
Orang-orang mukmin akan merasa nikmat yang paling agung apabila mereka dapat melihat wajah Allah SWT di Akhirat kelak.
Bagi orang-orang kafir, mereka diarahkan oleh Allah SWT supaya mengikut sembahan mereka di dunia dahulu. Apabila kesemua yang disembah menjadi bahan bakar api nereka, orang-orang kafir itu aka bersama dengan sembahan mereka terjun ke dalam nereka.
Orang-orang munafik pula, walaupun pada hakikatnyamereka adalah kafir, tetapi oleh sebabmereka bergaul bersama orang-orang Mukmin, maka mereka enggan berada dalam kumpulan orang kafir. Di Masyar, orang munafik mendakwa bahawa orang Mukmin dan orang soleh adalah sahabat mereka. Malah mereka mendakwa bahawa mereka juga beramal soleh sebagaimana orang-orang Mukmin beramal serta mengenali Allah SWT, sebagaimana orang Mukmin mengenali Allah SWT. Justeru, mereka ingin bersama-sama dengan orang Mukmin untuk menemui Allah SWR dan melihat Wajah-Nya.
Untuk golongan munafik itu Allah SWT mendatangkan imtihan (ujian) supaya mereka menbuktikan dakwaannya. Dengan ujian itu dapat dibuktikan sama ada mereka beriman dengan Allah SWT atau beriman dengan selain-Nya. Ketika itu, Allah SWT mendatangakn sesuatu menyerupai benda-benda tertentu, kemudian benda itu mendakwa dia adalah Tuhan. Orang-orang Mukmin segera menolak dakwaan itu kerana mereka di dunia dahulu beriman dengan Allah SWT yang Maha Suci daripada sebarang penyerupaan benda.
dgn kata lain bagaimana mereka percaya tentang Tuhan di atas dunia duu, maka begitu juga Allah datangkan "Tuhan" di depan mereka ...!!!!
Ujian kedua kepada golongan munafik ialah ketika orang-orang Mukmin diperintahkan oleh Allah SWT supaya sujud di Masyar, sebagaimana firmn Allah SWT ;
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, - Surah Al Qalam ayat 42.
Orang-orang munafik gagal menghadapi ujian kedua, iaitu tidak berupaya sujud di Akhirat ketika diperintah berbuat demikian bersama-sama orang Mukmin. Dengan kegagalan itu, terbuktilah kedudukan keimanan mereka.
No comments:
Post a Comment