Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Tuesday, October 8, 2019
SANGKAAN TERHADAP REZEKI
SANGKAAN TERHADAP REZEKI...
"Jangan Engkau menyangka bahawa rezeki itu akan datang dengan kekuatan, atau dengan banyaknya sesuatu benda, atau dengan kebijaksanaan dan kepandaian. Namun REZEKI itu adalah mutlak dalam penguasaan Allah, Allah yang mengurniakan rezeki kepada orang yang buta, yang bisu, yang Islam dan yang Kafir"
Maka apakah kau mampu mendatangkan rezeki dengan kekuatan dan kadar diri kau sendiri. Sungguh tidak sama sekali. Berapa banyak pon usaha yang kau lakukan,namun jika sudah ditakdirkan kadar rezeki kau sebanyak itu, maka usaha dan cerdik kau tidak akan mengubah kadar yang akan kau perolehi.
Cuba kita renungkan ayat Al Quran ini:
قال تعالى : (وفي السماء رزقكم وما توعدون)
"Dan di langitlah rezeki kalian dan apa yang telah dijanjikan"
As Syarif As Syeikh Yusuf Al Bakhour Al Hasani Hafizahullahu taala selalu menyebut tentang ayat ini kata beliau:"sedarlah anakku, bahawa usaha yang engkau lakukan di muka bumi,tapi rezeki yang Allah janjikan itu dari alam langit. Kenapa tidak Allah sebutkan rezekimu itu di tempat kamu usahakan dan sebagainya.
Jawapannya "Kerana Allah Pemberi Mutlak Rezeki yang kamu usahakan, maka berserah kepada Allah dan berusahalah."
Dahulukan penyerahan sebelum usaha. Kerana apabila penyerahan sudah sempurna, maka Allah akan gerakkan dirimu sesuai dengan apa yang dikehedakiNYA dan diredhaiNYA.
Wallahua'lam dan semoga bermanfaat utk yg membaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment