Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, April 25, 2020

Aqidah mujassimah

[4/26, 2:30 AM] Paktam: MENYOAL BAGAIMANA TURUNNYA ALLAH KE LANGIT DUNIA

Sebuah prinsip utama dalam memahami sifat Allah telah dinyatakan secara jelas oleh Allah sendiri dalam Al Quran:

"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Asy Syura: 11)

Oleh itu segala sifat-sifat Allah yang Dia nyatakan dan Rasul sampaikan adalah berbeza dari sifat makhluk yang serba kekurangan ini.

Misalnya Allah itu Maha Mendengar namun mendengarnya Allah tidak sama dengan mendengarnya makhluk. Allah itu Maha Melihat namun melihatnya Allah tidaklah serupa dengan melihatnya makhluk. Begitulah seterusnya terhadap sifat-sifat Allah yang lainnya. Malah antara sesama makhluk pun berbeza, lantas masakan kita mahu menganggap sifat Allah itu seperti sifatnya makhluk.

Imam Al Ajurri - seorang ulama besar yang bermazhab Syafi’i (sebahagian ulama mengatakan dia bermazhab Hanbali) - telah memperingatkan kita akan turunnya Allah ke langit dunia serta larangan mempersoalkan bagaimana cara turun tersebut:

"Mengimaninya adalah wajib, tetapi tidak boleh bagi seorang muslim untuk bertanya, "bagaimana cara Allah turun?" Dan tidak ada yang mengingkari hal ini, kecuali golongan Mu'tazilah. Adapun Ahlul Haq, mereka mengatakan: mengimaninya adalah wajib tanpa takyif (mempertanyakan caranya), sebab telah datang hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah saw bahawa Allah swt turun ke langit dunia setiap malam. Orang-orang yang meriwayatkan hadis ini kepada kita, mereka pula yang meriwayatkan hadis-hadis tentang hukum halal haram, solat, zakat, puasa, haji dan jihad. Maka seperti halnya para ulama dalam menerima semua itu, mereka (ahlul haq) juga menerima hadis-hadis ini, bahkan mereka menegaskan, "barang siapa yang menolaknya maka dia sesat dan keji". Mereka (ahlul haq) bersikap waspada darinya (para penolak kebenaran itu) dan memperingatkan umat dari penyimpangannya". (Al Ajurri, Asy Syari'ah & As Sobuni, Aqidatus Salaf Asbul Hadis)

Pegangan Imam Al Ajurri ini sama seperti aqidah para ulama silam yang soleh. Ini dijelaskan oleh seorang tokoh besar mazhab Syafi’i terkemudian sedikit dari Imam Al Ajurri iaitu Syeikul Islam As Sobuni As Syafi’i.

Beliau berkata dalam sebuah buku yang memuatkan aqidah para ulama Salaf dan Ahli Hadis:

"Para ulama ahli hadis menetapkan turunnya Rabb 'Azza wa Jalla ke langit terendah pada setiap malam tanpa menyerupakan turun-Nya Allah itu dengan turunnya makhluk (tasybih), tanpa memisalkan (tamtsil) dan tanpa menanyakan bagaimana sifat turun-Nya (takyif). Tetapi menetapkannya sesuai dengan apa yang ditetapkan oleh Rasulullah saw dengan mengakhiri perkataan padanya (tanpa memberi komentar lagi), memperlakukan kabar sahih yang memuat hal itu sesuai dengan zahirnya, serta menyerahkan ilmunya kepada Allah" (Aqidatus Salaf Asbul Hadis)

Sesungguhnya kita tidak pernah berjumpa dengan Allah dan tidak pula mendapat wahyu atau kita tidak disinggung langsung dalam Al Quran seperti para sahabat serta tidak pernah melihat Jibril - dalam wujud manusia.

Makanya cukuplah dengan apa yang telah diyakini Rasulullah saw dan para sahabat. Andai kita menetapkan sifat yang tidak benar kepada Allah kan sangat berbahaya.

Pendek kata kita hanya berkata tentang Allah dengan apa yang dikhabarkan dalam Al Quran dan Hadis. Itulah jalan yang paling selamat dan itulah jalan yang telah ditempuh oleh para pendahulu kita - Salaf As Soleh. Tugas kita hanya menuruti, meniti jejak mereka.

Sungguh sifat-sifat Allah itu di luar nalar manusia.
[4/26, 2:30 AM] Paktam: Puak mujassimah juga menetapkan bahawa Allah punyai tangan.... !

Ini adalah aqidah yg bidaah dholaalah !

Walaupun mereka berkata tangan Allah tak sama dgn tangan manusia (atau makhluq lain) TETAPI SEBENARNYA MEREKA SUDAH MENSABITKAN/ menetapkan YG ALLAH ITU BERTANGAN.!

Monyet juga punyai tangan... walaupun tangannya tak sama dgn tangan manusia ... hakikatnya mujassimah telah mensabitkan Allah itu bertangan !

Itu salah sama sekali !

Kalau Allah bertangan sudah tentu Dia menggunakan Tangannya utk berbuat sesuatu ... !

Allah tidak perlukan tangan utk  berbuat sesuatu ... Allah tidak perlukan apa pun untuk berbuat sesuatu... Dia (Allah) cuma menitahkan "kun ... fayakuun !" Dia cuma berkata jadilah ... maka terjadilah apa yg dia kehendak !

Dia (الله) x perlukan madah, perantara, bahan mentah dsbnya  utj berbuat sesuatu

Itu makna tauhid sebenar !
[4/26, 2:33 AM] Paktam: Tuan tuan kena elakkan diri dr perpegang pegangan sesat sebegini !
Bagi anak cucu semua ... terangankan kpd mereka perbezaan anatara aqidah mujassimah dan pegangan Ahlussunah waljamaah
[4/26, 2:37 AM] Paktam: Ahlussunnah waljamaah mentakwil dgn Turunnya Rahmat .. bukan turunnya  Allah !

No comments: