Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, April 29, 2020

SOAL KUBUR BAGI YANG TIADA KUBUR

SOAL KUBUR BAGI YANG TIADA KUBUR

SOALAN :

Saya ingin menanya satu soalan berkenaan alam kubur .
Orang yang ditanam dikubur akan ditanya oleh malaikat munkar nakir soalan saya bagaimana dengan orang yang mati tapi tidak ada kubur seperti mayatnya tidak dijumpai atau mayatnya dimakan harimau?

JAWAPAN :

Alam barzakh adalah berbeza dengan alam dunia. Kalau di alam dunia mayat seseorang itu tidak ditemui maka yang pasti dia akan melalui alam barzakh kerana kubur yang kita lihat dengan mata kepala itu bukannya alam barzakh. Itu hanyalah alam dunia.

Alam barzakh tidak dapat kita capai dengan panca indera. Setiap yang mati di dalam dunia ini pasti akan berpindah ke alam barzakh dan dia akan menjalani kehidupan baru di alam barzakh.

Maka samada mempunyai kubur atau tidak ada kubur seorang itu akan berada di alam barzakh sampailah tibanya hari kiamat.
Maka semestinya dia akan disoal oleh malaikat samada mempunyai kubur atau tiada.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

وسؤال الملكين يعم كل ميت ولو جنيناً وغير مقبور كحريق وغريق وأكيل سبع كما جزم به جماعة من الأئمة

Artinya : “Dan soal dua malaikat itu mencakupi bagi sekelian mayat sekalipun janin dan juga yang tidak dikuburkan seperti mayat yang mati hangus dan mayat yang mati lemas dan mayat yang dimakan oleh haiwan buas sebagaimana memutuskannya oleh satu Jemaah daripada imam-imam.” (Kitab Fatawa Hadisiyah)

Dan berkata Syeikh Al-Bajuri :

فالسؤال عام لكل أحد، وإن لم يقبر كالغريق والحريق، وإن سحق وذرّي في الهواء أو أكلته السباع فالتقييد بالقبر جرى على على الغالب.

Artinya : “Maka soal malaikat itu umum ia bagi setiap manusia sekalipun dia tidak dikuburkan seperti mayat yang mati lemas atau hangus terbakar dan sekalipun hancur berterbangan di udara atau memakannya oleh haiwan buas. Maka sandaran kepada kubur itu hanyalah sekadar kebiasaan sahaja.” (Hasyiah Al-Bajuri)

Dan tersebut pada kitab Tanwirul Qulub :

و عذاب القبر للروح والبدن ولا يمنع من ذالك كون الميت قد تفرقت أجزاؤه أو أكلته السباع أو حيتان البحر أو نحو ذالك، فإن ذلك أمر ممكن عقلا وقد ورد به الشرع فوجب إعتقاده وقبوله

Artinya : “Dan azab kubur itu bagi ruh dan badan yang tidaklah menegah dari yang demikian itu oleh keadaan mayat yang bercerai-berai anggota badannya atau dimakan oleh haiwan buas atau dimakan ikan di dalam laut atau umpama yang demikian itu. Maka sungguhnya yang demikian itu perkara yang mungkin bagi aqal dan telah datang dengannya pada syarak maka wajib kita yakin dengannya dan menerimanya.”

wallahua’lam

Sumber dari fb :ustaz azhar idrus

No comments: