Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, May 8, 2020

Kenyataan "Allah tak setara mana" ni terdapat dlm kitab faridatul faraid



Ucapan "ALLAH TAK SETARA MANA".. INI PENJELASANNYA

depa tak ngaji. kerja depa cuma mengintai ngintai kot kot org yd depa benci buat salah ...!
nah saya bacakan..

Faridatul Fara-id ms 15, baris 10 dari bawah

"maka telah nyatalah bagimu bahawasanya dua kalimah ini mengandungi akan sekelian 'aqaa-id yg terdahulu bahkan sekelian hukum itu masuk di bawah 'MUHAMMADURRASULALLAH' hingga berkata setengah ulama bermula 'MUHAMAD RASULULLAH' itu laut yang meliputi dan 'LAA ILAA HA ILLALLAH' itu satu titik daripadanya artinya mentauhidkan Allah itu setengah daripada barang yang mendatang dengan dia oleh RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM. .......

Ini adalah nisbah kpd besarnya jasa Nabi kita kpd para mukmin. Nabi yg sampaikan semua perkara perkara ghaib, perkara perkara yg di luar pengetahuan manusia. Salah satu antara yg sangat banyak itu ialah beriman kpd Allah. Wajib menerima yg Allah itu ujud LAGI sedia Allah LAGI baqaa LAGI tidak serupa Allah dlm segi apa sekalipun dengan segala makhluq LAGI berdiri Allah dengan sendiri tidak perlu kpd sebarang makhluq LAGI tunggal allah tidak berbilang bilang LAGI berkuasa ia Allah LAGI berkehendak ia Allah LAGI berilmu Allah, LAGI Hidup , LAGI mendengar , lagi melihat dan berkata kata...

depa puak wahabi cakap ilmu usuluddeen adalah ilmu sesat lagi bidaah ...??!?

cuba tunjukkan dari sifat 20 tu, kat mana sesat dan bidaahnya ?
semua sifat yg wajib diketahui itu bersumberkan Alquran ... semuanya ada dlm alquran ...
KAT MANA SESATNYA ...??
kita bimbang mereka yg sesat sebenarnya ...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216676760892055&id=1251877796


Kenyataan "Allah tak setara mana" ni terdapat dlm kitab faridatul faraid !

Anak muda yg baru beranak jng coba coba !

KEHEBATAN KEILMUAN & KETOKOHAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI.

Diantara kitab 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang paling berpengaruh di Alam Melayu ialah kitab FARIDATUL FARAID FI 'ILMIL 'AQAAID yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani pada tahun 1313H/1895M di Makkah al-Mukarramah.

Walaupun kitab ini nipis jika dibandingkan dengan kitab-kitab 'Aqidah yang lain yang dikarang oleh ulama Melayu seumpama Warduz Zawahir, Ad-Duruts Tsamin, Aqidatun Najin, namun kitab Faridatul Faraid tetap menjadi kitab yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri sehinggakan ianya telah dicetak beratus kali cetakan dan dari puluhan penerbit dari ianya selesai dikarang sehinggalah kehari ini.

Almarhum guru saya Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ada menceritakkan di muqadimah transliterasi kitab Faridatul Faraid "Sewaktu saya ke Mekah pada tahun 1979, salah seorang 'alim berasal dari Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid jika diajar oleh orang yang lebih 'alim, lebih sedap, lebih luas, dan lebih mengasyikkan. Salah seorang tuan guru pondok di Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid tetap akan diajarkan di pondok-pondok dalam wilayah Fathani. Menurutnya lagi, hingga ke hari ini tidak ada satu kitab Tauhid dalam bahasa Melayu yang menyamai kemasyhuran kitab Faridatul Faraid. Mereka menyebut bahawa dalam kitab ini mempunyai pengertian yang tersirat, baik ditinjau dari segi susunan Nahu dan Saraf, mahupun penafsiran secara batin atau rahsia...".

Pada bulan Ramadhan tahun lepas saya ada mengeluarkan mengenai wakaf kitab Faridatul Faraid ini di dalam Facebook saya, namun ada segelintir hamba ALLAH yang memperkecilkan bahkan menghina kitab ini dan juga pengarangnya dengan pelbagai tuduhan yang mereka sendiri tidak mengerti isi kandungan kitab ini, kerana mereka sememangnya tidak mempelajari kitab ini. Dan juga mereka tidak mengenali peribadi pengarangnya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Pada mereka Syeikh Ahmad al-Fathani yang mereka hina itu tidak lebih dari seorang guru yang hanya dikenali di kampung-kampung. Disini saya ingin senaraikan beberapa keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani supaya mereka dan kita semua lebih mengenali kehebatan ulama Alam Melayu kita sendiri:

1) Syeikh Ahmad telah menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan mula mengajar ilmu nahwu dirumah dan masjidil haram semasa beliau baru berusia 12 tahun.
2) Beliau adalah orang/ulama Melayu yang pertama belajar di Universiti al-Azhar mesir pada usia 15 tahun sehingga beliau di gelar oleh ulama Makkah Syeikh Ahmad az-Zaki Mesir.
3) Beliau pernah dipinang untuk dijadikan menantu oleh Syarif Husein Makkah pada waktu itu kerana mengkagumi ketinggian ilmu bahasa arab Syeikh Ahmad al-Fathani selepas beliau memenangi pertandingan mengubah Syair yang dianjurkan oleh Syarif Makkah yang diukuti ramai ulama arab Makkah, namun Syeikh Ahmad al-Fathani menolaknya.
4) Beliau telah menguasai 47 bidang ilmu keislaman sewaktu usia beliau belum mencapai 30 tahun.
5) Beliau ulama Melayu pertama yang dilantik sebagai penasihat politik kepada kerajaan Turki Utsmaniyah terutama hubungan dengan sultan-sultan Melayu.
6) Beliau ulama melayu pertama yang dilantik sebagai pentashih kitab-kitab dan surat-surat rasmi kerajaan Turki Utsmaniyah sebelum dihantar ke destinasinya.
7) Beliau diberi kepercayaan oleh beberapa orang ulama besar Makkah untuk menyemak dan memberikan syair pada kitab-kitab karangan mereka yang semuanya dalam bahasa Arab.
8) Beliau ulama Melayu yang pertama memperjuangkan percetakan kitab Melayu/jawi secara besar-besaran yang tersebar sehingga hari ini.
9) Beliau telah dilantik menjadi WAKIL ulama Makkah ke Mesir untuk menyelesaikan pertikaian khilafiyah diantara Sayid Yusuf an-Nabhani dan Syeikh Muhammad Abduh.
10) Beliau satu-satunya ulama yang boleh membuat emas dengan campuran kimia-kimia dan mengarang mengenainya.
11) Beliau ulama Melayu pertama yang menjadi doktor perubatan yang menggabungkan perubatan Islam (doa-doa & wafak) perubatan tradisional ( tumbuh-tumbuhan herba & binatang) dan moden( ubat-ubatan kimia)
12) Beliau ulama Melayu pertama yang mengasaskan pertubuhan/organisasi rasmi orang melayu di Makkah dengan nama Jam'iyatul Fathaniyah, setelah itu diikuti para kader beliau di pelbagai tempat di Nusantara.
13) Beliau juga dilantik sebagai penasihat politik oleh beberapa orang Sultan di Alam Melayu yang kebanyakkannya adalah merupakan murid beliau seperti Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Riau, Langkat, Deli dan lain-lain.
14) Beliau telah meninggalkan lebih dari seratus buah karangan yang mencakupi pelbagai bidang dalam bahasa Arab dan Melayu sebelum beliau meninggal dunia pada usia yang muda, 53 tahun.

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak disebutkan disini.

Mudah-mudahan dengan sedikit pengenalan mengenai keistimewaan dan kehebatan ilmu Syeikh Ahmad al-Fathani ini cukup sebagai jawapan kepada insan-insan yang masih memandang rendah dan sinis kepada para ulama Mu'tabar Alam Melayu. Dan supaya mereka tahu bahwa ulama kita bukan hanya berperanan di kampung-kampung tetapi mereka juga berperanan di peringkat dunia antarabangsa.

No comments: