Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, September 29, 2014

Pemahaman Dan Pencerahan apa itu HAQIQAT (hakikat)

Pemahaman Dan Pencerahan apa itu HAQIQAT (hakikat)
حقيق حقيقة حقيقي حقيقية
معنى حقيقة في معجم المعاني الجامع - معجم عربي عربي
حقيقة: ( اسم )
الجمع : حَقَائِقُ
الحقِيقَةُ : الشيءُ الثابتُ يقينًا
الحقِيقَةُ ( عند اللغويين ) : ما استعمل في معناه الأصَلي
حَقِيقَةُ الشيء : خالِصُه وكُنْهُهُ
حَقِيقةُ الأمر : يَقين شأنِه
حَقيقة الرجُل : ما يلزمُهُ حِفْظُهُ والدفاعُ عنه
، الحقِيقَةُ : الرايةُ والجمع : حَقَائِقُ
مؤنَّث حقيق
أهل الحقيقة : المتصوّفة ،
تقصِّي الحقائق : استكشافها ، تتبُّعها والتَّيقُّن منها ،
حقائِقُ أبديَّة : مبادئ أو قوانين مطلقة محيطة بجميع الموجودات ،
حقائق علميَّة : مقطوع بها ،
حقيقةً : في الواقع فعلاً ،
حقيقةً بديهيَّة : تُثبت نفسَها ،
حقيقةً واقعة : ما هو أمر واقع وليس على سبيل المصادفة ،
حقيقةً واقعيّة : الوجود ذهنيًّا أو عينيًّا ،
نصف الحقيقة : بيان أو إفادة تحذف بعض الحقائق الضروريّة بهدف التَّضليل والغشِّ والخداع
حقيقة الشَّيء : كنهُه وخالصُه وجوهره
ظهَر على حقيقته : انكشف أمرُه ، افتُضح ،
في الحقيقة : في الواقع
حَقيِق: ( اسم )
الجمع : أَحِقّاءُ
الحَقيِقُ بالأمْر : الجديرُ به
حقيق : حريص { حَقِيقٌ عَلَى أَنْ لاَ أَقُولَ عَلَى اللهِ إلاَّ الْحَقَّ }
حَقيِقُ عليه كذا : واجب
حقيق: ( اسم )
حقيق : فاعل من حَقَّ
apa yg kita faham dengan hakikat ?
kita sering dengar org agama khasnya org Tasauf bercakap cakap hal hakikat.
Org atau ahli hakikat bermakna org yg terlibat dengan tasauf.
ilmu hakikat bermakna ilmu tasauf atau ilmu sir (rahsia hati dan rahsia mengenal Allah)
Ramai yg kelabu dan keliru dengan istilah hakikat. Saya pernah melihat dan mendengar org tabligh berceramah di masjid kampong saya tentang hakikat.
Dia sentuh "sembahyang hakikat", "puasa hakikat" dan menerangkan kepada "bebudak" tentang hakikat ! MasyaAllah.
Org yg tak pernah mengaji tasauf jangan dok bagi penerangan tentang hakikat, nanti tersasar, habis "bebudak" jadi keliru... akhirnya akan membawa kepada kefahaman yg salah .
Hakikat berada di ranking teratas sebelum makrifat. Sebelum nak sampai hakikat , seseorang ahli suluk itu terpaksa / tidak dapat tidak kena lalu syari'at dan torikat.
Syari'at ialah segala hukum hakam fiqah. Wajib mempelajarinya sebelum berbuat ibadat. Kalau tak belajar hukum fiqah, jangan bermimpi nak masuk torikat pula, kerana disiplin ini kita terpaksa lalui dan patuhi.
Selepas mempelajari ilmu fiqah, paling minima ialah mempelajari ilmu fardu 'ain, ilmu Aquran / tajwid. Kena tahu selok belok agama dan faham hukum yg lima yakni Wajib, Haram, Harus, Makruh dan Sunat.
Ilmu usuluddin adalah asas Agama. Tanpa Usuluddin , Iman seseorang itu dikira tidak sah dan tertolak.
Itulah dua ilmu (tauhid dan fiqah yg asas asas) yg terpaksa kita belajar sebelum melangkah ke jalan Tasauf (Torikat )
Asas asas ilmu tasauf ialah mengenal segala perkara yg boleh menghilang pahala ibadat. Segala sifat mahmuudah (sifat yg dipuji syarak) dan mazmuumah (sifat yg dicela oleh syarak)
Bila murid telah faham akan segala sifat mahmuudah dan sifat mazmuumah, maka murid (yg berminat akan jalan jalan tasauf) akan mula masuk dalam alam SULUK (perjalanan ahli ahli sufi)
Peringkat ini bukan dinamakan ahli sufi lagi, kerana hatinya belum bersih dari sifat mazmuumah dan belum lagi ada sifat mahmuudah. Walaupun kita sering nampak ada org pakai pakaian sufi seolah olah nampak macam abid yg cukup warak, tawadduk... sekiranya ia belum lagi bersih hatinya, maka dia belum lagi dipanggil org sufi (org yg telah suci hatinya)
Di peringkat ini, dia masih dipanggil murid yg Saalik, yg sedang dalam perjalanan (torikat) untuk menyucikan hati.
Guru guru yg mursyid akan membimbing dengan memberinya ijazah zikir dan bacaan apa yg patut untuk diamalkan secara istiqaamah.
Murid akan menjalani riadah dalam suluknya dengan mematuhi apa yg guru pesankan seperti berpuasa, bersolat sunat dan sebagainya yg bersangkut dengan pembersihan hati.
Berapa lama nak sampai atau berapa lama nak naik darjat ?
Tidak sapa yg boleh mengetahui berapa lama. Gurunya pun tak tahu berapa lama murid akan naik darjat.
Ada beberapa peringkat nafsu atau rohani murid kena lalui
1 Ammarah
2 Lawwamah
3 Mulhamah
4 Mutmainnah
5 Radiah
6 Mardiah
7 Alkamil
Antara satu peringkat dengan satu peringkat, terdapat 70 ribu hijab atau 'aqaabah atau rintangan. 'Aqaabah itu terdiri dari 4 unsur atau perkara yakni 'aqaabah dari manusia, dari nafsu diri sendiri, dari Syaitan dan dari Dunia.
4 Musuh inilah yg menjadi hijab dan halangan untuk kita mengenal Allah dan juga menjadi halangan kepada kita menyucikan hati.
Sahabat saya berzikir لا اله الا الله Sehari 12 ribu kali.... 3 tahun baru dia dapat naik satu peringkat ! Itu dikira bernasib baik... ada org 5 tahun lebih... ada orang 10 tahun berzikir baru nak naik darjat ! Ada yg 20 tahun .... !
Kalau tuan tuan dengar ada org baru berzaikir 2 - 3 bulan, lepas tu dia dakwa telah sampai tahap hakikat dan dah jadi wali... tuan tuan kena berhati hati ! Jangan tertipu !
Nak sampai darjat mengenal Allah bukan jalan mudah atau senang senang nak dapat . Tapi bukan mustahil. Terlalu jarang org yg dianugerah begitu. Kalau ada satu kumpulan torikat yg mendakwa ada ramai murid dah sampai tahap wali.... tuan tuan kena berwaspada.......
Saya nak umpamakan perjalanan untuk sampai ke peringakat Hakikat ... begini :
Tuan tuan mesti kenal minyak Kelapa Bukan ?
Dari mana ia berasal ?
Ia berasal dari buah kelapa, dan buah yg hendak dibuat minyak mestilah buah yg masak. Buah yg tidak rosak. Ia terpaksa melalui beberapa proses, seperti mengait buah, kemudian mengupas kulit, mengukur untuk mendapatkan isi kelapa. Kemudian terpaksa memerah isi kelapa untuk keluarkan santan. Santan pula terpaksa dimasak , dididihkan sehingga terbentuknya minyak.
Minyak tak akan dapat kita perolehi tanpa perjalanan dan proses proses di atas !
Begitulah Hakikat. Mustahil kita perolehinya tanpa melalui syari'at, usuluddin, suluk tasauf ......
Org yg sudah sampai ke peringkat hakikat, mereka ini ialah mereka yg mahir, berpengalaman, tahu selok belok hati, perangai manusia, perangai hati dan mereka inilah selayaknya dipanggil GURU MURSYID !!!!
Kenapa dipanggil guru mursyid ?
Kerana dia akan memberi tunjuk ajar, pengajaran dan bimbingan kepada murid muridnya dlm perjalanan (SULUK) . Kerana dia juga telah menjalani segala ranjau, berpengalaman melawan hawa nafsu dan syaitan. Dia juga mengenal dunia dan manusia.
Mana mungkin org yg tidak berpengalaman dan kemahiran menjadi mursyid ??

ALLAH AKAN MEMECAH BELAH HARTA ORANG YG MENGINGINKAN DUNIA

ALLAH AKAN MEMECAH BELAH HARTA ORANG YG MENGINGINKAN DUNIA
Rosulullah saw bersabda, “Barangsiapa ia bangun di pagi buta (pagi sekali) sedang ia berharap hanya pada harta benda (duniawi), maka ALLAH pasti mencerai beraikan urusan orang tersebut dan memecah belah hartanya.
Dan ALLAH menjadikan kefakirannya itu di depan kedua matanya. Dan dunia yang telah tertulis baginya. Dan barangsiapa yang bangun pagi buta dengan mengharap akhirat, maka ALLAH pasti mengumpulkan keinginannya itu dan memelihara harta yang dimilikinya.
ALLAH menjadikan kekayaan di dalam hatinya. Dunia akan mendatanginya dengan penuh hina dina (tak berharga)” (Imam al-Ghazali)

Bila aku jatuh cinta

BILA AKU JATUH CINTA
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu
Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu…
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Aamiin !

Taqwa kepada Allah

Dari kitab tasauf:
Menangis....
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.
Rasulullah s.a.w juga ada bersabda:
"Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu:
"Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya.
Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total. Jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya.
Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."
(Riwayat Attirmizi).

Friday, September 26, 2014

Keberkatan Kaabah

Syahir Hj Alwi shared your photo.


‎Oleh: Mohd. Khafidz bin Soroni

Kisah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki dengan Syeikh ‘Abdur Rahman bin Sa’di

Suatu ketika Sayyid ‘Alawi duduk dalam halaqahnya di Haram Makki, dan sedang duduk di suatu sudut lain Syeikh ‘Abdur Rahman bin Sa’di, pengarang sebuah kitab tafsir. Orang ramai pula sedang bersolat dan bertawaf. Dan di langit awan mendung sedang berarak. Kemudian hujan pun turun. Air hujan yang turun di atas Kaabah mengalir keluar melalui saluran mizab. Lantas ramai orang bergegas ke mizab tersebut untuk mendapatkan air daripadanya. Lalu mereka membasahkan baju dan badan mereka dengannya sebagai mengambil berkat.


Melihat hal itu, sekumpulan ‘orang badwi’ menegah mereka kerana menyangka ianya adalah syirik. Kata mereka: “Jangan, wahai orang-orang musyrik,.. syirik, syirik!”. Lalu semua orang pun beredar dan menuju ke halaqah Sayyid ‘Alawi. Mereka bertanya tentang perkara tersebut, dan beliau mengharuskannya. Lantas orang ramai pun pergi sekali lagi ke mizab tersebut. ‘Orang-orang badwi’ tadi pergi kepada halaqah Syeikh ‘Abdur Rahman dan mengadu kepadanya. Lantas beliau pun pergi bertemu dengan Sayyid ‘Alawi. Maka ramai orang berkumpul kepada dua orang ulama tersebut.

Kata Syeikh Abdur Rahman: Betulkah tuan mengatakan kepada orang ramai bahawa dalam air hujan tersebut ada barakah? Jawab Sayyid ‘Alawi: Bahkan, ada dua barakah. Balas Syeikh Abdur Rahman: Macammana demikian? Jawabnya lagi: Kerana Allah Ta’ala berfirman dalam kitab-Nya mengenai hujan (ونزلنا من السماء ما ء مباركا) “Dan Kami turunkan daripada langit air yang diberkati”, dan mengenai Kaabah pula (إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا) “Sesungguhnya rumah pertama Allah yang dibina untuk manusia ialah yang berada di Makkah lagi diberkati”.

Maka sekarang terkumpul dua barakah; barakah air hujan dan barakah baitullah ini. Mendengar itu, Syeikh Abdur Rahman merasa takjub: Subhanallah, macammana kami boleh lupa hal ini? Lalu beliau pun berterima kasih kepada Sayyid ‘Alawi dan meminta izin untuk beredar. Lantas kata Sayyid ‘Alawi: Nanti dulu ya syeikh, tidakkah kamu lihat ‘orang-orang badwi’ itu menyangka bahawa apa yang dibuat oleh orang ramai itu sebagai syirik? Mereka tidak berhenti mengkafirkan orang dan melontar mereka dengan tuduhan syirik, sehingga melihat orang yang seumpama tuan yang dapat menegah mereka. Pergilah ke mizab dan ambil air hujan tersebut di hadapan mereka agar mereka membiarkan orang ramai. Kemudian Syeikh Abdur Rahman pun pergi ke mizab dan mengambil sendiri air hujan itu sebagai mengambil berkat. Akhirnya ‘orang-orang badwi’ tadi meninggalkan orang ramai setelah melihat syeikh mereka berbuat demikian.

Syeikh Abdur Rahman bin Sa’di duduk di tengah-tengah.

Kisah ini telah diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Fattah Rawah al-Makki di dalam kitab Thabatnya. Lihatlah bagaimana akhlak para ulama dan keakuran mereka terhadap kebenaran apabila sudah nyata.‎

Thursday, September 25, 2014

Tahap Zikir ahli torikat

JANGAN MENINGGALKAN ZIKIR LANTARAN ENGKAU BELUM SELALU INGAT KEPADA ALLAH S.W.T KETIKA BERZIKIR, SEBAB KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA TIDAK BERZIKIR LEBIH BAHAYA DARIPADA KELALAIAN KAMU TERHADAP ALLAH S.W.T KETIKA KAMU BERZIKIR.
SEMOGA ALLAH S.W.T MENAIKKAN DARJAT KAMU DARIPADA ZIKIR DENGAN KELALAIAN KEPADA ZIKIR YANG DISERTAI INGAT KEPADA ALLAH S.W.T, DAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T AKAN MENGANGKAT KAMU DARIPADA ZIKIR YANG BESERTA KEHADIRAN ALLAH S.W.T DI DALAM HATI KAMU KEPADA ZIKIR DI MANA LENYAPNYA SEGALA SESUATU SELAIN ALLAH S.W.T. HAL YANG DEMIKIAN ITU TIDAKLAH SUKAR BAGI ALLAH S.W.T.
Empat keadaan yang berkaitan dengan zikir:
1: Tidak berzikir langsung.
2: Berzikir dalam keadaan hati tidak ingat kepada Allah s.w.t.
3: Berzikir dengan disertai rasa kehadiran Allah s.w.t di dalam hati.
4: Berzikir dalam keadaan fana dari makhluk, lenyap segala sesuatu dari hati, hanya Allah s.w.t sahaja yang ada.
Bukanlah sukar bagi Allah s.w.t untuk mengubah suasana hati hamba-Nya yang berzikir dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik hingga mencapai yang terbaik.
Kerohanian manusia berada dalam beberapa darjat, maka suasana zikir juga berbeza-beza, mengikut darjat rohaninya. Darjat yang paling rendah adalah si raghib yang telah tenat dikuasai oleh syaitan dan dunia. Cahaya api syaitan dan fatamorgana dunia menutup hatinya sehingga dia tidak sedikit pun mengingati Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Allah s.w.t tidak melekat pada hatinya. Inilah golongan Islam yang dijajah oleh sifat munafik. Golongan ini tidak berzikir langsung.
Golongan kedua berzikir dengan lidah tetapi hati tidak ikut berzikir. Lidah menyebut nama Allah s.w.t, tetapi ingatan tertuju kepada harta, pekerjaan, perempuan, hiburan dan lain-lain. Inilah golongan orang Islam yang awam. Mereka dinasihatkan supaya jangan meninggalkan zikir kerana dengan meninggalkan zikir mereka akan lebih dihanyutkan oleh kelalaian.. Tanpa zikir, syaitan akan lebih mudah memancarkan gambar-gambar tipuan kepada cermin hatinya dan dunia akan lebih kuat menutupinya. Zikir pada peringkat ini berperanan sebagai ‘juru ingat’. Sebutan lidah menjadi teman yang mengingatkan hati yang lalai. Lidah dan hati berperanan seperti dua orang yang mempunyai minat yang berbeza. Seorang enggan mendengar sebutan nama Allah s.w.t, sementara yang seorang lagi memaksanya mendengar dia menyebut nama Allah s.w.t. Sahabat yang berzikir (lidah) mestilah memaksa bersungguh-sungguh agar temannya (hati) mendengar ucapannya. Di sini terjadilah peperangan di antara tenaga zikir dengan tenaga syaitan yang disokong oleh tenaga dunia yang cuba menghalang tenaga zikir dari memasuki hati.
Golongan yang ke tiga pula adalah mereka yang tenaga zikirnya sudah berjaya memecahkan dinding yang dibina oleh syaitan dan dunia. Ucapan zikir sudah boleh masuk ke dalam hati. Tenaga zikir bertindak menyucikan hati daripada karat-karat yang melekat padanya. Pada mulanya ucapan zikir masuk ke dalam hati sebagai sebutan nama-nama Allah s.w.t. Setelah karat hati sudah hilang maka sebutan nama-nama Allah s.w.t akan disertai oleh rasa mesra yang mengandungi kelazatan. Pada peringkat ini zikir tidak lagi dibuat secara paksa. Hati akan berzikir tanpa menggunakan lidah. Sebutan nama-nama Allah s.w.t menghalakan hati kepada Empunya nama-nama, merasai sifat-sifat-Nya sebagaimana dinamakan.
Golongan ke empat ialah mereka yang telah sepenuhnya dikuasai oleh Haq atau hal ketuhanan. Mereka sudah keluar dari sempadan alam maujud dan masuk ke dalam hal yang tidak ada alam, yang ada hanya Allah s.w.t. Tubuh kasar mereka masih berada di atas muka bumi, bersama-sama makhluk yang lain. Tetapi, kesedarannya terhadap dirinya dan makhluk sekaliannya sudah tidak ada, maka kewujudan sekalian yang maujud tidak sedikit pun mempengaruhi hatinya. Mereka karam dalam zikir dan yang dizikirkan. Mereka yang berada pada tahap ini telah terlepas dari ikatan manusiawi dan seterusnya mencapai penglihatan hakiki mata hati.
Mereka yang mempunyai penglihatan hakiki mata hati ada dua jenis. Jenis pertama adalah yang mempunyai nama dan tabir penutup. Hijab nama (asma’) tidak terangkat lalu dia melihat di dalam hijab. Dia melihat Allah s.w.t pada apa yang menghijabkannya. Zikirnya ialah nama yang padanya dia melihat Allah s.w.t. Jenis kedua pula ialah yang berpisah dengan nama dan hijab, lalu dia melihat Allah s.w.t dan merasakan ketenangan dengan penglihatan itu. Pada ketika itu tidak sepatah pun ucapan yang terucap olehnya dan tidak sepatah pun kalam yang terdengar padanya. Dia melihat nama itu tidak mempunyai kekuatan hukum apa pun selain-Nya. Bila nama dinafikan tibalah pada wusul (sampai). Bila tidak terlintas lagi nama tibalah pada ittisal (perhubungan). Nama yang tidak lagi terlintas disebabkan kuatnya tarikan dari yang dinamai. Makam ini dinamakan makam al-Buhut (kehairan-hairanan), kerana dia melihat Allah s.w.t dalam kehairan-hairanan, tiada ucapan kecuali pandangan. Inilah makam terakhir di mana semua hati terhenti di situ. Ia adalah tingkatan tertinggi tentang kecintaan terhadap zat Ilahiat.
Pada tahap ini Nur-Nya memancar, menyinar, menjulang naik ke lubuk hati. Peringkat ini sudah tiada zikir dan tiada pula yang berzikir, hanyalah memandang bukan berzikir dan tiada berbalik kembali pandangannya. Inilah hal yang dikatakan faham dengan tiada huraian pemahamannya dan mencapai dengan tiada sesuatu pencapaiannya. Insan di dalam hal ini sudah tidak lagi memohon fatwa, tidak memohon perkenan, tidak meminta pertolongan dan ucapan juga tiada. Baginya setiap sesuatu adalah ilmu dan setiap ilmu adalah zikir. Inilah hamba yang telah benar-benar berjaya menghimpun semua makam dan martabat. Dia sudah melihat takdir-takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t menghalau takdir demi takdir dan melihat bagaimana Allah s.w.t mengulangi takdir-takdir itu dengan berbagai-bagai cara yang dikehendaki-Nya kerana sesungguhnya Allah s.w.t sahaja yang memulakan penciptaan dan Dia juga yang mengulanginya. Penglihatannya tidak berbolak-balik lagi. Dia melihat Allah s.w.t di hadapan dan di belakang apa yang dilihatnya dan melihat Allah s.w.t dalam segala yang dilihatnya.
Apabila kerinduan terhadap Allah s.w.t telah menguasai hati seseorang hingga kepada tahap tiada ucapan yang boleh diucapkan maka keadaan itu dikatakan melihat Allah s.w.t yang tiada sesuatu yang menyamai-Nya, sebagaimana firman-Nya:
Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran)-Nya, dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH

Tiada 2 cinta dalam hati

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" — Imam As-Syafie

"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang. (Imam Syafii)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)

Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.” — (Imam syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie)

Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. be
rcelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)

"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
(Imam syafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie

Tiada 2 cinta dalam hati

Kata-Kata Hikmah Imam As Syafi'i RH
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya,cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta" — Imam As-Syafie
"Jika Ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepada ku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya." (Imam Syafi'e)
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan." (Imam Syafie)
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang di tenun. (Imam As-Syafii)
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman, tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang. (Imam Syafii)
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. (Imam Syafií)
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu - (Imam Syafie)
Barang siapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan Manusia. (Imam As-Syafie)
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama. (Imam syafie)
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak ، Menjadi mati lalu membusuk." (Imam syafie)
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran." (Imam syafie)
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." (Imam as Syafie)
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. (Imam syafie)
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.” — (Imam syafie)
Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan (Imam syafie)
Sesiapa yang menasihatimu sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu dikhalayak ramai,ia sebenarnya menghinamu'' (Imam syafie)
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. be
rcelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
(Imam syafie)
"Dosa-dosa ku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar." - (Imam syafie)
"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang angkasapun menjadi sempit" - (Imam syafie)
Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
(Imam syafie)
Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan org lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri - Imam Syafi'e
Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana mereka tak tahu akan landasan ilmu. - Imam Syafie

Monday, September 22, 2014

JANGAN MARAHKAN WAHHABI!

Photo: JANGAN MARAHKAN WAHHABI!

Jangan marahkan Wahhabi,
Kerana mereka telah memilih itu,
Jalan yang mereka sukai dan cintai,
Menegakkan apa yang mereka fikir benar,
Membanteras apa yang mereka fikir sesat,
Biarkan mereka mendakwa diri SALAFI Manhaji,
Kerana mereka fikir merekalah pengamal ajaran Salaf,
Kerana mereka telah memilih jalan itu,
Mereka bertanggungjawab atas pilihan mereka,
Kerana TUHAN itu maha ADIL,
Hambanya diberikan PILIHAN,
Memilih jalan yang mereka kehendaki,
DIA bina jalan jalan untuk dilalui,
Oleh setiap PENCARI KEBENARAN.

Adapun KEBENARAN itu,
Ia halus dan seni,
Hanya didapati dengan hati budi,
Sanad bersambung dari akarnya,
Ia bukan sekadar ditemui dari membaca,
Tulisan itu dicari dari mana datangnya,
Dipelajari dari ahlinya,
Dapat barokah ijazah musalsalnya,
Warisan ilmu Muhammad Khatamunnubuwwah,
Sallallahuailahi wasallam.

Jangan marahkan Wahhabi!
Kerana mereka dihadirkan sebagai ujian,
Penapisan dan pemurnian,
Di mana salah di mana kebenaran,
Bahawa ucapan Nabi SAW itu benar,
Akan datang satu kumpulan tampak lebih Islam,
Hafal berhujjat mengguna Hadis dan Firman,
Tapi kebenaran TUHAN tidak mampu mereka zahirkan,
Bahkan tidak dapat melepasi tenggorokan mereka,
Iman meluncur keluar dari dada,
Seperti panah dilepas dari busurnya....

Marahkan diri mu wahai ASWAJA?
Salahkan diri mu wahai ASWAJA?
Sebab tak mampu menghadapi WAHHABIAH?
Sebab kamu sendiri telah menelan sistem SEKULARISMA?
Menelan sistem kewangan FIAT RIBA?
Membiarkan ajaran Sunnah para Syarif dihina nista?
Membungkus mereka dengan gelaran SYI'AH GHULATIYAH?
Sistem kesultanan dipijak diludah?
Membiarkan diri bergelumang Liberalisma agama?
Tanpa sadar kita membiarkan diri kita...
Dalam kebinasaan dan kezaliman kita sendiri...

Maka itulah masanya,
Dimunculkan WAHHABIAH,
Untuk kita, semua...
Agar kita mencari YANG BENAR,
Menyelamatkan ummah,
Sampai saatnya kebangkitan TIBA,
Kita berada di saf hadapan,
Untuk perang sabilillah,
Mempertahankan AQIDAH,
Ahlisunnah waljamaah (ASWAJA).

http://youtu.be/Gdryze0ODz8

JANGAN MARAHKAN WAHHABI!

Jangan marahkan Wahhabi,
Kerana mereka telah memilih itu,
Jalan yang mereka sukai dan cintai,
Menegakkan apa yang mereka fikir benar,
Membanteras apa yang mereka fikir sesat,
Biarkan mereka mendakwa diri SALAFI Manhaji,
Kerana mereka fikir merekalah pengamal ajaran Salaf,
Kerana mereka telah memilih jalan itu,
Mereka bertanggungjawab atas pilihan mereka,
Kerana TUHAN itu maha ADIL,
Hambanya diberikan PILIHAN,
Memilih jalan yang mereka kehendaki,
DIA bina jalan jalan untuk dilalui,
Oleh setiap PENCARI KEBENARAN.

Adapun KEBENARAN itu,
Ia halus dan seni,
Hanya didapati dengan hati budi,
Sanad bersambung dari akarnya,
Ia bukan sekadar ditemui dari membaca,
Tulisan itu dicari dari mana datangnya,
Dipelajari dari ahlinya,
Dapat barokah ijazah musalsalnya,
Warisan ilmu Muhammad Khatamunnubuwwah,
Sallallahuailahi wasallam.

Jangan marahkan Wahhabi!
Kerana mereka dihadirkan sebagai ujian,
Penapisan dan pemurnian,
Di mana salah di mana kebenaran,
Bahawa ucapan Nabi SAW itu benar,
Akan datang satu kumpulan tampak lebih Islam,
Hafal berhujjat mengguna Hadis dan Firman,
Tapi kebenaran TUHAN tidak mampu mereka zahirkan,
Bahkan tidak dapat melepasi tenggorokan mereka,
Iman meluncur keluar dari dada,
Seperti panah dilepas dari busurnya....

Marahkan diri mu wahai ASWAJA?
Salahkan diri mu wahai ASWAJA?
Sebab tak mampu menghadapi WAHHABIAH?
Sebab kamu sendiri telah menelan sistem SEKULARISMA?
Menelan sistem kewangan FIAT RIBA?
Membiarkan ajaran Sunnah para Syarif dihina nista?
Membungkus mereka dengan gelaran SYI'AH GHULATIYAH?
Sistem kesultanan dipijak diludah?
Membiarkan diri bergelumang Liberalisma agama?
Tanpa sadar kita membiarkan diri kita...
Dalam kebinasaan dan kezaliman kita sendiri...

Maka itulah masanya,
Dimunculkan WAHHABIAH,
Untuk kita, semua...
Agar kita mencari YANG BENAR,
Menyelamatkan ummah,
Sampai saatnya kebangkitan TIBA,
Kita berada di saf hadapan,
Untuk perang sabilillah,
Mempertahankan AQIDAH,
Ahlisunnah waljamaah (ASWAJA).

http://youtu.be/Gdryze0ODz8

Zikir Sufi

Sunday, September 21, 2014

manusia tak akan mampu mengalahkan iblis dan syaiton

Percayalah ... tanpa pertolongan Allah kita manusia tak akan mampu mengalahkan iblis dan syaiton... malah terlalu mudah iblis mengenakan kita

Kisah yg diceritakan dlm kitab kuning telah menceritakan ada seorang hamba Allah sangat teringin nak melihat iblis dan syaitan, tapi dilarang oleh gurunya. Tapi dia berkeras juga ingin melihat alam ghaib. 

Bila dah banyak kali dia memohon , akhirnya gurunya berdoa agar dia dapat berinteraksi dengan alam ghaib syaitan dan iblis.

Bila sudah dapat berinteraksi dengan makhluq makhluq ghaib... satu hari ada di kalangan makhluq halus (iblis) berkata kepadanya bahawa dia antara manusia yg berumur panjang, umurnya melebihi 100 tahun baru meninggal.

Ketika itu si murid tadi berasa dia dia masih terlalu awal dan muda, boleh lah dia berseronok... apa guna dia beramal ibaadat padahal dia masih lagi ada umur yg terlalu panjang. Dia tidak mengetahui pun itu adalah tipu daya syaitan.

Sejak dari itu dia mula berbuat jahat dan maksiat. Dia tidak mengetahui yg kejahatan dan maksiat akan menyebabkan datangnya penyakit. Tak lama lepas itu dia terkena penyakit ... namum dia masih tidak sedarkan diri ... terus menerus dia meninggalkan ibaadat......

Semasa dia sakit itulah dia terjatuh dan nazak..... baru lah dia sadar dia telah ditipu oleh Iblis tapi sudah terlambat !

KEBINASAAN ITU BERAWAL DARI BANGGA DIRI

Semua manusia akan binasa melainkan org beriman... dan org beriman juga akan binasa melainkan ia beramal soleh.. dan org yg beramal soleh juga binasa melainkan mereka yg senantiasa beramal dengan amalan yg benar (Haq) yakni beramal tanpa ilmu akan menyebabkan kebinasaan.... dan org yg berilmu tanpa ada ikhlas juga akan binasa....... org ada semua di atas ditambah pula dengan adanya ikhlas.... iblis dan syaitan tidak mampu lagi menggodanya.....

KEBINASAAN ITU BERAWAL DARI BANGGA DIRI

Suatu ketika Abu Ubaidah ra pernah menjadi imam bagi masyarakatnya. Selepas shalat ia berujar:

“Setan terus berupaya membesarkan hatiku sehingga aku merasa bahwa aku memiliki keutamaan (derajat) dari orang lain. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak akan pernah menjadi imam bagi orang lain selama hidupku.”
(Mawa’izh as shahabah, Shalih Ahmad al S
yami).

Saudaraku..
Ketika kita mendengar nama Abu Ubaidah bin Jarrah disebut, maka yang terekam di benak kita adalah:
Ia sahabat yang diberi gelar oleh Nabi saw “aminu hadzihil ummah” kepercayaan umat ini.

Ia adalah sahabat yang digelari “amirul umara”, panglima besar.
Ia adalah sahabat yang merelakan beberapa giginya rompal demi mencabut dua buah mata rantai baju besi penutup kepala Rasulullah yang menancap di kedua belah pipinya.

Ia adalah orang yang dikirim Nabi saw sebagai bala bantuan bagi Amru bin Ash ra di pertempuran Dzatus Salasil. Dan seterusnya.

Dari sikap hidup sahabat agung ini, kita dapat menggali mutiara berharga bagi hidup kita.

• Waspada terhadap tipu daya setan. Di mana makar dan bisikannya cukup berwarna. Berbeda antara satu orang dengan yang lainnya.

• Terhadap orang shalih, berilmu pengetahuan dan ahli ibadah, setan sengaja menghadirkan rasa ujub (bangga diri) dengan amal shalih yang pernah diukirnya. Dengan label ilmu yang dimilikinya, merasa memiliki kelebihan dari orang lain dan mempunyai keutamaan beberapa tingkat dari orang lain.

• Kekhawatiran sahabat dengan bisikan halus setan yang terkadang membuat kita terbuai.

• Terkadang kita terpesona dengan kelebihan yang kita punya; ilmu yang lebih tinggi dari orang lain. Amal shalih yang mengungguli orang lain. Sedekah yang banyak kita keluarkan. Ukiran amal baik yang banyak diakui oleh orang-orang di sekitar kita. Dan seterusnya. Kita tak sadar bahwa setan sedang menggiring kita untuk memusnahkan pahala kebaikan kita, yang telah kita perbuat dengan susah payah.

• Tersanjung dengan pujian orang terhadap kita sebagai; ahli ibadah, qari’ al Qur’an, imam yang indah bacaannya, ulama panutan, ulama yang tawadhu’, berbudi pekerti luhur dan yang senada dengan itu. Jika ini yang kita rasakan, berarti kita telah terjebak pada permainan setan yang akan membinasakan kita. Memusnahkan amal baik kita. Menghancurkan ukiran amal ibadah kita.
Ya Rabb, bimbinglah kami untuk mengenali tipu daya musuh kami; setan yang terkutuk. Amien. Wallahu a’lam bishawab.

Tuesday, September 16, 2014

Dua perkara yang tidak dijumpai pada orang munafik

“Dua perkara yang tidak dijumpai pada orang munafik :

1- Berkelakuan baik .

2- Faham ia akan agama. "


(Turmizi)

bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud dan suci

صحيح البخاري ٤١٩: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ قَالَ حَدَّثَنَا سَيَّارٌ هُوَ أَبُو الْحَكَمِ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ الْفَقِيرُ قَالَ حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْغَنَائِمُ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ
Shahih Bukhari 419: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan berkata, telah menceritakan kepada kami Husyaim berkata, telah menceritakan kepada kami Sayyarah -yaitu Abu Al Hakam- berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid Al Faqir berkata, telah menceritakan kepada kami Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorangpun dari Nabi-Nabi sebelumku; aku ditolong melawan musuhku dengan ketakutan mereka sepanjang sebulan perjalanan, bumi dijadikan untukku sebagai tempat sujud dan suci; maka dimana saja seorang laki-laki dari ummatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat. Dihalalkan harta rampasan untukku, para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia, dan aku diberikah (hak) syafa’at”.

Sunday, September 7, 2014

Tasybih dan Tanzih

https://hajirikhusyuk.wordpress.com/2011/04/08/tasybih-dan-tanzih/

tag: aqidah , tauhid , usuluddin

Tasybih dan Tanzih
Tanzih adalah kemutlakannya yang tidak terhad dan tidak terbatas, dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk diperkatakan.  Dalam keadaan ini  juga  Dia  adalah dalam bentuk Wujud Yang Mutlak, dan  ada dalam pengetahuan tetapi  tidak dalam manifestasi.
Manakala tasybih  pula Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan. Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam keadaan manifestasi zahirnya.
Oleh yang demikian,  Dia berada dalam tasybih di dalam tanzihnya dan  di dalam tazihnya di dalam tasybihnya.  Dan Dia sama ada berada dalam tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [Laisa kamislihi syaiun].
Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya.
Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had, awal dan akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam pelbagai bentuk dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan Dzatnya.
Penzahiran ini dapat dianalogikan begini:  (ini cuma untuk memudahkan pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu),  di malam bulan purnama yang terang, letakkan  pelbagai bekas yang mengisi air di kawasan nan lapang,   maka akan didapati bayangan bulan nan satu kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut,  dan bayangan bulan dalam bekas air itu tidak serupa antara satu dengan yang lain.
Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air   yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentuk rupa dan saiz.
Walaupun begitu banyak bayangan   bulan,   tapi bulan nan satu  tetap tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan  tetap seperti  bulan  yang asalnya (dahulunya).
Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti  Dia yang sekarang.
Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.
Wassalam.

HURAIAN SIFAT IRADAT

HURAIAN SIFAT IRADAT

Iradat ertinya berkehendak Allah Taala iaitu satu sifat yang wajib bagi Allah yang dengannya Dia menentukan segala mumkin yang akan dijadikan.

Lawan iradat itu karahah ertinya terpaksa.
Karahah ertinya terpaksa dengan ertikata Allah Taala menjadikan alam ini bukan dengan kehendakNya.Termasuk di dalam erti menjadikan alam ini bukan dengan kehendaknya itu empat perkara iaitu :-
i)Zuhul ertinya lalai iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai.Mustahil Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lalai wajib kita percaya Allah menjadikan alam ini dengan kehendakNya.
ii)Ghaflah ertinya lupa iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan lupa.Mustahil Allah menjadikan alam dalam keadaan lupa wajib kita percaya Allah menjadikan alam dengan kehendakNya
iii)Ta’lil iaitu sebab - musabab.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan memakai asbab.Contohnya tercampak batu dari tangan yang melontar.Maka perbuatan melontar itu dinamakan ‘mubasyarah’ sementara tercampaknya batu itu dinamakan ‘tawallud’ iaitu yang terhasil dari sebab perbuatan mubasyarah.Maka wajib kita percaya bahawa perbuatan mubasyarah itu dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan tawallud pun dijadikan oleh Allah dengan kehendakNya dan sesekali tidak dapat dikatakan mubasyarah itu menjadi ta’lil (sebab yang melazimkan) akan tawallud.Adapun yang kita pandang tercampaknya batu dari tangan yang melontar oleh sebab perbuatan melontar itu hanyalah semata – mata zahir hukum adat sahaja dan bukannya hakikat kerana pada hakikatnya Allah menjadikan sesuatu tidak dengan ta’lil.
iv)Tabiat iaitu kebiasaan.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan asbab tabiat setengah makhluknya.Contohnya tabiat api itu menghanguskan.Maka wajib kita percaya bahawa Allahlah yang menjadikan api dengan kehendaknya dan Allah jugalah yang menjadikan hangus pun dengan kehendaknya bukan dengan sebab api.Hanya sanya tabiat api yang menghanguskan itu juga hanyalah sebab yang diadatkan oleh Allah iaitu apabila ada api maka diadatkan oleh Allah ada hangus tetapi bukan api itu yang menghanguskan pada hakikatnya.
Keempat – empat perkara tersebut wajib dinafikan daripada Allah iaitu Allah menjadikan sesuatu itu tidak dengan zuhul , tidak dengan ghaflah , tidak dengan ta’lil perbuatan makhluk dan tidak dengan tabiat sesetengah makhluknya.Tetapi semuanya berlaku hanya dengan kehendakNya semata – mata.

Dalil iradat
Dalil naklinya firman Allah Taala
ﺇﻦ ﺭﺑﻚ ﻴﺧﻠﻖ ﻤﺎ ﻴﺷﺍﺀﻮﻴﺧﺗﺎﺭ
Ertinya : Dan Tuhanmu menciptakan apa Yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga Yang memilih
Dalil aklinya sekiranya Allah menjadikan alam ini kesemua atau sebahagiannya bukan dengan kehendaknya samada kerana terpaksa atau zuhul atau ghaflah atau ta’lil atau tabiat nescaya Allah itu lemah dan jika Allah itu lemah nescaya Dia tidak dapat menjadikan alam ini sedangkan alam ini telah ada.Oleh itu wajiblah Allah bersifat berkehendak dan mustahil baginya bersifat karahiah yakni terpaksa atau yang semakna dengannya.

MAKNA KALIMAH SYAHADAH - Makna Sebenar Dan Makna Lazim

Makna kalimah syahadah yang pertama

Kalimah syahadah yang pertama itu ialah
ﺃﺷﻬﺩ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻﺍﷲ
Ertinya:Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Bagi kalimah syahadah yang pertama ada dua makna iaitu :
1)Makna hakiki iaitu makna sebenar.
2)Makna lazim.Dinamakan demikian kerana ianya melazimi makna yang hakiki.
Makna hakiki itu ialah maknanya yang sebenar yang masyhur yang dibawa dan diingatkan di dalam hati ketika melafazkan kalimah laa ilaha illa llah iaitu “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”.Makna lazim pula ialah makna yang melazimi (yang membawa kepada) makna hakiki yang mana tidak sampai seseorang itu kepada maksud makna hakiki itu jika tidak memahami makna lazim iaitu
ﻻ ﻳﺴﺗﻐﻧﻲ ﻋﻥ ﻛﻝ ﻣﺎﺳﻭﺍﻩ ﻭﻳﻓﺗﻗﺭ ﺇﻟﻳﻪ ﻜﻝ ﻣﺎ ﻋﺪﺍﻩ ﺇﻻ ﷲ
Ertinya :Tiada yang kaya daripada yang lain dan berhajat yang lain kepadanya melainkan Allah.
Maka dengan yang demikian makna lazim terbahagi kepada dua iaitu :-
1)Kaya Tuhan dari sekelian yang lain disebut ‘Istighna’ ”
2)Berhajat sekelian yang lain kepadaNya disebut “iftiqar”
Dikatakan makna lazim itu melazimi makna yang hakiki kerana dengan adanya makna lazim itu barulah dapat diketahui kehendak yang sebenar dari makna yang hakiki itu.Seperti yang telah diketahui makna yang hakiki itu ialah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.Ini bererti melazimkan kaya Tuhan dari yang lain dan berhajat oleh yang lain kepadaNya kerana kalaulah Allah itu tidak bersifat kaya daripada yang lain maka tidaklah layak Ia disembah.Begitu juga kalaulah tidak berhajat oleh sekelian yang lain kepadanya maka tidaklah juga Ia layak disembah.Kaya Allah daripada sekelian yang lain itu mewajibkan sebelas sifat daripada sifat Allah yang dua puluh dan berhajat oleh yang lain kepada Allah itu mewajibkan sembilan sifat.

Sebelas sifat termasuk di dalam istighna’(kaya Allah dari sekelian yang lain)1)Wujud ertinya ada lawannya tiada.Sekiranya Allah tidak bersifat wujud nescaya Dia berkehendak kepada yang menjadikanNya.Berkehendak itu menafikan kaya.Oleh itu tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Maka wajiblah Dia bersifat wujud.
2)Kidam ertinya sedia.Sekiranya Allah tidak bersifat kidam nescaya Dia bersifat baharu.Jika Ia baharu nescaya berkehendak kepada yang menjadikan.Berkehendak itu menafikan kaya.Maka tidaklah Ia berhak disembah.Pada hal Dia berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kidam.
3)Baqa’ ertinya kekal.Sekiranya Ia tidak bersifat kekal nescaya Ia bersifat dengan lawannya iaitu binasa.Maka bererti wujudNya ketika itu adalah wujud yang harus dan berkehendak kepada yang menjadikan.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah berhak disembah.Padahal Dia berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat baqa’.
4)Mukhalafatuhu lil hawadis ertinya tidak serupa dengan segala yang baharu.Sekiranya ia serupa dengan segala yang baharu nescaya Dia baharu dan berkehendak juga kepada yang menjadikan.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Ia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah oleh itu wajiblah Dia bersifat mukhalafah lil hawadis.
5)Qiamuhu binafsihi ertinya tidak berhajat kepada yang lain.Sekiranya Dia tidak bersifat dengan qiamuhu binafsihi nescaya Dia berkehendak kepada yang lain pada menjadikan dirinya atau menyempurnakan kekurangannya.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat qiamuhu binafsihi.
6)Sama’ ertinya mendengar.Sekiranya Dia tidak bersifat dengan sama’ nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu pekak atau tuli.Pekak atau tuli itu sifat kekurangan dan berkehendak pula kepada suatu yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah ia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat sama’.
7)Basar ertinya melihat.Sekiranya Dia tidak bersifat melihat nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu buta.Buta itu sifat kekurangan dan berkehendak kepada suatu yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Dia berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat basar.
8)Kalam ertinya berkata – kata.Sekiranya Dia tidak bersifat kalam nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu bisu.Bisu itu sifat kekurangan dan berkehendak pula kepada yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Ia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kalam.
9)Kaunuhu sami’an ertinya keadaannya yang mendengar.Sekiranya Dia tidak bersifat dengan kaunuhu sami’an nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu keadaannya yang pekak.Keadaannya yang pekak itu merupakan sifat kekurangan dan berkehendak pula kepada yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Dia layak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kaunuhu sami’an.
10)Kaunuhu basiran ertinya keadaannya yang melihat.Sekiranya Dia tidak bersifat dengan keadaan yang melihat nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu keadaannya yang buta.Keadaan yang buta itu adalah sifat kekurangan dan berkehendak pula kepada yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Ia berhak disembah.Padahal Allah itu layak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kaunuhu basiran.
11)Kaunuhu mutakalliman ertinya keadaannya yang berkata – kata.Sekiranya Ia tidak bersifat dengan kaunuhu mutakalliman nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu keadaannya yang bisu.Keadaannya yang bisu itu adalah sifat kekurangan dan berkehendak pula kepada yang menyempurnakan kekurangan tersebut.Berkehendak itu menafikan kaya maka tidaklah Dia layak disembah.Padahal llah itu layak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kaunuhu mutakalliman.
Tiga sifat lagi termasuk di dalam istighna’1)Tidak mengambil faedah Allah Taala itu daripada segala perbuatan dan hukumnya.Lawannya mengambil faedah.Jika Allah Taala mengambil faedah daripada sebarang perbuatan dan hukumnya nescaya jadilah Dia berkehendak kepada faedah.Berkehendak itu menafikan kaya , maka tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia tidak mengambil faedah dari perbuatan dan hukumnya.
2)Tidak wajib Allah itu menjadikan mumkin (makhluk)dan tidak wajib juga bagiNya meninggalkan daripada menjadikan mumkin.Lawannya wajib bagi Allah menjadikan mumkin atau wajib baginya untuk tidak menjadikannya.Jika wajib bagi Allah menjadikan mumkin atau tidak menjadikannya bererti Dia berkehendak atau terdesak kepada melakukan sesuatu atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu.Berkehendak itu menafikan kaya.Maka tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Dia berhak disembah.Oleh itu tidak wajib baginya menjadikan mumkin atau tidak menjadikannya.
3)Tidak memberi bekas oleh sesuatu dengan tabi’at.Lawannya memberi bekas dengan tabi’at.Contohnya tabi’at api itu tidak memberi bekas bagi menghanguskan.Hanya yang menghanguskan itu Allah jua.Sekiranya memberi bekas sesuatu itu dengan tabi’at nescaya tatkala itu Allah Taala berkehendak kepada perantaraan sesetengah makhluknya pada menjadikan sesuatu seperti berkehendak kepada api pada menghanguskan , berkehendak kepada air pada menghilangkan dahaga makhluknya , berkehendak kepada makanan pada menghilangkan lapar dari makhluknya , berkehendak kepada ubat bagi menghilangkan sakit pada hambanya.Berkehendak akan sekelian yang tersebut itu menafikan kaya.Maka jika demikian tidaklah Dia berhak disembah.Padhal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah tidak memberi bekas sesuatu itu dengan tabiat.

Sembilan sifat termasuk di dalam iftiqar (berhajat oleh yang lain kepada Allah)1)Wahdaniah ertinya esa.Lawannya berbilang – bilang dua atau lebih.Sekiranya Allah itu berbilang – bilang nescaya tidak dapat menjadikan alam kerana lazim lemahnya ketika itu.Oleh itu tidaklah berhajat oleh yang lain kepada Allah.Maka tidaklah berhak Dia disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat wahdaniah.
2)Kudrat ertinya kuasa.Jika Dia tidak bersifat kuasa nescaya Dia bersifat dengan lawannya iaitu lemah.Jika Dia lemah maka tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Oleh itu tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Dia berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat kudrat.
3)Iradat ertinya berkehendak.Jika Dia tidak bersifat dengan kehendak nescaya ternafilah daripadanya sifat kudrat (kuasa) kerana tiap – tiap yang tidak mempunyai kehendak nescaya tidak mempunyai kuasa.Maka lemahlah Dia ketika itu.Oleh itu tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Maka tidaklah Dia berhak disembah.Padahal Allah itu berhak disembah.Oleh itu wajiblah Dia bersifat iradat.
4)Ilmu ertinya mengetahui.Jika Dia tidak mengetahui nescaya ternafilah daripadanya sifat kehendak kerana tiap – tiap yang tidak mengetahui nescaya tiada padanya kehendak.Jika ternafi kehendak nescaya ternafilah sifat kuasa maka bererti Dia lemah ketika itu.Maka tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Oleh itu tidaklah Dia berhak disembah.
5)Hayat ertinya hidup.Jika Dia tidak bersifat hayat bererti Dia mati.Jika Dia mati maka ternafilah sekelian sifat ilmu , berkehendak , berkuasa dan lain – lain sifat idrak.Bererti Dia lemah.Oleh itu tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya dan tidaklah Dia berhak disembah.
6)Kaunuhu kadiran ertinya keadaannya yang berkuasa.Jika Dia tidak bersifat dengan keadaan yang berkuasa bererti Dia bersifat dengan keadaan yang lemah.Oleh itu tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Maka tidaklah Dia berhak disembah.
7)Kaunuhu muridan ertinya keadaannya yang berkehendak.Jika Dia tidak bersifat dengan keadaan yang berkehendak nescaya ternafilah keadaannya berkuasa.Bererti Dia lemah dan tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya dan tidaklah Dia berhak disembah.
8)Kaunuhu aliman ertinya keadaannya yang mengetahui.Jika Dia tidak bersifat dengan keadaannya yang mengetahui nescaya ternafilah keadaannya yang berkuasa maka tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Oleh itu tidaklah Dia berhak disembah.
9)Kaunuhu hayyan ertinya keadaannya yang hidup.Jika Dia tidak bersifat dengan keadaan yang hidup maka ternafilah juga keadaannya yang berkuasa maka tidaklah berhajat oleh yang lain kepadanya.Oleh itu tidaklah Dia berhak disembah.

Dua lagi termasuk dalam iftiqar1)Baharu alam ini.Lawannya kadim alam ini.Jika alam ini kadim nescaya tidaklah berhajat kepada Allah yang menjadikan.Oleh itu tidaklah berhak Allah itu disembah.
2)Tidak memberi bekas sesuatu itu dengan kuat yang dijadikan Allah padanya.Lawannya memberi bekas.Sekiranya memberi bekas sesuatu itu dengan kuat yang dijadikan Allah padanya nescaya tidak berhajat lagi kepada Allah.Dengan demikian tidaklah berhak Allah itu disembah.
Demikianlah huraian tentang makna istighna’ (kaya Allah dari yang lain) dan makna iftiqar (berkehendak oleh tiap – tiap yang lain kepadanya) yang kesemuanya itu masuk di dalam erti tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.Adalah sifat – sifat yang masuk di bawah istighna’ itu sebelas lawannya sebelas menjadi dua puluh dua.Kemudian ditambah tiga lagi lawannya tiga jumlahnya enam.Kemudian dicampurkan dua puluh dua dengan enam jumlahnya dua puluh lapan.Adapun sifat yang masuk di bawah iftiqar ada sembilan lawannya sembilan jumlahnya lapan belas.Kemudian ditambah dua lawannya dua jadi jumlahnya empat dan dicampurkan empat dengan lapan belas maka jadilah jumlahnya dua puluh dua.Kemudian dicampurkan dua puluh lapan sifat istighna’ dengan dua puluh dua sifat iftiqar maka jumlahnya semua sekali ialah lima puluh aqaid (simpulan – simpulan iman) yang masuk di dalam erti syahadah yang pertama iaitu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.

Sembilan aqaid yang masuk di dalam makna syahadah yang keduaBagi kalimah syahadah yang kedua juga mempunyai dua makna iaitu makna hakiki dan makna lazim.Makna hakikinya ialah “Aku naik saksi sesungguhnya nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”.Apabila kita mengakui bahawa nabi Muhammad itu utusan dan pesuruh Allah maka melazimi pula kita percaya kepada sifat – sifat yang wajib bagi rasul sepertimana berikut :
1)Siddik ertinya benar lawannya kazib bererti dusta.Mustahil rasul itu dusta wajib kita percaya rasul itu bersifat benar.Sekiranya rasul itu dusta maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.
2)Amanah ertinya kepercayaan lawannya khianat.Mustahil rasul itu khianat wajib kita percaya rasul itu amanah.Sekiranya rasul itu khianat maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.
3)Tabligh ertinya menyampaikan lawannya kitman ertinya menyembunyikan.Mustahil rasul itu menyembunyikan wajib kita percaya rasul itu menyampaikan.Sekiranya rasul itu menyembunyikan maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.
4)Fatanah ertinya bijaksana lawannya baladah ertinya bodoh.Mustahil rasul itu bodoh wajib kita percaya rasul itu bersifat bijaksana.Sekiranya rasul itu bodoh maka tidaklah dia menjadi pesuruh Allah.
Demikianlah aqaid yang masuk di dalam syahadah risalah iaitu empat sifat yang wajib bagi rasul lawannya empat sifat yang wajib menjadi jumlahnya lapan aqaid.Kemudian masuk pula di dalam syahadah risalah empat aqaid lagi iaitu :-
1)Percaya kepada malaikat
2)Percaya kepada para nabi dan rasul
3)Percaya kepada kitab
4)Percaya kepada hari kiamat
Semua perkara di atas termasuk di dalam makna syahadah yang kedua iaitu penyaksian ke atas kerasulan nabi Muhammad saw kerana nabi Muhammad saw yang telah mengajar dan mengkhabarkannya.Jumlahnya empat , lawannya empat menjadi lapan.Kemudian dicampurkan dengan lapan yang dahulu jadilah jumlahnya enam belas aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Demikianlah makna – makna yang terkandung di dalam dua kalimah syahadah iaitu lima puluh aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan enam belas aqaid masuk di dalam pengakuan kita bahawa sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

TAKLUK SIFAT QUDRAT

TAKLUK SIFAT QUDRAT


http://darulihya.blogspot.com/2010/06/takluk-sifat-qudrat.html
1)Cara ta’aluknya.
Disebut ta’aluk ta’thir yang bererti memberi bekas pada menjadikan atau mentiadakan.Ini bermakna apa sahaja yang telah berta’aluk oleh kudrat Allah pada mengadakannya pasti jadi.Begitu juga apa sahaja yang telah berta’aluk oleh kudrat Allah pada mentiadakannya maka pasti tiada menurut kudrat Allah yang tersebut.Firman Allah
ﺇﻧﻤﺎ ﺃﻤﺭﻩ ﺇﺬﺍ ﺃﺭﺍﺪﺷﻴﺋﺎ ﺃﻦ ﻴﻘﻭﻝ ﻟﻪ ﻜﻦ ﻔﻴﻜﻭﻦ
Ertinya : Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". maka ia terus menjadi.
Maksud ayat di atas ialah terlalu mudah bagi Allah di dalam menjadikan apa sahaja sehingga apabila telah berta’aluk oleh kudrat iradatNya nescaya sesuatu itu jadi menurut seperti yang dikehendakkinya.
2)Tempat ta’aluknya.
Tempat ta’aluk sifat kudrat adalah ke atas sekelian mumkin.Mumkin ertinya apa sahaja yang bersifat harus yang boleh menerima ada dan tiada.Jika banyak disebut mumkinat.Mumkin terbahagi kepada empat bahagi :-
i)Mumkin adam ba’dal maujud ertinya mumkin yang telah dijadikan dan pada masa sekarang telah tiada.Contohnya orang – orang zaman dahulu , makhluk – makhluk yang terdahulu , masa yang telah lalu dan sebagainya.Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk ta’thir ertinya telah memberi bekas.
ii)Mumkin maujud ba’dal adam ertinya mumkin yang sekarang telah wujud yang mana dahulunya tiada.Contohnya orang – orang di zaman sekarang , makhluk – makhluk yang ada sekarang , masa sekarang dan sebagainya.Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk ma’iyah ertinya ta’aluk yang menyertai.Hakikatnya ianya adalah sebahagian daripada taaluk ta’thir juga.
iii)Mumkin sayujad ertinya mumkin yang belum ada tetapi lagi akan diadakan.Contohnya orang – orang di zaman akan datang , makhluk – makhluk yang akan datang , masa akan datang , hari kiamat dan sebagainya.Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk qabdhah ertinya di dalam genggaman.
iv)Mumkin alimallahu annahu lam yujad ertinya mumkin yang diketahui oleh Allah bahawa ia tidak akan dijadikan samasekali.Contohnya berimannya Firaun , bertaubatnya iblis , berimannya Abu Jahal , masuknya orang yang beriman ke neraka , masuknya orang kafir ke syurga dan sebagainya.Maka berta’aluk kudrat atasnya sebagai ta’aluk bil hukmi ertinya secara hukumnya harus boleh ada atau boleh berlaku jika dikehendakki Allah.Hanya sanya telah diketahui Allah dengan ilmuNya yang azali bahawa mumkin tersebut tidak akan dijadikan sekali – kali.
Kesimpulannya tidak ada satu perkara mumkin pun yang tidak dita’aluk oleh kudrat dan iradat Allah samada mumkin yang telah dijadikan , atau yang sedang dijadikan , atau yang akan dijadikan , atau yang telah diketahui oleh Allah tidak akan dijadikan sekali – kali.Firman Allah
ﺇﻦ ﺍﷲ ﻋﻟﻰ ﻜﻞ ﺸﻴﺊﻘﺪﻴﺭ
Ertinya : Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
“Tiap – tiap sesuatu” bermaksud apa sahaja selagi perkara itu dinamakan mumkin.Telah terdahulu disebutkan bahawa mumkin itu adalah apa sahaja yang boleh menerima ada dan tiada.Tiap – tiap yang boleh menerima ada dan tiada itu mewajibkan keadaannya itu berasal dari ‘tiada’ sejak azali. ‘Ketiadaannya’ sejak azali itu wajib tetapi harus tidak kekal kerana sebagai mumkin ia dapat menerima wujud apabila dikehendakki Allah dan apabila berta’aluk kudrat Allah pada menjadikannya.Hendaklah juga difahami bahawa mustahil kudrat Allah itu berta’aluk kepada yang wujudnya sejak azali iaitu wujud Allah kerana tujuan kudrat itu ialah bertindak mengeluarkan sesuatu yang belum wujud kepada wujud sedangkan zat Allah itu kadim lagi azali yakni sedia wujudnya lagi wajib wujudnya (bukan harus)dan tidak berhajat lagi kepada yang menjadikan yakni yang mengeluarkannya kepada wujud.Begitu juga mustahil kudrat Allah itu berta’aluk bagi mengubah keadaan zat Allah itu kerana sebagai zat yang wajib wujudnya , wujud zat Allah itu wujud yang meliputi lagi maha sempurna dan mustahil menerima perubahan lagi samada perubahan itu dalam bentuk penambahan atau pengurangan atau penafian ketiga– tiganya adalah mustahil dikatakan bagi zat Allah yang suci.Jika zat Allah dapat berubah kepada yang lebih sempurna bererti wujudnya yang dahulu itu kurang sempurna.Maka yang demikian adalah mustahil.Jika zatnya berubah kepada yang kurang sempurna atau daripada wujud kepada penafian wujudnya yakni menjadi tiada maka dengan perubahan ini bererti wujudnya menyamai ketika itu dengan wujud yang harus yakni yang baharu.Ini pun mustahil sepertimana yang telah diketahui pada perbahasan sifat mukhlafatuhu lil hawadis yang lalu.Rasulullah saw bersabda
ﺍﷲ ﺍﻵﻥ ﻛﻣﺎ ﻋﻟﻳﻪﻛﺎﻥ
Ertinya :Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua.
Yakni tidak menerima sebarang perubahan samasekali kerana wujud Allah itu telah sedia sempurna secara mutlak.Begitu juga kudrat Allah tidak berta’aluk kepada yang mustahil wujudnya seperti mengadakan tuhan – tuhan selain daripada Allah yang mempunyai ketuhanan yang sama denganNya.Sebab , jika kudrat Allah itu berta’aluk kepada yang mustahil wujudnya untuk mengadakan yang mustahil itu , nescaya wujudnya ketika itu tidak lagi dinamakan mustahil.Ini merupakan satu pertukaran pada hakikat mustahil kerana hakikat mustahil ialah sesuatu yang tidak boleh ada samasekali.Jika ditakdirkan wujud juga , maka itu bererti yang dikatakan mustahil itu bukannya mustahil tetapi ialah sesuatu yang harus yang merupakan makhluk bagi Allah dan tidaklah ia bersifat ketuhanan yang menyamai Allah.Kesimpulannya segala sesuatu itu terbahagi kepada tiga perkara sepertimana berikut :-
i)Yang wajib wujudnya iaitu zat Allah – Tidak berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah.
ii)Yang mustahil wujudnya iaitu tuhan selain Allah dan sebagainya – Ini juga tidak berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah.
iii)Yang mumkin wujudnya yakni sekelian yang bersifat baharu – Maka hanya inilah yang berta’aluk atasnya oleh kudrat dan iradat Allah tanpa mengira betapa pun keadaan mumkin itu dan berapa banyak sekalipun bilangannya.
Jika ditanya bolehkah Allah dengan kudratnya memasukkan dunia kita ini di dalam sebiji telur.Maka jawabnya , jika yang dimaksudkan oleh orang yang bertanya itu bahawa dibesarkan telur itu hingga terlebih besar dari dunia kita ini , atau dikecilkan dunia kita hingga menjadi lebih kecil dari telur lalu dimasukkan nescaya jawapannya boleh kerana perkara tersebut adalah mumkin yakni harus.Tetapi jika yang dimaksudkan dengan pertanyaan tadi ialah dimasukkan dunia di dalam keadaan besarnya seperti sekarang ke dalam telur yang kecilnya seperti sekarang nescaya tidak boleh berlaku kerana adalah mustahil hukumnya suatu benda yang besar di dalam keadaan besarnya bermasuk – masukan ke dalam benda yang kecil yang di dalam keadaan kecilnya.Ini adalah termasuk di dalam cabang ‘al mumkinat al mutaqabalah’ yang bererti mumkin yang berlawanan di mana tidak harus pada akal dapat berhimpun oleh dua perkara yang berlawanan dan hukumnya mustahil.Adalah maklum bahawa kudrat Allah tidak berta’aluk kepada perkara yang mustahil.Jika dikatakan , bolehkah disifatkan lemah kudrat Allah kerana tidak berta’aluk kepada perkara yang wajib atau mengadakan perkara yang mustahil.Maka jawabnya tidak boleh disifatkan kudrat Allah itu lemah kerana yang demikian itu , sebab memang bukan jalan dan tempat ta’aluknya.Ini samalah seperti mata tidak boleh dikatakan buta jika tidak dapat mendengar dan telinga tidak boleh dikatakan pekak jika tidak dapat melihat kerana memang bukan jalan dan tempatnya.Hendaklah kita mengelak dari menggunakan perkataan atau ungkapan dengan menyebutkan bahawa Allah itu tidak dapat mengadakan yang mustahil atau mentiadakan yang wajib, kerana yang demikian merupakan kesalahan dari segi penggunaan bahasa dan logik sebab sesuatu yang mustahil tidak boleh dinisbatkan kepadanya dapat atau tidak.Sebaliknya hendaklah kita katakan bahawa kudrat Allah itu tidak berta’aluk ke atas yang wajib dan yang mustahil dan ini adalah ketetapan sejak azali.Atas isu inilah sesatnya kaum Nasrani dan yang seumpamanya apabila mereka mengiktikadkan bahawa Isa itu ialah Tuhan yang menjelma menjadi manusia dan menurut mereka Tuhan mampu berbuat demikian dengan alasan Tuhan amat berkuasa melakukan sesuatu termasuklah mengubah dirinya sendiri menjadi manusia.Iktikad seperti ini adalah hasil daripada tidak dapat membezakan antara yang wajib sejak azali, yang harus sejak azali dan yang mustahil sejak azali dan tidak memahami bahawa ta’aluk kudrat Allah itu hanya pada yang harus dan akibat dari ketidakfahaman ini akhirnya menyebabkan mereka menyamakan zat Allah Yang wajibul wujud itu dengan sesuatu yang harus.Jika kudrat Allah boleh berta’aluk kepada zatNya sendiri sepertimana kepercayaan yang mereka dakwakan adakah mereka boleh mempercayai bahawa Allah berkuasa untuk memusnahkan diriNya sendiri hanya dengan alasan Dia berkuasa atas tiap – tiap sesuatu.Iktikad seperti juga adalah terhasil daripada kias (perbandingan) bahawa kuasa yang ada pada makhluk dapat berta’aluk atas diri mereka sendiri seperti dapat menyakiti diri sendiri dengan umpama membunuh diri.Maka kita katakan bahawa kuasa makhluk tidak dapat dibandingkan dengan kuasa Allah kerana kuasa yang ada pada makhluk itu pada hakikatnya adalah kuasa Allah juga.Hanya disandarkan pada makhluk itu majazi (kiasan) semata – mata.Jadi apabila makhluk itu membunuh diri umpamanya pada hakikatnya kuasa Allahlah yang melakukannya.Hanya disandarkan zahirnya makhluk yang melakukan itu secara majazi jua bukan hakikat.Firman Allah
ﻮﻤﺎ ﺮﻤﻴﺕ ﺇﺫﺍ ﺭﻤﻴﺕ ﻮﻠﻛﻦ ﺍﷲ ﺭﻤﻰ
Ertinya :Bukan engkau yang memanah ketika engkau memanah tetapi (pada hakikatnya) Allahlah yang memanah.
“Ungkapan ketika engkau memanah” adalah sebagai isyarat bahawa zahirnya makhluk itu ada perbuatan dan kudrat.Ungkapan “tetapi (hakikatnya) Allahlah yang memanah” adalah sebagai isyarat bahawa pada hakikatnya perbuatan dan kudrat makhluk itu adalah perbuatan dan kudrat Allah jua.Ini bererti tidak ada satu kudrat pun yang berlaku ke atas alam ini baik yang berhubung dengan perkara yang besar atau kecil melainkan pada hakikatnya semuanya dengan kudrat dan iradat Allah.Hanya sanya disandarkan kepada makhluk yang melakukan sesuatu perbuatan dengan zahir dipandang itu , hanyalah sebagai membolehkan makhluk itu menjadi tempat pertanggungjawapan terhadap hukum syarak di mana makhluk itu mendapat pahala dan dosa daripada perbuatan tersebut.Rasulullah saw bersabda
ﻻ ﺘﺗﺣﺭﻙ ﺫﺭﺓ ﺇﻻ ﺑﺈﺫﻥ ﺍﷲ
Ertinya :Tidak bergerak suatu zarah pun melainkan dengan izin Allah.
Ungkapan “tidak bergerak suatu zarah pun” adalah isyarat bahawa zahirnya makhluk itu ada perbuatan.Ungkapan “dengan izin Allah” adalah isyarat bahawa pada hakikatnya bahawa Allahlah yang menggerakkan perbuatan makhluk.Maksud dari semua itu adalah untuk menerangkan bahawa makhluk hanya ada kudrat pada zahirnya sahaja adapun pada hakikatnya mereka tidak punya suatu kudrat pun dan kudrat yang zahir pada mereka itu hakikatnya adalah kudrat Allah.Oleh itu kesimpulannya perbandingan kuasa Allah disamakan dengan kuasa makhluk adalah hasil dari idea syirik bahawa makhluk itu mempunyai kuasanya sendiri dan bukan dari kuasa Allah.Semoga Allah melindungi kita daripada kepercayaan yang seumpama ini.Amin ya Rabbal alamin.
3)Bahagian ta’aluk sifat kudrat
Bahagian ta’aluk sifat kudrat secara kasarnya terbahagi kepada tiga bahagian :-
i)Ta’aluk soluhi kadim.
Ertinya patut dan layak sejak azali Allah Taala mengadakan mumkin.Pada peringkat ini , mumkin belum ada.Tetapi sekelian mumkin itu tetap dalam ta’aluk kudrat sebagai ta’aluk soluhi yakni patut dan layak bagi kudrat Allah jika hendak mengadakannya nescaya boleh ada.
ii)Ta’aluk tanjizi hadith
Ertinya ta’aluk kudrat Allah ke atas mumkin pada waktu mumkin itu diadakan.Peringkat ini ialah peringkat sampai masa dan ketikanya mumkin itu dijadikan maka berta’aluklah kudrat Allah pada menjadikannya sebagai ta’aluk tanjizi hadith.
iii)Ta’aluk qabdhah.
Ertinya dalam genggaman.Yakni mumkin yang telah dijadikan itu sentiasa di dalam genggaman kudrat Allah samada akan dikekalkan wujudnya atau ditiadakan bergantung kepada ketetapan iradat (kehendak) dan ilmu (pengetahuan Allah).

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. 

Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat. 

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?" 
Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." 
"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?" 

Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." 

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" 
Iblis menjawab, "Lima belas." 

1. Engkau sendiri hai Muhammad. 
2. Imam dan pemimpin yang adil. 
3. Orang kaya yang merendah diri. 
4. Pedagang yang jujur dan amanah. 
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 
9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya. 
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" 
Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :- 

1. Hakim yang tidak adil. 
2. Orang kaya yang sombong. 
3. Pedagang yang khianat. 
4. Orang pemabuk/peminum arak. 
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 
6. Pemilik harta riba'. 
7. Pemakan harta anak yatim. 
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia." 
Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasih Allah s.w.t..