Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, September 7, 2014

Tasybih dan Tanzih

https://hajirikhusyuk.wordpress.com/2011/04/08/tasybih-dan-tanzih/

tag: aqidah , tauhid , usuluddin

Tasybih dan Tanzih
Tanzih adalah kemutlakannya yang tidak terhad dan tidak terbatas, dalam segi ini Dia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat untuk diperkatakan.  Dalam keadaan ini  juga  Dia  adalah dalam bentuk Wujud Yang Mutlak, dan  ada dalam pengetahuan tetapi  tidak dalam manifestasi.
Manakala tasybih  pula Dia zahir [manifest] dalam had dan batasan. Had dan batasan ini juga disebut dengan nama takyun, atau berada dalam keadaan manifestasi zahirnya.
Oleh yang demikian,  Dia berada dalam tasybih di dalam tanzihnya dan  di dalam tazihnya di dalam tasybihnya.  Dan Dia sama ada berada dalam tasybih atau tanzihnya, adalah tidak satu pun yang menyerupainya. [Laisa kamislihi syaiun].
Seterusnya, hakikat Allah adalah Wujudnya, dan wujudnya sebenarnya adalah Dzatnya.
Wujud Mutlak (tanzih) tidak mempunyai bentuk, rupa, had, awal dan akhir. Mestipun begitu Dia menzahirkan (tasybih) dalam pelbagai bentuk dan rupa, walaupun begitu penzahiran ini berlaku tanpa perubahan dalan Dzatnya.
Penzahiran ini dapat dianalogikan begini:  (ini cuma untuk memudahkan pemahaman tetapi keadaan sebenarnya bukanlah begitu),  di malam bulan purnama yang terang, letakkan  pelbagai bekas yang mengisi air di kawasan nan lapang,   maka akan didapati bayangan bulan nan satu kelihatan dalam pelbagai bekas air tersebut,  dan bayangan bulan dalam bekas air itu tidak serupa antara satu dengan yang lain.
Bayang-bayang  bulan  yang terdapat di dalam  bekas air   yang pelbagai itu, adalah juga pelbagai dari segi bentuk rupa dan saiz.
Walaupun begitu banyak bayangan   bulan,   tapi bulan nan satu  tetap tidak ada perubahan dari segi zatnya, bulan  tetap seperti  bulan  yang asalnya (dahulunya).
Dia sekarang tetapi seperti Dia yang dahulunya, dan kebalikannya Dia dahulunya tetap seperti  Dia yang sekarang.
Tiada satu pun yang besertanya, dan tidak satupun yang menyerupainya.
Wassalam.

No comments: