Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Monday, September 22, 2014
JANGAN MARAHKAN WAHHABI!
JANGAN MARAHKAN WAHHABI!
Jangan marahkan Wahhabi,
Kerana mereka telah memilih itu,
Jalan yang mereka sukai dan cintai,
Menegakkan apa yang mereka fikir benar,
Membanteras apa yang mereka fikir sesat,
Biarkan mereka mendakwa diri SALAFI Manhaji,
Kerana mereka fikir merekalah pengamal ajaran Salaf,
Kerana mereka telah memilih jalan itu,
Mereka bertanggungjawab atas pilihan mereka,
Kerana TUHAN itu maha ADIL,
Hambanya diberikan PILIHAN,
Memilih jalan yang mereka kehendaki,
DIA bina jalan jalan untuk dilalui,
Oleh setiap PENCARI KEBENARAN.
Adapun KEBENARAN itu,
Ia halus dan seni,
Hanya didapati dengan hati budi,
Sanad bersambung dari akarnya,
Ia bukan sekadar ditemui dari membaca,
Tulisan itu dicari dari mana datangnya,
Dipelajari dari ahlinya,
Dapat barokah ijazah musalsalnya,
Warisan ilmu Muhammad Khatamunnubuwwah,
Sallallahuailahi wasallam.
Jangan marahkan Wahhabi!
Kerana mereka dihadirkan sebagai ujian,
Penapisan dan pemurnian,
Di mana salah di mana kebenaran,
Bahawa ucapan Nabi SAW itu benar,
Akan datang satu kumpulan tampak lebih Islam,
Hafal berhujjat mengguna Hadis dan Firman,
Tapi kebenaran TUHAN tidak mampu mereka zahirkan,
Bahkan tidak dapat melepasi tenggorokan mereka,
Iman meluncur keluar dari dada,
Seperti panah dilepas dari busurnya....
Marahkan diri mu wahai ASWAJA?
Salahkan diri mu wahai ASWAJA?
Sebab tak mampu menghadapi WAHHABIAH?
Sebab kamu sendiri telah menelan sistem SEKULARISMA?
Menelan sistem kewangan FIAT RIBA?
Membiarkan ajaran Sunnah para Syarif dihina nista?
Membungkus mereka dengan gelaran SYI'AH GHULATIYAH?
Sistem kesultanan dipijak diludah?
Membiarkan diri bergelumang Liberalisma agama?
Tanpa sadar kita membiarkan diri kita...
Dalam kebinasaan dan kezaliman kita sendiri...
Maka itulah masanya,
Dimunculkan WAHHABIAH,
Untuk kita, semua...
Agar kita mencari YANG BENAR,
Menyelamatkan ummah,
Sampai saatnya kebangkitan TIBA,
Kita berada di saf hadapan,
Untuk perang sabilillah,
Mempertahankan AQIDAH,
Ahlisunnah waljamaah (ASWAJA).
http://youtu.be/Gdryze0ODz8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment