Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, March 14, 2015

Apa kelebihan para ulamak berbanding manusia yang jahil lagi tidak berilmu ?


Ustaz, di zaman sekarang ini terdapat individu yang suka menghina dan melekehkan ulamak. Nak tolak ulamak senang je katanya ulamak tak maksum. Secara automatik apa sahaja yang didatangkan oleh ulamak walaupun ikut al Quran dan Sunnah sudah ditolak mentah-mentah. Sudah la tidak diketahui latarbelakang pendidikannya.  Ditambah lagi ade orang yang berilmu ada PhD yang ajar agama tu bukan eksklusif untuk satu-satu golongan sahaja dan dia pun turut sama melekehkan ulamak lain.

Jawapan :

Mula-mula kita jawab pada si fulan yang berkenaan :

Siapakah ulamak ?

Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim bermaksud seseorang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ini berbeza dengan perkataan alim yang beerti orang yang mengetahui akan tetapi belum tentu orang itu mendalami.Perkataan ulama ini telah disebutkan pada beberapa tempat di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. samaada secara langsung ataupun tidak yang menunjukkan bahawa ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. Oleh itu, ulama yang saya maksudkan di sini ialah seseorang pakar yang mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam secara mendalam dengan syarat-syarat tertentu sebagai ulama.


Para ulama ialah mereka yang mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Mereka sentiasa istiqamah dan melazimi ilmu-ilmu yang mereka perolehi itu dengan ikhlas yang diajarkan kepada mereka bersumberkan dari Rasulullah S.A.W. Agama Islam telah mengiktiraf ulama sebagai pewaris para nabi sepertimana yang terdapat di dalam sebuah hadis:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.
(Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Apakah kelebihan ulamak berbanding orang yang jahil dan bodoh ? 

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Apakah perintah Allah kepada orang yang jahil ? Adakah boleh terus merujuk kepada al Quran dan Sunnah dengan kejahilan serta kebodohan? 

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.
Sedarkan balik pada mereka yang perasan diri dah seperti ulamak boleh terus rujuk al Quran dan Sunnah. Tetapi bahasa Arab pun masih tidak lepas. Itu belum disuruh i'rob satu persatu kalimah dalam ayat al Quran. Mampu atau tidak ? Itu belum lagi bila diterangkan bahawa ada ayat al Quran yang berbentuk umum dan khas. Atau yang sudah dimansukhkan. Semuanya ini memerlukan kepakaran. Bukan diberi pada orang yang jahil dan bodoh.

Orang yang paling takut pada Allah adalah para Ulamak :


Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.
(Surah Faathir: Ayat 28).


Apakah kredibiliti seorang ulamak dalam mengeluarkan fatwa ? Bolehkan orang yang bodoh mengeluarkan fatwa ? 

Peringatan dari Allah :

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.
(Surah al-Aaraf: Ayat 33).

Peringatan Dari Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam :



Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihat hadith Rasulullah memberi peringatan mengenai orang yang jahil tanpa dasar ilmu, pastinya sesat lagi menyesatkan ! 

Apa nak buat kalau jumpa dengan 'ustaz-ustazah' atau yang ada PhD tapi mengajar manusia menghina ulamak ? 


Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata:


"Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya:

"Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan:

"Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata:

"Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT". 

Fudhail ibn 'Iyadh berkata:

"Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a:

"Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi:

"Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.
"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Jauhi orang yang ada 'ustaz-ustazah' atau yang punya PhD sekalipun yang memang suka menghina, melekehkan ulamak muktabar kerana : 

Berkata sebahagian ulama:

"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Takkan kita tidak pelik jika orang berkenaan ada ilmu tinggi cakap tentang al Quran dan Hadith. Namun ia sendiri gagal menghayati akhlaq mulia dari Rasulullah, para sahabat, para salafussoleh sendiri ? ..


Dan jawapan kepada si jahil tersebut. Mengapa ikut ulamak jika ia boleh tersalah atau betul ?. Jawapannya  : Allah pun meminta kita bertanya kepada yang ahli, bukan bertanya dan merujuk kepada yang jahil. Tentulah mendapat pahala kerana mengikut perintahnya.  Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (mujtahid/ulama) jika kamu tidak mengetahui. (QS. An-Nahl: 43) Ijtihad ulamak jika salah ia dapat 1 pahala, dan jika ia benar ia juga akan mendapat 2 pahala.

No comments: