Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, March 11, 2015

fakta alquran

Apakah maksud Al-Quran?
Al-Quran adalah Kalamullah, diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat melalui Malaikat Jibril A.S. dalam bahasa Arab sebagai panduan kepada manusia. Ia ditulis pada Mashaf dan dikira ibadah apabila membacanya. Dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan Surah An-Naas serta disampaikan kepada kita secara Mutawatir

Apakah bacaan Qiraat yang diamalkan oleh kebanyakan umat Islam sedunia termasuk Malaysia?
Qiraat riwayat Hafs An A’sim

Apakah surah terpanjang dan terpendek dalam Al-Quran?
Surah terpanjang ialah Surah Al-Baqarah manakala surah terpendek ialah Surah Al-Kauthar.

Apakah ayat yang terpanjang dalam Al-Quran?
Ayat yang terpanjang dikenali sebagai ‘ayat hutang’ iaitu ayat 282 Surah Al-Baqarah.

Berapa banyakkah jumlah Surah Makkiyyah dalam Al-Quran?
Jumlahnya ialah sebanyak 86 Surah.


No comments: