Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, March 14, 2015

Kelebihan Ilmu

Kelebihan Ilmu

http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2014/10/kelebihan-ilmu-dan-menuntut-ilmu.html

Daripada al-Quran

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ 

Terjemahan :

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Mujadalah ayat 11)

Kata Saidina Abdullah Bin Abbas Radiallahu ‘anhuma :

“Kelebihan darjat ulama berbanding darjat seorang mukmin adalah 700 darjat dan di antara satu-satu darjat tersebut jaraknya lebih kurang 500 tahun perjalanan.”


قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِي ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ

Terjemahan :

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Surah Az-Zumar ayat 9)


إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 

Terjemahan :

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

(Surah Al-Fatir ayat 28) 


وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِۖ وَمَا يَعۡقِلُهَآ إِلَّا ٱلۡعَٰلِمُونَ 

Terjemahan :

Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.

(Surah Al-Ankabut ayat 43)

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ 

Terjemahan :

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Ali Imran ayat 11)

Daripada hadis Nabi S.A.W

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ

Terjemahan :

“Ulama adalah pewaris para nabi”

Hadis riwayat Ahmad 5/196, Ad-Darimi (349), Abu Daud (3641), At-Termizi (2682), Ibnu Majah (223), At-Tahawi dalam Musykil al-Athar (982), Ibnu Hibban (88) dan At-Thabarani dalam Musnad Asy-Shamain (123).

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أفضل النَّاس الْمُؤمن الْعَالم الَّذِي إِن احْتِيجَ إِلَيْهِ نَفَعَ وَإِن اسْتُغْنِيَ عَنْهُ أَغْنَى نَفْسَهُ

Terjemahan :

“Sebaik-baik manusia ialah seorang mukmin yang alim yang jika orang berkehendak kepadanya maka dia akan memberi manfaat kepada mereka dan jika mereka membiarkannya maka dia tidak berhajat kepada mereka.”

Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ib al-Iman secara mauquf kepada Abu Darda’ dengan sanad yang daif dan aku berpendapat sanad hadis ini tidak bersambung.

الإِيمَانُ عُرْيَانٌ وَلِبَاسُهُ التَّقْوَى وَزِينَتُهُ الْحَيَاءُ وَثَمَرَتُهُ الْعِلْمُ
Terjemahan :

“Iman itu kosong (telanjang), pakaiannya takwa, perhiasannya malu dan buahnya (hasilnya) ilmu.”

Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dalam Tarikh Naisabur daripada Abu Darda’ dengan sanad yang daif.

أَقْرَبُ النَّاسِ مِنْ دَرَجَةِ النُّبُوَةِ أَهْلُ العِلْمِ وأَهْلُ الجِهَادِ أَمَّا أَهْلُ الْعِلْمِ فَدَلُّوا النَّاسَ عَلَي مَاجَاءَتْ بِهِ الرُسُلُ وَأَمَّا أَهْلُ 

الجِهَادِ فَجَاهَدُوا عَلَى مَاجَاءَتْ بِهِ الْرُسُلُ

Terjemahan :

“Manusia yang paling dekat darjatnya dengan darjat kenabian adalah orang yang berilmu dan orang yang berjihad. Dan adapun orang yang mempunyai ilmu, mereka menunjukkan kepada manusia agama yang dibawa oleh para rasul. Dan adapun orang yang berjihad, mereka berjihad untuk apa yang di bawa oleh para rasul.”

Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam Fadl al-‘Alim Al-‘Afif daripada Ibnu ‘Abbas dengan sanad yang daif.

الْعَالِمُ أَمِينُ اللهِ فِي الأَرْضِ

Terjemahan :

“Orang yang alim itu adalah orang yang dipercayai oleh Allah di bumi.”

Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan Al-‘Ilm Wa Fadluhu (251) daripada hadis Muaz bin Jabal dengan sanad yang daif.

يَشْفَعُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَةٌ: الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الْعُلَمَاءُ، ثُمَّ الشُّهَدَاءُ
Terjemahan :

“Orang yang dapat memberi manfaat pada hari kiamat ada tiga :  Para anbiya’ kemudian para ulama, kemudian para syuhada’.”

Hadis riwayat Ibnu Majah (4313), al-Bazzar (372), al-‘Uqaili dalam ad-Du’afa’ 3/367, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil 5/1901, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 11/177, Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm wa Fadluhu (152).

Berkata al-Iraqi : Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada hadis Uthman bin Affan dengan sanad yang daif.


يَسْتَغْفِرُ لِلْعَالِمِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Terjemahan :

Seluruh makhluk yang berada di langit dan bumi meminta ampun bagi orang alim. 

Hadis riwayat Ahmad 5/196, Ad-Darimi (349), Abu Daud (3641), At-Termizi (2682), Ibnu Majah (223), At-Tahawi dalam Musykil al-Athar (982), Ibnu Hibban (88) dan At-Thabarani dalam Musnad Asy-Shamain (123).

 مِنْ تَفَقَّهَ فِي دِينِ اللَّهِ كَفَاهُ اللَّهُ هَمَّهُ وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ

Terjemahan :

"Sesiapa yang menuntut ilmu agama nescaya akan dicukupkan oleh Allah cita-citanya dan akan diberi rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

Hadis riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 4/51, Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu 1/45, al-Hakim dalam Tarikh Naisabur sebagaimana yang dikatan oleh az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal 1/141.

Kata al-Iraqi : Hadis ini diriwayatkan oleh al-Khatib dalam at-Tarikh daripada hadis Abdullah bin Juz’I az-Zabidi dengan sanad yang daif.

فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَى رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِي

Terjemahan :

“Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid adalah seperti kelebihanku atas serendah-rendah orang daripada kalangan sahabatku.”

Hadis riwayat at-Termizi (2685), at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir (7911) dan (7912), Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu 1/38.

Kata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh at-Termizi daripada hadis Abi Umamah dan at-Termizi berkata hadis ini Hasan Sahih.

فَضْلُ الْمُؤْمِنِ الْعَالِمِ عَلَى الْمُؤْمِنِ الْعَابِدِ، بِسَبْعِينَ درَجَةً

Terjemahan :

“Kelebihan orang yang mukmin yang alim atas orang mukmin yang abid 70 darjat.”

Berkata al-Iraqi : Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu ‘Adi daripada Abu Hurairah dengan sanad yang daif dan Abu Ya’la daripada hadis Abdul Barr bin ‘Auf.


بَيْنَ الْعَالِمِ وَالْعَابِدِ مِائَةُ دَرَجَةٍ بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ حَضَرُ الْجَوَادِ الْمُضْمَرِ سَبْعِينَ سَنَةً

Terjemahan :

“Antara orang yang alim dan orang yang abid seratus darjat, antara setiap dua darjat (jarak) perjalanan kuda yang sangat pantas sekira-kira 70 tahun.”

Hadis riwayat Ibn Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (129), ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus (2161) dan Abu Ya’la dalam Musnad (856).

Berkata al-Iraqi : Diriwayatkan oleh al-Asbahani dalam at-Targhib wa at-Tarhib daripada hadis Ibn Umar daripada ayahnya dengan sanad yang daif dan diriwayatkan oleh penulis kitab Musnad al-Firdaus daripda hadis Abu Hurairah.

يَبْعَثُ اللهُ الْعِبَادَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثمَّ يبْعَثُ الْعُلَمَاءَ ثمَّ يَقُولُ: يَا مَعْشَرَ الْعُلَمَاءِ، إِنِّي لَمْ أَضَعْ عِلْمِي فِيكُمْ إِلَّا لِعِلْمِي بِكُمْ وَلَمْ أَضَعْ عِلْمِي فِيكُمْ لأُعَذِّبُكُمْ، اِذْهَبُوا فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ

Terjemahan :

“Allah membangkitkan orang yang abid pada hari kiamat, kemudian Allah membangkitkan para ulama. Kemudian Allah berfirman : Wahai para ulama’, tidak aku berikan ilmuku kepada kamu melainkan dengan pengetahuanku akan kamu dan tidak aku berikan ilmuku kepada kamu untuk mengazabmu. Pergilah kamu (ke dalam syurga) sesungguhnya aku telah memaafkan kamu.”

Hadis riwayat at-Thabarani dalam Mu’jam al-Ausath (4264).

Kata al-Iraqi : Hadis ini diriwayatkan oleh at-Thabarani daripada hadis Abu Musa al-Asy’ari dengan sanad yang daif.

قِيلَ لَهُ يَا رَسُول الله أَي الْأَعْمَال أَفْضَل فَقَالَ الْعلم بِاللَّه عز وَجل، فَقيل: أَي الْعلم تُرِيدُ؟ قَالَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسلم: الْعلم بِاللَّه سُبْحَانَهُ، فَقيل لَهُ: نسْأَل عَن الْعَمَل وتجيب عَن الْعلم! فَقَالَ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسلم: إِن قَلِيل الْعَمَل ينفع مَعَ الْعلم بِاللَّه، وَإِن كثير الْعَمَل لَا ينفع مَعَ الْجَهْل بِاللَّه

Terjemahan :

“Seorang sahabat nabi s.a.w berjumpa dengan baginda lalu berkata : Wahai Rasulullah, apakah sebaik-baik amalan? Sabda baginda : Ilmu mengenal Allah Azza Wajalla. Maka sahabat tersebut berkata : Ilmu apa yang engkau mahu? Kata Rasulullah s.a.w : Ilmu mengenal Allah s.w.t. Kata sahabat tersebut : Kami bertanya dari segi amalan, engkau menjawab dari segi ilmu. Maka berkata Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya sedikit amalan dengan mengenal Allah itu lebih bermanfaat dan banyak amalan dengan tidak mengenal Allah tidak memberi manfaat.”

Hadis riwayat Ibn Abdil Barr dalam Bayan al-‘Ilm Wa Fadluhu (214).

Kata al-Iraqi : Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abdil Barr daripada hadis Anas bin Malik dengan sanad yang daif.

Dipetik daripada kitab Sair as-Salikin illa Ibadah Rabb al-'Alamin oleh Syeikh Abdul Samad al-Falimbani Rahimahullah.


http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2014/10/kelebihan-ilmu-dan-menuntut-ilmu.html

No comments: