Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, June 21, 2015

Wahai kaum muslimin! Saya adalah Abu Hassan Ash'ari

Wahai kaum muslimin! Saya adalah Abu Hassan Ash'ari. Barangsiapa yang belum mengenali saya, maka saya perkenalkan diri saya ini. Bahawa sayalah yang dahulu pernah mengatakn bahawa Al Qur'an itu makhluk,baharu, bukan qadim.

Bahawa Allah tidak melihat dengan basar ( mata dan bahawa Allah tidak dapat dilihat di syurga dan bahawa perbuatan yang jahat itu say sendirilah yang melakukan bukan atas Qada dan Qadar Allah.

Ketahuilah wahai kaum muslimin bahawa saya sekarang dari kemurtadan Mu'tazilah itu dan saya sekarang menentang fahaman Mu'tazilah tentang kekeliruan pendirianya itu.

Wahai kaum muslimin yang hadir di sini, ketahuilah bahawa saya pernag menyindiri dari orang ramai kerana saya betul-betul menyelidik dari orang ramai kerana saya betul-betul menyelidik, mempelajari semua pertentangan pendapat dari berbagai golongan berserta alasan-alasanya.

Sekarang ini Allah telah memberi petunjuk kepada saya berpegang teguh terhadap pendirianku ini sehingga telah saya tulis semua pendirian itu dalam sebuah risalah yang berjudul "al ibanah" Saya telah membuang fahaman mu'tazilah sebagai man say telah menangalkan baju saya ini." Kemudian beliau membuka bajunya dan diletakkannya diatas mimbar.

"Ketahuilah setelah itu wahai kaum muslimin bahawa kaum muslimin bahawa kaum Mu'tazilah dan ahli al qadr adalah kaum yang meletakkan pendirian mereka menurut hawa nafsunya sendiri sendiri . mereka bertaqlid kepada para pemimpinnya yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Mereka menakwilkan ayat-ayat Al Quran menurut fahamanya sendiri dan fikiranya sendiri, dengan tidak memerhatikan maksud-maksud tuhan dikala menurunkan ayat-ayat yang diturunkan itu dan tidak pula memerintahkan dan mengambil apa yang pernah didengar olwh orang-orang salaf.

Oleh kerana itu dalam mentafsirkan Al Quran mereka selalu menyalahi riwayat para sahabat yang mutawatir dan mereka hanya menurut sahaja berita-berita yang biasa mereka tangkap dari sesiapa.

Mereka beryakinan berkeyakinan adanya syafaat rasulullah dan menolak cerita-cerita golongan salaf dan penegasannya tentang persoalan tersebut.Mereka juga menolak berita bahawa ada azab kubur dan kaum kafir mendapat azab yang pedih di alam kubur kerana kekufurannya menurut ijma sahabat dan tabi'in dan terutama hadith rasulullah s.a.w.

Mereka berkeyakinan bahawa Al-Qur'an itu bukan kalam Allah tetapi ucapan manusia biasa, seperti pendapat kaum musyrikin yang telah disebut dalam Al-Qur'an tetapi ucapan manusia biasa, seperti pendapat kaum musyrikin yang telah disebut dalam Al-Qur'an itu sendir dengan ayat yang berbunyi: "Bahawa ini (Al-Qur'an) tidak lain daripada perkataan manusia biasa".

"Wahai kaum muslimin, orang-orang Mutazilah mengatakan bahawa manusia itu dapat menciptakan perbuatan sendiri, tidak dengan Qada dan qadar sebagaimana dengan pendirian kaum jahmiyah dan majusi.

Selanjutnya mereka bahawa berpendiran bahawa kadangkala Allah berkehendakkan tetapi tidak terjadi, dan kadangkala terjadi sesuatu tetapi tidk atas kehendak Allah. Ini menyalahi keyakinan kaum muslimin pada umumnya yang sesuai dengan ayat-ayat Al-Qur'an bahawa apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang brpendapat demikian dan demikian,itulah orang-orang majusi dari ummatku", kerana mereka itu berpendirian sependapat pendirian orang majusi.

Petikan dari buku Prof Doktor H. Abu Bakar Acheh "ahli al sunnah al jamaah"

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204546088312822

No comments: