Lafaz-lafaz Umum- Pembahasan Usul fiqh
Assalamualaikum wrbth,
Bismillah, wassholatu wassalamu a'la Rasulillah
Amma Ba'du
Di sini akan saya sampaikan sebuah lagi bahas ringkas mudah2an dapat mengangkat sedikit hijab yg menyeliputi masalah yg sedang dimuzakarahkan ini...
SIGHAH UMUM
Sebelum kita masuk kedalam mabhas ini, ada baiknya kita muzakarah sedikit apa yg kita pelajari dahulu tentang ta’reef Umum dalam istilah ulama usul :
Berkata Imam ibnu Najjar syarih kitab Kaukabul Munir : “ lafzun daalun a’la jamie’ ajzaai mahiyati madlulihi “ ( 3/101)
Ia dita’reef oleh Imam Sama’any Syafiey ( 426-489H ) dgn kata2nya : “ i’lam annal kalaamal a’am huwa : kalamun mustagriqun lijamie’ ma yasluhu lahu . “ ( Qawathie Adillah fii Usulil Fiqh : 1/282 )
Dari sekali imbas ta’reef2 ini termasuk asmaa a’dad, seperti miah, alf dan seterusnya, dari itu ada ulama menambahkan qayd selepasnya dgn jumlah “ bilaa hasr “.
Maka takreef yg mukhtar adalah : “ kalamun mustagriqun lijamie’ afraadihi bilaa hasr “ ( Al-Usul min i’lmil Usul : m/s29 oleh Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ).
Maka terkeluar dgn “ kalamun mustagriqun lijamie’ afraadihi “ :
1. maa laa yatanawalu illa wahidan kal a’lam seperti Muhammad,
2. juga nakirah fii siyaqil itsbat seperti firman Taa’la : { Fatahriiru raqabatan } kerana ia tidak syumul kepada setiap afradnya, tetapi hanya kepada satu dgn tanpa ta’yeen.
Dan terkeluar dgn “ bilaa hasr “ :
Seperti yg disebutkan tadi, kata2 bilangan ( Asmaaul A’dad ) : seperti seratus, seribu ... kerana apabila dikatakan seribu : masuk dalamnya semua perkara tetapi berhenti kepada had tertentu iaitu seribu.
Adapun u’mum mestilah syumul kepada setiap afradnya dengan tanpa had.
Setelah selesai dari fasl ini, para ulama berselisihan apakah Umum itu ada sighahnya tersendiri. Dan masalah ini terdapat beberapa pendapat yg terpentingnya :
1. Umum itu ada sighahnya
2. tidak ada atau tawaqquf sehingga datang dalil yg menunujukkannya a’m
Tanpa memanjangkan pembahasan, yg rajih adalah yg pertama sebagaimana yg dipilih oleh jumhur ulama. Mereka ini termasuk aimmah arbaah, Zohiriyyah dan a’mmatul mutakallimin dan mereka ini dinamakan “ Arbaabul Umum “.
Dan saya yakin tidak ada khilaf dalam masalah ini diantara kita para asatizah insya Allah.
Sebagai review yg cepat, Arbaabul umum berhujjah akan adanya sighah untuk u’mum dgn :
1. Kata2 seorang : “ Laa tadhrib ahadan “
2. “ kullu man qaala kadza, faqul lahu kadza .” dan kedua ini secara qathiey
3. Apa yg dikeluarkan Bukhary & Muslim : “ ...qaluu : falhumur ya Rasulallah ? Qaala : maa unzila a’layya fiiha syaiun illa hadzihil ayah al-Jamiah al-fadzzah : { Faman ya’mal mithqaala dzarratin khairan yarah, wa man ya’mal mithqaala dzarratin syarran yarah } ”
4. { wa naada nuuhun rabbahu faqaala rabbi inna ibni min ahly wa inna wa’dakal haqq ... } Dan Allah telah mengiqrarkan beliau akannya dan menerangkan mani’nya iaitu : { Innahu laysa min ahlika innahu a’malun ghairu solih }
5. Istidlal sahabat dan aimmah akan had semua pencuri dan penzina dgn firman Allah : {was Sariqu was Sariqatu faqtha’uu ayidahuma } dan { waz Zaniyatu waz zany fajliduu kulla wahidin minhuma ... } ( Risalah m/s 67 )
6. Nabi Ibrahim a.s apabila mendengar malaikat berkata : { Innaa muhlikuu ahli hadzihil qaryah ... } faham darinya adalah umum lalu takut akan kebinasaan Nabi Lut a.s : { qaala inna fiiha Luutan } [ Ankabut : 31-32 ] Maka Ibrahim a.s tidak tenang hatinya hinggalah Malaikat berkata : { Nahnu a’lamu biman fiiha, lanunajjiyannahu wa ahlahu ... }
7. Dan lain2 lagi yang digunakan oleh mereka yg merupakan dalail mu’tamadah dan barahin zohirah.( Syarh Kaukabul Munir dan al-Qawathie )
APAKAH SIGHAH UMUM ?
Sekarang tibalah kita kemaksud bahas ini, iaitu apakah sighah yg dikatakan ulama ianya adalah sighah umum.
1. Ism syart “ man “, “ aynama ” { Man a’mila solihan falinafsih wa man asaa fa’alaiha } {Faaynama tuwallu fatsamma wajhu Allah }. { Ma yaftahillahu linnasi min rahmatin fala mumsika laha ... }
2. Ism istifham : { Fa man ya’tiikum bi maain ma’in } { maadza ajabtumul mursaleen } {faayna tazhabuun }
3. asma mausulah : { Ma indallahi khairun lil abrar } { waladzina jaahaduu fiina lanahdiyannahum subulana } { inna fii dzalika laibratan liman yakhsya }
4. Ayna, anna, haitsu lilmakan : { wahuwa ma’akum aynama kuntum }
5. Nakirah
fii siyaqin Nafi : { Wa ma min ilahin illa Allah }
aw nahy : { wa laa tusyrikuu bihi Syaian }
aw syart : { In tubduu syaian aw tukhfuuhu fainnallah kana bikulli syain aleema }
aw istifham inkary : { Man ilahun ghairu Allah ya’tikum bidhiyaa }
6. al-Mua’rraf bilidhafah mufradan kana am majmua’n : { Fadzkuruu ni’mata Allah a’laikum } { wadzkuruu aalaa’a Allahi }
7. al-mua’rraf bi ‘al ‘ alistighraqiyyah mufradan kana am majmua’n : { wa khuliqal insaanudhaifa } { wa idza balaghal atfaalu minkumul huluma }
8. Maa dalla a’lal umum bi maadatihi : kulllu, ayyu, jamiie, kaffah, qaatibah, ammah : { kullu nafsin zaiqatul maut } (( kullun naasi yaghdu, fabaiu’ nafsahu famu’tiquha aw muubiquha )) ( Muslim : 223 ) (( Ayyuma imratin nakahat nafsaha … ))
9. dan lain2 lagi.
LAFAZ KULLU
Hampir semua ulama usul memasukkan “ kullu “ dalam senarai sigah umum, seperti al-Ghazaly di Mustasfaa, Sama’any dlm Qawathie Adillah, Ibnu Najjar dlm Syarh Kaukabul Munir, al-Amidy dlm Ihkamnya, Sarkhasy dlm Usulnya, al-Bajy al-Maliky dlm Ihkamul Usulnya dll.
Ada diantara mereka mengatakan lafaz “ kullu “ adalah sighah umum yg terkuat. Berkata Ibnu Najjar rhm : “ wa min siyagihi aydhan “ kullun “ wa hiya aqwa siyagihi. “
Kemudian beliau meneruskan dlm menjelaskan makna2 kullu apabila di idhofahkan :
- “ wa minha idza udhiifat ila nakirah fahiya lisyumuli afradihi, nahwa qaulihi Ta’ala : { Kullu nafsin dzaaiqatul maut }
- wa minha idzaa udhifaat lima’rifah, wa hiya jamun aw ma fii ma’naahu, fahiya listighraaqi afraadihi aydhaan, nahw : “ KULLUR RIJAL “ wa “ KULLUN NISAA “ ...
- wa minha : idza udhiifat lima’rifatin mufrad, fahiya listighraaqi ajzaaihi aydhan, nahw : “ KULLUL JARIYAH HASANUN “, aw “ KULLU ZAIDIN JAMEELUN “
idza ulima dzalika, famadatuhu taqtadhy istighraq wa syumuul, kal Ikleel, li ihatatihi bir ra’s, wal kalaalah li ihaatatiha bilwaalid wal walad, falihadza kanat asraha siyaghil u’mum lisyumulihal aaqil wa ghairihi, almuzakkar wal muannats, almufrad wal mutsanna wal jama’, wa sawaaun baqiyat a’la idhofatiha kama matssalna, aw hudzifal mudhof ilaihi, nahwa qaulihi Ta’ala : { kullun aamana billah }.
Qalal Qadhy A’bdul Wahhab : ‘ Laysa fii kalaamil arab kalimatan aa’mm minha tufiidul umum, mubtadatan wa taabiatan litakiidil A’m, nahwa : ‘ Ja al qaumu kulluhum ‘ “
HUKUM UMUM
Wajib beramal dengan umum yg berlafaz a’m sehinggalah tsabit takhsisnya, kerana beramal dgn nusus Kitab dan Sunnah wajib menurut dalalahnya sehingga ada dalil yg qaim menunjukkan sebaliknya. Maka dari sini perlulah kita mengetahui apakah dia yg disebutkan ulama sebagai mukhassis.
Secara kesimpulannya, dalil2 yg mengkhususkan lafaz umum adalah :
1. al-Hiss ( panca indera ) seperti : “ tudammiru kulla syaiin biamri rabbiha “ maka ia adalah umum bagi semua benda tetapi dikhaskan oleh hiss, maka hisslah yg mengeluarkan langit, bumi gunung2ganang dll.
2. aqal { Allahu khaliqu kulli Syai } Ia adalah umum secara asal tetapi aqal mengeluarkan al-Khaliq azza wa jalla sendiri dari umumnya juga sifat2Nya, termasuklah Kalam Allah, iaitu al-Quran.
3. Ijma'
4. Dalil lain dari kitab dan sunnah dan qiyas.
Adapun jika tidak ada qarinah atau dalil yg mu’tabar, ia tetap dlm keadaan umumnya dan percubaan mentakweelkannya ditolak. Seperti : { Wa huwa bikulli syain aleem } maka golongan Mu’tazilah mengatakan ia bukan umum kerana ilmu itu mesti ada mahalnya ( ma’luumnya ) maka sebelum sesuatu itu wujud Allah tidak mengetahuinya, Ta’ala Allah a’mma yaquluuna U’luwwan Kabeera.
KESIMPULAN
Umum ada sighahnya dalam bahasa Arab dan sekaligus dlm syara’, maka setiap lafaz/sighah yang diletakkan untuk wadh’ umum dari segi lughah kekal demikian secara asal, maka boleh kita katakan bahawa semua sighah ini bermakna umum pada asalnya, dan tidak boleh ditakweel dengan takhsees melainkan dengan dalil atau qarinah. Jika benar tsabit dalil itu barulah ditinggalkan makna umum dan yg ini diistilahkan sebagai a’mul makhsus. Dan inilah sepatutntya bukan seperti yg disangkakan oleh sebahgian org bahawa asal lafaz2 ini adalah a’m atau a’mul makhsus melainkan ada dalil yg menunjukkan ia adalah a’m mutlaq, dan ini adalah iktiqad yg terbalik yg wajib ditasheehkan.
Sekian
wa akhiru da'waana anil hamdulillahi rabbil alameen
Wassalamualaikum...
**********
001 - Adakah perkataan kullu bid’atin dholalah tidak semuanya sesat? Adakah perkataan kullu bid’atin dholalah tidak semuanya sesat? Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ “Setiap yang bid’ah itu sesat” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (Shahih Muslim no. 1435), Imam an-Nasaie (Sunnan an-Nasaie no. 1560), Imam Abu Daud (Sunnan Abu Daud no. 3991) dan Imam Ahmad (al-Musnad no. 13815) Dalam hal ini, Imam asy-Syathibi mengatakan berkaitan dengan perkataan kullu : “Menurut ulama, hadis ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apapun darinya. Pada bid’ah (di hadis ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid’ah) yang baik. (al-Fatawa oleh Imam Asy-Syathibi ms. 180 dan Ilmul Ushul Bida’ ms. 91 oleh Syaikh Ali Hasan) Antara perkataan para ulama yang menyebutkan berkaitan dengan istilah kullu : Di dalam kitab Aunul Ma’bud : "seperi mana sabda Nabi “kullu bid’atin dholalah” ia adalah jawami’ul kalim (termasuk satu perkataan yang ringkas mencakupi seluruhnya -pent) tidak ada satupun (yakni bid’ah) yang terkeluar darinya. "(aunul Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud hadis no. 3991) Di dalam kitab ini juga pengarang kitab telah menyebutkan bahawa “setiap bid’ah” yang dimaksudkan adalah bid’ah dari segi syariat bukan dari segi bahasa, kerana sabda Nabi ini memaksudkan kepada bid’ah dari segi syarie sebagaimana yang beliau nukilkan dari perkataan Imam Ibnu Rajab. (InsyaAllah akan datang perbahasan mengenai pembahagian bid’ah dari segi bahasa dan syarie) Syubhat-syubhat Jika ada sebahagian manusia yang mengatakan perkataan kulllu tidak mencakupi semua sebagaimana firman Allah -كُلٌّ لَهُ قَانِتُونَ- semua tunduk kepada-Nya (QS. al-Baqarah 2:116). Mereka mengatakan : ayat ini menyatakan semua tunduk sujud kepada Allah, namun orang-orang kafir tidak tunduk sujud kepada Allah, jadi perkataan kullu tidak bermakna semua. Jawapan : Baik, mengenai hal ini, Ibnu Katsir telah menjelaskannya di dalam kitab Tafsirnya, katanya : Ibnu Abi Nujaih meriwayatkan dari Mujahid, ayat –seperti di atas- iaitu “Taatnya orang kafir ialah dengan sujudnya bayangannya, sedangkan orang kafir itu sendiri tidak mau sujud”. Kemudian beliau mengatakan : Dan hal ini (sujud) terbahagi kepada dua, Syar’ie dan Qadari (berdasarkan sunnatullah). Sebagaimana firman-Nya وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَظِلالُهُمْ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri atau pun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. (QS. ar-Ra’du 13:15) Jadi tafsiran mereka (ahlu bid’ah) tertolak jika mereka mengatakan kullu bererti tidak semua. Bagaimana agaknya tafsiran mereka apabila melihat firman Allah : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (QS. ali-Imran 3:185) Adakah setiap (kullu) dalam ayat di atas tidak mencakupi semua/segala sesuatu? Jika demikian ini bermakna bahawa ada juga makhluk yang bernyawa yang tidak akan mati!!!?? Jelasnya ini tafsiran yang menyimpang. Allahu a’lam Rujukan : 1)Tafsir Ibnu Katsir terjemahan Pustaka Imam Syafi’e, arab (maktabah Syamilah) 2)Al-I’tisham Imam Syathibi terjemahan Pustaka Azam 3)Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ust Rasul Dahri terbitan Jahabersa 4)Sunnan Abu Daud, Shahih Muslim, Musnad Imam Ahmad, Sunnan An-Nasaie (Maktabah Syamilah) 5)Aunul Ma’bud (Maktabah Syamilah) .
***
***
Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Ushul al-Fiqh
al-Syaikh Muhammad bin Shalih al-'Utsaimin
|
7- Al-‘Am (Umum)
Definisi
Dari sudut Bahasa Arab al-‘Am ialah yang merangkumi. Dari sudut istilah al-'Am ialah:
Lafaz yang merangkumi seluruh individunya tanpa had tertentu.
Contohnya ialah firman Allah Ta'ala (al-Infitar 82:13) - Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam syurga yang penuh kenikmatan.
Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut:
Bentuk-bentuk lafaz yang membawa erti umum
Lafaz yang memang menunjukkan keumuman seperti kullu (semua), jami‘ (seluruh), kaffah(semua), qatibah (semua) dan 'ammah (semua). Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Qamar 54:49) - Maksudnya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.
Asma' al-syart (kata nama syarat). Contohnya firman Allah Ta'ala (Fussilat 41:46) - Maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri.
Asma' al-istifham (kata nama pertanyaan). Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Mulk 67:30) - Maksudnya: Maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Qasas 28:65) - Maksudnya: Apakah jawapanmu kepada para rasul?
Dan firman Allah Ta'ala (al-Takwir 81:26) - Maksudnya: Maka ke manakah kamu akan pergi?
Ism al-maushul (kata nama sambungan). Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Zumar 39:33) - Maksudnya: Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Ankabut 29:69) - Maksudnya: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Nazi‘at 79:26) - Maksudnya: Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya).
Dan firman Allah Ta'ala (Ali Imran 3:109) - Maksudnya: Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan di bumi.
al-Nakirah fi siyaq al-nafy aw al-nahy aw al-syart aw al-istifham al-inkari (kata nama tidak tertentu dalam konteks negatif, larangan, syarat atau pertanyaan sanggahan). Contohnya (Ali Imran 3:62) - Maksudnya: Dan tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Nisa 4:36) - Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Ahzab 33:54) - Maksudnya: Jika kamu menzahirkan sesuatu atau menyembunyikannya maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Qasas 28:71) - Maksudnya: Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu.
Al-Mu'arraf bi al-idhafah mufradan aw majmu'an (kata nama yang menjadi khas disebabkan sandaran samada satu atau jamak/plural.) Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Maidah 5:7) - Maksudnya: Dan ingatlah kurniaan Allah kepadamu.
Dan firman Allah Ta'ala (al-A‘raf 7:69) - Maksudnya: Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah.
Al-Mu'arraf bi Al al-istighraqiyyah mufradan aw majmu'an (kata nama yang menjadi khas kerana bersambung dengan alif lam yang membawa maksud menyeluruh samada satu atau jamak/plural.) Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Nisa 4:28) - Maksudnya: Dan manusia dijadikan bersifat lemah.
Dan firman Allah Ta'ala (al-Nur 24:59) - Maksudnya: Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin.
Kata nama yang bersambung dengan alif lam yang membawa maksud sesuatu yang tertentu dalam fikiran, hukumnya bergantung kepada perkara itu. Sekiranya perkara itu umum, kata nama itu menjadi umum.
Contohnya firman Allah Ta'ala (al-Hijr 15:30) - Maksudnya: Maka bersujudlah para Malaikat itu semuanya bersama-sama.
Sekiranya perkara itu khusus, kata nama itu menjadi khusus. Contohnya firman AllahTa'ala (al-Muzzammil 73:15-16) - Maksudnya: Sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang rasul kepada Fir'aun maka Fir'aun menderhakai rasul itu, lalu Kami seksa dia dengan seksaan yang berat.
Kata nama yang bersambung dengan alif lam yang membawa maksud penerangan kaum/jenis, ianya tidak merangkumi semua individunya. Contohnya:
( الرجل خير من المرأة / الرجال خير من النساء )
Maksudnya: Lelaki lebih baik daripada perempuan / Golongan lelaki lebih baik daripada golongan perempuan.
Perkara yang dimaksudkan dalam kenyataan ini ialah kaum lelaki lebih baik daripada kaum wanita walaupun ada sesetengah wanita yang lebih baik daripada sesetengah lelaki dan bukannya semua lelaki lebih baik daripada semua wanita.
Beramal dengan al-'Am (Umum)
Wajib beramal dengan keumuman lafaz al-'Am sehinggalah sabit pengkhususannya. Ini kerana nas-nas al-Quran dan al-Sunnah wajib diamalkan berdasarkan tuntutannya sehinggalah ada dalil lain yang menyalahinya.
Sekiranya terdapat dalil umum berkenaan sabab (punca) yang khusus, wajib beramal dengan keumuman dalil umum itu. Ini kerana pengajaran adalah berdasarkan keumuman lafaz dan bukannya kekhususan sabab (punca) kecuali sekiranya terdapat dalil yang mengkhususkan dalil umum itu kepada keadaan yang menyerupai keadaan sabab (punca) dalil umum itu. Di sini dalil umum itu dikhususkan kepada keadaan yang serupa dengan sababnya (puncanya).
Contoh bagi sabab (punca) yang tidak mempunyai dalil yang mengkhususkan penggunannya ialah ayat-ayat al-zihar. Sabab (punca) penurunan ayat-ayat ini ialah Aus bin al-Shamit yang telah menzihar isterinya. Hukum di sini merangkumi beliau dan juga orang lain.[1]
Contoh sabab (punca) yang mempunyai dalil yang mengkhususkan penggunaannya ialah hadith:
لَيْسَ مِنْ الْبِرِّ الصَّوْمُ فِي السَّفَرِ.[2]
Maksudnya: Tidak merupakan kebajikan berpuasa semasa mengembara.
Sabab (punca) dalil ini ialah dalam satu pengembaraan, Rasulullah s.a.w. telah melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang dipayungkan. Baginda bertanya, “Apa halnya ini?” Jawab mereka, “Orang berpuasa.” Baginda berkata, “Tidak merupakan kebajikan berpuasa semasa mengembara.”
Dengan ini, keumuman dalil ini perlu dikhususkan kepada orang yang menyerupai keadaan lelaki tersebut iaitu orang yang susah untuk berpuasa dalam pengembaraan.
Dalil yang mengkhususkan perkara ini ialah hadith bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa dalam pengembaraan di mana Baginda s.a.w. tidak sekali-kali akan melakukan perkara yang tidak merupakan kebajikan.
|
No comments:
Post a Comment