MENGAPA KITA BERMADZHAB
1) Musnadah; kerana mazhab-mazhab ini memiliki sanad sampai kepada Rasulullah saw. sehingga ketulenannya terjamin.
2) Mudallalah; mazhab-mazhab ini memiliki landasan argumentasi/dalil. Dalil tersebut tidak hanya dalil disebutkan secara eksplisit (Tersurat) saja, namun ada dalil yang implisit (Tersirat).
3) Muashshalah; mazhab-mazhab ini memiliki metodologi berpikir yang didokong oleh kitab-kitab ushul fikih, sehingga memiliki ketepatan yang pasti dan terukur dalam berinteraksi dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah.
4) Makhdumah; mazhab-mazhab ini dikhidmat oleh ratusan bahkan ribuan ulama setelah pengasasnya, penyusunan karya matan (teks pembelajaran ringkas) Syarah (Huraian Terhadap Matan tersebut), Hasyiah (Huraian Lanjut Terhadapan Syarah), Kemudian juga diberi taqrir dan tanbih, serta khidmat ilmiah lainnya seperti pengkamusan istilah mazhab dan pembukuan nas-nas dalil dari Al Quran dan Sunnah. Ini secara yakin akan memberikan jaminan akan ketulenan pemahaman fiqh yang kemukakan oleh dalam mazhab-mazhab tersebut.
5) Muqa’adah; mazhab-mazhab ini memiliki kaedah-kaedah fiqh yang sangat rasional, seperti yang termuat dalam kitab “Al-Asybah wan Nadhair” karya Imam Suyuthi dalam mazhab Syafii, kitab “Al-Asybah wan Nadhair” karya Ibnu Nujaim dalam mazhab Hanafi, kitab “Ta’sisun Nadhar” dalam mazhab Maliki, dan kitab “Raudhatun Nadhir” dalam mazhab Hanbali.
6) Mumanhajah; mazhab-mazhab ini memiliki metod/manhaj berpikir yang jelas, terperinci dan tepat. Terutama dalam penyususan dalil-dalil fiqh.
7) Muttasiqah; mazhab-mazhab ini memiliki tingkat amanah ilmiah yang sangat tinggi dalam menisbatkan sebuah pendapat kepada penuturnya, di dalamnya ada yang dikenal dengan qaul mukharraj dan ada juga yang disebut dengan qaul mansus.
8) Munfatihah; mazhab-mazhab ini memiliki cara berpikir yang elegan dan terbuka serta sangat toleran. Karena mempunyai kaedah-kaedah, ushul fikih, dan hal-hal yang bersifat kulli (universal) yang masih memungkinkan generasi penerusnya untuk mengembangkannya sesuai dengan masalah-masalah kotemporari yang terjadi seiring perkembangan zaman.
Idea Asal Dari Al Faqih Al Usuliy Syeikh Dr.Amru Wardani ( Universiti Al Azhar )
No comments:
Post a Comment