AKIBAT DARI CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD ﷺ.
Sebuah hadith direkodkan bahawa suatu ketika Nabi ﷺ berbekam. Setelah dibekam maka darahnya itu ingin dibuang, maka Rasulullah ﷺ memanggil salah seorang sahabat, Abdullah Ibnu Rowahah رضي الله عنه mengatakan, "Abdullah, ambil darah ini dan kamu buang". Maka Abdullah ambil darah tersebut dan pergi ke tempat lain di tengok kiri, tengok kanan tidak ada orang maka diambil darah tersebut dan ditelan. Maka kembali kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bertanya, "Abdullah, beres? Sudah buang? Abdullah berkata, "Beres Rasulullah. Siap!" Rasulullah bertanya, "Di mana kamu buang wahai Abdullah?" Maka Abdullah menjawab, "Aku buang ke tempat yang tiada seorang pun manusia yang boleh melihatnya." Maka Rasulullah bertanya, "Di mana wahai Abdullah? Adakah kamu menelannya?" Maka Abdullah mengatakan, "Benar Ya Rasulullah. Aku tidak sampai hati untuk melihat darahmu yang suci, yang murni, yang mulia ke dalam tanah. Maka Abdullah mengambil keputusan untuk menelan sahaja darahmu, Ya Rasulullah." Rasulullah ﷺ mengatakan, "Wahai Abdullah, aku tidak memerintahkan engkau yang sedemikian. Maka oleh kerana darahku telah bercampur dengan darahmu, maka Allah ﷻ telah mengharamkan jasadmu daripada disentuh oleh Api Neraka Allah ﷻ. Akibat dari cinta kepada Nabi ﷺ. Maka Ulamak ASWJ mengatakan, apa sahaja darah yang keluar, bahan kumuhan daripada diri Rasulullah ﷺ, adalah suci, adalah murni, adalah tulen dan juga bersih berdasarkan beberapa hadith yang sahih.
Tausiyah oleh Guru Mulia Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
Maulid Akbar Madrasah Syeikhul Ariffien,
Jasin, Melaka.
15/1/16
#darulmujtaba #cinta
No comments:
Post a Comment