https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204005479217624&id=1842633316
Bidaah tak akan selesai dalam bidang teori ataupun berkaitan dgn penentuan dari segi usul fiqh atau qawaid fiqhiyyah kerana ia sekadar menetapkan sempadan dan kaedah sahaja.
Lebih mudah memahami apa yang berlaku dalam masyarakat dengan melihat langsung kepada kes yg berlaku dan cuba fahami dari sudut hukum, dakwah dan prosesya.
Contoh mudah, perkara apa yg jadi pertikaian bidaah?
Biasanya pada amalan amalan yg sudah wujud sebelum ini dlm masyarakat.
Antaranya:
Ucapan saidina dlm solawat solat.
Maulid nabi.
qunut.
Tahlil.
talqin.
Salam slps solat.
Wirid ramai ramai slps solat.
Azan jumaat dua kali.
Baca yasin mlm jumaat.
Solawat dan qasidah.
Zikir menari.
Ini yg biasa jadi pertikaian. Maka fahami apa yg dipertikai, bukan cuba membayangksn bidaah baru seperti khutbah ahad, azan tgh malam dan lain lain.
Maka, selepas dilihat kes demi kes, baru ada praktikaliti membahas usul feqh dab keadah fiqh serta usul hadis dan kaedah tathbit hadis.
Sebagai contoh, dalam isu kullu bidaah dari hadis abi daud dan imam muslim, ia dlm bab khutbah jumast dan hari raya. Namun , bagaimana pula aliran hadis menggunakannya dlm isu furuiah yg keluar setiap zaman, akan ada perbezaan penilaian.
Kita ambil kes baca yasin mlm jumaat, apa yg bidaah? Hasanah? Dholalah?
Baca yasin adalah membaca quran.
Nabi suruh baca yasin mlm jumaat? Tidak
nabi larang baca? Tidak
Apa yg bidaah?
Nabi tak buat.
Haramkah membaca mlm jumaat?
Tidak.
Dapat pahala baca yasin mlm jumasat?
Baca quran pasti dapat pahala.
Yang tak berapa betul, apa dia?
Merasakan itu amalan nabi.
Maka, jika faham apa yg berlaku. Waktu itu baru wujud harmoni.
No comments:
Post a Comment