Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, January 6, 2016

Syeikhul Islam Kedah Darul Aman, Syeikh Wan Sulaiman

KENALI ULAMA MELAYU - Siri 5
(Syeikhul Islam Kedah Darul Aman, Syeikh Wan Sulaiman)

.
Nama lengkapnya ialah Wan Sulaiman bin Wan Siddiq bin Wan Aman bin Wan Net binti Wan Su, dilahirkan di Mukim Padang Kerbau, dalam daerah Kota Setar, Kedah pada tahun 1291 Hijrah/1874 Masih dan meninggal dunia pada 28 Muharam 1354 Hijrah/2 Mei 1935 Masihi.
.
Antara bukti jasa terbesar Syeikh Wan Sulaiman adalah dengan terdirinya Maktab Mahmud, salah sebuah sekolah agama yang terkenal di Malaysia yang melahirkan ramai tokoh meliputi pelbagai bidang, yang tidak terhad hanya bidang agama.
.

Selain itu, mengenai thariqat Syeikh Wan Sulaiman, dipetik dari penulisan Tuan Guru Wan Mohd Shaghir Abdullah (penulis dan penyelidik Ulama Nusantara), menurutnya;
.

"Selain mengajar perkara-perkara yang tertakluk dengan fardu ain, fikah, usuluddin, tasawuf, al-Quran dan tajwidnya, Wan Sulaiman juga mentawajjuhkan zikrullah menurut metode Thariqat Naqsyabandiyah Ahmadiyah Mujaddidiyah.

Ada yang berpandangan bahawa me-masuki thariqat akan mengakibatkan kemunduran pembangunan duniawi, namun jika kita membaca karya-karya mengenai ilmu tersebut yang dikarang oleh ahlinya, termasuk karangan-karangan Syeikh Wan Sulaiman, tuduhan seperti itu adalah tidak benar. Sebagai contoh Wan Sulaiman adalah seorang ulama yang bergerak aktif sama ada untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Wan Sulaiman juga telah mengeluarkan fatwa-fatwa mengenai Islam yang merupakan fatwa rasmi kerajaan Kedah pada zamannya.

Wan Sulaiman berpandangan bahawa selain aktiviti duniawi, urusan kehidupan (ma`isyiah) mestilah disegandingkan dengan aktiviti secara berjamaah antara guru (mursyid) dengan murid-muridnya.

Katanya lagi, pertemuan shuhbah (istilah dalam tasawuf, maksudnya murid yang terdekat) dengan mursyid sekurang-kurangnya setiap hari tiga kali, iaitu pada waktu sembahyang Subuh, Zuhur dan Asar. Setiap pertemuan sentiasa membahaskan pelbagai bidang ilmu, bahkan juga tiada sunyi daripada membahaskan permasalahan dan kepentingan duniawi. Walau bagaimanapun urusan duniawi mestilah ditimbang menurut yang dibenarkan oleh syarak Islam atau sebaliknya".
.
Sumber rujukan: Koleksi Ulama Nusantara Jilid I, Wan Mohd Shaghir Abdullah, terbitan Khazanah Fathaniyah (2010).

#KoleksiUlamaKF

No comments: